MY FRIENDS.. MERE DOSTE... CHINGU...

ENTIRELY ME!!

Tuesday, May 31, 2011

Rainy (?) Tuesday: Going Home

salaam..

Hari Selasa selalu sangat post yang sedih2. Tu pasal nama dia Rainy Tuesday... hari ni officially last day kat asrama ASWARA sem ini.. Angah akan sampai lagu beberapa minit lagi... untuk membawa aku pergi.. Kiraanya pukul 11 tapi dia sibuk.. ada meeting...

Sekian...

x.o.x.o

p/s: masih terlalu mengantuk untuk mengarang...
WAJIB LIKE :D

Monday, May 30, 2011

After EXAM Story: Epilogue

salaam...


Hari ni berakhirlah secara rasminya exam praktikal aku. Aku dah bagi all out... rasanya okey kot... Dah lepas exam tu ada makan2... best... trimas kepada Datin Marlia Musa... Heheeh aku tak penah bgtau lagi kan yang dia itu lect aku.. hehehe. 

Datin Marlia ada tany aku tadi, aku mmg minat kelas acting ke? Aku iyekan aje.. aku tak tahu nak cakap apaa.... Sebenarnya.. mmg minat pun.. ta;i bukan tu je sebabnya aku amik kelas lakonan sebagai elaktif... Sebenarnya aku nak cabar diri aku... nak cabar kebolehan aku.. tapi kang kalau aku cakap macam tu dia kata pa lak nanti.. heheeh 

Lepas exam... kan au kata ada makan2.. huiiiih.. heaven kot... ada mihun sup w/ all the trimming, makaroni goreng, sandwich, popia gorang kuih muih... koktail.. best dooo.. koyang den niha... kalau tak kona malu.. den bungkuih bawak balik jo... heheheh

Sekiannn

x.o.x.o

p/s: Aku akan merindui kelas lakonan Datin Marlia...

WAJIB LIKE :D

Monday Un-Blues: Exam Mood (Nebress)

salaam...

Beberapa ketika nanti aku akan menghadapi exam terakhir aku untuk sem ini. Harap aku boleh lalui dengan jayanya. Entah.. berdebar rasanya... Skrip aku dah hafal sebaik mungkin... Lagu tengah aku nyanyikan sekarang ini. 

Doakan aku berjaya....

Sekian

p/s: sangat nebress lah bengonggggggg
WAJIB LIKE :D

Penangan:: RAIN - HIP SONG & LOVE SONG

salaam...

Lagu ni memang dah agak lama... last year rasanya, tapi aku baru jumpa last week... entah napa.. lagu ni sebenarnya agak biasa... Tapi aku memang tertarik... harini je aku dah ulang lagu ni hampir 6 kali.. budak sebilk yang tinggal dengan au ni dah naek pening dah dengar... Enjoy dudee


Handsome gile Rain dalam klip ni... ni yang tergila- gilakan sangat ni.. haduiii..


Ini lagi mengancam.. tang yang buka baju tu... huiiii.... Tengok dan drooling sendiri ye...

Bubye..

x.o.x.o

p/s: Sila like kalau anda meleleh ayaq liuq tengok video ni..


WAJIB LIKE :D

Post- Sunday Tit-Bits: The Best Day

salaaam...


Maaf... patutnya ditulis semalam... atau sebelum 3jam yang lepas... tapi kesusahdapatan talian internet di asrama menidakmungkinkan aku untuk menulis diruang Ahad. Tak pe... tulis juga.. Ada cerita yang ingin disampaikan..

Aku kembali semula ke asrama ini selepas menghantar hampir kesemua barangan aku ke rumah. Masih belum sempat kemas kerana akak yang juga menyewa bilik itu tidak keluar lagi.. Tak sabar rasanya untuk mengemas bilik sendiri. Pagi Isnin ini aku akan berdepan dengan exam terakhir aku untuk sem 2 ini. Exam Lakonan. Cuak rasanya aku.. ini rasanya membuat sesuatu yang diluar kebiasaan norma diri.. Saja... aku memang suka mencabar diri..

Aku bergerak ke asrama hampir tengah hari. Aku membeli ais- krim dari penjual ais- krim bermotor. Sudah lama aku tak makan ais-krim sebegitu. RM1 sahaja... nikmat... Kemudian aku bergerak ke KTM dengan teksi. malas menunggu bas. Aku mahu cepat, denga harapan dapat berjumpa dia. Tapi sayang.. aku terlambat.. Jam 1.30, dia mungkin sudah berlepas. Berat hatiku untuk pulang tanpa berjumpa dia.. tak pe... dia bukan milik aku.

Pulang ke asrama, selepas membeli barangan untuk BbB aku. Lebur lagi perbelanjaan aku.. Tak pe... ada rezeki aku nanti. Aku pulang berehat, mengemas bilik selepas dua sahabatku pulang ke rumah. Ummi dan Yin. Selamat tinggal teman.. Jumpa lagi sem depan. Berehat lagi... sebelum mandi dan bergerak ke PeTA Tari.

Jam menghampiri 8.30, ET penuh dengan keluarga pelajar PeTA Tari. Aku cuma duduk ditangga, sahabat lain semua di kerusi.. Natijah aku datang lewat... tak mengapa.. Tiba- tiba DIA ada disitu.. ditangga... tak sia- sia aku datang menonton... Jam 11 baru habis persembahan.. tapi aku sangat terhibur.. aku menanti pelajar ijazah nanti... DIA juga membuat persembahan... menolong tahun 3... Aku gembira...

Selepas habis aku dan rakan2 mengucapkan tahniah pada pelajar yang telah berjaya menghadapi PeTA. Persembahan mereka sangat enjoy... sambil2 itu mata aku mencari dia... tiba2... N***A kata... itu dia... aku menoleh dan hampir pengsan bile melihat dia... Gile... itu je yang boleh kata... hehehe 

Aku kemudian bergerak ke tebing... makan... ada dia juga... hampir gile aku untuk tidak memandang DIA... tak pelah... dalam diam sahaja...

