(hari ke-3 d ASWARA)
salaam..
hari ni merupakan hari ketiga aku sekali lagi menjadi penghuni separa tetap di ASWARA yg permai ini. ALHAMDULILLAH.. setakat ini semua kuliah yg telah aku hadiri berjalan dengan lancar. tugasan sudah mula diterima... niat untuk membuatnya... jauh sekali..
aku berazam untuk melakukan yang lebih baik lagi dlm sem ini.. demi menebus kembali pointer aku yg sangat teruk sem lalu.. I MUST DO MY BEST!!.. kali ini aku memilih utk mengambil 3 elektif.. aku harap tak berat sgt.. semuanya dari Fakulti Teater.. Komunikasi Visual, Vokal & Lakonan dan Analisis & Interpretasi Teks...
kenapa aku memilih subjek Teater?? dlm diam aku sememangnya minat untuk berlakon.. namun aku sendiri tak tahu adakah aku ni mampu @ bbakat utk berlakon.. cuma aku terpasang niat.. andai aku mampu mnghabiskan Diploma Penulisan ini.. mungkin aku ingin menyambung Degree Teater.. sekadar angan yang belum pasti lagi akn menjadi kenyataan..
penulisan n aku sudah menjadi isi tubuh ini sejak kecil lagi.. sejak aku mula membaca di umur 3 tahun, aku mula cenderung untuk membaca n menulis... teringat lagi.. ruangan DIDIK.. seringkali menjadi warkah wajib bagi aku.. arwah abah juga dulu kebetulan seorang pesara tentera yg menjual surat khabar n majalah.. setiap hari aku telah disajaikan dengan berbagai jenis bahan bacaan di hadapan rumahku..
kakak2 aku pula masing2 sudah jauh umurnya dari aku.. tiap kali hari lahir aku tiba berbagai jenis buku yg ku terima sebagai hadiah.. bezanya.. buku bahasa inggeris.. merekalah punca utama aku bisa menjadikan bahasa itu sbagai bahasa kedua sejak aku berumur 4 tahun lagi...
berbicara mengenai arwah abah.. aku tahu aku dikurniakan dengan satu lagii kebolehan yang sama dengannya.. marketing.. aku sgt menggemari penjualan produk dan CS... namun.. bisnes hanyalah suatu yg aku praktikan secara biasa.. dan bukannya sbagai satu jln hidup yg ingin aku pelajari n lalui secara serius waktu ini.. mungkin satu ketika nnt bila aku...
satu lagi obsesi aku ialah makanan.. aku pernah berkerja di sebuah kedai makan yang gajinya agak kurang berbanding dengan kedai2 lain.. namun.. aku ketika itu bukanlah hanya sekadar untuk mencari wang pokt.. namun aku ingin menimba pengalaman utk aku sendiri membuka sebuah kedai makan nnt.. lebih tepat lagi sebuah kafe kek.. aku telah bercadang sekiranya ada duet lebih.. aku akan mengikuti prorgram sijil bg pembuatan roti, kek n pastri selama dua bulan.. niat aku itu ntah bila la pula akan dilaksanakan..
namuan aku pasti,, antara banyak pilihan yg ada pasti akn ada satu yg melekat dengan jiwa aku.. walaupun pada saat ini aku merasakan semua yg tertulis diatas itu ialah aku.. namun.. tunggu dan lihat je..
pada masa ini aku ingin menumpukan pada satu- satu perkara dulu.. tak nak nnt ibarat yg dikejar xdapat, yg dikendong berciciran..
love..
me..
x.o.x.oWAJIB LIKE :D
1 comment:
good luck untuk kau yee!- ijie
Post a Comment