MY FRIENDS.. MERE DOSTE... CHINGU...

ENTIRELY ME!!

Thursday, December 22, 2011

Post-Updated: Maybank Flashmob 2011 [MALAYSIAN OPEN]

salaam..

sebelum kita mula cerita... meh korang layan gambar banyak2...











TARIKH: 15/12/2011
LOKASI: Menara Maybank

Apakah ni...? Tetiba je penuh Umat manusia duk nari2... muhahahhahaha


Dah puas enjoy gambar- gambar tu! 

Ini merupakan FLASHMOB... 
Tak tau apa tu FLASHMOB... *nari ramai2.* 
Kalau tak paham lagi kau gi cari kamus laaa...

FLASHMOB tu sempena MAYBANK MALAYSIAN OPEN. 
Satu pertandingan badminton yang akan berlangsung pada bulan Januari 2011. 
Disponsor oleh Maybank...

Jadi benda ni sebagai promosi pada semua orang. 
Tak cukup dengan gambar.. Aku letak juga video ni ha...


Untuk pengetahuan korang... kebanyakan yang terlibat dengan FLASHMOB ni budak ASWARA... 
tu yang aku ralit sangat carik ni.. lagi pun aku kan media.. 
jadi gunalah kelebihan tu untuk dapatkan segalanya ni.. heheh.. kau ingat senang.. 
ni semua EHSAN dari MAYBANK ok...

p/s: Dah aku tak de kamera... huuuu..

Sekian

x.o.x.o
WAJIB LIKE :D

Reviving Thursday: Hah? AZAM TAHUN BARU? APAKAH?

Salaam…

Bunny 1: Apa AZAM baru kau Bro?
Bunny 2: Entah.. Tidur dulu laa.. Tahun depan BARU pikir.
Bunny 1: Aku ikut kau ja Bro..

22 Dec. 11… tarikh hari ni. Lagi beberapa lama je dunia akan melangkah ke tahun 2012. Dan aku, aku menamatkan keriangan menjadi 21 dalam masa yang itu gak.. Hailooo... tahun depan itu dah unofficially 22.

Tahun depan... Apa yang kita nak kejarkan? Setiap permulaan tahun pasti ramai yang sibuk dengan AZAM BARU. Tapi AZAM yang LAMA tu dah sempurnakah semuanya? Terus terang aku cakap... aku tak pernah pasang AZAM ke apa ke.. Sekadar angan2 yang aku akan pastikan 50% darinya akan jadi kenyataan.

Napa 50% je? Bak kata orng... jangan nak expect lebih2.. kang kalau tak dapat merana kau. Lagipun kalau dah angan2nya nak kawin dengan ARTIS KOREA.. mmg tidak le... muahhahahah.. nak pula dia kawin ngan kau ye?

Cuma cita-cita yag menjadi panduan dalam hidup au ni sekarang. Tahun depan dah buka sem baru. Tahun 2 Sem 2. Kemudian setahun lagi aku akan menghabiskan pengajian aku di ASWARA tu. Mana aku melangkah lagi ya?

Terus terang aku cakap... aku tak mungkin akan sambung peringkat ijazah dalam bidang penulisan. Bukan tak minat. Tapi minat aku banyak dan meluas. Aku pernah cakap ngan kakak aku yang aku nak amik F&B... terkujat juga la dia... Dia kata dia akan agak ralat la jga kalau aku sambung dalam bidang yang tiada kaitan ngan apa yang amik sekarang.. dia mention jga pasal duit.. Mana aku nak bayar.

Aku cakap aku akan usahakan jga. Cuma mmg perit juga la tukar coursing tu. Kalau aku sambung kat ASWARA pun mmg aku tak akan amik penulisan... Kemungkinan besar aku amik Teater atau Filem.. dua tu je pilihan yang aku rasa dekat dengan meinat aku yang lainnya dan aku rasa mungkin boleh buat.

Haru.... ada pula kau nak amik natang tu kan... Entah.... baik amik F&B... heheh

Sekian

x.o.x.o



_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.meWAJIB LIKE :D

Monday, December 12, 2011

Mode Sepi: Tuhan Tolong Dengarkan Aku.

salaam...

Dah nak masuk jam 4 pagi. Aku masih belum tidur. Hati masih berbalut sayu. Terus terang aku kata, hidup aku agak sunyi. Banyak kawan dikeliling aku tapi tak semua yang faham geledak jiwa aku. Aku dah penat sendiri. Aku tak ada siapa untuk berkongsi rasa. Lain rasanya kalau kita bercerita dengan seorang teman, dengan bercerita dengan seorang ITU. 

Aku sering mengimpikan hadirnya seorang ITU dalam hidup aku. Seorang ITU yang boleh terima aku seadanya dan boleh menjaga aku. Sesungguhnya aku penat bersendiri. Penat sangat. Aku tak minta lebih. Kenapa permintaan hati yang semudah ITU sukar untuk orang macam aku. Aku mungkin tak secantik, sekurus dan sehampir sempurna orang lain. Huh. Aku penat, bila aku tanya orang mereka kata..

CUBA KAU KURUS SIKIT TENTU ORANG NAK

Huh. Tak bolehkah kalau orang tu terima aku seadanya. Andainya aku kurus pun semata- mata ITU, kalau aku gemuk balik tentu kena tinggal aku ni. Perlu ke?

Mungkin ada yang kata aku ni desperate sangat. Paling kurang pun akan kata yang tunggu jela, ada jodoh ada. Aku dah tunggu lebih 20 tahun sayang, untuk seorang ITU. Satu masa yang panjang. Nak2 pula dunia zaman ni aku boleh kata dari sepuluh lelaki 8 darinya dah PATAH, lagi satu tunggu masa. Yang satu tu pula belum tentu sahih kejantanannya... jadi camne?

Salahkah untuk seorang aku untuk mencari seorang ITU. Aku dah cukup lama hidup berdikari dan berdiri atas kaki sendiri. Sampai aku rasa kaki aku dah tak larat nak tampung semua. Sampai satu masa nanti bila aku hampir terjatuh, aku harap sangat seorang ITU boleh sambut dan papah aku semula.

Yang senang dapat seorang ITU dengan kelebihan korang mungkin tak pernah rasa perasaan seorang aku yang menanti dan mengharap sesuatu yang tak pasti. Kadang aku pelik, ramai yang aku lihat bila dah dapat seorang ITU, korang boleh pula gaduh2 dan lepaskan dia. Pastu cari lain. Korang mmg tak de perasaan bersalah kan. Tak pernah merasa perasaan seorang aku.

Aku tahu bukan aku seorang je yang berasa begini. Ramai lagi yang macam aku ni kat luar sana. Mengharap sesuatu yang tk pasti. Tapi sampai bila? Sampai bil untuk kita menanti? Mungkin kita kena mencari. Perasaan kita, hanya kita yang sebenarnya rasa. Bukan orang lain.


P/S: bukan sekadar lagu, tapi doa untukku dan dia.

Sekian

x.o.x.o
WAJIB LIKE :D

Friday, December 9, 2011

Mode Gumbira Tahap Dewa : : My Belated 21 B-day!

salaam...
Pada 5 Disember yang lepas... aku telah menyambut tarikh kelahiran aku yg ke 21. muahahhaha... Tua dah. Walaupun aku hanya akan officially 21 hanya untuk 25 hari je... tapi okey wat... tak lama lagi dah unofficially 22 lak... hailooo..

Tahun ni mcam agak hambar, tiada teman untuk keluar dan celebrate... Tapi ramai yang wish. Terimas sgt2.. aku siap buat video lagi untuk ucapkan terima kasih.. hehehe Tapi... ucapan dari yang ditunggu tak kunjung tiba... hailooo/. sedih.... biarlah.. bukan rezeki aku... Lagi pun masa tu tgh sibuk dengan final...

Kad dari Nisha, Anith dan Eeka

Aiskrim dari Abg Adieyka.. muhahahaha
Gembira dapat semua ni. Yang paling tak leh blah yang aiskrim tu. 1 bekas besar wo... aku makan ramai2 dengan kawan2. Kang kalau aku simpan bawak balik asrama cair pula.. heeheh Napalah xde peti ais kat asrama.. boleh aku balun sorng... weeeeee

p/s: Sem 3 selesai dengan jayanya.. ehheeh sem 4? coming soon

Sekian...

x.o.x.o

WAJIB LIKE :D

Mode Gediks : : I'M BACK FROM THE DEAD!

salaam...
muka lega dah menghabiskan
sem 3 dengan jayanya!
Lama sangat aku tak mencarut coretkan sesuatu di lama blog ni... aduh... bersawang dah blog aku. Yelah... masa mencemburui aku. masa aku banyak terluang dengan tugasan yang menimbun. Jika ada masa lapang pun, mood dan keinginan untuk menulis hampir tiada kerana penat otak ini merangka idea. Apa pun, sekarang di penghujung sem 3, masa mungkin banyak akan aku gunakan untuk menulis skrip dan manuskrip lain yang terangka sudah ideanya di minda aku ni.

Banyak cerita yang ingin dikongsi, banyak rasa yang ingin diluah, cuma mungkin masa dan meduimnya tidak sesuai... nantilah... andai ada kesempatan dan niat di hati. akan aku kembali menulis. 

Sekian

x.o.x.o
WAJIB LIKE :D