MY FRIENDS.. MERE DOSTE... CHINGU...

ENTIRELY ME!!

Saturday, April 14, 2012

Mode Enjoy-y : : Sebuah Cerita dan Running Man Malaysia

Salaam...

Semalam merupakan malam pertama bagi pementasan Dekam: De Facto. Sesungguhnya aku kagum denga sahabat aku yang berjaya mementaskan sebuah naskah olahan baru dalam masa yang singkat. Bangga aku menayangkan pada sahabat sekelas dahulu yang anda semua sahabat aku yang berbakat. Terima Kasih pada Paan dan Syazrin yang sudi datang pada pementasan itu.

Paan dan Syazrin
Selepas pementasa tersebut, aku dan para sahabatan aku ni keluar untuk menikmati keindahan malam. hahah Gigih.. pergi tengok wayang je. Lokasi paling hampir dengan Stor DBP ialah Times Square. Cerita pilihan: The Hunger Games. 
Parodi The Kebulur Games

Review akan aku berikan kemudian. Pengalaman yang indah bila 3 sahabat lama dari zaman sekolah berjumpa. Macam2 yang diceritakan.. aku, dia, kita, mereka... tak perlu disiarkan disini.

late dinner

Lepak di mekdi lebih dari sejam kerana kelewatan waktu tayangan. Kemudian masuk dan tonton. Ada kisah yang lucu berlaku semasa kami hendak pulang. Kami berjumpa dengan Running Man yang datang membuat penggambaran di Malaysia.

Dari apa yang aku faham mereka perlu mencari sesuatu di beberapa buah tempat. Antaranya...

Mesin ATM

Parking Lot: Kereta Honda
Akhirnya barang yang menjadi tugasan diorang dijumpai di dalam kereta ni. Best siot jumpa diorang ni. Meh aku bagi gambar Running Man kat korang.

AMACAM? SAMA TAK?
Muahahahhahaha ** gelak jahat dulu ** Sebenarnya, dalam perjalanan balik, tiket parking telah secara ajaibnya hilang dari dompet Syazrin. Memandangkan dendanya lebih RM 30, kami mengambil keputusan untuk berpatah semula ke tempat2 yang telah dijejaki untuk mencari tiket tersebut... hampir 30 minit naik turun Times Square tu. Dah ibarat masuk Running Man. Akhirnya tiket tu dijumpai di dalam kereta. Nasib baik... masing2 dah merancang nak amil tiket baru.. ahhaha Lagi gambar semasa kami ber"RUNNING MAN DI TIMES SQUARE"

Paan frust 1

Headstand paan

Mr Mong dan Haroro Malaysia

Wei... mana ni?

Selepas menjumpai item pencarian!

LIKE A BOSS!
Sekian

x.o.x.o

p/s; ya Syazrin aku hutang kau satu SEOUL GARDEN.. muahahah


WAJIB LIKE :D

2 comments:

Unknown said...

hikhikhik....

Pwincess9 Juhary said...

suka ek awak Ct R Miena heheh