MY FRIENDS.. MERE DOSTE... CHINGU...

ENTIRELY ME!!

Showing posts with label HUMAN BEINGS. Show all posts
Showing posts with label HUMAN BEINGS. Show all posts

Thursday, April 12, 2012

Muhasabah Diri : : Cuti dan Tragedi?

Salaam,

Semalam merupakan hari cuti khas tambahan bagi rakyat Malaysia. Tiada dalam kalender pun. Cuti sempena pertabalan Sultan terbaru Malaysia. Seperti yang kita semua sedia maklum Agong akan bertukar setiap 5 tahun sekali. Kalau tak silap aku :) Daulat Tuanku.

Satu perkara yang menggembirakan bagi pelajar seperti aku. Cuti di tengah2 waktu kelas. Heaven sgt! Semalam aku bergerak pulang ke BTS. Berjumpa dengan Angah. Aku perlu meminjam kameranya untuk satu hal. Kemudian membeli belah barang2 keperluan sebelum aku kembali ke Asrama ASWARA semula. Ah.. tak sempat pun menjengah rumahku itu. Terlampau sibuk dengan kerja. Jarang2 aku pulang.

Namun disebalik cuti gembira ini, satu hal yang menjadi tragedi. Kisah gempa bumi yang melanda semalam. Bagi yang merasakan gegaran, pasti perasan takut dan cuak serta cemas terbayang di balik hati. Alhamdulillah, semuanya selamat.

Harapnya, tia lagi bencana teruk yang bakal menimpa, lebih2 lagi Acheh. Belum pulih pun sepenuhnya dari tragedi lalu, janganlah dijatuhkan semula. Amin.

p.s: dalam gembira, jgn lupa yang berduka.

Sekian.

x.o.x.o
WAJIB LIKE :D

Tuesday, September 27, 2011

Mode Serius : : Menanti Pelangi.

Salaam...


Menanti pelangi. Menanti kemunculan pelangi yang berwarna- warni itu. Kebelakangan ini hari- hariku mendung. Kadang membawa ke hujan lebat, walau dimulakan dengan gerimis. Aku masih menanti pelangi, pelangi yang berwarna- warni. Aku masih lagi percaya, kerana mereka kata pelangi muncul selepas hujan lebat. Benarkah?

Namun aku masih lagi menanti pelangi itu. Bagi menceriakan mendung hati ku. Kadang hari ku penuh dengan warna suram, kelam, kelabu. Aku sendiri letih, penat mataku memandang warna sebegitu. Namun apakan daya, kerana hujan yang membawa warna. Jadi aku masih menunggu berhentinya hujan, munculnya pelangi.

Sekian...

p/s: Andai benar tiadanya pelangi, aku ku warnakan hari ku sendiri. Namun mungkin yang terlihat hanyalah merah, semerah darah!

x.o.x.o
WAJIB LIKE :D

Saturday, September 17, 2011

Mode Gumbira Tahap Dewa : : Saya Ada Seringgit Je...

salaam...


Ada seringgit je pun dah happy ke? Hait apa dah jadi bai.. Mana lagi duit kau? Heheheh.. Tapi siyes.. mmg duit aku *yang boleh dibelanjakan* ada tinggal RM 1 sahaja. Bukan langsung takde duit la.. tapi yang tu dalam tabung.. Taknak la korek tabung. Nak tunggu penuh nak, tabung tu kan belanja ke Korea nnt. *rujuk SINI*

Tapi apa yang au beli sampai habis duit kau... Dah tu kenapa kau happy? Hehehehe... Duit tu aku beli barang makanan tadi dengan kertas serta butang. Kenapa? Makanan tu aku nak makan lah... Yang kertas tu, aku kan buat perniagaan mencetak dan mengfotokopi kat ASWARA ni. *aku sorg je kau tahu... selalu dapat call "Kak nak print boleh?"* Rezeki tu... Sem ni je dah 3 rim kertas aku pakai. Yang aku beli ni rim yang ke 4... Alhamdulillah. Duit tu juga aku pakai buat duit raya dulu... *rujuk pulak SINI

Yang butang tu pula? heheh aku kan buat bisnes aksesori butang ni... Jadi ada pelanggan tempah suh jahit butang.. tu yang dok pi beli butang dengan benang tadi tu. Malangnya xde camera.. kalau tak boleh hangpa semua tengok hasil kerja tangan aku. Kot2 berkenan ka... heheheh Boleh tempah na...