Sekian

Bubye...

x.o.x.o

p/s: Kata N***A, aku tak suka lelaki handsome, aku terpikat pada lelaki yag ada aura... Iyeke???

WAJIB LIKE :D

Saturday, May 28, 2011

Rambling Saturday Morning: After Exam Mode...

salaam..


pagi Sabtu yang indah ini *wahlaweee ayatt* aku bangun pagi... hahahah dah membuta semalamm... Pagi ini my sis nak ambik aku dari asrama... angkut barang je... but I'll Be BACK *pun from 2PM* sebab hari isnin ada exam praktikal itu.. heheheh

Beg baju yang nak angkut dah kemas... tinggal nak bungkus printer je jap gi... macam banyak gila barang aku.. tapi aku tahu barang org len lagi banyak.. hahahahaha

Sekian...

Bubyee..

x.o.x.o

p/s: ada GORENG PISANG PANAS jap lagi... hang tunggu naaa


WAJIB LIKE :D

Can you sing, act or dance? Put your costume on & show your eternal love to Perodua today! #PeroduaLagiBest

Can you sing, act or dance? Put your costume on & show your eternal love to Perodua today! #PeroduaLagiBestWAJIB LIKE :D

After EXAM Story: Surat Rasmi Berunsurkan Luc'' *Separa Luc''*

salaam

Anda lihat gambar yang di bawah ini... Nilaikan sendiri... ini adalah dokumen rasmi (?) untuk sebuah pusat pengajian tinggi di KL. 

sila tekan gambar untuk tumbesaran lanjut

Mu nengok yang kawe dok bulat tu... *eh ke laut pulaaa* tak ke pelik.. memang le nak memartabatkan bahasa kononnya... tapi bagilah senonoh sikit perkataan tu... FAK dibantainya... leee... Kalau payah sangat letak penuh sudah.. FAKSIMILI. kan cantik bahasanya...

Bubye...

x.o.x.o

p/s: baik lagi BI... FAX je...

WAJIB LIKE :D

Friday, May 27, 2011

Penangan:: 2NE1- LONELY

salaam...

sejak dua menjak exam ni... aku dah jarang dengar lagu hindi... selalu aku dengar lagu korean ngan cina... tak tau napa... penaik mood study kot... dah tu... jiran sebelah katil aku ni.. AIN CHELSEA *bukan nama sebenar* tengah dok gila dengar lagu ni... jadi aku pun dah terikut...


Best gak lagu ni... tempo yang boleh buat aku tenang... relaks je bile dengar lagu ni... Harap korang semua boleh enjoy dengar lagu ni... 

Bubyee

x.o.x.o


WAJIB LIKE :D

After EXAM Story: KISAH BENAR>> Penjara PUDU *separa MIS"""*

salaam


Aku nak cerita suatu kisah ini.. Perihal Penjara PUDU... alahh yang berhantu tu.. Kata oranglah... Kan dulu penjara tu pernah jadi tempat lawatan ke hapa... tapi kena tutup sebab pelawat kena ganggu lepas balik dari penjara tu... Aku amik kisah ni dari orang lain... *KAU TEKAN SINI UNTUK CERITA ASAL* Bukan hak akulah... aku cuma sebarkan je.. buat semua...
*************
Berlaku di Penjara Pudu Kuala Lumpur di suatu ketika dulu. Hanya boleh disebarkan pada orang2 tertentu sahaja...


Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu pernah diceritakan bahawa terdapat satu bilik dipanggil "Bilik Terakhir".
Dibilik inilah seringnya berlaku kejadian pelik sejak Penjara Pudu ditutup.


Dinamakan "BILIK TERAKHIR " adalah kerana dulu ia merupakan bilik kediaman terakhir bagi si pesalah jenayah berat sebelum menjalani hukuman gantung sampai mati pada keesokan harinya dibilik gantung.
Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah dikatakan akan meratap, menangis, menjerit, bercakap seorang diri dan berbagai lagi perlakuan kerana menyesali kesalahan mereka yang lalu. Mereka menjadi begitu kerana dikatakan tidak kuat semangat menghadapi maut keesokan harinya yang telah diketahui mereka.
Menurut kata warden-warden yang masih ada di Penjara Pudu sewaktu proses pengosongan Penjara Pudu dijalankan, mereka sering terdengar suara-suara sayu meminta tolong, suara orang menangis dan bermacam-macam lagi dari Bilik Terakhir tersebut.
Tak kurang juga ada di antara warden yang terlihat seekor kambing hitam sering masuk menembusi pintu bilik itu tanpa dibuka dan kemudian tidak pula kelihatan kambing keluar semula..

Ramai bomoh dan pawang yang dipanggil bagi memulihkan bilik tersebut mengatakan bahawa suara-suara yang sering kedengaran di waktu malam dari Bilik Terakhir itu adalah akibat roh-roh pesalah yang mati ditali gantung tersebut tidak tenteram kerana mati mereka ditali gantung.

Nak dijadikan cerita pada suatu malam Jumaat ketika hujan renyai-renyai seorang warden telah ditugaskan mengawal kawasan yang berhampiran dengan "Bilik Terakhir" itu. Ketika sedang berkawal kira-kira lebih kurang pukul 01:00 pagi beliau terdengar seperti tapak kaki sedang berlari-lari berhampiran bilik tersebut. Diaa cuba beranikan diri untuk untuk melihat apakah bendanya itu.Sedang dia mengamat-amati maka terlihatlah dalam kesamaran seekor kambing hitam sedang menuju ke arah Bilik Terakhir itu lalu lesap begitu saja. Ia berasa harian bagaimana seekor kambing boleh ada dikawasan itu?



Oleh kerana ingin tahu ia beranikan juga diri menghampiri Bilik Terakhir itu.


