MY FRIENDS.. MERE DOSTE... CHINGU...

ENTIRELY ME!!

Showing posts with label Saket Jiwa. Show all posts
Showing posts with label Saket Jiwa. Show all posts

Monday, September 19, 2011

MODE Menyampah : : Dalam GUMBIRA ada SAKIT JIWANYA!

Salaam...

Kalau tengok entri yang INI *cuba tekan yang INI tu* Aku bercerita mengenai kegembiraan aku. Semua tu rezeki. Alhamdulillah. Tapi sebelum kegembiraan tu, ada SAKIT JIWA yang aku tempuhi. Begini ceritanya...

Selepas mendapat panggilan dari angah utk ke Open House tu, aku dah bersiap awal dan bertolak awal dari ASWARA, dengan harapan dapatlah aku pulang ke rumah sebentar, menjenguk apa yang dah jadi. Aku berjalan, hujan bagai nak turun. Namun alhamdulillah titis hujan tidak banyak yang menjejak tanah sehinggalah aku sampai ke stesen KTM. Aku sengaja memilih KTM kerana lagi murah berbanding LRT *4 posen murahnya* Biarlah lambat sedikit, aku dah keluar awal. 

Nak dijadikan cerita, tunggu punya tunggu, tren ke Seremban dibatalkan. Tren seterusnya, baru nak memulakan perjalanan dari Rawang. Aku setia menunggu, sampai tertidur. Nasib baik tak meleleh air liur basi. Hishh... Tapi lama sangat, nak mengamuk aku. Hujan lebat, mencurah2. Kalau tak hujan, aku jalan je pergi LRT. Kalau aku nak LRT mungkin dah sampai dah...

Saat je aku dah sampai di lif untuk naik semula ke atas *amik kputusn utk naik LRT w/pun hujan*, tren sampai. Berlari aku merebut tempat. Aku masuk. Sempit. Biasalah. Sampai di stesen KL, lagilah pula... dan stesen yang seterusnya... Aku minta angah aku ambil di TBS.. Aku mmg sah2 tak boleh balik umah.. Hujan.. nak tunggu bus lagi.

Baju aku basah, kena hujan masa keluar dari tren. Antara sbb aku lari ke TBS. Lepak di tandasnya, bawah kipas. Keringkan rambut dan baju serta kemaskan diri. Selamat semuanya. Cuma terkadang tangan aku sakit tadi berebut tempat menahan badan.

Apa yang aku paling menyampah adalah apabila dah sampai stesen, yang kat luar tu tak reti2 nak bagi org yang kat dlm ni keluar dulu. Dah tu tak reti2 nak berganjak ke tengah. Semua berhimpit dekat kawasan pintu. Dekat dengan pintu kononnya.. Haishh.. berjerit juga aku tadi. Lemas bai... dah pakai lawo2 nak ke Open House.. macam gitu jadinya.

Nak dijadikan cerita juga, h/phone strap aku putus. Mmg nak kena beli baru laa ye.. RM 1 di Mydin. Nasib baik neck strap yang aku letak TnG n Kad pelajar aku letak awal2 dlm beg. Sbb selalunya aku pakai dalam tren. Tapi tah, aku tergerak pula nak simpan. kalau tak.. mungkin putus sekali semua tu n hilang...

Sekian

p/s: Maaf anadai agak panjang.. Ini entri lepas geram sebelum tidur.

x.o.x.o

WAJIB LIKE :D

Sunday, August 21, 2011

Before AIDILFITRI: Big Bang... Bom Bom tebabooo!

salaam..


Kalau tengok tajuk mesti ada yang agak au nak cerita pasal kes mercun dan bunga api.. Dah nama pun bulan nak BERAYA, memang sah lah benda2 ni jadi itinerari wajib malam raya dan malam tujuh likur.. hahha *patutnya time tu org buat ibadah sengal.. bukan main mercun*

Tapi aku rasa korang pun dah bosan kot, kalau aku cerita tang main mercun ni semua. Setakat gambaq kat atas tu hang pa boleh paham2 sendirila ek.. heheh aku nak cerita pasal ni...

terimas to YOUTUBE

hahahha.. terbaik do'uh... ni baru betul M-pop (Malaysian Pop).. hahahah 24:7.. amacam.. boleh lawan ka? hahahahaha

p/s: sekadar penghilang boring

Sekian

x.o.x.o


WAJIB LIKE :D

Friday, April 22, 2011

I'M MUSLIM AND FOREVER BE! (thanks to Cik Epal)

Assalamualaikum..


