MY FRIENDS.. MERE DOSTE... CHINGU...

ENTIRELY ME!!

Showing posts with label AKU BLUR?. Show all posts
Showing posts with label AKU BLUR?. Show all posts

Thursday, December 22, 2011

Reviving Thursday: Hah? AZAM TAHUN BARU? APAKAH?

Salaam…

Bunny 1: Apa AZAM baru kau Bro?
Bunny 2: Entah.. Tidur dulu laa.. Tahun depan BARU pikir.
Bunny 1: Aku ikut kau ja Bro..

22 Dec. 11… tarikh hari ni. Lagi beberapa lama je dunia akan melangkah ke tahun 2012. Dan aku, aku menamatkan keriangan menjadi 21 dalam masa yang itu gak.. Hailooo... tahun depan itu dah unofficially 22.

Tahun depan... Apa yang kita nak kejarkan? Setiap permulaan tahun pasti ramai yang sibuk dengan AZAM BARU. Tapi AZAM yang LAMA tu dah sempurnakah semuanya? Terus terang aku cakap... aku tak pernah pasang AZAM ke apa ke.. Sekadar angan2 yang aku akan pastikan 50% darinya akan jadi kenyataan.

Napa 50% je? Bak kata orng... jangan nak expect lebih2.. kang kalau tak dapat merana kau. Lagipun kalau dah angan2nya nak kawin dengan ARTIS KOREA.. mmg tidak le... muahhahahah.. nak pula dia kawin ngan kau ye?

Cuma cita-cita yag menjadi panduan dalam hidup au ni sekarang. Tahun depan dah buka sem baru. Tahun 2 Sem 2. Kemudian setahun lagi aku akan menghabiskan pengajian aku di ASWARA tu. Mana aku melangkah lagi ya?

Terus terang aku cakap... aku tak mungkin akan sambung peringkat ijazah dalam bidang penulisan. Bukan tak minat. Tapi minat aku banyak dan meluas. Aku pernah cakap ngan kakak aku yang aku nak amik F&B... terkujat juga la dia... Dia kata dia akan agak ralat la jga kalau aku sambung dalam bidang yang tiada kaitan ngan apa yang amik sekarang.. dia mention jga pasal duit.. Mana aku nak bayar.

Aku cakap aku akan usahakan jga. Cuma mmg perit juga la tukar coursing tu. Kalau aku sambung kat ASWARA pun mmg aku tak akan amik penulisan... Kemungkinan besar aku amik Teater atau Filem.. dua tu je pilihan yang aku rasa dekat dengan meinat aku yang lainnya dan aku rasa mungkin boleh buat.

Haru.... ada pula kau nak amik natang tu kan... Entah.... baik amik F&B... heheh

Sekian

x.o.x.o



_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.meWAJIB LIKE :D

Saturday, November 12, 2011

Mode Blur : : Keroncong Sebuah Organ Dalaman.

salaam...

sweet...
Pernah tak benda ni jadi kat korang? heheh... Dalam SMS punyalah rancak... tapi bila berdepan..perkataan yang keluar...Hmm.. Ahhh... Betul tak?

Okey... apa aku ngarut ni? Aku bukan nak cerita pasal ni.. Kalau berdasarkan tajuk.. aku nak cerita mengenai keroncong yang boleh bermain dalam sesuatu organ dalam... Organ dalaman yang man? Cuba teka... organ dalaman yang mana yang aka menghasilkan muzik pada masa- masa tertentu... heheh

PERUT
Yah... sesungguhnya organ dalaman aku yang satu ni dah buat keroncong dah.. Sekejap lagi mmg bertukar menjadi orkestra aku rasa... bencilah... Kafe tak buka... Aku langsung tiada sumber makanan... Camne?

Sekian...

motif: aku lapar... ada sesiapa nak belanja Mekdi

x.o.x.o
WAJIB LIKE :D

Wednesday, October 19, 2011

Mode pre-Zzzz : : Tak Puas Hati Ngan AKU?

salaam...