Alangkah terperanjatnya mendapati pintu bilik itu telah bertukar menjadi pintu gua. Mulalah ia berasa gementar, seram serta menggigil ketakutan namun diberanikan juga diri memasuki pintu gua yang samar-samar itu sambil meninjau- ninjau didalamnya jika terlihat akan kambing tadi. Apabila apabila sampai je kedalam gua tersebut alangkah terperanjatnya ia bila didapati banyak harta karun dalamnya.... Ia cuba mengambil harta itu tetapi tiba-tiba hilang dari pandangan lalu



menjelmalah satu lembaga yang mengerikan seraya berkata,









"Heyyyyyy manusiaaa.. Jangan awak sentuh harta itu.. Hartaaaa itu bukan kauuu yang punyaaaa " " Ahmaaaaaad Albab yang punyaaaaaa " Ha Ha Ha Ha Ha " Yaaaaaaa, Ahmaaaaadd Albab yang punyaaaaaa ... ding ding ge ding"



****************************

Hahahaha... aku pun terkena tadi... hik hik hikkk


Sekian...


Bubye..


x.o.x.o


p/s: Saya kidnap dari Cik Epal... Tengkiuu

WAJIB LIKE :D

Fantabulous Friday: Burung nyanyi Lagu Hindustan!?

salaam..

pagi dah berganjak ke tengah hari... aku dah lama bangun okey... cume line tenet je yang sangat lembab telah menidakmungkinkan aku untuk post pepagi buta.. *alasan* Aku keluar ke beranda tadi *bajet asrama ni banglo apa ada beranda bagai* aku dengar burung berkicau... sedap... lama aku amati.. tiba- tiba terlintas difikiran.. lagu ny macam lagu hindustan.. *well I'm Bollydicted guys*

Nak tahu lagu apa?


Chalte chalte dari filem Mohabatien... hahahah terer sungguh burung itu.. tapi dia amik sikit jelah.. xde nyanyi full de... dia nyanyi part ni... Chalte chalte hui, rukjana hue... sikit je... tapi okeylah... ada kau dengar burung tempat kau nyanyi lagu hindi?? tak do... tempa aku jo... hehehehhe

Bubye...

x.o.x.o

p/s: I'm going to Sunway Lagoon.. kilijaaaaa maaWAJIB LIKE :D

Thursday, May 26, 2011

After EXAM Story: Cantiknya... tapi... *Separa Luc''*

salaam...


Aku blog hopping... lompat sana, lompat sini... jumpa satu blog ni. Aku jumpa gambar ni... Aku suka tengok dia ni.. sangat cantik... Nak tahu siapa? Meh aku kasi gambar... tengok puas- puas tau..


kecumelan terserlah

kawaiii sangat

allololo.. cumel la tu

aku sah tak tau nak kata apa...

heheheh... eh lebih2 lak aku puji dia..



Cantikkan??? Tapi... apa yang tapinya... hehehe... Nama dia Kiyoshi Sakurazuka yang berasal dari Hunan, China. Dia ni selalu jadi model untuk cosplay... comel kan... Owh... lagi satu... dia ni LELAKI....


Hehehe... Terkujat tak??? Tapi mamat ni bukan mak nyah ke apa... dia straight je... tapi dah muka gini... woo.. aku pun terpikat noxx

jantan weh.. tengok... flat je...

bukti nyata... hahahha
Sekian... hehehhe

Bubye

x.o.x.o

p/s: banyak lelaki belah china/korea/jepun memang muka feminin ek??? hahaha


WAJIB LIKE :D

*projek rezeki* Bitten by Buttons (BbB)

salaam













Inilah *projek rezeki* aku. Bitten by Buttons. Produk perhiasan wanita yang berhiaskan butang... Kiut tak... Boleh follow kat facebook kalau berminat... TEKAN SINI

Sekian

Bubye

x.o.x.oWAJIB LIKE :D

Wednesday, May 25, 2011

After EXAM Story: Ayam Goreng...

salaam...



Terliur aku dah....
Slurrrp...

Dak yang abis exam... memang dah tak tau nak buat pa dah... Lebih2 lagi kalau yang dak kolej atau U... Kalau dak sekolah memang sah mak membebel suh baca buku sem yang depan.. tapi yang dak U ni nak baca apa? tak tau silibus pun.. Jadi... Time ni ramai yang dok keluaq gi membeli- belah di tingkap *window shopping lerr

Jadi tempat yang selalu menjadi pilihan ialah Mid Valley... aku pun tak tau napa... mungkin sebab senang xces kot.. tempat lain kan maca nak kena tukar tren limaplohnam kali.. Tak tau lah korang.. tapi kawan- kawan aku semua lepak sini gak.. jarang r g TS ke... BB ke... sesak... gi Pavi lagi lah pulak... tempat jutawan jew.. Tapi lak kaitan ngan tajuk entri *ayam goreng*?

CAM ni.. kalau dah berjalan.. mesti lapar... Remaja's macam kita ni makan mestilah makanan segere ye tak... nama segeranya Fast Food... haa...Yang selalu menjadi pilihan KepCi ngan MekDi... PiZja ti jarang la kot...  Selain dari tu.. gi makan kat Poodcot mahal kat atas... Dak yang cerdik sikit je gi makan kat Poodcot murah kat basement... hahahha..

Aku nak bagi tahu... teknik menjimatkan duet kalau korang nak makan ayam goreng... heheh satu set meal KepCi ngan MekDi lebih RM10... itu pun ayam 2 ketul ngan kentang.. like that la... tapi aku leh makan RM10 Ayam 4 ketul, kentang, ngan air.. dan still ada baki... nak tahu cam ne??

