Pelajar IPT seMalaysia telah diHADIAHkan dengan baucar buku bernilai RM200. Banyak tu. Bukan main- main. Namun ada sesetengah tempat mendapat baucar itu agak lambat. ASWARA tak terkecuali. Tarikh tama tempoh asal ialah pada 31 Mac, 2012 yang lalu. Kami pelajar ASWARA dapat dua minggu sebelum tarikh tersebut. Apalagi, hujung minggu berbondong- bondong ke kedai buku di sekitar Kuala Lumpur.
Bagi pelajar Akademi Kesenian seperti kami, buku- buku agak mahal. lebih- lebih lagi kalau yang bukan keluaran Malaysia. RM 200 tu lepas satu @ dua buku je. Tapi okeylah dari tak de. Aku? Hehehe.. masih berbaki RM 50 lagi.. nak tengok koleksi pembelian aku?
Antar penulis kegemaran aku untuk fiksi Inggeris. |
Ini tak guna baucar tu. Ni guna Baucar RM 5 MPH |
Kalau kita pergi berbondong ke MPH, pembelia dgn BAUCER berjumlah RM 100 akan dapat lagi BAUCAR RM 5. Kebetulan aku habiskan tepat2 RM 100 kat situ, jadi dapat lagi Baucar terus guna. Ada lagi yang aku beli kat MPH yg xdigambarkan. Antaranya:
- Terjemahan Al- Quran
- Buku Ulangkaji Muet
- Buku Sudoku
DUNIA ADALAH SEBUAH APARTMEN Karya Sasterawan Negara k9 Merangkap Dekan Fakulti aku. |
PERANG dan SESUDAH SUBUH Pun Karya dari Sasterawan Negara yang sama. Nanti nak minta t/ tangan.. :) |
SEKETUL HATI SEORANG PEMIMPIN Karya Shahnon Ahmad Juga salah seorang Sasterawan Negara. |
Ini diborong dari Kedai Buku DBP. Aku habiskan RM 50. Semua yang aku kaut ini ialah kumpulan cerpen dari SN terkenal Malaysia. Aku juga ada membeli Tunas Cipta. Oh, karya seorang teman ada dalam tu. Bangga. Tahniah ya Muhd. Noraizie!
Jadi...
MASIH ADA LAGI RM 50! |
Nasib baik tempoh pengunaan BAUCAR telah dilanjutkan hingga akhir bulan April. Mungkin masih sempat untuk aku gunakan semasa pesta buku nanti. Heheh..
Oh.. sebut mengenai pesta buku, banyak aku lihat kedai buku membuat penjualan penghabisan stok sebulan sebelum pesta buku. Kenapa ya? Harga yang ditawarkan SANGAT rendah. Serendah RM 1. Jadi... ada duah buah hasil bondongan buku yang dibeli tunai...
NAKED W/OUT HAT Harga sebenar aku tak berapa pasti. Bargain : RM 5! |
THE RIDDLES OF THE EPSILON Harga asal: RM 66.90 Bargain: RM 5! |
Kedua- dua buku ni aku beli di suatu pesta buku kedai POPULAR di IPC. Ingatkan buku yang biasa sahaja isinya hingga di turunkan begitu rendah harganya. (Lihat EPSILON) Tapi sekali baca, pergh.. tak lepas pegang. Sangat- sangat bagus. menyesal tak borong lagi banyak buku yang begitu. Hanya RM 5 sahaja. Malangnya pestu buku tu dah tamat. Tiada peluang.
Pesta Buku Antarabangsa 2012 bakal berlangsung pada penghujung bulan April hingga awal Mei 2012 di PWTC. Harapnya tak terlalu sesak.. (nota: kena pergi time sekolah :p )
nota: buku yang aku beli tahun lepas, baru khatam dua bulan yang lalu! Terlalu sibuk!
Sekian
x.o.x.o
No comments:
Post a Comment