MY FRIENDS.. MERE DOSTE... CHINGU...

ENTIRELY ME!!

Showing posts with label OTHER BLOGGERS. Show all posts
Showing posts with label OTHER BLOGGERS. Show all posts

Friday, July 1, 2011

GEGAR BLOG JULAI 2011

salaam


Okeh// dah semangat ni.. Abg Ben ni suh tulis ape2 je kan.. heheh jadi nak tulis apa ek... Blur sebentar...

Okies.. dapat dah...


Semalam *Khamis* aku dapat berita result Sem 2 aku dah keluar dekat Portal ASWARA.. Punyalah eksaited.. Memandangkan yang rumah aku ni tiada interenet ataupun beruk- band jadi dalam phone tu jugak kawan aku tawarkan diri nak check result aku.. heheh Keputusannya.. aku dapat 3 pointer lah jugak..

Alahamdullilah.. oleh sebab aku nak jgak tengok sendiri keputusan aku tu.. petangnya aku ke CC. Sekali ku bukak portal.. dia dah remove link tu.. Cuak dah ni.. mana lak hilang link tu..

Bengang seketika... sekali dapat berita yang result yang dia bagi pagi tadi tu cuma cubaan semata2/// diorang nak test je.. result yang betul dia akan bagi 5 Julai nanti.. hailooo... Aku punya lah eksaited dah dapat 3.. siap bgtau kaum kerabat lagi.. dan- dan test aje... Kim-kim sungguh mereka ini mempermainkan perasaan  n jiwa pelajar.. huuuuh

p/s: ada ke isi yang boleh jadi soklan.. hhahah

Sekian...

Bubye..

x.o.x.o

WAJIB LIKE :D

Tuesday, June 28, 2011

Bang, jom g jalan- jalan


Kya... tak pepasal tajuk entri aku gitu... heheheh.. 
First time menggatal nak join segmen Abg Ben ni.. heheh... Okies... 

Bubye..

x.o.x.oWAJIB LIKE :D

Sunday, June 12, 2011

Holiday MODE:: Thanks to you MUHD AIZIE

salaam...

Aku nak ucapkan trimas pada kau.. 
sebab merupakan penyumbang site aku yang paling xtive... 
cayalah bro.. nnt aku belanja aiskrim pop..

Kau nak yang mana???

Yang Ni ke???

Yang ni???

Sekian..

Bubye..

x.o.x.o

p/s: ni je yang aku mmpu... hehehhe dah kaya nnt aku blanje Baskin Robin

WAJIB LIKE :D

Thursday, May 19, 2011

TELORDIBASUH: Pemergianmu di Tangisi (TAKZIAH)

salaam...

INNALILLAH..

TELORDIBASUH, seorang blogger yang agak terkenal juga dalam dunia blog. Dia meninggal dunia akibat jangkitan pada paru- parunya pada hari ini 19 Mei 2011. Sedikit profil mengenai Arwah


Nama Sebenar: Hakim Akmal
Nama Blog: Telordibasuh
Umur: 25 tahun


Blog: telordibasuh.blogspot.com

Itu je lah yang aku tahu pasal arwah. Bukan aku kenal rapat pun. Cuma aku adalah diantara berapa ramai yang menjadi follower dia. Suka sangat dengan tulisan dia. Santai je. Antara salah seorang blogger yang rajin untuk update berkali- kali dalam sehari. Dah tu update cerita yang menarik- menarik je. Yang lawak dan intresting. Nampaknya blognya hanya tinggal kenangan sahaja. 

Sedih sangat. Hilangnya seorang blogger yang menulis untuk semua. Bukan hanya tahu menulis mengenai diri sendiri atau lebih tepat lagi SS.

Terima kasih kepada blogger Edy dan Footballcrazie yang menyebarkan hal ini.

Untuk lebih maklumat lanjut, sila tekan LINK INI. Entri ini khas dibuat untuk arwah oleh Footballcrazie yang menjadi temah serumah Arwah. Takziah untuk keluarga arwah.

Sekian

AL- FATIHAH


WAJIB LIKE :D

Friday, April 22, 2011

I'M MUSLIM AND FOREVER BE! (thanks to Cik Epal)

Assalamualaikum..


Maaf, mungkin tajuk entri kali ni agak pelik bin ajaib. Tapi aku baru lepas terbaca satu entri dari Cik Epal ni. *kau tekan- tekan le nama Cik Epal tu* Naik mencanak- canak darah aku. Gila kuang ajaq baVi punye... Melampau sangat dah ni. 