Ko gi beli ayam goreng kat Jusco @ Carefour la.. hahah murah dude... seketul besar tu baru berapa je... kat dah jimat..kalau beli banyak2 n makan ramai2 ngan kawan2.. heaven dowh.. cam pegi piknik... kan best... jimat... tak yah le kau nak bazir beli mahal2... Baik kau simpan untuk duet yuran sem depan... Okiess

Sekian

Bubye

x.o.x.o

WAJIB LIKE :D

Tuesday, May 24, 2011

After EXAM Story: 10 Gaya Student EXAM! (Tubuh Badan)

salam


Semalam habis dah exam teori aku.. Menanti exam praktikal je... huh seb baik le... tak de payah mane pun... Dah lepas lelah dah ni... tak payah nak membaca, nak ngapal segala jadah tu ha.. Exam praktikal... sah- sah buat kat situ juga.. tak de nak membacanya.. *oh shit... aku tak hafal teks lagi*..

Anyway... ada beberapa gaya tubuh yang boleh kita lihat dalam dewan exam masa student tengah jawab exam.. Mestilah student nok... tak kan cikgunya nak jawab kot... Ni aku usha time aku tengah tak tau blur nak jawab apa... hehehe

  1. Kepala... terlentok diatas tangan yang tak menulis. Kalau kidal, sah- sah tangan kanan kepala dia lentok.. *buat gak ni*
  2. Kepala... posisi menulis sambil mencium kertas... tunduk je... *aku ingat aku sorang je... hahah*
  3. Kepala... toleh kanan.. toleh kiri... *tah tengok SAPE tah... heheh*
  4. Tangan... menopang dagu @ menahan kepala... tak pun pegang tengkok... tak tau tah...
  5. Tangan... kiri dan kanan menopang dagu... gesel- gesel dagu...
  6. Badan... bongkok ke meja... *normal la ni*
  7. Badan... kebelakang... cam ala- ala kau mengeliat.. pas tu kepala teleng sebelah tengok orang belakang.. *aku buat ni.. heheh*
  8. Kaki... silang bawah...biase je..
  9. Kaki...lipat dalam... cam duduk bersila tu... muat untuk org yang kurus ajeeee.. *huh*
  10. Kaki... silang kaki ala2 seketari gedik... hahahah.. bukan pompuan je okey.. aku nengok dak laki pun duk macam ni.. hahah.. trend terbaru dari korea gamaknyaaa
  11. Kaki... hentak- hentak ikut beat... ni aku tengok semalam.. dak yang amik muzik... diorang kena buat gubahan lagu ke apa tah... memang hentak baik punye...
Ni lah.. 10 gaya mereka... heheh... lantakle... janji kau bahagia nakkk..

Sekian...

Bubye...

x.o.x.o

WAJIB LIKE :D

LIVE: Dari Burger King MV

salaam..

Haloo... hahah apa kejadahnya au dok sini... Sebenarnya aku baru lepas tengok movie preview cerita ni..
Let The Bullets Fly

Cerita ni tahun lepas dah keluar.. Tapi baru sampai Malaysia la ni... Hanya di GCS lak tu.. ha... jangan main- main.. movie ni keluar kat International Screen tau... ha... Aku tengok pun on behalf of Newskaki... alaaa.. cam biasa lah... cam tak tahu.. Tapi kali ni bukan aku yang buat review... Ms. Siew Kim yang buat... sapa dia ni??? Dia pelajar UTAR yang buat latihan industri kat Newskaki.. kira dak intern la weh... hahaha Terbaik..

Oleh sebab aku gian nak buat review.. aku buat kat sini.. okies...

Lets The Bullets Fly.... aku bagi 4.5 bintang *dari 5 ye*... Terbaik wa cakap lu... funny, sedih, aksi... semua hada... tapi tak terlampau pening pala kau la... sangat terbaik wa cakap lu... kau nak tahu cite... goggle sindiri la... hailooo... hahahha...

Okies... dah settle natang tu... apa lak aku buat kat Burger King ni? Makan? Tidur? heheh makan tu memang ye.. *walaupun aku makan onion ring dia je... yang tak berapa nak onion sangatlah... rasa tepung je lebih..* Aku cari port on9 sebenaunye... yang lepas aku LIVE dari Kenny Rogers... Sebab ada free meal voucher.. hari ni... aku tak cukup kaya lah ye nak melantak kat sana.. okies..

Jadi disinilah aku... hahah.. seb baik line laju... habislah...

Sekian...

Bubye..

x.o.x.o

p/s: *projek rezeki makin menjadi kenyataan... heheheh*
WAJIB LIKE :D

Monday, May 23, 2011

Monday Un-Blues: Finale Babeh! Yee Haa

salaam...

Wah... pagi bebenau menaip ya... Dah tidur tadi... terbangun pula... cam lapar... tapi dah makan malam dah tadi... Hailoooh... camna ni... nak mentekerdarah meggi ke? Tadi dak- dak bilik ni saje je torture aku makan Mc D... Menci... malaslah nak beli... mahall... duit aku dah banyak labur untuk *projek rezeki* aku... tak pelah.. baru nak mula... saje je...

Dah jauh bebenau melencong dah ni dari tajukk

Kyaaa

Okey back to business...

Satu lagi exam. One more paper to go... Gila kentang... Tapi rasanya ni paper yang paling susah kot.. Subjek Penulisan Rencana... Ha... bunyik cam senang... tapi bukan takat nak menulis je noxx...  Nak menulis rencana ni nak kena manghafal teori bagai... pengsan la... hailooo... paper esok petang jadi malam ni jadi burung hantu semula... Kyaaa

Selamatlah berjaya... harapnya...

p/s: saya perlukan kamera untuk *projek rezeki saya* ada sape- sapa nak bagi... hik hik hikk

Bubye...
x.o.x.o

WAJIB LIKE :D

Argh!... I Missed It... (short note)

salaam


I Miss my Rambling Saturday Morning and my Sunday Tits Bits (Wish I haven't start it yet)... but still... menciiii...  Semalam aku balik ke rumah.. hantar barang sikit. Pastu aku jumpa angah... She is going to Beijing... *dah sampai sana pun* kerja... so semalam dia bawak aku gi makan.. San Francisco beb.. We got Nachos Mixed.. I got lasagne's... my sis got tuna melt... okey la...

Sekian eh... next time... much longer post..

