MY FRIENDS.. MERE DOSTE... CHINGU...

ENTIRELY ME!!

Sunday, February 6, 2011

SINDROMISTIK VAMPIRISM!

Salaam...

Sah mengarut tajuk kali ini... sebenarnya nak menyatakan yang aku TIDAK boleh tidur.. itu ja... dari malam tadi sampai sekarang..(dah kate xbuleh tidur memang sah2 lah malam kan??)

Jadi apakah yang aku buat?

Apa lagi... menonton cerita2 Bollywood yang baru di TiubU... amacam?

yang mula- mula...

DABANGG


Cerita ini keluar masa raya tahun lepas.. (yelah kot tahun ni mana nak rayanye lagi kannnn). Merupakan filem yang mendapat pungutan hasil yang paling tinggi pada tahun 2010 dan menjadi filem terhebat @ terbaik kat India pada tahun itu. (Sumber WIKIPEDIA)

Apa ye maksud DABANGG tu?? Kalau DABANG sahaja (tanpa +G dibelakang nye) akan membawa maksud kedai kopi @ coffee house dalam bahasa Korea. Tapi yang ni melebih lak G die.. Hindi pulak tu.. Maksudnya ialah Fearless  (English)..Bahasa Melayu nya pulak.. pandai-pandai cari!!
(sekali lagi...Sumber WIKIPEDIA)

Cerita yang agak berbeza dari yang biasa. Tak la terlampau masala sangat namun masih tak dapat lari dari tipikal cliche Bollywood items.. cintan citun, hero macho n kuat dan family.. Kira cara dia buat filem ni agak old-school.. Tu pasal lah kot orang nak tengok sangat.. Macam back to basic gaya ceritanya. Tak macam kebanyakan filem baru Hindi yang lebih tayang body.. (baik hero n heroin yang x terkenal tuh)

SINOPSIS RINGKAS

Mengisahkan Chulbul Pandey (Salman Khan) seorang polis yang membanteras penjenayah dengan cara yang berbeza hingga mencetuskan kemarahan pihak jahat.
(sikit- sikit sudah..)

Aku bagi 4.5/5 ****"

yang keduanya....

BAND BAAJA BAARAAT


Cerita ni pula keluar Disember 2010. Laju je dah masuk TiubU itu. Tapi tak pe.. yang untungnya makhluk- makhluk Tuhan yang macam aku ni. Dapatlah tengok free je. Cerita yang agak bagus walaupun tak dapat masuk top 10 best movie 2010.
(berkali-kali lagi...Sumber WIKIPEDIA)

Satu konsep berani gila nak mati dari Produksi Yajraj. Sebab aku cakap cenggitu? Pengarah yang baru 1st time.. (sebelum ni dia pembantu je), pelakon lelaki yang zero pengalaman berlakon (Ranveer Singh) dan cerita yang luar dari kebiasaan.

Namun... I think it all paid off... Tema yang agak lari dari tipikal Bollywood masala. Best jugak cerita ni. Dapat lihat satu lagi sisi Anushka Sharma yang lain dari RDBNJ.. apa tu? len kali aku cerita. Hero dan heroin dia menampakkan satu chemistry yang sangat serasi.. Kompem tak meletup tabung Uji kalau digabungkan 'kimia-kimia' ini.


SINOPSIS RINGKAS

Mengisahkan partner Bittoo (Ranveer Singh) dan Shruti (Anushka Sharma) menubuhkan perniagaan wedding planner. Mencapai kejayaan yang berganda sebelum kecundang dalam perasaan. Love and business doesn't work together. Betul ke?
(again... sikit- sikit sudah..)

Aku bagi 3.5/5 ***"


Okeh... sesi mengulas dah selesai... sambung menonton yang lain...

bubyeee..

love

x.o.x.o


WAJIB LIKE :D

No comments: