MY FRIENDS.. MERE DOSTE... CHINGU...

ENTIRELY ME!!

Showing posts with label 7th HEAVEN. Show all posts
Showing posts with label 7th HEAVEN. Show all posts

Friday, November 15, 2013

PURIKURA LAGI!!!


DAH GILA NGAN PURIKURA!

Dari kiri: Beatyna, Shemarlie dan Alliepanhy.

Muka2 The Sondarls... hahahah 

Last time masa pergi buat PURIKURAP ni, yang tengah ti tak de... Jadi.. saja menyundal bersama...Hamboi.. pecah lubang mak jemah...

Hahah.. sebenaunya bukan pergi menyundal (choiii). Mereka ni dok tolong aku hantar printer pegi repair. Ada masalah cartridge. Kena tukar. Kedainya pula di Mines.. Tempat komputer kat atas sekali. Sementara menunggu.. kami pun pergilah berjimba.. dok makan2... jalan2... n Purikura... 

Tapi Purikura kat Mines ni agak kecik sikit saiz gambonya... Lain jenis mesin kot... Tapi... bolehlah... buat kenangan... Nah lagi satu...

Cam comel je.. cam cute je
Gile tak comel!?

Anyway.. gambar ni dh lama dah... dah sebulan lebih kot.. But still kenangan... 

x.o.x.o
Pwincess9
WAJIB LIKE :D

Monday, September 9, 2013

Back To One! + PURIKURA!!!

Holla!

Dah lama gila rasanya mak jemah ni tak menjengah blog ni. 
Aiyoh... sibuk katanya... 
Sekarang ni 'sepatutnya' dah tak buat hapa2.. 
Jadi bolehlah nak berblog bagai.

Sebenarnya, mak jemah ni patutnya dah tamat belajar pada bulan Jun yang lepas. 
Final Projek pun dah siap, dah khatam dah pun. 
Cumanya mak jemah ada 'sangkut' dua subjek. Aih, malu nak cite. 
Adik2 kat luar tu jangan ikut mak jemah ya!

Jadi pagi Ahad yang lepas, aku pergi mendaftar untuk Tahun 4. 
Kerlas you all. Bukan senang ye nak masuk tahun 4. 
Ahaks... 

Alhamdulillah, semua subjek yang terkantoi itu, berdasarkan silibus baru, 
aku boleh ambil utuk sem ini. 
Kalau ikut silibus baru, kena tunggu lagi satu sem. 
Rezeki.

Selesai segalanya, malamnya itu, APALAGI. BERJIMBA la... hahahha... 

Bukti Perjimbaan!
Menatang ni namanya PURIKURA. 
 
Ni kali pertama mak jemah guna benda ni. 
Lihat kulitku, cantikkan. 
Adush. dah macam nak promote barang pulak. hahah.

Bagi sesipa yang tak tahu, PURIKURA ni merupakan 
sejenis mesin mengambil gambar dan kemudiannya
 boleh edit dan corakkan gambar menjadi 
MARVELOSS gitu. 
 
Kalau tak paham juga, dey, Ince Google ada.

PURIKURA ni terdapat di semua cawangan JUSCO AEON di Malaysia.
 Cari je kat bahagian mini arked tu, wajib ada. 
 
Sebenarnya, tujuan aku dan sahabat ke Aeon bukanlah utk berjimba semata- mata.. 
Ada matlamat dan tujuan. 
 
Itu, ... lain kali na ceq cerita.