Bubye..

x.o.x.o
WAJIB LIKE :D

Saturday, May 21, 2011

SELAMAT HARI KETUAAN ANDA SETAHUN LAGI EDD!

salaam...

Minah ni pemalu sikit..
payah nak nampak muka dia... hahahahha

Hari ini 21 Mei 2011...

Hari ulang tahun kelahiran seorang sahabat yang bernama Nur Lina Mastura atau nama glamournya ialah EDD atau nama yang aku bagi kat dia EDDRINA... heheheheh kiyooo e... 

Dah meningkat setahun lai umur kau ye... Jangan nakal- nakal lagi... jangan kuat nanges sangat... jangat cenggeng... hahaha... jangan majuk- majuk... dan yang paling utama... KAU JANGAN NANGES n MAJUK JAT TANGGA BAWAK KIPAS LAGI... hahahahah

Kau memang nakal, banyak hal... tapi kau comel... Antara sahabat yang aku rasa cam nak cekik- cekik tapi kau anak orang... *aku cekik kang masuk sepital lak... *hahahah... 

Okies...

SELAMAT ULANG TAHUN
EDD!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

p/s: bilangan tanda seru tu sama ngan jumlah umur kau... ahakssss


WAJIB LIKE :D

Friday, May 20, 2011

Fantabulous Friday: Peleburan Berganda

salaam...


Lambat sedikit update blog. Pagi tadi ada exam. Alhamdulillah, boleh jawab sebaik mungkin. Tinggal lagi satu subjek teori, sebelum menyibukkan diri membantu senior menghadapi PeTa dan exam praktikal di hujung bulan nanti.

Lepas habis exam tadi aku dan beberapa sahabat tahun akhir, Syiqin, Kak Piqa dan Aina *Senior la kira ni*...  Tue daa... bergerak ke Red Box di Sogo. Melepas tension gamaknya. Tiga jam kami berkampung di situ... Nasib baik harga pelajar. RM 10 ringgit je sekepala. Sekali dengan makanan ringan dan air. 

Macam- macam lagu kami bedal. Syiqin bantai gian lagu Korea, Kak Piqa bantai lagu2 lama... Den tak lahir lagi gamaknya... Aina amik lagu sedih... Aku belasah lagu hindi... hambik laaa....

Kemudian kami balik dan menuju ke KFC... bekalan makan malam gamaknya... *mata ke atas ye anak- anak* Sebelum tu kami singgah di sebuah kedai.. membeli sesuatu.. *rahsia.. projek rezeki..*

Sampai ke bilik... terbongkang sudah ni... Kyaaa... Penat... Tiga jam melayan karok... Hambik kau..

Sekian

Bubye

x.o.x.o

WAJIB LIKE :D

Thursday, May 19, 2011

TELORDIBASUH: Pemergianmu di Tangisi (TAKZIAH)

salaam...

INNALILLAH..

TELORDIBASUH, seorang blogger yang agak terkenal juga dalam dunia blog. Dia meninggal dunia akibat jangkitan pada paru- parunya pada hari ini 19 Mei 2011. Sedikit profil mengenai Arwah


Nama Sebenar: Hakim Akmal
Nama Blog: Telordibasuh
Umur: 25 tahun


Blog: telordibasuh.blogspot.com

Itu je lah yang aku tahu pasal arwah. Bukan aku kenal rapat pun. Cuma aku adalah diantara berapa ramai yang menjadi follower dia. Suka sangat dengan tulisan dia. Santai je. Antara salah seorang blogger yang rajin untuk update berkali- kali dalam sehari. Dah tu update cerita yang menarik- menarik je. Yang lawak dan intresting. Nampaknya blognya hanya tinggal kenangan sahaja. 

Sedih sangat. Hilangnya seorang blogger yang menulis untuk semua. Bukan hanya tahu menulis mengenai diri sendiri atau lebih tepat lagi SS.

Terima kasih kepada blogger Edy dan Footballcrazie yang menyebarkan hal ini.

Untuk lebih maklumat lanjut, sila tekan LINK INI. Entri ini khas dibuat untuk arwah oleh Footballcrazie yang menjadi temah serumah Arwah. Takziah untuk keluarga arwah.

Sekian

AL- FATIHAH


WAJIB LIKE :D

Suppers Thursday: Mendung

Salaam...

Hari ni Khamis... Cuaca agak mendung pagi ni... Perlu menghadapi exam sebentar lagi... Again, kurang konfidensi diri... tapi semalam exam berjalan lancar... Leboh senang dari yang dijangka... tapi hari ni takut nak beranggapan sebegitu... cuak ni...

Sekian...

Plz... wish me lots of luck todayt n foreverWAJIB LIKE :D

Wednesday, May 18, 2011

Vintage Wednesday: Kurang Keyakinan Diri

salaam...

Hari ini Rabu... Exam petang.. jam dua nanti... Aku kurang yakin... tah kenapa.. tak macam dua subjel yang lepas. Aku yakin boleh jawab dan alhamdulillah keyakinan itu kekal. Namun hari ni macam pelik lak... Aku kurang keyakinan dah ni.. Hailoo... ada kata- kata semangat tak untuk aku sebelum aku berperang jam dua nanti..

Preety Please,

Sekian


WAJIB LIKE :D

Tuesday, May 17, 2011

KOREAN RAVE: Hong Sisters Babe!

salaam

Peminat K- Drama kat dunia ni, kalau tak tahu siapa Hong Sisters ni sangatlah tipu keminatan korang terhadap K- drama... Okeh. Nak tahu napa aku cakap macam tu? Hong Sisters ni merupakan penulis skrip K- Drama yang hampir kesemuanya meletup.. ha...

Hong Sister merupakan gabungan dua adik beradik yang menulis skrip bersama. Hong Jung Eun dan Hong Mi Ran telah menghasilkan 7 buah drama setakat ini.