Aku tau yang ni bukanlah Muslimah yang perfect, sembahyang pun aku akui aku t**g*l. Tudung pun belum sampai seru nak p**a* lagi. Tapi tak de lah aku nak buat macam Sila Sahin tu. Padanlah sangat kau kene buang keluarga. Bukan aku tak simpati pasal hal ni (hal kena buang keluarga tu ye... bukan hal b***l tu). Yelah sampai maknya terus putuskan hubungan.. Tapi salah kau juga...

Dari fakta yang boleh dipercayai dia buat macam ni sebab nak tunjukkan yang dia ni bebas... Tak nak terkongkong dengan keluargalah, apalah... sekarang.. hamik kau... Mak bapak kau lepaskan kau terus... BEBAS sangat...

Maaflah kalau entri ni agak kontorversi... agak emo... tapi aku memang pantang hal- hal macam ni.. Dulu pun aku penah debat ngan sorang mat salleh pasal Islam.. Jangan main- main.... 

Aku tahu ramai yang mungkin tak kenal Sila Sahin tu sapa... Dia ni orang Turki kalau tak silap... Pernah berlakon satu Telenovella yang membuatkannya popular yang membuatkan orang yang mengenalinya banggas gila dengan kejayaan dia... Tapi sekarang ni... Hancus... Kalau tak tahu lagi apa yang aku bebelkan ni, kau tekan- tekan nama Cik Epal yang berwarna hijau tu... Tak pun meh aku bagi Hint..

SILA SAHIN BERGAMBAR DALAM FHM... 

FHM

Tahu kan FHM tu majalah camne, untuk sape, model pose macam mane dan yang paling penting pakai apa?

Susah sangat kau goole je lah minah ni... aku malas nak letak gambar... naik menyampah aku..

Sekian...

Bubye...

x.o.x.o
WAJIB LIKE :D

Sunday, April 10, 2011

Kerana Berjanji (To Mr. Sengalman)

salaam...

Okies... Kisahnya entri ini adalah kerana aku TERjanji pada Mr. Sengalman *iye kew?* yang aku buat satu post ni.. Senang aku nak karut kat sini berbanding kat ruangan komen die... weeeeee

Okies... dalam satu post Mr. Sengalman ni dia *Kau Tekan Sini Le* ada satu perkara yang buat aku tergelak guling-guling... memandangkan aku malas nak cantum tampal berbagai.. aku photoscape aje lah yee

kalo nak besau kau tekan- tekan le kat gambau tu... okies

Mr. Sengalman ni kata dia suka cerita Hindustan tengok yang lama2... Time Mohabatien tu... heheheh sepuluh tahun yang lampau kot.. jadi.. sebagai seorang Bollydicted... aku akan senaraikan beberapa cerita Hindustan yang terbaik pada pemandangan mata aku yang bercermin mata power 500 ni. Okies?


























Ini sebahagian dari filem Hindi yang dah tengok dan aku rasa memang patut kau pergi beli VCD dia dan tengok ulang- ulang sampai muntah... siyes.. Aku *warning.. nak menggedik sekejap ni..* Ulangi semula.. Aku sebagai President Bollydicted *muntah 5 baldi* mengumunkan bahawa semua filem ini merupakan antara yang terbaik daripada yang terbaik... dari segi penceritaan, lakonan, sinematografi dan moral ye *iye ke? ntah*

Nak tulis sinopsis mak cik ni maleh le... jadi rajinkanlah diri korang tu untuk tekan setiap tajuk yang tertera itu... Keluar le sinopsisnye nanti.. Kalau tak berminat dengan pilihan yang aku bagi ini... Tak pe... Kau *TEKAN SINI* untuk lebih banyak senarai cerita Hindustan.. tengoklah kome sampai pengsan ye.. sampai koma lima puloh nam hari pun tak pe...

Sekian...

Bubye...

x.o.x.o

WAJIB LIKE :D

Saturday, March 26, 2011

Kompilasi Cabaran 10 Entri: Battle of Idea's

salaam...

Muahahahaha... aku berjaya... hahaha.. Mr. Sengalman hebat tak saya.... hahahaha Penat otak den ni ha. Perah punya perah. Seb baik tak kontang... ada lagi rasanya untuk diperah lagi sepuluh malam ni.. *kau dah gile?*

Meh re-segarkan otak ngan entri yang lepas...