Sekian...
x.o.x.o
Pwincess9
WAJIB LIKE :D

Wednesday, September 5, 2012

SURPRISE!! SELAMAT HARI JADI TEMAN!! **ASEAN ISKANDAR**

maaf aku curi dari Muka Buku itu...:P
SELAMAT HARI LAHIR TEMAN! YANG KE ......... *rahsia* MAAF TIADA HADIAH BISA AKU KIRIMKAN PADA KAMU. DAH DUA TAHUN BERKENALAN, PERNAH SEBILIK. TAPI AKU BARU PERASAN GAMBAR KITA BERDUA TIADA... ESOK YA... KITA PAKAI LAWA- LAWA DAN TANGKAP GAMBAR BERSAMA. ^,^


MOGA KAU BAHAGIA SELALU DAN SEMOGA KAU BERJAYA DALAM APA YANG KAU LAKUKAN... DOA IKHLAS DARI AKU...


x.O.x.O

WAJIB LIKE :D

Monday, August 6, 2012

ASSALAMUALAIKUM!

Salam semua...

Pergh.. lama sangat aku tak menulis dalam blog ni. Busy, dengan tugasan, exam, latihan industri. sekarang ni aku dah hampir 2 minggu memulakan kuliah bagi tahun 3 aku di ASWARA.

Pergh.. lagi setaun je ni.. nak Habis dah... Mungkin sambung mungkin tidak.. tengoklah rezeki macam mana..

Bubye
WAJIB LIKE :D

Wednesday, April 11, 2012

Mode Enjoy-y : : Pementasan Dekam: De Facto

Salaam...


Naskah pementasan ini merupakan hasil olah dari saya dengan menggunakan karya asal oleh Dudok. Pementasan ini dibawakan oleh Darah Anak Seni Production yang rata2nya pelajar ASWARA. Bertempat di Stor Teater, Dewan Bahasa dan Pustaka, pementasan ini menjanjikan suatu kelainan pada penonton. Akan mula di pentaskan pada 13 April hingga 15 April 2012, anda boleh mendapatkan tiket dengan harga RM 5 sahaja (tempahan dan walk- in).

Pengarahnya, Shahmizan Idris, merupakan seorang pelajar cemelang dalam Fakulti Teater. Kebolehannya mengarahkan sebuah pementasan tidak dapat dinafikan lagi apabila beliau telah beberapa kali dipanggil untuk mengarahkan beberapa buah teater di IPT sekitar Malaysia. Beliau juga telah terpilih menjadi Pembantu Pengarah bagi pementasan Bangsawan Seri Teri Buana yang bakal dipentaskan akhir bulan Mei, 2012.

Para pelakon yang bakal menyajikan anda dengan penglaman baru dalam pementasan ini juga merupakan pelajar- pelajar dari Fakulti Teater, ASWARA. Berpengalaman dalam berbagai pementasan dari Teater Moden hingga Teater Kanak2, para pelakon ini sangat berdedikasi untuk menjayakan pementasan ini.

Dekam: De Facto, kisah sebuah keluarga yang mencari bahagia, walau ada yang teraniya. Saksikanlah!

p.s: Bagi kengkawan blog yang duduk di area KL, sudi- sudikanlah datang memberi sokongan pada kami. Harapnya anda semua akan terhibur.

Sekian.

x.o.x.o

WAJIB LIKE :D

Tuesday, April 10, 2012

Mode Rezeki : : Borong BUKU!

Salaam...

Pelajar IPT seMalaysia telah diHADIAHkan dengan baucar buku bernilai RM200. Banyak tu. Bukan main- main. Namun ada sesetengah tempat mendapat baucar itu agak lambat. ASWARA tak terkecuali. Tarikh tama tempoh asal ialah pada 31 Mac, 2012 yang lalu. Kami pelajar ASWARA dapat dua minggu sebelum tarikh tersebut. Apalagi, hujung minggu berbondong- bondong ke kedai buku di sekitar Kuala Lumpur.

Bagi pelajar Akademi Kesenian seperti kami, buku- buku agak mahal. lebih- lebih lagi kalau yang bukan keluaran Malaysia. RM 200 tu lepas satu @ dua buku je. Tapi okeylah dari tak de. Aku? Hehehe.. masih berbaki RM 50 lagi.. nak tengok koleksi pembelian aku?