Berlagak aegyo *comel*
Aegyo tak?
Dah tu kenapa aku happy? Entah... aku rasa gumbira pula walaupun duit aku tinggal Seringgit je... Mungkin sebab aku tak over bajet kot. Duit modal beli kertas pun aku rolling dari hasil. Yang lebih aku buat belanja.. Itu jelah pun duit aku nak pakai hari2. Tak mintak kat along @ angah. Okeylaaa tu kan?

Sekian...

p/s; dalam proses menjahit butang ke baju.. hahah sempat blog lagi nii
x.o.x.o

WAJIB LIKE :D

Wednesday, September 7, 2011

MODE Menyampah : : 6 Aku Paling Tak Suka...

Salaam...


Malam ni bukan malm yang emo atau apa, aku cuma nak cakap tulis pasal benda ni. Aku ni mmg jarang naik angin dan jarang marah. Tapi tu tak bermakna yang kau boleh selamba cipan je boleh pijak aku... Aku bukan nak emo ke apa, tapi aku ni mmg jenis jaga hati org sikit. Kang kalau dimakinya dari aku mmg kecik ati nnt. Jadi kat sini aku nak senaraikan benda2 yang aku paling tak suke.

  1. Pinjam barang orang tak bagi tahu pastu tak pulang balik @ rosak >> Ni aku paling hangin. Dah lah aku ni mmg jenis tak pinjam barang org sgt, sbb aku takut jadi apa2 kat brg tu. Same goes the other way round laa... kau nak pinjam/ amik bagi tahu aku dulu la... ni tak. Kalau masa tu aku tgh tidur ke hapa ke dan kau kena guna gak kalau tak kau mati then baru bagi tahu tak pe gak. Ni tak, aku mencanak2 cari baru nak bagi tahu. Kadang2 tu ada juga manusia yang buat bodoh/ buat lupa. Hujung sem tengah kemas2 barang baru nak bagi kat aku. Yang paling best, org lain yang jumpa kat bilik lain bagi tahu aku. (Selalu gula jadi kat aku)
  2. Menumpang kat tempat org pastu buat2 tak reti >> Ni lagi aku hangin, menumpang tempat org pastu selamba badak je kau nak buat apa kat situ ek. Dahnya aku pulak yang blah sbb kalau aku stay kang ada yang kena maki ngan aku. Agak2 la weh.. tu mmg sah2 tempat aku, kau ada tempat sendiri tak nak, nak juga merempat tempat org. Fine.. tapi pandai2/ sedar sendiri, tu bukan tempat kau.. Malas nak cakap lebih, kang ada yang terasa.
  3. Kau cakap kat org pandai, bagi peraturan/ arahan/ nasihat semua, tapi kau pun SAMA >> Marah org buat tu salah, buat ni salah. Letak arahan/ peraturan sana sini. Okeh.. untuk kebaikkan semualah kononnya. Tapi kau pun tak buat apa yang kau aturkan, apa kes.. kau ingat kau sapa nak suh kitorg buat semua tu. Kalau tak buat kang marah2/ maki2 semua. Tapi kalau kau tak leh pula org nak maki kau balik.
  4. Kacau aku time aku tgh xde mood/ consentrate tengah buat kerja >> Dah nampak aku mcm tu, lagi kau mau tanya soalan bodoh2/ ajak berbual ke? Silap2 hari bulan, tangan aku melekat kat pipi kau, kasut tu dalam mulut kau. Paham2 la ek.
  5. Tak tahu tapi buat2 tahu [bodoh sombong namanya tu] >> Ni lagi best, tang ni bile org bagi penerangan kau tak dengar, berlagak macam kau tahu semua. Dah tu bile kita kata salah kau kata betul. Dah tu bile betul2 kau mmg salah mulalah malu pastu kata tak de org nak bagi tahu. Yang mendengar rasa nak cincang je kau. Tapi nnt kau malu sendiri gak kan? (Tu yang aku suka tu)
  6. Lambat pick-up gile2 tahap alagapas >> Ni aku kurang hangin lah kot. Yelah tak semua org cepat tangkap apa yang org lain nak/ maksudkan. Tapi kalau dah melampau sgt, benda yang paling basic pun aku tak tahu, mmg kena bahanlah weh... 
Ni antara benda2 yang aku tak suka... Aku bukan nak kata kau ni perfect @ baik sgt ke apa. Tapi aku pastikan yang aku tak buat2 benda2 yang aku tulis ni. Maaflah andai sesiapa yang baca ni, ada yang terasa *bajet ada yang nak bace je kau carut ye...* Aku tak tujukan pada sesiapa. Ni merangkumi keseluruhan. Jadi andai kata aku termengamuk ke hapa ke.. Pasal benda2 ni la.. Okies