Sebelum melabuhkan tirai mata ni aku nak berkongsi. Apa? ada yang tak puas hati ngan aku ke? Heheheh.. Tajuk cuak je... Sebenarnya begini...

tekan untuk tumbersaran berganda
Saja ej aku menjengah ke laman stats blog2 aku... tiba2 ternampak benda ni.. Hai... muka tak puas hati pun boleh cari kat blog aku ye... musykil juga aku ni. Dah tu cuak cuak pun ada. Ade ke aku tulis @ post gambo muka tak puas hati kat blog aku ni? Hehehe.. den lupo lah yo.. kalau ado...

Sekian...

x.o.x.o

WAJIB LIKE :D

Sunday, October 9, 2011

Mode Blur : : Erk... Aku Mmg BLUR?

salaam...

Hari Ahad yang tak berapa nak produktif... Aku malas nak buat apa2... Ni.. nak post blog pun pikir 15 kali.. Macam xde point pulak nak tulis..

Entah..

Sekian

p/s: aku gi mandi jap.. cari idea... kang tulis lagi ye.. heheh

x.o.x.o
WAJIB LIKE :D

Friday, September 23, 2011

Mode Buss-y : : Gila-Frust-Gila-Nervous-Tenang-Selesai

Salaam...

Adapun tajuk entri post kali ini agak monotone. Sebenarnya ia melambangkan perasaan aku sepanjang hari ini dari pagi hingga ke petang. Hari Khamis, memang hari yang memenatkan... Ditambahkan dengan dua hari yang penat membuat assg, sehingga internet pun tak terbuka. Senarai perkara yang aku buat hari Khamis ya...

  1. Kelas 9 pagi *hujan yang lebat, dengan air-cond dewan kuliah yang menggila, gila sejuk... woo*
  2. Interview dgn Kidszania *Gila la... kena berlakon, menyanyi... berbaloi juga kelas Pn Marlia tu*
  3. Training suara *adanya... exam penulisan lirik, aku nyanyi sendiri tau, dgn Ijie... Dah penyanyi aku lari...*
  4. Kelas 2 ptg *Masuk lagu ngan lirik.. muahahah aku berduet ngan En. Siso Kopratasa.. kau hada?*
  5. Kelas Bangsawan... *Gumbira bersilat, dah lama mak cik tak taekwondo ni.. silat pun jadi*
  6. Training sebelum exam jam 8...*Gilaaa*
  7. Exam Lirik *menggigil aku, dah la abg tu masuk lagu salah... sengal*
Begitula jadual perjalanannya... Baru bangun tidur ni.. ahhahaha on9 terus...

Sekian...

x.o.x.o

WAJIB LIKE :D

Saturday, September 17, 2011

Mode Serius : : Dah Hampir 21 Tahun... Mengundi?

salaam...

Hal kali ni kita akan bercakap dalam mode serius la ek... sebab isunya pun serius gak... *aku.. serius?* hehehhe... Bukan apa... aku tertonton sebuah klip video dekat FB td yang diletakkan oleh sahabat aku. Serius, aku tertarik dengan apa yang cuba video tu sampaikan...


Itulah videonya... sebuah video yang dibuat oleh Adflin Shauki dan Namawee. Ada dua versi.. yang ni yang melayu punya, ada yang english version gak. Maksud dia jelas... suruh kita *yang layak* pergi mengundi. Memang menarik, tak macam iklan mengundi yang... marilah mari... pergi mengundi.. erghh

Berbalik pada tajuk, 21... tahun ni aku berumur 21 tahun, belum genap lagi, semakin menghampiri la. Jadi persoalannya sekarang, adakah aku akan mendaftar sebagai pengundi bila aku dah layak nanti? Sebagai rakyat Malaysia, itu merupakan hak aku kalau aku nak mengundi atau tak nak... Tapi kalau kita tengok politik sekarang dan calon2 untuk diundi, aku rasa macam... ekkkkk...

Faham kan?

Tapi kalau tak mengundikan, macam kita dah siakan peluang untuk mengubah sejarah, biarpun satu undi bermakna tau. Tapi *mcm aku kata tadi lah* kalau dua2 mcm h**** sapa aku nak undi. Nak aku buat undi rosak? Gilaaa...

