MY FRIENDS.. MERE DOSTE... CHINGU...

ENTIRELY ME!!

Wednesday, April 11, 2012

Mode Enjoy-y : : Pementasan Dekam: De Facto

Salaam...


Naskah pementasan ini merupakan hasil olah dari saya dengan menggunakan karya asal oleh Dudok. Pementasan ini dibawakan oleh Darah Anak Seni Production yang rata2nya pelajar ASWARA. Bertempat di Stor Teater, Dewan Bahasa dan Pustaka, pementasan ini menjanjikan suatu kelainan pada penonton. Akan mula di pentaskan pada 13 April hingga 15 April 2012, anda boleh mendapatkan tiket dengan harga RM 5 sahaja (tempahan dan walk- in).

Pengarahnya, Shahmizan Idris, merupakan seorang pelajar cemelang dalam Fakulti Teater. Kebolehannya mengarahkan sebuah pementasan tidak dapat dinafikan lagi apabila beliau telah beberapa kali dipanggil untuk mengarahkan beberapa buah teater di IPT sekitar Malaysia. Beliau juga telah terpilih menjadi Pembantu Pengarah bagi pementasan Bangsawan Seri Teri Buana yang bakal dipentaskan akhir bulan Mei, 2012.

Para pelakon yang bakal menyajikan anda dengan penglaman baru dalam pementasan ini juga merupakan pelajar- pelajar dari Fakulti Teater, ASWARA. Berpengalaman dalam berbagai pementasan dari Teater Moden hingga Teater Kanak2, para pelakon ini sangat berdedikasi untuk menjayakan pementasan ini.

Dekam: De Facto, kisah sebuah keluarga yang mencari bahagia, walau ada yang teraniya. Saksikanlah!

p.s: Bagi kengkawan blog yang duduk di area KL, sudi- sudikanlah datang memberi sokongan pada kami. Harapnya anda semua akan terhibur.

Sekian.

x.o.x.o

WAJIB LIKE :D

3 comments:

Pegawai Khalwat said...

Apa kelainannya ye?

Pwincess9 Juhary said...

Pementasan ini akan menggabungkan beberapa unsur baik realism dan juga experimental serta sedikit fizikal.. Mana leh bgtau lebih2... kena dtg tengok la.. ahhahaha

Pegawai Khalwat said...

Oooo...

Olahan pada pementasanlah ye.
Bagus-bagus. Rugi tak tengok.