Sekian

x.o.x.o

WAJIB LIKE :D

Sunday, August 7, 2011

Back To School: (BEFORE RAMADAN #2) 5 Bestarianz R- Unite!!

salaam...

Abaikannnn.
Al- kisah....: : 5 Bestarianz R- Unite

Al- tarikh : : 23/ 7/ 2011 (sehari sebelum aku masuk semula ke ASWARA)

Al- masa : : Petang membawa ke malam...

Al- tempat : : OU... (asal Seoul Garden... then Jonny's)

Al- acara : : Makan, melantak dan mentekerdarah sampai lebam!

Al- cerita : :

Kisah beberapa gerombolan sahabat yang datang nak makan.. hahaha Tak lah... Ni kira pre- reunion untuk kelas 5 Bestari sesi 07. 4 tahun dah ek kami semua ni habis sekolah... antara semua2 ni, alhamdulillah.. boleh kata semua dah mendaki anak tangga yang seterusnya.. tak la tertinggal kat bawah...

Ada yang terus naik lif... ada yang slow jog dari anak tangga satu.. tapi walau apa pun.. masing2 dah ada life yang mungkin boleh dibanggakan.. *idok le malu ngadap mak mentua iyee* masing2 dah busy.. tapi ada jgak kesempatan untuk datang pre- reunion ni.. walaupun tak berapa nak menjadi... kita jadikan pengajaran.. lain kali.. buat planing setahun awal.. okeh??

Antara yang sempat aku snap dengan kamera... *yang lain cari kat MUKA BUKU laaa*
Acara bermula...
(dari kanan... Sky Lee, Chu Chang Kin dan ...... Jet LI (?))
Mak Jemah melantak udang sengsorang.. hik hik

Makaaan...
(dari kiri Lim Kooi Kooi, Ichak Chak, dan Linaaaa)

Soklan: Padankan kaki siapa tuan siapa..
boleh jawab gua blanje...

eskim m'sia dua

Bestarianz yang hadir.
(dari kanan: Lim, Lina, Farah, Ichak, Aku, Dayana, Chu, ____, Lan, Paan, Lee)

Sopan sebelum gaya luc** dilakukan
[tak sempat snap da...]

Candid candy

Lan dan.... erk...
(kabur skit.. sowiii)
Rancangan awal nak makan kat Seoul Garden, Tapi penuh.. al maklumlah hari Sabtu.. kemudian ke Jonny's... Dah selesai makan.. rancangan nak main boling @ karok @ movie terpaksa dibatalkan... Boling penuh, ada tournament hape tah, karok kat OU mahal gila babeng, movie takut lambat sangat..