Maaf, mungkin tajuk entri kali ni agak pelik bin ajaib. Tapi aku baru lepas terbaca satu entri dari Cik Epal ni. *kau tekan- tekan le nama Cik Epal tu* Naik mencanak- canak darah aku. Gila kuang ajaq baVi punye... Melampau sangat dah ni. 

Aku tau yang ni bukanlah Muslimah yang perfect, sembahyang pun aku akui aku t**g*l. Tudung pun belum sampai seru nak p**a* lagi. Tapi tak de lah aku nak buat macam Sila Sahin tu. Padanlah sangat kau kene buang keluarga. Bukan aku tak simpati pasal hal ni (hal kena buang keluarga tu ye... bukan hal b***l tu). Yelah sampai maknya terus putuskan hubungan.. Tapi salah kau juga...

Dari fakta yang boleh dipercayai dia buat macam ni sebab nak tunjukkan yang dia ni bebas... Tak nak terkongkong dengan keluargalah, apalah... sekarang.. hamik kau... Mak bapak kau lepaskan kau terus... BEBAS sangat...

Maaflah kalau entri ni agak kontorversi... agak emo... tapi aku memang pantang hal- hal macam ni.. Dulu pun aku penah debat ngan sorang mat salleh pasal Islam.. Jangan main- main.... 

Aku tahu ramai yang mungkin tak kenal Sila Sahin tu sapa... Dia ni orang Turki kalau tak silap... Pernah berlakon satu Telenovella yang membuatkannya popular yang membuatkan orang yang mengenalinya banggas gila dengan kejayaan dia... Tapi sekarang ni... Hancus... Kalau tak tahu lagi apa yang aku bebelkan ni, kau tekan- tekan nama Cik Epal yang berwarna hijau tu... Tak pun meh aku bagi Hint..

SILA SAHIN BERGAMBAR DALAM FHM... 

FHM

Tahu kan FHM tu majalah camne, untuk sape, model pose macam mane dan yang paling penting pakai apa?

Susah sangat kau goole je lah minah ni... aku malas nak letak gambar... naik menyampah aku..

Sekian...

Bubye...

x.o.x.o
WAJIB LIKE :D

Monday, March 28, 2011

Lepas Geram Main Gedombak.

salaam...

Hari ni ada satu makhluk tuhan dah buat taik kat dalam hidup aku... bukan sahaja kat aku, tapi juga kat kawan - kawan aku yang lain. Sangat sakit hati aku ni... Panas dalam aku bila aku ingatkan balik. Kalau tak diikutkan makhluk tuhan itu ada mak bapak lagi... memang dah lama aku kasi penampar sedas dua... Lama gila kot aku bersabar.

Nak dijadikan cerita, ada sekumpulan pelajar ni tengah praktis musik wayang kulit untuk majlis yang bakal diadakan di tempat aku belajar ni. Aku pun dah gian sangat nak tampar orang, apa lagi... naik pentas ngan diorang ni dan menyemak sekali la... hahah.. Hei... semak bukan sebarang semak. Aku capai gedombak dan main sekali ngan diorang.. 

Ini ngupenya gedombak itu

Bagi yang tak tahu apa itu gedombak... inilah gambarnya. Gedombak ini merupakan salah satu alat muzik wajib dalam wayang kulit. Aku belajar main wayang kulit gak kat ASWARA ni... *kau ingat dak Penulisan menulis je ke???*

Ha... lepas gian aku tadi... Main memang beriya... sampai merah- merah tangan semua. Aku bayangkan aku palu gedombak tu macam aku tampar muka makhluk tuhan itu... pergh.. puas dowh... Ye lah.. nak lempang makhluk tuhan itu secara live memang tak leh la... kang kena saman dengan mak cik dia pulak. Kan????

Sekian lah ye...

P/s; ini entri yang paham cuma aku dan kawan- kawan aku sahaja. Kalau makhluk tuhan yang lain baca dan tiba2 terasa... maknanya engkau la yang biat taik tu ye.... hahahhaah Sapa minum air sirap takkan rasa oren pulak... kan???

Bubye...

love...

x.o.x.o

WAJIB LIKE :D