salaam,
ceit... tajuk post macam tajuk novel je... paling kurang pun tajuk cerpen. Tapi kalau nak cerite pun memang dah boleh jadi kategori cereka pon...
Lama aku tak mencarut kat sini. Selalunya aku cuma post pasal yang Cabaran 30 Hari tu je.. (KLIK SINI). bukannya apa.. aku cuma agak penat dan bermasalah sikit. Ni yang aku nak cerita ni.
Pada suatu hari... (woi.. ko ingat ni cerita kanak- kanak ke?)
Adalah satu dua makhluk tuhan ni. Kalau bab memBAHAN orang memang cukup pandai. Agak- agak kalau ada pertandingan MEMBAHAN MAKHLUK TUHAN, diorang ni yang akan menang hadiah pertama. Muahahah... Mulut tu aku rasa bukan tahap longkang dah, dah kolam kura- kura kat DUNKIN KL SENTRAL... kalau nak tahu.. sila jengahkan diri anda ke Dunkin KL Sentaral dan jenguk ke hujung dapurnya.. (kyaaa.. promot kejap)
Tapi, makhluk2 tuhan ni, tak boleh kalau makhluk tuhan yang lain bahan mereka. Macam no pulak tu.... Jadi terjadilah pergaduhan yang tak berapa nak jadi... Kyaaaaaa.. Tu tak pe lah lagi... yang paling bestnya, makhluk2 tuhan ni dengan sesuka hatinya melaga- lagakan makhluk2 tuhan yang lain pula... cenggitu...
Al kisah.. nak dijadikan stori... Makhluk2 tuhan yang lain ini mulalah berperang agak dingin... sedingin Iceberg yang melanggar Titanic itu.. Amacam... okies...
Aku sungguh pelik bin ajaib tau... ada juga makhluk2 tuhan yang berperangai sedemikian rupa... nak buat camne kan... Tapi... apakah kelebihannya makhluk2 tuhan itu berbuat sebegitu? Adakah mereka akan mendapat hadiah? Mendapat duet? Kalau cenggitu aku juga ingin melakukan hal yang sebegitu... (mahap lah ye.. bab duet ni laju je kau kan?) Muahahahahahah.
Tapi... makhluk2 tuhan ni aku rasa sekadar suka2 melihat orang lain sakit jiwa... dan akan merasa sangat sengsara bila orang lain itu tak rasa apa2... Kya... Masochist sungguh nanti pasangan hidup makhluk2 tuhan ini...
Kyaaa....
Sekianlah coret carut aku malam ni...
P/S: Gambar kat atas tu betul2 menunjukkan betapa hati ku hancur sekarang ini... (wah la weiii... jiwang semendek pula malam ni.. tiiiiis)
Bubye..
Love...
x.o.x.o
WAJIB LIKE :D
No comments:
Post a Comment