Jadi, habis gitu je... tapi tak bagi aku, Lan, Paan, Chu dan Lee.. hahaha kitorang gerak ke Mid.. Nak juga tengok Movie... Harri Putter *Harry Potter* yang last tu... Tapi malangnya yang kat Mid punye takde seat yang satu row.. sume asing2.. then ke GSC Signature.. Garden sana... tapi... mahaallllll RM 35- 45 satu seat... nanges aku tengok.. nak tengok jugak puenya pasal kitorang race ke Mines... tengok kat sana.. yang available 3d je.. hambik.. nak tengok punya pasal... hahaha

Al- kisah tamat disini ya...

Sekian

p/s: Sekalian.. yang ke Tioman tu jadi ke? dah ada tempat? ke nak pegi back-packing je?

x.o.x.o

WAJIB LIKE :D

Friday, July 1, 2011

Holiday MODE:: Dah 1 Julai... Wahhh Cepatnya.

salaam...

Hari Jumaat... Penghulu segala hari.. 1 Julai... Apa signifikannya yang aku nak katakan kat sini... Hehehe Tak de benda sebenarnya.. Tak ada kaitan pun... Cuma aku rasa terkejut jugaklah... Dah 1 Julai.. macam terlampau cepat gila babas punya *pada aku* masa ni berlalu...

Dah 1 Julai hari ini... Maknanya dah sebulan aku bercuti... Tingal lagi kurang dari 3 minggu kot semester baru ASWARA akan bermula... Aku dah terima surat pemberitahuan pendaftaran.. 24 Julai mendaftar.. hari Ahad. Tak sabar rasanya untuk aku memulakan semula kuliah.. Bunyi macam pelik je.. Tapi itulah lumrah dan naluri pelajar.. Masa belajar sibuk nak cuti.. Dapat cuti dah tak sabar2 nak masuk kuliah balik... Kannnn??

Sepanjang aku bercuti ni.. segan untuk aku bagitahu.. tiada satu pun karya baru yang aku tulis... Entah kenapa.. setiap idea yang terbit dibenak aku ni bagaikan angin yang datang menyapa.. hilang kemudiannya... Macam mana ni.. Aku seorang penulis.. mana boleh hilang macamni..
YOU.... GET IT DONE DUDE!
Kenpa ek... Kira macam aku dah stuck ek? Ke aku malas? Aku lagi suka alasan perkataan malas tu dari stuck.. sebab.. kalau malas.. aku boleh usaha lebih supaya tak malas.. tapi kalau stuck, itu sama macam mengakui yang aku dah kena writer's block. Satu penyakit yang boleh terjadi @ berlaku pada penulis di seluruh dunia. Kalau dah stuck.. kena mula semula dari awal oo


Aku ada date line aku sendiri sebenarnya.. Sebelum cuti tamat aku patut siapkan 2nd book Zaki dan beberapa idea pending yang lain... Tapi kalau macam ni gayanya.. duk umah tak buat apa *apart from watching movies n dramas all the time// do'uh* camne nak selesaikan benda2 ni... hailohhhhh

Adakah aku perlukan ini?

yang cenggini?

atau yang cenggini?
p/s: aku lebih suka yang bawah tu.. ada org nak bagi tak?

Sekian

Bubye...

x.o.x.o
WAJIB LIKE :D

Thursday, June 9, 2011

Holiday MODE:: Wajib Kalau ke MV *^,^*

salaam

Time- time cuti ni selalu sangat student macam aku ni buat part time job. Tak kira la kat memana pun.. kat fast food ke, butik ke apa ke.. lebih2 lagi yang sekrang ni cuit sampai bulan 9. Mahu dipulun part time tu.. Malangnya aku cume cuti sem sebulan lebih/ Sebulan lebih ni tak melayakkan aku nak kerja kat mana2 pun.. paling kurang depa ni nak 3 bulan ke atas. 