  • Delightful Girl Chun-hyang, KBS 2005

  • My Girl, SBS 2005-06

  • Fantasy Couple, MBC 2006

  • Hong Gil Dong, KBS 2008

  • You’re Beautiful, SBS 2009

  • My Girlfriend is Gumiho, 2010

  • Best Love, 2011

Paling baru, Best love... tak sampai Malaysia. Tapi boleh cari dekat internet le... Okeh...

Sekian.....

Bubye...

x.o.x.o

WAJIB LIKE :D

Rainy (?) Tuesday: Cuti Saket

salaam

Hari Selasa... (hence the title.. do'uh)

cuti wesak...

tiada exam...

saket gigi...

Sakit Dooooh.... hailooo...

awan mendung...

cam nak hujan.. (again.. hence the titlew dude)

Sekian...

p/s: penulis menghidapi saket jiwa sementaraWAJIB LIKE :D

Monday, May 16, 2011

Mode: Exam

Salaam..

16 Mei 2011... Hari Guru...

16 Mei 2011... Igauan ngeri pelajar ASWARA

KENAPA?


PEPERIKSAAN AKHIR BERMULA!

(ya... aku sedang melayari internet *dush dush*)

Sekian

Bubye

x.o.x.oWAJIB LIKE :D

Monday Un-Blues: Salam Hari Guru (Pensyarah? Guru juga)

salaam...


16 Mei... Hari Guru sedunia... Seluruh dunia masa ini menyambut hari ini... Hadiah diterima, ucapan kasih disampaikan... Terima Kasih...

Aku pernah memberikan hadiah buat guru- guru disekolah dulu. Aku berikan sajak. Sajak khas yang aku karang. Ya... sejak dulu lagi aku menulis. Bukan selepas masuk ASWARA sahaja.

Di sini... beberapa 'guru baru' menjadi pembimbing diri, penaik motivasi. Dua yang teristimewa. Walau tegas, nampak garang, terserlah kewibawaannya. Tapi sayang, seorang dari itu akan berpindah ke tempat lain. Mentor aku.

Dr. Hj. Faisal Tehrani- bangga dapat menjadi mentee anda, walaupun setahun sahaja. Tiada guru lain yang sama seperti anda. Terima Kasih.
(berpindah ke uni lain pada Jun 2011)

En. Wan- Pensyarah statement.... Diingati sampai bila- bila... mungkin akan lebih merujuk pada En Wan selepas Dr pergi. Maaf... susahkan En. Wan.

Sekian...


WAJIB LIKE :D

Sunday, May 15, 2011

Bisnes, Business, Busy-ness? :: KERTAS

salaam...


Aku seorang pelajar IPT yang tinggal di ASRAMA. Bukan kerana rumah aku jauh, tapi aku malas nak berulang alik. Ada kekosongan, disitulah aku. Aku ada sebuah printer, telah aku tambah external ink. Jadi aku buat bisnes percetakan. Aku untung... walaupun tak seberapa, tapi rezekinya ada. Alhamdullilah.

Semester ini, bermula Januari. Sehingga kini aku telah dua kali menukar ink dan telah mencetak lebih dari 2000 cetakan. Setiap cetakan aku cas 20 sen. Hitam putih sahaja. Berwarna, aku tak buat. Ink aku ink murah. Warna tak cantik.

Penghujung sem. Aku baru sahaja membeli se-rim kertas lagi. Sedangkan baru Selasa lepas aku sudah membelinya. Rezeki aku mungkin. Menghampiri exam. Assg dicetak. Skrip juga ada.

Alhamdulillah... rezeki.

Sekian

Bubye

x.o.x.o

WAJIB LIKE :D

Saturday, May 14, 2011

Proses Peleburan Ringgit Malaysia.

salaam...

Hari ini saya kaya sebentar.... beberapa jam kemudian saya miskin... sebentar juga... *dah kayanya sebentar dah tentulah pastu jatuh miskin.. ya tak* sah.. saya merapu. Hari ini saya melakukan peleburan wang ringgit... qwang ringgit hak milik saya. Berbelanja... tapi masih ingat donia *ada lagi lah baki untuk dua kali makan lagi...*

Gila? Ya... saya mungkin gila... tapi berbelanja kerana perlu. Bukan saja- saja. Berbelanja dipasar malam saja, bukan di butik- butik ternama. Wang yang dileburkan, bukanlah berjuta, beribu atau beratus jumlahnya. Hanyak sekadar puluhan sahaja. Malah tidak mencecah Ringgit Malaysia Not Hijau itu. *yang kertas bukan yang plastik*

Se-rim kertas A4, megi KOKA dan oat segera buat sarapan pagi di hari- hari exam. Berbelanja itu di Sogo. Menggunakan kad Sogo. Diskaun tersedia untul ahli kad. Sepasang selipar dan sehelai t-shirt, dibeli di pasar malam sahaja. Oh ya... santapan malam juga *mihun goreng dan bergedil*

Peleburan untuk masa depan... tak mengapa. Untuk kegunaan sendiri juga.

Sekian

Bubye

x.o.x.o


WAJIB LIKE :D

Short Note: Sebuah Nota Ikhlas

salaam...

berkaitan dengan ENTRI INI... penulis hanya melahirkan pandangannya terhadap apa yang dilihat dan apa yang menjadi realiti masa kini. diharapkan tidak ada yang terasa hati dan tersingging dengan artikel yang dikeluarkan.

Sekian..

Terima kasihWAJIB LIKE :D

PENGARUH HALLYU: MALAYSIA HILANG INDENTITI SENDIRI

*sekadar renungan bersama

PENGARUH HALLYU: MALAYSIA HILANG INDENTITI SENDIRI
Oleh: Jowani binti Juhary


            Winter Sonata, Endless Love dan Lovers in Paris merupakan beberapa buah drama dari Korea Selatan yang mula- mula memasuki Malaysia sekitar tahun 2000. Bertitik tolak dari itu, Malaysia dilanda Gelombang Korea atau lebih tepat lagi Hallyu. Bagaimanakah sebuah istilah yang hanya dicipta secara tak sengaja ini boleh mengemparkan negara? Dan bagaimana mungkin istilah picisan ini boleh menggangu gugat identiti bangsa negara Malaysia?

