Salaam...
Lama sudah aku tak menulis di sini. Mungkin aku terlampau penat. Terlampau tertekan? Pelik! Aku pernah terjanji untuk menulis paling kurang pun sekali sehari. Tup tup, nak tulis seminggu sekalu pun agak susah.. jadi.. hari ni nak meng'update' perihal yang berlaku yang aku rasa nak kongsi ngan semua. hee... Sapelah sangat yang baca blog aku ni.
>> 3 Februari, 2011
Semalam di Dataran Merdeka |
Aku keluar seorang diri. Macam biasa lah gamaknya. Aku memang suka keluar sorang (cover..) Dah tu budak- budak bilik semuanya menghilangkan diri tah kemana. Aku membeli belah di Sogo (stok makanan sebulan?). Kemudian aku mula melangkahkan kaki ke Dataran Merdeka. Itu jelah tempat lepak yang paling dekat bagi manusia yang tidak mempunyai kenderaan sendiri macam aku. Nak naik tren pun nak pegi mana? Dah malam.
Aku suka datang sini. Bukan buat apa pun. Hanya melihat gegat manusia. Baik tua mahupun muda. Semua ada. Aku melepakkan diri kat sebelah seorang brader jual mainan. Ada satu benda yang selalu menarik perhatian aku bila aku lepak kat sini. Setakat ni aku cuma jumpa benda tu kat sini je.
LASTIK BERLAMPU
Lastik yang berlampu dan boleh terbang tinggi kat udara (kalau pandai main la). Cantik sangat pemandangan malam kat Dataran ni sebab benda tu. Aku tengok bukan budak- budak je yang teruja main benda ni. Bapak budak pun main. Aku terasa macan nak beli tapi harga dia RM 5. Agak mahal bagi aku. Lain kali la kot.
Selain daripada tu, ada orang jual belon, bola berlampu. Cantik jugak. Boleh lantun balik bola tu. Bab makan ni tak cite la. Ada je orang jual cikedis dengan air tin.
Bagi aku tempat ni memang best. Bangunan Sultan Abduk Samad pun cantik je dilimpahi cahaya lampu sorot. Warna ungu lagi.
Apa aku buat kat sini? Saje... tengok ragam manusia. Aku sunyi sebenarnya. Macam lost seketika. Kenapa tah...
Joe... be strong plz,
Let go!!
Kata seorang teman. (aku edit laa) Till than aku nak melepak kat Dataran ni lagi. Tengok Lastik Berlampu itu.
2 comments:
berani kau berjalan sorang-sorang kan ? kau kan perempuannn
nak buat camne.. dah dak2 ni tinggalkan aku.. huu
Post a Comment