Antar penulis kegemaran aku untuk fiksi Inggeris.

Ini tak guna baucar tu. Ni guna Baucar RM 5 MPH
 Kalau kita pergi berbondong ke MPH, pembelia dgn BAUCER berjumlah RM 100 akan dapat lagi BAUCAR RM 5. Kebetulan aku habiskan tepat2 RM 100 kat situ, jadi dapat lagi Baucar terus guna. Ada lagi yang aku beli kat MPH yg xdigambarkan. Antaranya:
  • Terjemahan Al- Quran
  • Buku Ulangkaji Muet
  • Buku Sudoku

DUNIA ADALAH SEBUAH APARTMEN
Karya Sasterawan Negara k9
Merangkap Dekan Fakulti aku.

PERANG dan SESUDAH SUBUH
Pun Karya dari Sasterawan Negara yang sama.
Nanti nak minta t/ tangan.. :)

SEKETUL HATI SEORANG PEMIMPIN
Karya Shahnon Ahmad
Juga salah seorang Sasterawan Negara.
Ini diborong dari Kedai Buku DBP. Aku habiskan RM 50. Semua yang aku kaut ini ialah kumpulan cerpen dari SN terkenal Malaysia. Aku juga ada membeli Tunas Cipta. Oh, karya seorang teman ada dalam tu. Bangga. Tahniah ya Muhd. Noraizie!

Jadi...
MASIH ADA LAGI RM 50!
Nasib baik tempoh pengunaan BAUCAR telah dilanjutkan hingga akhir bulan April. Mungkin masih sempat untuk aku gunakan semasa pesta buku nanti. Heheh..

Oh.. sebut mengenai pesta buku, banyak aku lihat kedai buku membuat penjualan penghabisan stok sebulan sebelum pesta buku. Kenapa ya? Harga yang ditawarkan SANGAT rendah. Serendah RM 1. Jadi... ada duah buah hasil bondongan buku yang dibeli tunai...

NAKED W/OUT HAT
Harga sebenar aku tak berapa pasti.
Bargain : RM 5!

THE RIDDLES OF THE EPSILON
Harga asal: RM 66.90
Bargain: RM 5!
Kedua- dua buku ni aku beli di suatu pesta buku kedai POPULAR di IPC. Ingatkan buku yang biasa sahaja isinya hingga di turunkan begitu rendah harganya. (Lihat EPSILON) Tapi sekali baca, pergh.. tak lepas pegang. Sangat- sangat bagus. menyesal tak borong lagi banyak buku yang begitu. Hanya RM 5 sahaja. Malangnya pestu buku tu dah tamat. Tiada peluang.

Pesta Buku Antarabangsa 2012 bakal berlangsung pada penghujung bulan April hingga awal Mei 2012 di PWTC. Harapnya tak terlalu sesak.. (nota: kena pergi time sekolah :p ) 

nota: buku yang aku beli tahun lepas, baru khatam dua bulan yang lalu! Terlalu sibuk!

Sekian

x.o.x.o

WAJIB LIKE :D

Friday, December 9, 2011

Mode Gumbira Tahap Dewa : : My Belated 21 B-day!

salaam...
Pada 5 Disember yang lepas... aku telah menyambut tarikh kelahiran aku yg ke 21. muahahhaha... Tua dah. Walaupun aku hanya akan officially 21 hanya untuk 25 hari je... tapi okey wat... tak lama lagi dah unofficially 22 lak... hailooo..

Tahun ni mcam agak hambar, tiada teman untuk keluar dan celebrate... Tapi ramai yang wish. Terimas sgt2.. aku siap buat video lagi untuk ucapkan terima kasih.. hehehe Tapi... ucapan dari yang ditunggu tak kunjung tiba... hailooo/. sedih.... biarlah.. bukan rezeki aku... Lagi pun masa tu tgh sibuk dengan final...

