salaamm...
lama sungguh aku tak mengarang sesuatu buat tatapan blog aku ini.. maaf, barangkali kecelaruan pemikiran membuatkan aku susah untuk menarikan rentak di papan kekunci... kali ini beberapa cerita ingin ku kongsikan bersama kalian yang setia mengikuti..
KISAH 1: Misteri HEADPHONE?
aku sudah lama memasang niat untuk membeli sebuah headphone baru... headphone ku yang lama semuanya sudah hampir melepasi nyawa ikan yang sedikit itu... oleh itu takkala aku terpandangkan sebuah headphone di sebuah kedai di MV.. aku terus menyimpan duit untuk memiliknya.
Cuti Thaipusam yang lalu, aku dan para sahabat berkelana ke MV, menonton wayang dengan menggunakan tiket percuma yang ada. sementara menunggu, aku menuju ke kedai itu untuk membeli HEADPHONE yang diidamkan. namun sudah habis... oleh kerana aku amat memerlukan sebuah headphone yang baru lantas aku membeli juga yang lain. aku masih ingat lagi, saudara itu mengacukan headphone ke telefon ku, membungkusnya dan memberikan kepada ku berserta resit selepas ku membayar harganya..
aku berjalan dan menuju ke kedai buku... seketika itu... aku perasan, bungkusan headphone itu tidak lagi dalam genggaman ku. aku buntu, keliru.. terduduk aku disitu memikirkan mana mungkin headphone baru ku itu hilang... 3 kali ku ulang alik dari kedai itu dan kedai buku... hingga telefon ku hampir keciciran pabila ku cuba melakonkan semula babak itu.
menangis aku... mungkin bukan rezeki aku... kata para teman... namun aku sangat terkilan... mana hilangnya HEADPHONE itu?
bersbg.......WAJIB LIKE :D
No comments:
Post a Comment