            Pengaruh Hallyu semakin kuat di Malaysia. Istilah seperti K- drama dan K- pop sudah tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia. Remaja mula meniru gaya rambut dan cara pemakaian artis- artis dari sana. Tidak dinafikan wajah artis dari Korea yang kacak dan comel menjadi penyumbang utama penyebaran pengaruh Hallyu ini.

            Drama- drama Korea sering mendapat rating yang tinggi setiap kali ditayangkan di kaca televisyen. Bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia. Di Asia Tenggara, drama-drama ni mendapat undian paling tinggi sehinggakan seni lakonan ni merupakan antara salah satu pendapatan utama untuk negara Korea.

            Winter Sonata mendapat rating lebih tinggi berbanding drama Melayu yang disiarkan pada masa yang sama. Pada kali pertama drama tersebut disiarkan di Malaysia, Winter Sonata mendapat rating 7% lebih tinggi dari drama Melayu. Pada kali kedua pula, drama ini mendapat rating 10% lebih tinggi berbanding drama lain. Antara faktor yang menyumbang kepada hal ini ialah seperti berikut.

            Selain dari kekacakkan hero- hero jambu serta kecomelan heroin K- drama, kita tidak dapat lari dari hakikat yang drama Korea lebih asli dan segar jika dibandingkan dengan drama- drama Melayu. Kebanyakan penonton Malaysia sudah dapat mengagak jalan cerita drama- drama Melayu yang ditayangkan. Ini berbeza dengan K- drama yang rata- ratanya mempunyai plot asas yang sama tetapi berlainan konsep dan jalan cerita. K- drama mampu membawa penonton mengikuti dan menjiwai drama tersebut bagaikan penonton berada di dalam drma. Berlainan pula dengan drama Melayu yang kadang kala lebih futuristik berbanding realistik.

            K- drama juga menjadi fenomena apabila lagu- lagu yang dimainkan menjadi ikutan dan siulan peminat siri tersebut. Setiap drama mereka mempunyai rangkaian lagu latar yang dibuat khas untuk drama tersebut. Setiap lagu tersebut benar- benar sesuai dengan situasi atau mood drama. Apa yang lebih penting lagi, lagu- lagu latar tidak diulang siar dalam drama yang lain.
           
            Berbeza dengan drama Melayu yang sering mengulang siar lagu- lagu latar. Adakah Malaysia kekurangan komposer dan pencipta lagu untuk mencipta lagu bagi drama- drama Melayu? Apa yang lebih memalukan lagi, drama Melayu seringkali menggunakan lagu- lagu latar dari drama- drama Korea seperti intrumental Winter Sonata dan Autumn in My Heart.

            Ini membawa kepada pengaruh K- pop atau Pop Korea yang semakin menular di Malaysia. Bermula dari drama seperti Full House dan Boys Before Flower, penonton semakin menggenali artis seperti Rain dan SS501 yang menyanyikan lagu- lagu latar drama tersebut. Ini diikuti pula dengan drama You’re Beautiful yang mengetengahkan kumpulan anak muda A.N.Jell gabungan dari artis kumpulan C. N Blue dan F. T. Island serta pelakon/ penyanyi Jang Geun Seuk.

            Jarang sekali kita dengar anak muda pada zaman ini yang menyiulkan lagu Melayu. Baik di sekolah, di dalam tren dan semasa menunggu bas atau teksi, lagu- lagu Korea menjadi halwa telinga remaja masa kini. Sebagai contoh Erul, pelajar Akedemi Fantasia (AF) musim ke- 9 menjadi pelajar yang digemari hanya kerana beliau membawakan lagu Korea, I’ll Be Back pada persembahan pertamanya di AF. Kini imej, Korean Boy atau Budak Korea telah lekat dengan Erul.

            Berbalik pada persoalan yang utama, bagaimanakah hal sebegini mampu menggugat indentiti Malaysia? Jawapannya mudah, semakin ramai remaja berfesyen dan bergaya mengikut idol mereka. Ini boleh menyumbang kepada kemusnahan budaya. Hilang sudah remaja Melayu berpakaian tradisional seperti baju kurung dan baju melayu. Pada mereka, baju- baju sebegitu hanya layak di pakai pada Hari Raya dan juga semasa solat Jumaat.

            Pengaruh K- pop juga telah membuatkan segelintir ingin menghidupkan budaya tersebut dengan cara tersendiri. S*MASH merupakan kumpulan anak- anak muda Indonesia yang mula mengasimilasikan K- pop dalam lagu- lagu mereka. Tidak kurang juga di Malaysia. 2 buah kumpulan baru iaitu 24:7 dan Gula- Gula ditubuhkan dengan nama M- pop. Mereka dikatakan ingin “mencabar” kumpulan pop Korea 2 PM dan Wonder Girls.

            Tidak salah sekiranya kita ingin mengambil teladan dengan kejayaan artis Korea. Namun apa yang membimbangkan, kumpulan anak- anak muda ini terlampu taksub dan obses ingin meniru artis Korea. Lihat sahaja dari segi pemakaian mereka yang seksi dan mendedahkan aurat. Sekiranya hal ini tidak dibendung, akhlak dan pemikiran generasi seterusnya akan rosak.

            Malaysia terkenal di mata dunia kerana mempunyai budayanya yang tersendiri yang menjadi identiti negara ini. Namun, sekiranya anak- anak muda yang dikatakan bakal memimpin masa depan berkelakuan begini, tak dapat dibayangkan apa akan terjadi pada generasi seterusnya. Budaya Melayu yang menjadi identiti agung Malaysia akan terhakis dan akhirnya pupus ditelan masa.