Kad dari Nisha, Anith dan Eeka

Aiskrim dari Abg Adieyka.. muhahahaha
Gembira dapat semua ni. Yang paling tak leh blah yang aiskrim tu. 1 bekas besar wo... aku makan ramai2 dengan kawan2. Kang kalau aku simpan bawak balik asrama cair pula.. heeheh Napalah xde peti ais kat asrama.. boleh aku balun sorng... weeeeee

p/s: Sem 3 selesai dengan jayanya.. ehheeh sem 4? coming soon

Sekian...

x.o.x.o

WAJIB LIKE :D

Wednesday, September 28, 2011

Mode Gumbira Tahap Dewa : : Terima KASIH... heheh TERIMA?

salaam...

Hari ni terkejut melihat follower bertambah. Hehehe.. ini semua jasa baik Abg Ben dengan Mr Buck. Ni semua gara- gara aku join segmen yang mereka buat. Hehe.. saja meluangkan masa. Tup Tup folower aku bertambah. Gumbira. 
tekan utnuk tumbesaran sempurna.

Aku join bukannya nak tambah follower atau nak naikkan trafik semata ya.. Saje je... Melepas tensen dengan assg yang melambak. Tadi baru lepas satu assg. Lepas Update ni menghala ke assg lain pula.. Okeh..

Sekian

p/s: SAPA Abg Ben dan Mr Buck? Tu... poie lah ekau klik dokek namo dio yang berwarno polik tu ha... (terkenan longat nogorhi dari kelas tadi.. eheh)

x.o.x.o
WAJIB LIKE :D

Sunday, September 18, 2011

Mode Rezeki : : BerOpen House, Bantal Baru dan OH... RM2 la...

Salaam...

Hari yang penuh dengan rezeki bagi aku. Allhamdulillah. Nampaknya tuhan nak beri aku rezeki lebih buat masa ni. TQ.. hehehe. Hari ni, pagi2 lagi kakak aku dah telefon, suh bangun, dia ajak aku pergi Open House umah kawan dia kat Bangi. Jadi kami pergi ke sana dalam tengah hari gitu, lepas Zohor.

Sampai sana dalam pukul 3 cam tu, makan heaven weh... Dia buat mihun sup, laksa, pulut kuning, roti jala, kari kambing dan kuih2. Siyes sedap.. tapi yang spoilnya bila dah makan kari tu, baru tahu kambing. Tapi sedap, sebab daging dia lembut gila, cair dalam mulut, dah tu tak berbau langsung. Sebab, kadang2 daging kambing ni bila org masak dia ada bau lain mcm sikit. Tapi kali ni the best. Kenapa aku kata spoil. Aku ni akan jadi pening2 lalat sikit bila jadi kambing. Tapi xle sampai mabuk ke hapa ke... heheh

Dah tu, angan aku ajak ke Alamanda. Saja, dah alang2 ke Bangi tu, berjalan la terus. Singgah Parkson, angah beli barang sikit. Aku ternampak cadar super single on SALE. heheh Hey, payah tau nak cari cadar SUPER SINGLE yang murah tau, paling yang bagus dan muat tilam kat ASWARA ni RM 70 ke atas. Gilaaa... ni dapat yang murah... Hambik je laaa.. beli sekali dengan bantal kecik.. hehehe

Muka Gumbira

Eksaited dapat bantal baru
Sekian

p/s: Oh.. Baru perasan, rupanya ada RM 2, bukan Seringgit.. heheh rezeki tu

x.o.x.o
WAJIB LIKE :D

Friday, September 16, 2011

Mode Bermain : : Kerana Cik Epal Punya Tonyot...

Salaam...

hahahha... Kerana Cik Epal? Uih, nama bloger fofular tu... heheh Apa dia buat kat aku? heheheeh Semuanya kerana INI.. *tekan yang INI tu* Huaua... kerana dia jugaklah aku dah terjebak... Buktinyaaa.












aku baru level ni.. haisshhh
ini pun 5 kali try baru lepas

CE dah jauh gilaa...
hahah aku kidnap dari diaaa...

