Kali ini aku ingin berjiwa- jiwa sebentar. Berbicara mengenai soal hati. Cinta? Mungkin... tapi bukan pada sesiapa yang istimewa... Cuma pada teman, pada sahabat. Sayang aku pada mereka... tapi mereka?
Aku tahu aku bukan seorang teman yang baik. Bukan selalu aku ada untuk semua yang menjadi sahabatku. maafkan aku. Kadang kala ada hal yang membutuhkan aku lebih dari kau... maafkan aku... Entri ini aku dedikasikan buat kau... seorang sahabat yang telah lama menjadi sahabatku. seorang sahabat yang pernah akrab dengan ku... Namun oleh kerana perutusan waktu, simpulan persahabatan itu kian terlerai. Untukmu..
NOOR LIANA KUTIB
Yana...
Bukan aku tak mahu mendengar rintihanmu. Bukan aku ingin tidak mengendahkanmu. Maafkan aku. Aku tahu kau sekarang dihimpit masalah yang berat. Tak perlu aku urai disini apa yang ku tahu... Cukuplah kau tahu yang aku tahu...
Yana...
kau tahukan aku sayang pada kau... Lebih dari yang lain... Namun aku tahu, kadang kau tak rasa begitu. Mungkin kau rasakan yang aku bagai menjauhkan diri... Maafkan aku. Bukan aku tak mahu menolong mu... Bukan aku tak mahu mendengar rintihan mu.. Mungkin kau rasa aku dah memungkiri janji untuk sentiasa ada disampingmu... Ingatlah teman... aku memang ada di sini..
Yana...
Masanya kini untuk kau berfikir tanpa aku... Berfikir untuk diri kau sendiri dan berfikir untuk masa depanmu. Aku tak mungkin akan selalu ada untuk mu takkala kau memerlukan buah fikiran ku yang jauh lima batu pandangannya. Kau tahu kan... Maafkan aku Yana... Aku harap... kau boleh melakukan sedemikian... Kau fikir dulu apa yang terbaik buat kau, bukan sahaja buat masa kini... tapi juga untuk masa hadapan.
Yana...
Aku pernah berkata, kita ibarat cantuman puzzle... berbeza tapi saling melengkapi... Aku maksudkan juga semua itu... Ingat tau...
Sekian...
Bubye...
love...
x.o.x.o
WAJIB LIKE :D
No comments:
Post a Comment