MY FRIENDS.. MERE DOSTE... CHINGU...

ENTIRELY ME!!

Thursday, August 30, 2012

Mode Buss-y: Ber MOK YONG kita...

Salaam...

Ai ghoyak...
Hile... Gak.......
Ble Brito Nok........
Tombo Gak.......
La......

Salam pembuka bicara... Aceh... Hari ini merupaka hari pertama kelas mak yong SELEPAS bulan Ramadhan. Apa lagi... kena lenjan dengan Mama cukup2... Pergh.. Patoh pinggang.. Minggu depan dah exam. Terbaik!!

Sebagai mana yang mungkin aku pernah bagi tahu dulu, ASWARA mewajibkan pelajarnya untuk mengambil subjek wajib persembahan tradisional bagi setiap tahun. Dulu dah ada WAYANG KULIT, kemudian dah masuk BANGSAWAN. Jadi untuk tahun 3 aku disini... MAK YONG.

Baru belajar menarai mengadap rebab. Langkah dah boleh hafal. Cuma nak ikut Q lagu tu je yang agak kureng.. hehehe *kita bukan budak tari awak... badan tak selentik mana... tapi kayu tu tidak la.. hehehe*

Ni antara serba sedikit gerak Mengadap Rebab. Ni tarian wajib asas bagi Mak Yong. Ni kira buka panggung la lebih kurang. Tapi ni aku amik Utube... bukan kami rakam ke hapa ke. Haraplah nanti semua berjalan lancar.
p/s: Satu hari kat Muka Buku semua pasal Mak Yong.. apa cer?
Sekian
x.o.x.o
WAJIB LIKE :D

Wednesday, August 29, 2012

Mode Istiqomah: REZEKI?!

Salam...

"Orang kata rezeki tu datang bergolek. 
Asalkan kita ini sendiri jangan dengki mendengki, 
jangan sering tak puas hati dan yang paling utama syukur."



Ada sebab kenapa aku buka topik ni. Semacam biasa, aku di asrama membuat perniagaan percetakan berkomputer. Bahasa senangnya printing. Namun ada satu rasa yang kuat menyatakan, ada satu makhluk tuhan ni bagai tak puas hati dengan kerjaya aku ni. Makhluk tuhan ini juga berniat untuk membuat sebuah lagi perniagaan sebegini. Niatnya itu bukan main2. Memang nampak dengan jelas bersungguh- sungguh.

Sejujurnya aku takut. Ini sahajalah periuk nasi aku. Sumber kewangan aku utnuk hidup sepanjang semester. Kalau betul dia buat begitu, memang periuk nasi aku penuh pasir dari beras. Entahlah...

Moga dalam bulan baik ni, dia sendiri istiqomah dulu niat dia tu. Dan aku redha. Rezeki tuhan ada kat mana mana.


Sekian

x.o.x.o
WAJIB LIKE :D

Mode Gumbira Tahap Dewa: My Chocobie

salam...

Sekian lama aku tak mencarutcoret kat blog ni... hampir 4 bulan mungkin. sejujurnya aku malas... hehehe... Kali ini aku nak mula menulis semula... *harapaya* Entri pertama ialah mengenai suatu makhuk baru dalam hidup aku.


Nama Penuh: Chocolate Wabbit
Nama Timangan: Chocobie
Umur: 3 bulan ++

Sejujurnya ini merupakan Haiwan Belaan kedua aku. Sebelum ni mungkin ada yang dah tahu mengenai Jacob dan Reenesme *tekan link* Jadi ini yang kedua... Sengaja aku belu yang tiada bulu2 lebat gitu... mula2 kengkawan aku kata muka dia tak comel. Tapi pada aku muka dia unik. tu yang buat aku terpikat. Kawan aku yang jual. hehehe... Ada kisah disebalik Chocobie ni.

Aku datang berkunjung ke rumah kawan aku tu. Datang nak beraya dengan nak amik si Chocobie ni sekali. Dah datang beraya. Memang pakai baju kurung la. Si Chocobie ni pula di lepaskan sekitar kwasan rumah dia bersama arnab- arnab dia yang lain... *Ya dia ada jual arnab yang berbagai jenis. Hubungi dia* Akhirnya.. dengan baju kurung bagai, sinsing lengan angkat kain dan KEJAR.. hehehe...

Nah... beberapa snap shot selepas Chocobie mandi...

Hidung sapa ni??
Heheh Chocobie nak Jail Break

'Tak mo tangk'ap gambo.'
*geleng2 pala*

Cuci muka sebelum tidur.
Ya.. memang sangkar tu agak kecil bagi dia.. tu sangakar hamster teman serumah aku. Mahal sangakar dia. RM 50. nanti la kot... beli vitamin dia, tempat air dia, tempat makanan dia, dan shampoo dia ja dah buat aku gelak sorang2.. hehehe... nantilah ek beli sangkar dia. Nak pasangkan rantai, yang ada loceng tu. Tap rantai tu besar sgt. Bila pakaikan dia masuk kaki sekali.. hehe tunggu besau sikit ya...

Sekian...

x.o.x.o
WAJIB LIKE :D

Monday, August 6, 2012

ASSALAMUALAIKUM!

Salam semua...

Pergh.. lama sangat aku tak menulis dalam blog ni. Busy, dengan tugasan, exam, latihan industri. sekarang ni aku dah hampir 2 minggu memulakan kuliah bagi tahun 3 aku di ASWARA.

Pergh.. lagi setaun je ni.. nak Habis dah... Mungkin sambung mungkin tidak.. tengoklah rezeki macam mana..

Bubye
WAJIB LIKE :D