ENTRI 1: Mr. DUNKIN dan Half- 4 Leaved Clover
ENTRI 2: LIF, sebuah mistik mini
ENTRI 3: Pelangi Hidup Aku
ENTRI 4: DUIT? MONEY?
ENTRI 5: Makan Nasi Bujang...?
ENTRI 6: Cordon Blue??? Eh Salah... Bleu...
ENTRI 7: Soal Hati kau Tahu?
ENTRI 8: Telinga Pencari Halwa
ENTRI 9: Mimpi Sang Pencinta
ENTRI 10: Antologi Kami Anak Sastera

Ha.... amacam... huh... makanan dah sampai... nak mentekerdarah jap naaa.... *bukan nasi bujang yee*

Bubye...

love...

x.o.x.oWAJIB LIKE :D

ENTRI 10: Antologi Kami Anak Sastera

salaam..

Kyaa.. Tajuk post nak hebat.. hahahha... *dush deshum penumbuk dua das* Kali ini aku nak mengarut pasal kami... Kami??? Sapa??

KAMI
Ummi, aku dan Ijie

Hahaha... Gedik sungguh kami kan??? Mari aku kenalkan mereka...

Ummi...

Seorang gadis yang tegas. Berpangkat kakak dari aku *maknanye tualaaa hehehe* Selalu menjadi teman terbaik untuk kau. Tapi terlalu berahsia sikit minah ni... hahahha Dah tak yah nak lebih2, kang ko terpikat sama dia... *Tekan- Tekan Sini untuk Kenal*

Ijie...

Seorang teruna (?) yang gila- gila. Cool n hot kadang2 mamat ni... Pangkat adik jew... hehehe... Senang nak bawak borak- borak... Single lagi... Kau nak?? *Tekan- Tekan Sini untuk Ngorat Dia*

Thanks ye kerana korang menjadi sebahagian dari kenangan manis aku dalam hidup ni... Terima kasih sangat- sanagt... aku hargai persahabatan korang
Okies....

p/s: dah.. jangan nak kata aku tak pomote korang ye...

p/s/s: Ummi... trima sebab bagi pinjam lappy ni untuk buat Cabaran ni... Wuuu Hooo... Siap dowhhh

Bubye...

love....

x.o.x.oWAJIB LIKE :D

Cabaran 10 Entri: Battle of Idea's

salam.....

Hari Sabtu yang mulia ni aku nak menyahut cabaran MR. SENGALMAN... hahaha siapakah itu... *Tekan- Tekan Sini* Dia punya cabaran simple je sebenaunya... Update 10 entri... tapi dalam masa sehari ni sahaja... HARI SABTU... so.. payah jugak kot... Boleh merapu apa sahaja... *tapi janga yang luc'' la... separa luc'' yang selalu aku buat tu boleh kowt*

Syarat- syaratnya *aku tiru dan tampal dari blognya..*

Syarat? Nak kena ada syarat gak ke? Tak yah kot ! .. Hehe.. Okeh aku bagi syarat simple mimple! Ia adil dan saksama ! Jum layan !!



  • Entri mesti ada 10 ENTRI !
  • Tak perlu letak Header Sengal Zone !
  • Tak perlu letak link Sengal Zone !
  • Kalau nak sebut jugak Sengal Zone dalam entri korang, aku tak kisah ! Hehe.. Janji ikhlas !
  • Aku bagi 5 IDEA ENTRI 
    • Kenangan Kanak kanak !
    • Aktiviti Harian !
    • Join Segmen !
    • Join Contest !
    • Pengalaman Hidup !
  • Mesti ada ENTRI  ke 11 ! Iaitu kompilasi 10 ENTRI sebelum tu ! 
  • Okeh? Tu je, kalau dah siap, kalau korang rasa nak post link entri ke 11 korang tu kat aku pun boleh ! Aku terima dan akan aku publish kat blog aku ni.
  • Tarikh tutup sebelum hari AHAD ! 


Jadi.. aku mulakan sekarang... GET.... SET.... go......sh

Bubye...

love...

x.o.x.o

WAJIB LIKE :D

Monday, February 21, 2011

Sekali Dia Sentuh Terus CAIR!! (not mine) {separa Lu***}

salaam...

... okeh... entri ni bukan aku punya sebenarnya... aku KIDNAP dari seorang blogger yang lain.. Sila KLIK SINI untuk versi yang asal.  Tapi Siyes lawak... 