Sekian

p/s: agaknya aku akan mengundi bila calonnya dah bagus dan bermutu dan boleh diharap untuk menjaga rakyat!

p/s/s: yaa.. ini entri SERIUS... kan dah cakap tadi!
x.o.x.o
WAJIB LIKE :D

Friday, July 1, 2011

Holiday MODE:: Dah 1 Julai... Wahhh Cepatnya.

salaam...

Hari Jumaat... Penghulu segala hari.. 1 Julai... Apa signifikannya yang aku nak katakan kat sini... Hehehe Tak de benda sebenarnya.. Tak ada kaitan pun... Cuma aku rasa terkejut jugaklah... Dah 1 Julai.. macam terlampau cepat gila babas punya *pada aku* masa ni berlalu...

Dah 1 Julai hari ini... Maknanya dah sebulan aku bercuti... Tingal lagi kurang dari 3 minggu kot semester baru ASWARA akan bermula... Aku dah terima surat pemberitahuan pendaftaran.. 24 Julai mendaftar.. hari Ahad. Tak sabar rasanya untuk aku memulakan semula kuliah.. Bunyi macam pelik je.. Tapi itulah lumrah dan naluri pelajar.. Masa belajar sibuk nak cuti.. Dapat cuti dah tak sabar2 nak masuk kuliah balik... Kannnn??

Sepanjang aku bercuti ni.. segan untuk aku bagitahu.. tiada satu pun karya baru yang aku tulis... Entah kenapa.. setiap idea yang terbit dibenak aku ni bagaikan angin yang datang menyapa.. hilang kemudiannya... Macam mana ni.. Aku seorang penulis.. mana boleh hilang macamni..
YOU.... GET IT DONE DUDE!
Kenpa ek... Kira macam aku dah stuck ek? Ke aku malas? Aku lagi suka alasan perkataan malas tu dari stuck.. sebab.. kalau malas.. aku boleh usaha lebih supaya tak malas.. tapi kalau stuck, itu sama macam mengakui yang aku dah kena writer's block. Satu penyakit yang boleh terjadi @ berlaku pada penulis di seluruh dunia. Kalau dah stuck.. kena mula semula dari awal oo


Aku ada date line aku sendiri sebenarnya.. Sebelum cuti tamat aku patut siapkan 2nd book Zaki dan beberapa idea pending yang lain... Tapi kalau macam ni gayanya.. duk umah tak buat apa *apart from watching movies n dramas all the time// do'uh* camne nak selesaikan benda2 ni... hailohhhhh

Adakah aku perlukan ini?

yang cenggini?

atau yang cenggini?
p/s: aku lebih suka yang bawah tu.. ada org nak bagi tak?

Sekian

Bubye...

x.o.x.o
WAJIB LIKE :D

Wednesday, June 29, 2011

Holiday MODE:: Mak Cik DiJEMPUT NOxx!!!!.. *KAU ADA?? {riak}*

salaam..


Dengan tajuk yang sebegitu riak.. sah tak de yang nak membaca entri ni.. hehehehe... GILA... 
Bukan jemputan apa pun... Buku Prima jemput aku untuk Majlis Pelancaran BUKU kat Pesta Buku Selangor 2011 Ahad ni... heheheh Gumbira seh..... Aku sebenarnya tak tau nak gi sana dengan apa @ macam mana... Along aku dah bagi ke"benar"an untuk dia hantar aku.. Tapi dia pun tak tau nak gi sana macam mana... Dia suh aku tanya org.. aku nak cakap pun tak tau.. aku tengok peta pun dah naik pitam, aku fikir nak pergi sendiri... naik tren... tapi kang... kurang ayu pulak.. ahaks..


Kenapa? Why? Wae?

Sebab aku rancang nak pakai kebaya baju kurung.. bagi nampak ayu sopan... tapi kalau dah naik KTM itu... pastu nak menapak naik teksi lagi.. aku tak konfom boleh kontrol ayu sopan... kang silap2 baju kemana kasut kemana.. heheh.. Tak kan nak pergi pakai shirt n jean kot.. heheheh.. ngan sneakers ek.. huhuh.. sempoi punya penulis..

