Semalam merupakan hari cuti khas tambahan bagi rakyat Malaysia. Tiada dalam kalender pun. Cuti sempena pertabalan Sultan terbaru Malaysia. Seperti yang kita semua sedia maklum Agong akan bertukar setiap 5 tahun sekali. Kalau tak silap aku :) Daulat Tuanku.
Satu perkara yang menggembirakan bagi pelajar seperti aku. Cuti di tengah2 waktu kelas. Heaven sgt! Semalam aku bergerak pulang ke BTS. Berjumpa dengan Angah. Aku perlu meminjam kameranya untuk satu hal. Kemudian membeli belah barang2 keperluan sebelum aku kembali ke Asrama ASWARA semula. Ah.. tak sempat pun menjengah rumahku itu. Terlampau sibuk dengan kerja. Jarang2 aku pulang.
Namun disebalik cuti gembira ini, satu hal yang menjadi tragedi. Kisah gempa bumi yang melanda semalam. Bagi yang merasakan gegaran, pasti perasan takut dan cuak serta cemas terbayang di balik hati. Alhamdulillah, semuanya selamat.
Harapnya, tia lagi bencana teruk yang bakal menimpa, lebih2 lagi Acheh. Belum pulih pun sepenuhnya dari tragedi lalu, janganlah dijatuhkan semula. Amin.
p.s: dalam gembira, jgn lupa yang berduka.
Sekian.
x.o.x.o
WAJIB LIKE :D
No comments:
Post a Comment