***artikel ini hanya sebagai renungan dan tidak berniat untuk menyinggung mana- mana pihak.
***boleh dikongsi bersama tapi sila link semula pada blog ini.
WAJIB LIKE :D

Rambling Saturday Morning: Exam Mode!

salaam...

sejuk mandi pagi... brr

hari Sabtu... pagi yang hening dan tenang... Awal aku bangun? No... aku tak tidur lagi ni. Study? Dok eh... tengah tengok Movie... Trilogy X men aku tibai.. *dushum.. penumbuk dua kali* Exam aku Isnin minggu depan... 16 Mei... wah... gile tak??? Ape yng gile... gile pasai aku tak study hape2 atau gile pasai aku punye exam baru nak mula sedangkan orang lain dah nak habis @ dah habis exam?

Well... *ahaks* ASWARA ni lain sikit lah ye... hahahah LI pun sebulan je.. Kan... 

Sekian Rambling Saturday Morning kita... next week jumpa lagi..

Happy Hols guys...

p/s: kalau aku sebut Happy Holi cam ne?? Kyaaa

Bubye

x.o.x.o

WAJIB LIKE :D

Tuesday, May 10, 2011

FREE... Making Me Happy (Live from KENNY ROGERS Mid Valley)

salaam...

Mengikut kamus dwibahasa kat mana- mana pun (Cari yang Eng- BM ya!) FREE bermaksud percuma dalam bahasa Melayu (ada gak maksud lain, tapi abaikan itu) Ya... kali ini kita bercakap tentang perkataan percuma ya... PERCUMA!

PERCUMA... selalu membuatkan orang gembira, melompat kesukaan dan tak kurang juga yang jadi gila. Tapi ada juga yang kata barang percuma ini tak de yang bagus. BETUI KA??

Tak dinafikan.. mana ade barang yang betul2 FREE dalam dunia ni... Kalau ada... tak berkualiti tu... Jadi.. barang FREE @ PERCUMA ini kadang2 datang dengan suatu HARGA.... KAN?

HARI NI... hari gembira aku... Banyak benda yang aku dapat dengan PERCUMA. Meh aku senaraikan satu- satu.

  1. Tengok wayang : SOMETHING BORROWED (tak kuar wayang lagi ni!)
  2. Popcorn dan coke GSC (saiz kecil ja tapi)
  3. Quater meal KENNY ROGERs (RM 16.50 tau.. tapi ayaq kena beli laa)
Huii... Rezeki do... tapi macam yang au cakap tadi la... barang PERCUMA bukan datang PERCUMA... ada BAYARANnya... hehehe hang tak yah tau lah... 

*sila sediakan baldi untuk muntah darah dengan aksi gedik saya yang cuba buat anda cemburu*

menunggu makanan FREE...

bukti... *mata ke langit tangan ke bahu*

makang budakkkk
SEKIAN... *hahaha dah ade yang jeles kah??? KYAA*

BUBYE

x.o.x.o


WAJIB LIKE :D

Saturday, May 7, 2011

Fourth Encounter *Kemalasan Berganda*

Salam...

Dalam ENTRI lepas aku dah menceritakan yang aku Hiatus secara tak sengaja. Jadi dalam entri ini aku nak mengabungkan beberapa buah peristiwa yang berlaku sepanjang beberapa hari yang lalu ini. *secara ringkas dan padu ya..... bukan short- form*

Rabu <27 April>

Tergerak hati untuk menanyakan Abang Editor S mengenai buku aku... katanya dalam proses pencetakan. Agreement telah dihantar.

Khamis <28 April>

Tepat jam 10 pagi, satu sms diterima dari Abang Editor S

"buku dah terbit, ada di pesta buku"

Kegembiraan berganda, terus bangun dan bersiap..

hehehe *memang kena bersiap pun, nak keluar ngan Angah. kalau tak dpt sms tu, memang aku tak bangun weih*

Keluar dengan Angah ke The Mines. Membeli hard disk ngan bag laptop... *lebur duit mak nak.. RM2^^*
Meniau Angah ku makan di Secret Recipe dan Manicure di Nail Palour.. *cantek kuku mak nak*

Jumaat <29 April>

Tidur di rumah Angah malam sebelumnya. Jadi pagi Jumaat bergegas kembali ke ASWARA. Ada kelas pagi gitu.... *tak mcm kelas pon!!?*

Kondisi kuku dah tak cantek.... kerana menopup ink printer... Menceeeee

Sabtu <30 April>

Mood: Eksaited lebih... *sampai tidur tak bangun- bangun*.. Petang baru bangun, mandi dan bergerak ke PBAKL 11. Sempat lagi menelefon Syazrin Chu mengucapkan tahniah kerana dapat ke Jepun.. woo hooo.... Berjanji ke PBAKL 11 dengan dia juga esoknya nnt (Ahad)

Masuk ke Karangkraf Mall, melilau mencari buku saya... heheeh

buku saya...


Kembang kuncup ye aku... hahaha Banggas sebentar.... Berjalan melilau lagi mencari buku- buku yang mungkin berkenan... heheeh *popcorn dia sedap..* Melilau lagi... dan balik selepas menghabiskan sebahagian besar pitih ku untuk buku... *miskin sebentar*

Balik ke ASWARA menonton persembahan Bangsawan... Terbaik

Ahad <1 Mei>

Setelah berjanji, Syanrin menunggu aku di LRT Bandaraya, pagi menjengah ke tengah hari kami ke PBAKL 11 yang terletak di PWTC itu. habis lagi pitih mak nak... buku lagi... tak pe... berguna, pelaburan minda ye anak- anak. Kami menjelajah keseluruh pelosok pesta. Syazrin membeli buku aku.. Katanya dia bangga. *senyum sokmo nih* Tetiba, terjumpa kenalan sekolah dulu.. hahah dia menjaga gerai I Love Islam.  Aku membeli button kiut. hehehe.. Borak- borak sebentar sebelum kami masing- masing balik. 

Hehehe... Sekian...

p/s: aku demam dah... 3 hari.. hailooo

Bubye...

x.o.x.o

WAJIB LIKE :D