Huaa.. aku sebenarnya minat gila main game yang macam ni. Tapi dulu aku ingat gama ni ada kan phone je... Tadi baru aku tahu ada untuk pc juga.. huaaa.. Thanks to CE lah ye... Hahahha... Memang sah2 weekend ni aku tak buat assg... duk ngadap game ni jee....


ni pun kidanap dari CE gak

Sekian

p/s: CE... Rio dah boleh donload untuk PC gakk.. gi carikkk

x.o.x.o


WAJIB LIKE :D

Monday, September 5, 2011

K-Pop MODE : : Tribute to FT ISLAND

salaam....


Memandangkan tak lama lagi FT ISLAND nak datang Malaysia untuk Malaysian Korea Music Wave 2011, aku dengan berbesar hatinya untuk membuat satu entri khas untuk lagu2 FT ISLAND yang menjadi kegemaran aku. 


Hello Hello [2011]


사랑, 사랑, 사랑 (Love, Love, Love) [2010]


Satisfaction (Japanese)


거짓말 (Lie) [2010]


Lovesick [2008]

Aku sebenarnya nak lepas geram ni... FT ISLAND nak datang Malaysia dalam 2 minggu lagi. Malaysian Korean Music Wave 2011 kat Stadium Negara. Tiket mahal laaa... Paling murah RM 138. Tu pun yang free seating punya. Yang VIP nak dekat RM 500... Gilaaa...

Sekian

x.o.x.o

p/s: Agak2 ada tak org nak bagi tiket pree kat aku ni kalau aku buat Tribute Entry cam ni lagi? Huhu
WAJIB LIKE :D

After AIDILFITRI : : Back To LIFE! [In My Case... School]

salaam...

Sekuntum
Tulip Ungu
Hampir seminggu rasanya para pelajar seperti aku ni dibenarkan bercuti raya. Tak dinafikan ada yang masuk awal atau lambat. Alah.. cuma beza beberapa hari je. Bagi aku dah rakan2 seperjuangan di ASWARA ni, kami akan memulakan kuliah pada hari ini (ISNIN). 

Nampak tak gambar Tulip Ungu yang aku letak kat atas tu... Dalam entri yang SINI pun aku ada letak satu gambar bunga Tulip Ungu juga kan? Agak2 korang apa signifikan bunga ni pada korang? Apa perkara yang terlintas bila korang nampak bunga ni?

Bunga ni unik kan? susah nak dapat tau... nak pula warna ungu...

Bagi aku bunga ni memang unik. Dan Mysterious... heheehh Kenapa aku cakap cenggitu? Hmmm.. warna ungu ni satu warna yang elegent, sofistikated bagi aku. Nak pula warna ungu ni jarang orang guna untuk sesebuah @ sesuatu perlambangan. Jadi itu yang membuatkan penggemar warna ungu gelap macam mysterious sikit.. kan...

Tapi tu pandangan aku je lah... Pandangan korang macam mana?

Sekian..

x.o.x.o

p/s: Ada kaitan dengan assg aku sebenarnya.. jadi.. minta pandangan semua.. Boleh?
WAJIB LIKE :D

Wednesday, August 24, 2011

Mode:: Syukur... *Doa Murah Rezeki...*

salaam...


Alhamdulillah... Sejak akhir- akhir ni rezeki aku murah. Adalah duit raya untuk sedara2 kecil *heheheheh* KLIK SINI. Tak delah aku nak mintak duit belanja sangat kat Angah @ Along aku. Cume masih pening kepala dengan duit yuran... ASWARA ada menawarkan pinjaman untuk yang layak. Dan Alhamdulillah aku tergolong diantara yang layak. Cuma masih ragu2 untuk amik atau tidak pinjaman itu. Tarikh tutupnya selepas RAYA. Masih banyak masa untuk aku berfikir sama ada aku perlu @ tak pinjaman itu.