SO.. ada cadangan kah???

Bubye..

x.o.x.o

p/s: ada link Pesta Buku Selangor tu kat atas... sila tekan kalau rajin ya...

WAJIB LIKE :D

Monday, June 27, 2011

Holiday MODE:: FT ISLAND>> Sarang Sarang Sarang (LOVE LOVE LOVE) Sempena DIA... *FOR YOU*

Salam...

Sempena ke*celaru*an hati hi.. aku dedikasikan lagu ini untuk DIA n DIA.. Kyaaaa


Yang boleh faham tu enjoy ya....

Bubye

x.o.x.oWAJIB LIKE :D

Holiday MODE:: RINDU... DIA *tetibaa*

Salaam...

Berapa hari tak update? Alasan sama.. tak de BERUK n malas ke CC.. Kyaa.. 


Tetiba hari ni macam lost sebentar... Macam ada satu rasa yang bersarang kat hati... Jadi.. remedi aku untuk benda2 gini ialah dengan mengemas bilik... Kyaaa... GILA... yup... Aku kemas bilik.. basuh baju bagai.. tinggal mop je aku malas.. heheh.. Then aku terpandang satu gambar yang memang sedia tergantung kat bilik aku.. Cume sejak kebelakangan ni aku x *nampak* pun gambar tu.... Tetiba gambar tu macam ada satu cahaya bersinar mengelilinginya... dan aku cuma nampak gambar DIA je...


RINDU ke?? Macam pelik je... Sebab merindui DIA yang salah... Bukan DIA.... Tapi DIA... Keliru? Lantak hang lah kalau tak tau pun.. hahahah.. yang berkenaan je mungkin tau.. Okis.. sambung balik... Siyes dowh.. RINDU... GILA... Apa nak buat? Nak tipun ke? Segan... nanti kang DIA kata apa lak... Kan....

Sekian

Bubye

x.o.x.o

p/s:: DIA yang dimaksudkan diSINI ialah DUA makhluk tuhan yang berlainan... PS n MD... hehehehhe

WAJIB LIKE :D

Friday, June 3, 2011

Holiday:: Kebosanan Melanda!

salaam...

Cuti sem telah bermula beberapa hari yang lepas/.. gosh/../. baru berapa hari cuti dah bosan... ootokae? *apa nak buat dlm KOREA*.. cubaan untuk mengemas bilik dah buat.. tp macam tak berapa nak berjaya je>> hahahah aku kemas bilik... woooo/... 

aku perlukan internet... kalau tak aku akan kebosanan.. gosh.. betapa aku merindui asrama ASWARA tika ini... internet free.. yaaa... FREE/// sekarang aku di CC...tak tahu jika sini boleh donload atau tak... lupa nak tanya... nampaknya CC ni akan jadi rumah kedua aku... hailooo terbang melayang weh wang tunai... dah terbayang melayang depan mata ni...  

Sekian....

Bubye..

p/s: malas nak nulis panjang2... kang lama lak kat sinii
p/s: harap sangat dapat asrama... nak tenet free... heheheh

x.o.x.o

WAJIB LIKE :D

Tuesday, May 31, 2011

Rainy (?) Tuesday: Going Home

salaam..

Hari Selasa selalu sangat post yang sedih2. Tu pasal nama dia Rainy Tuesday... hari ni officially last day kat asrama ASWARA sem ini.. Angah akan sampai lagu beberapa minit lagi... untuk membawa aku pergi.. Kiraanya pukul 11 tapi dia sibuk.. ada meeting...

Sekian...

x.o.x.o

p/s: masih terlalu mengantuk untuk mengarang...
WAJIB LIKE :D

Monday, May 30, 2011

Post- Sunday Tit-Bits: The Best Day

salaaam...


Maaf... patutnya ditulis semalam... atau sebelum 3jam yang lepas... tapi kesusahdapatan talian internet di asrama menidakmungkinkan aku untuk menulis diruang Ahad. Tak pe... tulis juga.. Ada cerita yang ingin disampaikan..