Jadi apa yang aku buat sepanjang cuti?.. Kebanyakan aktiviti aku dah aku coretkan kesan jejak tinggalan dalam blog ni. Dan dalam kebanyak entri juga aku nyatakan yang aku ke MV atau nama panjangnya Mid Valley. Hangpa boleh tekan SINI dan SINI// *pi tekan tang SINI tu* untuk re-segarkan ingatan anda.. 

Jadi dah jadi macam habit.. kalau pegi MV mesti ada benda atau perkara wajib yang akan buat.. Antaranya...
  1. Pergi Beli Sushi JUSCO {sedap dow.. murah pun okey laa}
  2. Masuk MPH dan baca buku seround dua// {aku member MPH.. hahha lepak best woo}
  3. Masuk DD {haha memori tu}
  4. Kalau teringin nak makan ayam.. beli kat JUSCO @ Carefour je.. {no Mcd @ KFC} *tekan SINI*
  5. Sebelum balik ROTI BOY seround// {kadang2 dua.. terbaik}
Ini antara perkara wajib yang aku buat.. Korang macam mana? Ada ke perkara wajib yang korang buat kalau korang gi mana? Mesti ada kan? cuba fikir balik...

Sekian...

Bubye

x.o.x.o
WAJIB LIKE :D

Friday, April 1, 2011

Memoir of the PASAR MALAM... Pt. 1

salaam...


PASAR MALAM... umat manusia di Malaysia ni kalau tak kenal @ tak pernah pergi pasar malam memanglah ajaib... rasa2nye... semua orang pernah pergi pasar malam ni w/pun sekali... melainkan hang pa ni dok jenih yang kaya berada, koya bebenau tak pernoh menjejak kek paso male ni ha... *cuba kira berapa banyak dialek yang aku guna... hehehhe*

Aku merupakan antara ribuan rakyat Malaysia yang suka pergi pasar malam... sebab??? banyak makanan wooo... *borak makan je minah ni... mana tak besau* Bagi mak cik2 mungkin ke pasar malam sebab nak beli barang dapur. Macam bawang, ikan, sayur... murah kan kat pasar malam ni... bagi yang gedik- gedik nak melawa tapi bajet kureng... pasar malam jugak jadi tumpuan. Lawa2 gak baju- baju ngan accessories die... make up ngan perfume pun ada. 

Aku ada kenangan yang berharga kat pasar malam. Lebih tepat lagi kat Pasar Malam Koboi PMM... Kat Melaka.. *hamboi.. hape jauh bebenau pasar malam nye...* Dulu aku study kat Poli Merlimau @ PMM. Aku duk luar masa sem II. Dekat depan taman aku tu ada Pasar Malam Koboi..Setiap hari Ahad. *ada koboi ke sane?* bukanlah... maksudnya, Pasar Malam kecil. Ade lebih kurang 10 buah kedai je... Termasuklah kedai aku...

*Kau bukak tapak kat sana???*

Yup... aku jual buku- buku terpakai... Tapak aku kesian sangat masa tu, bentang surat khabar yang diselefon tape kan besar2. Pastu aku susun buku2 aku... Masa kali pertama aku nak bukak tapak tu, aku rasa segan sangat. Tapi aku beranikan diri. Yelah, aku nak cari duit belanja sikit. Adalah rezeki aku sikit masa tu. Ada juga orang beli. Alhamdulillah. Sewa tapak kat situ RM 3... heheh

Pernah sekali tu ada orang datang pantau. Dari majlis perbandaran rasanya. Check lesen. Aku dah cuak dah... mana aku ada lesen weh. Nasib baik pak cik yang jaga tempat tu back up aku. Kata aku ni student. Cari duet lebih... Seb baik lepas.. Thanks Pak Cik... Baik tau.. kadang2 bila dia tengok jualan aku tak gerak, dia tak mintak pun sewa tapak. 