TAJUK... ADA APA DALAM POKET

Pada suatu masa ni, ada seorang puteri yang cantik... tapi malangnya, setiap barang yang dipegangnya akan cair... Jadi tiada siapa yang berani mengahwini puteri ini... Sian dia.. Raja berasa sangat susah hati.. Dia memanggil semua ahli nujum yang berkhidmat di negara itu untuk mencari jalan penyelesaian. Kemudian seorang Ahli nujum berkata... 

"Sekiranya tuan puteri berjaya memegang sesuatu yang tidak cair dalam
 pegangannya, sumpahan itu akan hilang buat selamanya."

Maka Raja pun membuat keputusan untuk menganjurkan suatu pertandingan. Barang siapa yang dapat membawakan barang yang tidak akan cair dalam pegangan tuan puteri, dialah yang akan dikahwinkan dengan puteri itu.

3 Orang putera raja sahaja yang berani menyahut cabaran itu.

Putera 1: membawa sebilah pedang yang di perbuat dari besi yang sangat kukuh dan keras... Dia....
=


=


=


=


tidak berjaya... pedang itu cair dalam pegangan puteri. Putera itu akhirnya pulang dengan rasa kecewa...

Putera 2: membawa sebentuk berlian yang besar.. berliankan lagi kuat dari mana2 objek dan yang paling keras.. Dia...
=


=


=


=


pun tidak berjaya... berlian itu juga cair... Putera itu juga pulang dengan sedihnya.

Putera 3: "Marilah selukkan tanganmu dalam poket ku ini. Wahai tuan puteri."
....

=

=

=

=

Dia berjaya, objek yang dibawanya tidak cair dalam pegangan tuan puteri. Tuan puteri yang memegang objek dalam poketnya itu  berasa malu- malu dan wajahnya merona merah. Raja yang mengetahui hal ini berasa sungguh gembira... Lantas beliau mengadakan perkahwinan antara puterinya dan Putera itu.. dan mereka hidup hingga ke akhirnya gembira selamanya...

SOALAN CEPU MAS... (Jeng Jeng Jeng)

Apakah yang ada dalam poket itu dan apakah 
yang dipegang oleh Puteri itu?
(turunkan tetikus anda ke bawah)

=


=


=


=


=


=


=


=


=


=


=


=



Tentulah M&M....hahaha... 
kan tag line nya..
Melt in your MOUTH.. not in your HANDS

p/s: hahaha.. mesti ada yang ingt puteri tu peganga tuuut...hahahahah... pikiaq lain na hang pa ni.. (cakap utara sat)

Okies... Bubyee..

Love...

x.o.x.o
WAJIB LIKE :D

Thursday, February 10, 2011

ADEGAN TERLAMPAU AMINAH

Salaam...

Tajuk nak gempak... tapi ni memang terlampau pun...

KISAH AMINAH

Aminah adalah sorang budak pompuan yang malas dan tak pernah tumpukan perhatian. 1 hari kat kelas agama,dia tido je cam biasa. Ustazah pun tanya soalan "Sape orang yang patut kita hormati dan sayangi?". Takde sape jawab. Ada ar sorang budak laki kat belakang Aminah tu jahat sikit. Dia pun cocok bontot Aminah dengan jarum,Aminah pun menjerit "MAK!!" Ustazah pun puji Aminah sebab bagi jawapan yang betol.

Aminah sambung tido balik. Ustazah tanya lagi soalan. "Sape pencipta alam dan segalanya?" Budak tu cocok lagi ngan jarum,Aminah pun menjerit "YA ALLAH!!" Sekali lagi ustazah puji dia sebab bagi jawapan yang betol. Aminah sambung tido balik. Pastu ustazah pun tanya lagi soalan. "Apa yang patut sorang isteri ucapkan pada suami setiap kali sebelum tidur?" Budak tu cocok lagi. Tapi kali ni Aminah bengang dan dia kata "Ko cocok bontot aku pakai benda tu lagi siap ko!!" Ustazah tu terus pengsan




Heheheh... Terlampau tak? 


P/s: Bukan aku punye karya asal pun. Aku kidnap dari Power Renjis. Sape tu? Korang boleh kenal die dangan KLIK SINI. Memang sure korang putus urat gelak baca tulisan dia. 


Bubye...


love...


x.o.x.oWAJIB LIKE :D