Aku kembali semula ke asrama ini selepas menghantar hampir kesemua barangan aku ke rumah. Masih belum sempat kemas kerana akak yang juga menyewa bilik itu tidak keluar lagi.. Tak sabar rasanya untuk mengemas bilik sendiri. Pagi Isnin ini aku akan berdepan dengan exam terakhir aku untuk sem 2 ini. Exam Lakonan. Cuak rasanya aku.. ini rasanya membuat sesuatu yang diluar kebiasaan norma diri.. Saja... aku memang suka mencabar diri..

Aku bergerak ke asrama hampir tengah hari. Aku membeli ais- krim dari penjual ais- krim bermotor. Sudah lama aku tak makan ais-krim sebegitu. RM1 sahaja... nikmat... Kemudian aku bergerak ke KTM dengan teksi. malas menunggu bas. Aku mahu cepat, denga harapan dapat berjumpa dia. Tapi sayang.. aku terlambat.. Jam 1.30, dia mungkin sudah berlepas. Berat hatiku untuk pulang tanpa berjumpa dia.. tak pe... dia bukan milik aku.

Pulang ke asrama, selepas membeli barangan untuk BbB aku. Lebur lagi perbelanjaan aku.. Tak pe... ada rezeki aku nanti. Aku pulang berehat, mengemas bilik selepas dua sahabatku pulang ke rumah. Ummi dan Yin. Selamat tinggal teman.. Jumpa lagi sem depan. Berehat lagi... sebelum mandi dan bergerak ke PeTA Tari.

Jam menghampiri 8.30, ET penuh dengan keluarga pelajar PeTA Tari. Aku cuma duduk ditangga, sahabat lain semua di kerusi.. Natijah aku datang lewat... tak mengapa.. Tiba- tiba DIA ada disitu.. ditangga... tak sia- sia aku datang menonton... Jam 11 baru habis persembahan.. tapi aku sangat terhibur.. aku menanti pelajar ijazah nanti... DIA juga membuat persembahan... menolong tahun 3... Aku gembira...

Selepas habis aku dan rakan2 mengucapkan tahniah pada pelajar yang telah berjaya menghadapi PeTA. Persembahan mereka sangat enjoy... sambil2 itu mata aku mencari dia... tiba2... N***A kata... itu dia... aku menoleh dan hampir pengsan bile melihat dia... Gile... itu je yang boleh kata... hehehe 

Aku kemudian bergerak ke tebing... makan... ada dia juga... hampir gile aku untuk tidak memandang DIA... tak pelah... dalam diam sahaja...

Sekian

Bubye...

x.o.x.o

p/s: Kata N***A, aku tak suka lelaki handsome, aku terpikat pada lelaki yag ada aura... Iyeke???

WAJIB LIKE :D

Thursday, May 26, 2011

After EXAM Story: Cantiknya... tapi... *Separa Luc''*

salaam...


Aku blog hopping... lompat sana, lompat sini... jumpa satu blog ni. Aku jumpa gambar ni... Aku suka tengok dia ni.. sangat cantik... Nak tahu siapa? Meh aku kasi gambar... tengok puas- puas tau..


kecumelan terserlah

kawaiii sangat

allololo.. cumel la tu

aku sah tak tau nak kata apa...

heheheh... eh lebih2 lak aku puji dia..



Cantikkan??? Tapi... apa yang tapinya... hehehe... Nama dia Kiyoshi Sakurazuka yang berasal dari Hunan, China. Dia ni selalu jadi model untuk cosplay... comel kan... Owh... lagi satu... dia ni LELAKI....


Hehehe... Terkujat tak??? Tapi mamat ni bukan mak nyah ke apa... dia straight je... tapi dah muka gini... woo.. aku pun terpikat noxx

jantan weh.. tengok... flat je...

bukti nyata... hahahha
Sekian... hehehhe

Bubye

x.o.x.o

p/s: banyak lelaki belah china/korea/jepun memang muka feminin ek??? hahaha


WAJIB LIKE :D

Wednesday, May 18, 2011

Vintage Wednesday: Kurang Keyakinan Diri

salaam...

