Sepanjang semester 4 ini aku banyak diminta untuk menghasilkan beberapa buah naskah. Kecil- kecilan, lebih banyak kepada drama pentas. Ah... sesat barangkali. Pengkhususan layar, namun luahan ilham lebih termaktub pada drama pentas dan cerpen. Terus, sem ini sem aku memerah otak mengorek semula idea untuk direalitikan.
Antara dua naskah tulisan ku yang teleh selesai dipentaskan ialah TIMELESS dan SALAHKAH GADIS? Keduanya di pentaskan di ASWARA, lebih menarik lagi di pentas environment. Unik. Malang sekali aku tiada kamera untuk menyimpan kenangan itu.
Sebuah lagi naskah olahan ku bakal dipentaskan di Stor DBP. Sebuah tempat bermulanya penggiat teater untuk menjulang naikkan nama. Aku bangga kerana dipilih untuk mengolah semula karya tersebut. Usai selesai segalanya akan ku beritakan di sini.
Sekian
x.o.x.o
No comments:
Post a Comment