Kenangan weh... pengalaman pertama aku berniaga direct cenggitu. Dulu masa kerja aku jadi cashier selling barang under company... lain.. ini nak bukak tapak cenggitu... seram woo... pengalaman berharga bagi aku..

Sekarang aku berada di kuala Lumpur, menyambung pengajian si ASWARA ini... Pasar malam yang terdekat ialah di Jalan Tunku itu... *iye ke?? tah.. aku lupa nama jalan* Besau sangat... aku tak habis round lagi...

*esok Sabtu... ada PASAR MALAM di situ...*

Bubye..

love...

x.o.x.o

WAJIB LIKE :D

Tuesday, March 22, 2011

ANTOLOGI PENCINTA JALANAN vs 3.0

salam....

Mesti pelikkan kenapa aku asyik guna tajuk yang sama ni je... hahhaa.. baik aku guna tajuk ni jadi Header Blog aku jew.... okies gak... (sebenonya malas nak mikir tajuk yang lain... hik hik).. Hari ni aku terlebih rajin pulak nak menaip... bak kata kawan2 yang gemar bersastera itu... tiba masanya untuk aku menarikan tango jari jemariku ini di pentas papan kekunci laptop ku... hahahah (rolling eyes'''' ayat aku sebenonye tuuu)

Beberapa lama aku hiatuskan blog ni... aku mula rasa kesunyian.. entahlah... aku terasa sangat penat... bagai ada suatu kuasa yang menyerap semua tenaga aku... kenapa ya.... *bukan malas semata- mata.. hehehe* kali ini au gagahkan diri aku keluar dari bilik.. jauh dari katil yang bagai memanggil aku unutk baring dan membutakan mata disitu... aku takut.. takut andai2 aku tidak mampu bangun lagi dari pembaringan itu... 

Baiklah... udah2 le nak emo2 sgt... banyak hal yang berlaku dalam hidup aku sementelah aku hiatuskan blog ini dan banyak juga perkara yang aku lakukan terhadap diri aku dan orang lain (?).. antaranya...

Aku dah potong rambut... heheheh
Kawaiii tak?? hahhaha *perah- santan*... saje je... kali ini aku potong depan... A shape.. belakang potong sikit... RM10 je... murah kan?? tapi dry cut la.... okies lahhh... gumbira ngan gaya ni... tapi aku sebenonya niat nak potong gaya cenggini..


hehehhe... Mi Nam style aku panggil... hehehhe... cute je bila aku tengok minah ni... aku nak buat gaya cenggini.. tapi kawan aku kate... muka aku dah boyish.. kang kalu potong pendek lagi *jantan* muka aku.. hahhhha... ni semua penangan YOU'RE BEAUTIFUL... heheheh.. khatam dah cite tu.. sampai niat nak beli CD die... hehehhe...

Then... oh.. aku dah dapat panggilan dari Alaf 21... pasai buku kanak2  aku tu.... dia kata nama yang aku gunakan tu dah ada orang lain pakai... *SIRI ZAKI N KAWAN_ KAWAN*.. jadi die suh tukar.... heheheh.. tunggu lew aku jadi apa menatang tu... hahhaha. Lect aku *EN. WAN* kata... kaya kamu... kaya... hahhha.. meaningfull tu... En. Wan... harap2 masinlah kata2 En. Wan itu... hahhaha kayo den nanti ha... weeee... *mood berangan*

Okies... bab ni kita stop dulu... aku mmg tengah rajin ni.. jadi satgi kang adalah kowt entri baru.. weee

Bubye..

love...

x.o.x.o

WAJIB LIKE :D

Tuesday, March 1, 2011

30 Things in 30 Days Challenge- Day 22 & 23

salaam...