Hari ini Rabu... Exam petang.. jam dua nanti... Aku kurang yakin... tah kenapa.. tak macam dua subjel yang lepas. Aku yakin boleh jawab dan alhamdulillah keyakinan itu kekal. Namun hari ni macam pelik lak... Aku kurang keyakinan dah ni.. Hailoo... ada kata- kata semangat tak untuk aku sebelum aku berperang jam dua nanti..

Preety Please,

Sekian


WAJIB LIKE :D

Tuesday, May 17, 2011

Rainy (?) Tuesday: Cuti Saket

salaam

Hari Selasa... (hence the title.. do'uh)

cuti wesak...

tiada exam...

saket gigi...

Sakit Dooooh.... hailooo...

awan mendung...

cam nak hujan.. (again.. hence the titlew dude)

Sekian...

p/s: penulis menghidapi saket jiwa sementaraWAJIB LIKE :D

Monday, May 16, 2011

Mode: Exam

Salaam..

16 Mei 2011... Hari Guru...

16 Mei 2011... Igauan ngeri pelajar ASWARA

KENAPA?


PEPERIKSAAN AKHIR BERMULA!

(ya... aku sedang melayari internet *dush dush*)

Sekian

Bubye

x.o.x.oWAJIB LIKE :D

Saturday, May 14, 2011

Rambling Saturday Morning: Exam Mode!

salaam...

sejuk mandi pagi... brr

hari Sabtu... pagi yang hening dan tenang... Awal aku bangun? No... aku tak tidur lagi ni. Study? Dok eh... tengah tengok Movie... Trilogy X men aku tibai.. *dushum.. penumbuk dua kali* Exam aku Isnin minggu depan... 16 Mei... wah... gile tak??? Ape yng gile... gile pasai aku tak study hape2 atau gile pasai aku punye exam baru nak mula sedangkan orang lain dah nak habis @ dah habis exam?

Well... *ahaks* ASWARA ni lain sikit lah ye... hahahah LI pun sebulan je.. Kan... 

Sekian Rambling Saturday Morning kita... next week jumpa lagi..

Happy Hols guys...

p/s: kalau aku sebut Happy Holi cam ne?? Kyaaa

Bubye

x.o.x.o

WAJIB LIKE :D

Saturday, May 7, 2011

Hiatusisme!

Salaam...

Maaf dipinta buat Pengikut Setia blog hamba yang tak seberapa ni... Hamba telah mengabaikannya secara separuh tak sengaja akibat kesibukan, kepenatan dan kemalasan hamba ini. Hampir hamba tidak mengenali blog sendiri yang telah berhabuk, bersawang. Penuh labah- labah dan anai- anai yang melata. Maafkan hamba.

Cerita gembira, sedih dan segala. Banyak yang ingin hamba kongsikan bersama. Namun atas sebab dan alasan di atas, sukar untuk hamba menjenguk dan meninggalkan secebis taipan tulisan di blog ini.

Sekian... Akan hamba sambung kisah yang lampau seketika masa nanti andai tiada aral melintang...

Sekian...


WAJIB LIKE :D

Monday, April 25, 2011

Kelaparan Tahan Gaban.... Tisu pun Jadi!?

salaam...

yaaaa..... jam dah hampir nak menjejak 2 pagi.. tapi mata empatku ini masih belum lagi nak menutupkan kelopak duanya... huh bahasa bunga kemboja sungguh..

Soalan cepu gangsa...

Pernah tak korang kelaparan tahan gaban sampai tisu pun korang bedal.. siap rasa kek coklat lagi tu...????

Seperti Ini

sebuah kotak tisu yang biasa..


=

=

=

=

=

=


Bertukar
(eksyen kamen sikit)
=


=

=

=

=

Kepada Ini

Kek Coklat yang enak.. wuuu

Ha....

Sesungguhnya... aku lapar...

(Kredit to drama Taiwan Down With Love Ep 8)

Bubye

x.o.x.o

WAJIB LIKE :D