Pasal duit belanja mungkin tak jadi masalah sangat... Yuran je yang aku risaukan.. Cukup ke duit aku nak tanggung semuanya? Kalau aku amik pinjaman tu.. aku mampu nak bayar ke? Itu yang aku risaukan. Aku berharap TUHAN akan sentiasa memurahkan aku dengan rezekinya. Amin.


Sekian

x.o.x.o

WAJIB LIKE :D

Friday, August 5, 2011

Back To School: (BEFORE RAMADAN #1) Seoul Garden dan Karok!!

salaam

bajet PINK..
AHAKZZZ

Ni kisah sebelum Ramadan menjelma... kira2 bulan 7 la... hahah... masa cuti sem aku dulu.. Kalau ada yang melihat ni time tengah hari @ tengah lapar.. *puasa kannnn* jangan risau.. xde gambar makanan ponnn... hahahah

*ADA LAAAA*

tempat tujuan
Seoul Garden di OU

Sebenarnya ni bukanlah kali pertama aku makan kat Seoul Garden ni. Ni kali kedua. Sebelum ni makan dengan Syazrin Chu n Farqhan. Tapi kali ni masih bersama Syazrin ngan Lan pula... Paan ada hal hari tu.. Patutnya kitorang datang makan untuk lunch.. tapi dah terlambat.. amik yang dinner punye.. macam tak berbaloi.. Tapi dah masuk perut pun..

Lan n Syazrin
candid muka lapar perut kenyang angin
*semua salah kau LAN.. ahha*

Antara makanan yang dimasukkan n di'keluar'kan

A: Sedap ni Mak Jemah..
B: Makan je lah Mak Temahi oii

A: Temah, aku dah kenyang la..
B: Aku pun... tapi banyak lagi ni.. Bungkus nak?

Clear (?)

Banyak lagiii

Tisu...

Ajaib tak...
Apa perubahan yang korang nampak kat gambar ni?

Desert...
Dah tu... berangkat ke Shah Alam. Si Syazrin ada kelas malam.... aku ngan Lan ditinggalnya berkarok di sebuah pusat karok yang bernama GEMILANG... hahaha... nama cantikkkk.... Tempat??? heheheh Lu tengok sindirilaaa

ala- ala feeling lagu indon...

old school punya karok

aku gelak dulu....

tidur ke Lan.. hahaha
Masa ni Syameer ada dtg sekali.. tapi malangnya tuan punya badan xnak gambarnya diambil.. hahah tak delah rupanya dia... Masa ni Paan pun dah datang dah.. Pas karok seround dua... lepak food court... Makan lagi.. hahaha Hasilnyaaa

Mak Jemah n gang.. hahah
Sekian...

Bubye..

x.o.x.o


WAJIB LIKE :D

Monday, July 25, 2011

Back To School: Kenangan Tahun 1...

salaam...

Mungkin lambat bagi aku utk menyiarkan gambar2 ni tapi... SUKAHATI AKU LAAA.. hahhaha... Saja menyemak gambar2 lama... kenangan Tahun 1 aku di ASWARA.. secebis ingatan di alam maya andai nanti hilang di alam gaya.. waaahhh.. *tak kena mengenaaa*

UMMI NABILAH MAT ADAM @ UNMA
*teman sekalas merangkap tukang paksa gi kelas...*

Pelajar terlampau... hahahahah

muka gua blurrr.. nape???

kelas malam... hahaha monteng di tangga.. kan???

mentekerdarah mekD... sapa belanja???

bukti subahat tiga sahabat

potrait... bajet cun seh... *cun gilaaa*

tak perlu kata2

NI sikit je... nanti baru nak upload lagi.. ada banyakkkkkkkkkkkk lagi... kyaaaa

Bubye lah yee..

x.o.x.o


WAJIB LIKE :D