MY FRIENDS.. MERE DOSTE... CHINGU...

ENTIRELY ME!!

Showing posts with label LAWAK U. Show all posts
Showing posts with label LAWAK U. Show all posts

Friday, May 27, 2011

After EXAM Story: KISAH BENAR>> Penjara PUDU *separa MIS"""*

salaam


Aku nak cerita suatu kisah ini.. Perihal Penjara PUDU... alahh yang berhantu tu.. Kata oranglah... Kan dulu penjara tu pernah jadi tempat lawatan ke hapa... tapi kena tutup sebab pelawat kena ganggu lepas balik dari penjara tu... Aku amik kisah ni dari orang lain... *KAU TEKAN SINI UNTUK CERITA ASAL* Bukan hak akulah... aku cuma sebarkan je.. buat semua...
*************
Berlaku di Penjara Pudu Kuala Lumpur di suatu ketika dulu. Hanya boleh disebarkan pada orang2 tertentu sahaja...


Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu pernah diceritakan bahawa terdapat satu bilik dipanggil "Bilik Terakhir".
Dibilik inilah seringnya berlaku kejadian pelik sejak Penjara Pudu ditutup.


Dinamakan "BILIK TERAKHIR " adalah kerana dulu ia merupakan bilik kediaman terakhir bagi si pesalah jenayah berat sebelum menjalani hukuman gantung sampai mati pada keesokan harinya dibilik gantung.
Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah dikatakan akan meratap, menangis, menjerit, bercakap seorang diri dan berbagai lagi perlakuan kerana menyesali kesalahan mereka yang lalu. Mereka menjadi begitu kerana dikatakan tidak kuat semangat menghadapi maut keesokan harinya yang telah diketahui mereka.
Menurut kata warden-warden yang masih ada di Penjara Pudu sewaktu proses pengosongan Penjara Pudu dijalankan, mereka sering terdengar suara-suara sayu meminta tolong, suara orang menangis dan bermacam-macam lagi dari Bilik Terakhir tersebut.
Tak kurang juga ada di antara warden yang terlihat seekor kambing hitam sering masuk menembusi pintu bilik itu tanpa dibuka dan kemudian tidak pula kelihatan kambing keluar semula..

Ramai bomoh dan pawang yang dipanggil bagi memulihkan bilik tersebut mengatakan bahawa suara-suara yang sering kedengaran di waktu malam dari Bilik Terakhir itu adalah akibat roh-roh pesalah yang mati ditali gantung tersebut tidak tenteram kerana mati mereka ditali gantung.

Nak dijadikan cerita pada suatu malam Jumaat ketika hujan renyai-renyai seorang warden telah ditugaskan mengawal kawasan yang berhampiran dengan "Bilik Terakhir" itu. Ketika sedang berkawal kira-kira lebih kurang pukul 01:00 pagi beliau terdengar seperti tapak kaki sedang berlari-lari berhampiran bilik tersebut. Diaa cuba beranikan diri untuk untuk melihat apakah bendanya itu.Sedang dia mengamat-amati maka terlihatlah dalam kesamaran seekor kambing hitam sedang menuju ke arah Bilik Terakhir itu lalu lesap begitu saja. Ia berasa harian bagaimana seekor kambing boleh ada dikawasan itu?



Oleh kerana ingin tahu ia beranikan juga diri menghampiri Bilik Terakhir itu.


Alangkah terperanjatnya mendapati pintu bilik itu telah bertukar menjadi pintu gua. Mulalah ia berasa gementar, seram serta menggigil ketakutan namun diberanikan juga diri memasuki pintu gua yang samar-samar itu sambil meninjau- ninjau didalamnya jika terlihat akan kambing tadi. Apabila apabila sampai je kedalam gua tersebut alangkah terperanjatnya ia bila didapati banyak harta karun dalamnya.... Ia cuba mengambil harta itu tetapi tiba-tiba hilang dari pandangan lalu



menjelmalah satu lembaga yang mengerikan seraya berkata,









"Heyyyyyy manusiaaa.. Jangan awak sentuh harta itu.. Hartaaaa itu bukan kauuu yang punyaaaa " " Ahmaaaaaad Albab yang punyaaaaaa " Ha Ha Ha Ha Ha " Yaaaaaaa, Ahmaaaaadd Albab yang punyaaaaaa ... ding ding ge ding"



****************************

Hahahaha... aku pun terkena tadi... hik hik hikkk


Sekian...


Bubye..


x.o.x.o


p/s: Saya kidnap dari Cik Epal... Tengkiuu

WAJIB LIKE :D

Monday, February 21, 2011

Sekali Dia Sentuh Terus CAIR!! (not mine) {separa Lu***}

salaam...

... okeh... entri ni bukan aku punya sebenarnya... aku KIDNAP dari seorang blogger yang lain.. Sila KLIK SINI untuk versi yang asal.  Tapi Siyes lawak... 

TAJUK... ADA APA DALAM POKET

Pada suatu masa ni, ada seorang puteri yang cantik... tapi malangnya, setiap barang yang dipegangnya akan cair... Jadi tiada siapa yang berani mengahwini puteri ini... Sian dia.. Raja berasa sangat susah hati.. Dia memanggil semua ahli nujum yang berkhidmat di negara itu untuk mencari jalan penyelesaian. Kemudian seorang Ahli nujum berkata... 

"Sekiranya tuan puteri berjaya memegang sesuatu yang tidak cair dalam
 pegangannya, sumpahan itu akan hilang buat selamanya."

Maka Raja pun membuat keputusan untuk menganjurkan suatu pertandingan. Barang siapa yang dapat membawakan barang yang tidak akan cair dalam pegangan tuan puteri, dialah yang akan dikahwinkan dengan puteri itu.

3 Orang putera raja sahaja yang berani menyahut cabaran itu.

Putera 1: membawa sebilah pedang yang di perbuat dari besi yang sangat kukuh dan keras... Dia....
=


=


=


=


tidak berjaya... pedang itu cair dalam pegangan puteri. Putera itu akhirnya pulang dengan rasa kecewa...

Putera 2: membawa sebentuk berlian yang besar.. berliankan lagi kuat dari mana2 objek dan yang paling keras.. Dia...
=


=


=


=


pun tidak berjaya... berlian itu juga cair... Putera itu juga pulang dengan sedihnya.

Putera 3: "Marilah selukkan tanganmu dalam poket ku ini. Wahai tuan puteri."
....

=

=

=

=

Dia berjaya, objek yang dibawanya tidak cair dalam pegangan tuan puteri. Tuan puteri yang memegang objek dalam poketnya itu  berasa malu- malu dan wajahnya merona merah. Raja yang mengetahui hal ini berasa sungguh gembira... Lantas beliau mengadakan perkahwinan antara puterinya dan Putera itu.. dan mereka hidup hingga ke akhirnya gembira selamanya...

SOALAN CEPU MAS... (Jeng Jeng Jeng)

Apakah yang ada dalam poket itu dan apakah 
yang dipegang oleh Puteri itu?
(turunkan tetikus anda ke bawah)

=


=


=


=


=


=


=


=


=


=


=


=



Tentulah M&M....hahaha... 
kan tag line nya..
Melt in your MOUTH.. not in your HANDS

p/s: hahaha.. mesti ada yang ingt puteri tu peganga tuuut...hahahahah... pikiaq lain na hang pa ni.. (cakap utara sat)

Okies... Bubyee..

Love...

x.o.x.o
WAJIB LIKE :D