Hari Isnin yang agak penat dan penuh membuatkan aku terpaksa menggabungkan cabaran Hari 22 & 23 serentak.. *heheh.. dah alang2 masuk Selasa... sauk je sekali entri*


Day 22 – A letter to someone who has hurt you recently.
&
 Day 23 – 15 facts about you.

wah.. nampaknya.. panjanglah entri kali ini ek..

Hari 22>>>


Kepada Makhluk Tuhan yang itu...

Aku sangat sakih hati dengan kau... Kenapa ya kau buat aku macam ni... yang paling aku nak gelak... Bukanaku seorang je yang kau buat musuh... Makhluk2 Tuhan yang lain yang rapat dengan kau pun kau boleh tikam bertalu- talu dari belakang. Kenapa ya...? Aku bukan nak kata aku ni perfect sangat.. Aku ni cuma manusia biasa yang banyak kekurangan dan keburukan. Tapi aku dengan bangganya disini boleh kata aku lebih better lah kowt dari kau.. Sekurang- kurangnya aku tak tikam makhluk lain dari belakang dan tinggalkan diorang kesakitan.. Aku tembak kepala je terus... Kiok terus tanpa apa2 kesakitan.. *muahahahah*

Untuk kau, aku dedikasikan entri ini *KLIK SINI* aku tahu Makhluk Tuhan itu mesti baca... Muahahah.. *perah-santan... kau ingat kau pesmes ada org baca blog kau.. muahahah*

Sekian
Dari aku yang kau sakiti..

p/s: mcm surat cinta pula dah... hahah

Hari 23>>

  1. Aku suka warna biru (1st colour)
  2. Aku suka warna hijau pucuk pisang (sebab Dia.. hehehe)
  3. Aku suka warna pink (secara tiba2 sebab 'two come in three')
  4. Aku suka warna purple (compliment ngan biru.. kannnn)
  5. Aku suka warna coklat (saja nak cukupkan lima)
  6. Aku suka no. 5 
  7. Bday aku 5/12 (bak hadiah tauuu)
  8. Aku obses dengan vampirism- sbb aku ialah vampire (tak reti tido malam)
  9. Aku Bolly'dicted
  10. Aku Korea'ffected
  11. Aku suka tido (bukan waktu malam)
  12. Aku suka cuba benda baru
  13. Aku suka makan dan komen makanan tu
  14. Aku suka tengok wayang dan tv (pernah aku boleh tahu waktu berdasarlan siaran tv.. heheh)
  15. Walau apa sekalipun aku tetap aku dan tak boleh nak ubah apa2.. okies!!
Ha.... dah cukup kan 15.. kyaaa

Sekian..

CABARAN HARI NI SELESAI DENGAN terlebih JAYANYA!!

Bubye...

love,

x.o.x.o





WAJIB LIKE :D

Friday, February 25, 2011

30 Things in 30 Days Challenge- Day 18 & 19

salaam...


semalam line internet mengalami masalah... penat2 aku karang terus hilang... jadi hari ni sekali lagi aku menggabungkan 2 entri berbeza...

Day 18 – 5 things that irritate ME about opposite/same sex
&
 Day 19 – A picture of something you want to do before you die

Hari- 18>>

Wa..... soalan untuk hari ini agak panas... Muahahah.. ini ialah peluang bagi aku untuk meng****... Opss.. terlepas sudahh... Muhahahahah *gelak evil*

Ada juga beberapa benda yang aku tak suke pasal makhluk2 tuhan yang gini.. *hik hik hik.. mata ke atas sekalian!!* tapi dia minta 5 je... jadi aku senaraikan 5 perkara yang AKU tak suke..(dah dia besau kan ME tu.. aku transilasikan begitu lah.. hahah)

1.     Manusia yang suka menunjuk- nunjuk walhal kebanggaan itu bukan miliknya... (muahahah subtext sungguh).. Aku tak nafikan... setiap manusia mesti ada rasa bangga dan bongkak dalam dirinya atas sesuatu perkara. Aku pun macam tu... kadang kala aku sendiri terlepas diri membangga-bangga atas kejayaan aku... uahahha... dah kata Berjaya.. atas REZEKI n USAHA sendiri... mestilah kita gembira.. kan? Tapi aku paling anti manusia yang menunjuk- nunjuk n membangga diri atas kelebihan, kejayaan @ kemewahan orang lain... (kira suku sakat dia lah tu...) Mungkin dia rasa bangga sebab saudaranya berjaya... tu tak kisahlah... Tapi kalau dah tahap nak menunjuk... lu boleh jalanlah bai... orang lain pun ada sedara mara yang berjaya... ntah2 lebih dari kau.. muahahah... Aku pun boleh nak banggas macam itu ngan orang... 
2.     Manusia yang suka melaga-lagakan orang... Ini lagi bikin gua hangin... Cam lahanat.. (meminjam sedikit kata Paan)... Makhluk tuhan yang cam ni lagi pulak spisis bahaya... Dia paling tak suka tengok orang senang, gumbira, gelak ketawa semua... Makhluk tuhan macam ni kalau boleh nak tengok masing- masing bergaduh... muka masam mencuka... Masa tu baru makhluk tuhan ni akan tersenyum kegembiraan sambil melompat- lompat.
3.     Manusia yang hipokrit tahap gaban... Aku tak nafikan kadang- kadang kita harus jadi hipokrit untuk hidup... Aku pun sama... Maaf ya semua... Aku berterus terang disini. Survival bai... semua orang ada instinct untuk hidup. Tapai kalau kau hipo tahap gaban, fake nak mampus dalam semua hal... depan senyum, belakang kencing... Baik kau gi MATI... Lagi baik kot. Tak de guna kau hidup dalam kepura-puraan. Fakers...
4.     Manusia yang suka mengambil kesempatan atas kebaikan orang lain... Ni lagi lah pulak kesian makhluk2 sebegitu. Makhluk2 yang jenis macam ni selalunya bontot berat, tangan pendek sebelah, kaki ada gaut pada usia muda gile... (hamboi... mengutuk nampak??) Tak de lah.. cuba hang pikiaq baik2... orang tu buat ni hang mintak, orang tu buat tu hang mintak... gile malas... dan- dan yang jadi mangsa selalunya manusia yang agak small... terlampau baik... Ada jugak yang main tikam belakang... Punyalah baik sahabatnya tolong... makhluk tuhan itu dengan selamba cipan je akan counter attack baik punye..
5.     Manusia yang bodoh sombong dan perasan pandai, serta rasa dirinya sahaja yang betul... Ni yang paling best... setiap saat dia je yang betul... Orang lain semuanya salah... Hallo... makhluk tuhan! Tau la hang tu pandai... tapi bukannye semua benda kau tahu. Kalau macam tu kau dah kompom dapat title MAKHLUK TUHAN TERPANDAI dalam dunia ni.. UNDERSTAND?
Begitulah beberapa perkara yang aku paling tak suka akan manusia. Aku sedar aku juga bukanlah sebaik mana dan mungkin benda- benda yang aku cakap ni ada kat aku. Aku akan cuba untuk belajar menjadi manusia yang lebih baik.

Hari- 19>>


Aku tau yang dia minta gambar apa yang aku nk buat sebelum meninggal dunia... Aku nak bersama ngan yang tersayang sebelum aku pergi... Tak kisahlah sape masa tu... Aku rasa gambar ni melambangkan apa yang aku nak tu.. Jadi.. inilah..

Sekian..

CABARAN HARI NI SELESAI DENGAN teramat JAYANYA!!

Bubye...

love,

x.o.x.o

WAJIB LIKE :D

Saturday, February 12, 2011

WORLD CANCER AWARENESS DAY!

CLICK TO KNOW MORE!WAJIB LIKE :D