MY FRIENDS.. MERE DOSTE... CHINGU...

ENTIRELY ME!!

Monday, February 28, 2011

ANOLOGI PENCINTA JALANAN.

salaam...

macam biasa... Tajuk nak gempak aje... muahahah... Tetiba terasa rajin pula pada malam ini. Semalam aku keluar bermalam di rumah kakak aku yang sulung... Saja aku merengak mintak diambil..*mengada* Bosan kataku padanya... Tepat 4:30 kakak ku sampai.. Keretanya menghala ke Ampang Park. Ingin membeli kasut katanya. 2 pasang disauk... Aku juga ingin membeli.. Namun yang ku inginkan tiada saiz... Kaki anak gajahlah bak kata orang. Aku tertunduk kekecewaan... *memang lah kuciwa.. my SIS nak belanja kasut tu... tak de saiz pulak...* Namun sempat juga aku menyambar ini... heheheh

beg kecil yang cumelllll sangat.. 
Kemudian bergerak ke sebuah kedai baju.. Nampak menarik, tetapi tiada satu pun yang berkenan dihati. Usai kami keluar, kakiku ini terhenti di sebuah rak kasur di kedai yang lain... Lantasku berkata..

"Long... nak ni. RMxx.xx je..." sambil ku memandangnya penuh harapan.
"Ye lah.. ada saiz tak?" 

Jawapan itu ibarat signal yang bisa membuatkan ku melompat2 kegembiraan... Kyaa.. aku tahu mesti ada saiz punye.. kerana seorang sahabatku yang bersaiz kaki yang sama dengan ku telah membelinya dulu... Lantas ku mendapatkan pekedai itu *yang agak kerek bagiku* untuk mendapat saiz ku bagi kasut itu... 

Gumbira... satu perkataan itu yang bermain di fikiran pada waktu itu.. Ku pedulikan pekedai yang bermuka kerek itu... Lantak hang la.. cheq nak jugak kasut ni.. hahah.. Pada waktu itu aku didalam dilemma... Warna kasut yang mana harus ku pilih... Ada Hitam, Biru, Merah, Ungu, Hijau dan Coklat. Sahabatku itu sudah membeli yang berwarna Biru dan warna Hitam pula sudah biasa. Hati ku teringin warna- yang terang seperti Hijau dan Merah dan Ungu itu.. Namun apakan daya, kalau aku membeli warna yang sebegitu, kurang senang untuk aku padankan dengan baju.. Jadi aku memilih warna Coklat. Kena dengan semua baju.. Lain kalilah baru aku beli warna yang lain.. heheh

muka depan...

muka tepi...

dari atas..
*maap ye.. semua gambar diambil menggunakan web cam.. orang tak de cameralah katakan... hehehe*

cantik kannnnn *mood gedik* muahahah... sekian....


Bubye..

Love...

x.o.x.o


WAJIB LIKE :D

No comments: