MY FRIENDS.. MERE DOSTE... CHINGU...

ENTIRELY ME!!

Showing posts with label I HATE THIS PART. Show all posts
Showing posts with label I HATE THIS PART. Show all posts

Sunday, October 23, 2011

MODE Menyampah : : FACEBOOK Ada Problem Kah???

salaam...

Padan muko keno tembak
Ehsan Uncle Google

Dah beberapa hari mak cik dapat lihat ada masalah dekat FB nih... Mak cik tanya kat dak2 lain.. ada yang kata ada masalah gak.. ada yang kata xde masalah pun. Payahlaah.. mak cik ni nak komen tak boleh. Nak bukak page x boleh. Bengang juga... BUKAN sehari dua... Ni dah masuk 4 hari kot.

MR. MARK... apo kono e dongan ekau punyo MukoBuku nih? Apo? Ekau tak bayar gaji pekejo ko? Sampai ado problem diorang tak nak betulkan??

Sekian

p/s: Baru aku tahu dari Google.. ramai yang tak suke FB 

x.o.x.o
WAJIB LIKE :D

Friday, July 1, 2011

Holiday MODE:: Dah 1 Julai... Wahhh Cepatnya.

salaam...

Hari Jumaat... Penghulu segala hari.. 1 Julai... Apa signifikannya yang aku nak katakan kat sini... Hehehe Tak de benda sebenarnya.. Tak ada kaitan pun... Cuma aku rasa terkejut jugaklah... Dah 1 Julai.. macam terlampau cepat gila babas punya *pada aku* masa ni berlalu...

Dah 1 Julai hari ini... Maknanya dah sebulan aku bercuti... Tingal lagi kurang dari 3 minggu kot semester baru ASWARA akan bermula... Aku dah terima surat pemberitahuan pendaftaran.. 24 Julai mendaftar.. hari Ahad. Tak sabar rasanya untuk aku memulakan semula kuliah.. Bunyi macam pelik je.. Tapi itulah lumrah dan naluri pelajar.. Masa belajar sibuk nak cuti.. Dapat cuti dah tak sabar2 nak masuk kuliah balik... Kannnn??

Sepanjang aku bercuti ni.. segan untuk aku bagitahu.. tiada satu pun karya baru yang aku tulis... Entah kenapa.. setiap idea yang terbit dibenak aku ni bagaikan angin yang datang menyapa.. hilang kemudiannya... Macam mana ni.. Aku seorang penulis.. mana boleh hilang macamni..
YOU.... GET IT DONE DUDE!
Kenpa ek... Kira macam aku dah stuck ek? Ke aku malas? Aku lagi suka alasan perkataan malas tu dari stuck.. sebab.. kalau malas.. aku boleh usaha lebih supaya tak malas.. tapi kalau stuck, itu sama macam mengakui yang aku dah kena writer's block. Satu penyakit yang boleh terjadi @ berlaku pada penulis di seluruh dunia. Kalau dah stuck.. kena mula semula dari awal oo


Aku ada date line aku sendiri sebenarnya.. Sebelum cuti tamat aku patut siapkan 2nd book Zaki dan beberapa idea pending yang lain... Tapi kalau macam ni gayanya.. duk umah tak buat apa *apart from watching movies n dramas all the time// do'uh* camne nak selesaikan benda2 ni... hailohhhhh

Adakah aku perlukan ini?

yang cenggini?

atau yang cenggini?
p/s: aku lebih suka yang bawah tu.. ada org nak bagi tak?

Sekian

Bubye...

x.o.x.o
WAJIB LIKE :D

Friday, June 3, 2011

Holiday:: Kebosanan Melanda!

salaam...

Cuti sem telah bermula beberapa hari yang lepas/.. gosh/../. baru berapa hari cuti dah bosan... ootokae? *apa nak buat dlm KOREA*.. cubaan untuk mengemas bilik dah buat.. tp macam tak berapa nak berjaya je>> hahahah aku kemas bilik... woooo/... 

aku perlukan internet... kalau tak aku akan kebosanan.. gosh.. betapa aku merindui asrama ASWARA tika ini... internet free.. yaaa... FREE/// sekarang aku di CC...tak tahu jika sini boleh donload atau tak... lupa nak tanya... nampaknya CC ni akan jadi rumah kedua aku... hailooo terbang melayang weh wang tunai... dah terbayang melayang depan mata ni...  

Sekian....

Bubye..

p/s: malas nak nulis panjang2... kang lama lak kat sinii
p/s: harap sangat dapat asrama... nak tenet free... heheheh

x.o.x.o

WAJIB LIKE :D

Friday, April 22, 2011

I'M MUSLIM AND FOREVER BE! (thanks to Cik Epal)

Assalamualaikum..


Maaf, mungkin tajuk entri kali ni agak pelik bin ajaib. Tapi aku baru lepas terbaca satu entri dari Cik Epal ni. *kau tekan- tekan le nama Cik Epal tu* Naik mencanak- canak darah aku. Gila kuang ajaq baVi punye... Melampau sangat dah ni. 

Aku tau yang ni bukanlah Muslimah yang perfect, sembahyang pun aku akui aku t**g*l. Tudung pun belum sampai seru nak p**a* lagi. Tapi tak de lah aku nak buat macam Sila Sahin tu. Padanlah sangat kau kene buang keluarga. Bukan aku tak simpati pasal hal ni (hal kena buang keluarga tu ye... bukan hal b***l tu). Yelah sampai maknya terus putuskan hubungan.. Tapi salah kau juga...

Dari fakta yang boleh dipercayai dia buat macam ni sebab nak tunjukkan yang dia ni bebas... Tak nak terkongkong dengan keluargalah, apalah... sekarang.. hamik kau... Mak bapak kau lepaskan kau terus... BEBAS sangat...

Maaflah kalau entri ni agak kontorversi... agak emo... tapi aku memang pantang hal- hal macam ni.. Dulu pun aku penah debat ngan sorang mat salleh pasal Islam.. Jangan main- main.... 

Aku tahu ramai yang mungkin tak kenal Sila Sahin tu sapa... Dia ni orang Turki kalau tak silap... Pernah berlakon satu Telenovella yang membuatkannya popular yang membuatkan orang yang mengenalinya banggas gila dengan kejayaan dia... Tapi sekarang ni... Hancus... Kalau tak tahu lagi apa yang aku bebelkan ni, kau tekan- tekan nama Cik Epal yang berwarna hijau tu... Tak pun meh aku bagi Hint..

SILA SAHIN BERGAMBAR DALAM FHM... 

FHM

Tahu kan FHM tu majalah camne, untuk sape, model pose macam mane dan yang paling penting pakai apa?

Susah sangat kau goole je lah minah ni... aku malas nak letak gambar... naik menyampah aku..

Sekian...

Bubye...

x.o.x.o
WAJIB LIKE :D

Wednesday, April 20, 2011

BLOG AKU BOSAN?

salaam...

Ada seorang sahabat berkata, blog aku bosan. Ye kew? Sebab katanya aku asyik letak gambar GEDOMBAK KESAYANGAN aku tu. Hahhaha.. Maaf Jie... Aku membuatkan kau bosan. Pada yang begitu ke? Bukankah penulisan blog ni hanya sekadara luahan cebisan pemikiran sendiri. Apa aku harus membuat entri- entri yang gempak untuk menarik perhatian yang lain? 

Aku tak mengejar glamour.. Jauh sekali mengejar populariti... Lagilah berbatu jauhnya nak mencari traffik bagi menaikkan Nufnang aku. Hanya sekadar menulis membuangkan segala cebisan lebihan- lebihan pemikiran aku. Itu sahaja.. 

Bak kata seorang blogger lain... Kita Adalah Diktator Di Blog Kita Sendiri. Betulkan?


Hak sendiri... 

aku kidnap gambar ni dari blogger lain
tapi aku lupa sapa dia..... SOWWY

Sekian...

Bubye...

x.o.x.o

WAJIB LIKE :D

Tuesday, April 12, 2011

Telur Ayam pun Kena Cetak Rompak ke?

Salaam...

Aku hairan bin ajaib anak perempuan cuak binti takut alias terkejut. Haa... panjang bebenau namanya... Bukanlah... ni nak berkongsi pasal hal yang rancak dikemukakan sekarang ni... TELUR TIRUAN... 

Apa ke halnya telur ayam pun nak dicetak rompak... Apa.. semua ayam betina kat dunia ni dah mandul? Dah kena kasi semuanya... Sampai tak boleh bertelur dah...

Aku dengar hal ni mula dekat China... Hish... aku taulah yang korang ni memang pakar bab men"cetak rompak" kan barang.. tai takkan telur ayam tu pun kau nak buat gitu..


Ini proses pembuatan telur cetak rompak itu... Gila... Masa aku buat post ni seorang sahabat tanya napa aku concern sangat pasal hal ni..

Telur je pun...
Kata dia...

Aku balas...

Memang r telur je.. Tapi inilah makanan paling murah tau tak? 
Kat tebing tu hari- hari makan Nasi Ekonomi.. Bukan pakai telur ke?

Kan? Ha... aku memang dah mula cuak... dah sampai Malaysia dah pun telur cetak rompak ini... Takut weh... 


Jadi yang kat luar tu hati- hati ye......

Bubye...

x.o.x.o
WAJIB LIKE :D

Saturday, April 9, 2011

Idea-Hunting... Head Banging All Way Round!

salaam...


Alone in this room makes me thing about what I want to do now and what I suppose to do... So as usual I projected my head into doing those two. Argh... getting annoyed by myself already. It almost mid- April. Its kind a' weird how the time moves. Sometime its too slow and the other its fast as F1 racing. In the matter of less than one month I'll be having my Finals here in ASWARA. 

Lots of think come in mind. 10 more assignment pending, lot of thing to do... not to mention, the most problematic matter for a student... MONEY!

Later...

p/s: my English has been rusty since I got in ASWARA... Help me..

Bubye..

x.o.x.oWAJIB LIKE :D

Thursday, April 7, 2011

Just My 2 Cents

salaam...

2 hearts become 1

A rose that only exist in Heaven... Green Rose

A sketch of Love

I started to feel very lonely... I keep feeling alone and even though I'm surrounded by many... I hate this feeling but somehow it just keep getting on me..

Bubye...

x.o.x.oWAJIB LIKE :D

Wednesday, April 6, 2011

Makan Hati... Kenyang Sangat!

salaam...


Aku sejak akhir- akhir ni pelik sikit... Tak tahu kenapa... banyak sungguh masalah yang melanda... Aku seorang manusia yang lebih suka bekerja dengan tekanan berbanding bekerja dibawah kawalan tekanan. Namun aku dapat rasakan yang tekakan semakin hari mengawal gerak geriku... Tanpa aku sedari kadang- kadang tu... Semakain aku menghampiri penghujung semester. Tanpa aku sedari jua... peperiksaan semakin menghampiri. Mungkin itu menjadi punca utama tekanan aku. 

Beberapa peristiwa menggebirakan yang berlaku pada aku beberapa hari yang lalu.. Tak bisa aku ceritakan disini.. *aku takut kome muntah darah nnt* Ade juga perkara yang menyakit hati.. Hakta... tajuk post kali ini...

Tangan aku semakin sakit. Saraf di belakang aku juga semakin menekan. Tuntutan tugasan semakin bertambah. Beban ekonomi semakin meningkat.. semua ini membuatkan aku penat secara dalaman dan mental. Hailooo... Pemangkin semangat dan kudrat aku setentunya para sahabat yang setia menanti... *^,^*

Mudah- mudahan tekanan aku beransur kebelakangkanku... agar aku boleh lagi berkerja bersamamu.. bukan dikawalmu...

Sekian..

Bubye..

love...

me...

x.o.x.o

WAJIB LIKE :D

Tuesday, March 29, 2011

Sobbing w/o Tears

Salaam


Aku teringin nak nanges2 malam ni. Tah kenapa... Cam nak emo segala. Nak lepaskan air mata yang bertakung ni... Tapi nape ek... air mata ni tak leh nak keluar langsung waima setitis pun. Hailoooh... Aku ni memang jenis susah nak nanges. I know that for a fact. Susahlah... Kalau macam tu susahlah aku nak lepaskan apa yang terbuku dalam hati aku ni. Cuba dah buka cerita korea... sedih gila2 pun tak nanges jugak... memang sah pasni kena bukan cerita Hindustan lak... hailooooo...

Bubye...

love...

x.o.x.o
WAJIB LIKE :D

Monday, March 28, 2011

Tooth Fairy, come take my gigi...

salaam...


Kyaa... saya saket gigi. Saket sangat. napa nih... xde warning pe semua. Tetiba saket. Yang peliknye time makan selalunya sakit.. Time lapas makan to be exact. Hadui... merana weih... selalu sangat lak tu... Kadang okies kadang tak.. Geramji dah ni... Penah sekali tu saket yang teramat sampai bengkak2 muka... Nak kena buat apa ini??? tulunggg

Bubye...

love...

x.o.x.o
WAJIB LIKE :D

Lepas Geram Main Gedombak.

salaam...

Hari ni ada satu makhluk tuhan dah buat taik kat dalam hidup aku... bukan sahaja kat aku, tapi juga kat kawan - kawan aku yang lain. Sangat sakit hati aku ni... Panas dalam aku bila aku ingatkan balik. Kalau tak diikutkan makhluk tuhan itu ada mak bapak lagi... memang dah lama aku kasi penampar sedas dua... Lama gila kot aku bersabar.

Nak dijadikan cerita, ada sekumpulan pelajar ni tengah praktis musik wayang kulit untuk majlis yang bakal diadakan di tempat aku belajar ni. Aku pun dah gian sangat nak tampar orang, apa lagi... naik pentas ngan diorang ni dan menyemak sekali la... hahah.. Hei... semak bukan sebarang semak. Aku capai gedombak dan main sekali ngan diorang.. 

Ini ngupenya gedombak itu

Bagi yang tak tahu apa itu gedombak... inilah gambarnya. Gedombak ini merupakan salah satu alat muzik wajib dalam wayang kulit. Aku belajar main wayang kulit gak kat ASWARA ni... *kau ingat dak Penulisan menulis je ke???*

Ha... lepas gian aku tadi... Main memang beriya... sampai merah- merah tangan semua. Aku bayangkan aku palu gedombak tu macam aku tampar muka makhluk tuhan itu... pergh.. puas dowh... Ye lah.. nak lempang makhluk tuhan itu secara live memang tak leh la... kang kena saman dengan mak cik dia pulak. Kan????

Sekian lah ye...

P/s; ini entri yang paham cuma aku dan kawan- kawan aku sahaja. Kalau makhluk tuhan yang lain baca dan tiba2 terasa... maknanya engkau la yang biat taik tu ye.... hahahhaah Sapa minum air sirap takkan rasa oren pulak... kan???

Bubye...

love...

x.o.x.o

WAJIB LIKE :D

Saturday, March 26, 2011

ENTRI 7: Soal Hati kau Tahu?

salaam...


Kali ini aku ingin berjiwa- jiwa sebentar. Berbicara mengenai soal hati. Cinta? Mungkin... tapi bukan pada sesiapa yang istimewa... Cuma pada teman, pada sahabat. Sayang aku pada mereka... tapi mereka?

Aku tahu aku bukan seorang teman yang baik. Bukan selalu aku ada untuk semua yang menjadi sahabatku. maafkan aku. Kadang kala ada hal yang membutuhkan aku lebih dari kau... maafkan aku... Entri ini aku dedikasikan buat kau... seorang sahabat yang telah lama menjadi sahabatku. seorang sahabat yang pernah akrab dengan ku... Namun oleh kerana perutusan waktu, simpulan persahabatan itu kian terlerai. Untukmu..

NOOR LIANA KUTIB

Yana...

Bukan aku tak mahu mendengar rintihanmu. Bukan aku ingin tidak mengendahkanmu. Maafkan aku. Aku tahu kau sekarang dihimpit masalah yang berat. Tak perlu aku urai disini apa yang ku tahu... Cukuplah kau tahu yang aku tahu...

Yana...

kau tahukan aku sayang pada kau... Lebih dari yang lain... Namun aku tahu, kadang kau tak rasa begitu. Mungkin kau rasakan yang aku bagai menjauhkan diri... Maafkan aku. Bukan aku tak mahu menolong mu... Bukan aku tak mahu mendengar rintihan mu.. Mungkin kau rasa aku dah memungkiri janji untuk sentiasa ada disampingmu... Ingatlah teman... aku memang ada di sini..

Yana...

Masanya kini untuk kau berfikir tanpa aku... Berfikir untuk diri kau sendiri dan berfikir untuk masa depanmu. Aku tak mungkin akan selalu ada untuk mu takkala kau memerlukan buah fikiran ku yang jauh lima batu pandangannya. Kau tahu kan... Maafkan aku Yana... Aku harap... kau boleh melakukan sedemikian... Kau fikir dulu apa yang terbaik buat kau, bukan sahaja buat masa kini... tapi juga untuk masa hadapan.

Yana...

Aku pernah berkata, kita ibarat cantuman puzzle... berbeza tapi saling melengkapi... Aku maksudkan juga semua itu... Ingat tau... 

Sekian...

Bubye...

love...

x.o.x.o
WAJIB LIKE :D

Tuesday, March 1, 2011

30 Things in 30 Days Challenge- Day 22 & 23

salaam...

Hari Isnin yang agak penat dan penuh membuatkan aku terpaksa menggabungkan cabaran Hari 22 & 23 serentak.. *heheh.. dah alang2 masuk Selasa... sauk je sekali entri*


Day 22 – A letter to someone who has hurt you recently.
&
 Day 23 – 15 facts about you.

wah.. nampaknya.. panjanglah entri kali ini ek..

Hari 22>>>


Kepada Makhluk Tuhan yang itu...

Aku sangat sakih hati dengan kau... Kenapa ya kau buat aku macam ni... yang paling aku nak gelak... Bukanaku seorang je yang kau buat musuh... Makhluk2 Tuhan yang lain yang rapat dengan kau pun kau boleh tikam bertalu- talu dari belakang. Kenapa ya...? Aku bukan nak kata aku ni perfect sangat.. Aku ni cuma manusia biasa yang banyak kekurangan dan keburukan. Tapi aku dengan bangganya disini boleh kata aku lebih better lah kowt dari kau.. Sekurang- kurangnya aku tak tikam makhluk lain dari belakang dan tinggalkan diorang kesakitan.. Aku tembak kepala je terus... Kiok terus tanpa apa2 kesakitan.. *muahahahah*

Untuk kau, aku dedikasikan entri ini *KLIK SINI* aku tahu Makhluk Tuhan itu mesti baca... Muahahah.. *perah-santan... kau ingat kau pesmes ada org baca blog kau.. muahahah*

Sekian
Dari aku yang kau sakiti..

p/s: mcm surat cinta pula dah... hahah

Hari 23>>

  1. Aku suka warna biru (1st colour)
  2. Aku suka warna hijau pucuk pisang (sebab Dia.. hehehe)
  3. Aku suka warna pink (secara tiba2 sebab 'two come in three')
  4. Aku suka warna purple (compliment ngan biru.. kannnn)
  5. Aku suka warna coklat (saja nak cukupkan lima)
  6. Aku suka no. 5 
  7. Bday aku 5/12 (bak hadiah tauuu)
  8. Aku obses dengan vampirism- sbb aku ialah vampire (tak reti tido malam)
  9. Aku Bolly'dicted
  10. Aku Korea'ffected
  11. Aku suka tido (bukan waktu malam)
  12. Aku suka cuba benda baru
  13. Aku suka makan dan komen makanan tu
  14. Aku suka tengok wayang dan tv (pernah aku boleh tahu waktu berdasarlan siaran tv.. heheh)
  15. Walau apa sekalipun aku tetap aku dan tak boleh nak ubah apa2.. okies!!
Ha.... dah cukup kan 15.. kyaaa

Sekian..

CABARAN HARI NI SELESAI DENGAN terlebih JAYANYA!!

Bubye...

love,

x.o.x.o





WAJIB LIKE :D

Friday, February 25, 2011

30 Things in 30 Days Challenge- Day 18 & 19

salaam...


semalam line internet mengalami masalah... penat2 aku karang terus hilang... jadi hari ni sekali lagi aku menggabungkan 2 entri berbeza...

Day 18 – 5 things that irritate ME about opposite/same sex
&
 Day 19 – A picture of something you want to do before you die

Hari- 18>>

Wa..... soalan untuk hari ini agak panas... Muahahah.. ini ialah peluang bagi aku untuk meng****... Opss.. terlepas sudahh... Muhahahahah *gelak evil*

Ada juga beberapa benda yang aku tak suke pasal makhluk2 tuhan yang gini.. *hik hik hik.. mata ke atas sekalian!!* tapi dia minta 5 je... jadi aku senaraikan 5 perkara yang AKU tak suke..(dah dia besau kan ME tu.. aku transilasikan begitu lah.. hahah)

1.     Manusia yang suka menunjuk- nunjuk walhal kebanggaan itu bukan miliknya... (muahahah subtext sungguh).. Aku tak nafikan... setiap manusia mesti ada rasa bangga dan bongkak dalam dirinya atas sesuatu perkara. Aku pun macam tu... kadang kala aku sendiri terlepas diri membangga-bangga atas kejayaan aku... uahahha... dah kata Berjaya.. atas REZEKI n USAHA sendiri... mestilah kita gembira.. kan? Tapi aku paling anti manusia yang menunjuk- nunjuk n membangga diri atas kelebihan, kejayaan @ kemewahan orang lain... (kira suku sakat dia lah tu...) Mungkin dia rasa bangga sebab saudaranya berjaya... tu tak kisahlah... Tapi kalau dah tahap nak menunjuk... lu boleh jalanlah bai... orang lain pun ada sedara mara yang berjaya... ntah2 lebih dari kau.. muahahah... Aku pun boleh nak banggas macam itu ngan orang... 
2.     Manusia yang suka melaga-lagakan orang... Ini lagi bikin gua hangin... Cam lahanat.. (meminjam sedikit kata Paan)... Makhluk tuhan yang cam ni lagi pulak spisis bahaya... Dia paling tak suka tengok orang senang, gumbira, gelak ketawa semua... Makhluk tuhan macam ni kalau boleh nak tengok masing- masing bergaduh... muka masam mencuka... Masa tu baru makhluk tuhan ni akan tersenyum kegembiraan sambil melompat- lompat.
3.     Manusia yang hipokrit tahap gaban... Aku tak nafikan kadang- kadang kita harus jadi hipokrit untuk hidup... Aku pun sama... Maaf ya semua... Aku berterus terang disini. Survival bai... semua orang ada instinct untuk hidup. Tapai kalau kau hipo tahap gaban, fake nak mampus dalam semua hal... depan senyum, belakang kencing... Baik kau gi MATI... Lagi baik kot. Tak de guna kau hidup dalam kepura-puraan. Fakers...
4.     Manusia yang suka mengambil kesempatan atas kebaikan orang lain... Ni lagi lah pulak kesian makhluk2 sebegitu. Makhluk2 yang jenis macam ni selalunya bontot berat, tangan pendek sebelah, kaki ada gaut pada usia muda gile... (hamboi... mengutuk nampak??) Tak de lah.. cuba hang pikiaq baik2... orang tu buat ni hang mintak, orang tu buat tu hang mintak... gile malas... dan- dan yang jadi mangsa selalunya manusia yang agak small... terlampau baik... Ada jugak yang main tikam belakang... Punyalah baik sahabatnya tolong... makhluk tuhan itu dengan selamba cipan je akan counter attack baik punye..
5.     Manusia yang bodoh sombong dan perasan pandai, serta rasa dirinya sahaja yang betul... Ni yang paling best... setiap saat dia je yang betul... Orang lain semuanya salah... Hallo... makhluk tuhan! Tau la hang tu pandai... tapi bukannye semua benda kau tahu. Kalau macam tu kau dah kompom dapat title MAKHLUK TUHAN TERPANDAI dalam dunia ni.. UNDERSTAND?
Begitulah beberapa perkara yang aku paling tak suka akan manusia. Aku sedar aku juga bukanlah sebaik mana dan mungkin benda- benda yang aku cakap ni ada kat aku. Aku akan cuba untuk belajar menjadi manusia yang lebih baik.

Hari- 19>>


Aku tau yang dia minta gambar apa yang aku nk buat sebelum meninggal dunia... Aku nak bersama ngan yang tersayang sebelum aku pergi... Tak kisahlah sape masa tu... Aku rasa gambar ni melambangkan apa yang aku nak tu.. Jadi.. inilah..

Sekian..

CABARAN HARI NI SELESAI DENGAN teramat JAYANYA!!

Bubye...

love,

x.o.x.o

WAJIB LIKE :D

Tuesday, February 15, 2011

MEMBUANG RASA YANG MENGGANGU JIWA.

salaam,


ceit... tajuk post macam tajuk novel je... paling kurang pun tajuk cerpen. Tapi kalau nak cerite pun memang dah boleh jadi kategori cereka pon...

Lama aku tak mencarut kat sini. Selalunya aku cuma post pasal yang Cabaran 30 Hari tu je.. (KLIK SINI). bukannya apa.. aku cuma agak penat dan bermasalah sikit. Ni yang aku nak cerita ni.

Pada suatu hari... (woi.. ko ingat ni cerita kanak- kanak ke?)

Adalah satu dua makhluk tuhan ni. Kalau bab memBAHAN orang memang cukup pandai. Agak- agak kalau ada pertandingan MEMBAHAN MAKHLUK TUHAN, diorang ni yang akan menang hadiah pertama. Muahahah... Mulut tu aku rasa bukan tahap longkang dah, dah kolam kura- kura kat DUNKIN KL SENTRAL... kalau nak tahu.. sila jengahkan diri anda ke Dunkin KL Sentaral dan jenguk ke hujung dapurnya.. (kyaaa.. promot kejap)

Tapi, makhluk2 tuhan ni, tak boleh kalau makhluk tuhan yang lain bahan mereka. Macam no pulak tu.... Jadi terjadilah pergaduhan yang tak berapa nak jadi... Kyaaaaaa.. Tu tak pe lah lagi... yang paling bestnya, makhluk2 tuhan ni dengan sesuka hatinya melaga- lagakan makhluk2 tuhan yang lain pula... cenggitu... 

Al kisah.. nak dijadikan stori... Makhluk2 tuhan yang lain ini mulalah berperang agak dingin... sedingin Iceberg yang melanggar Titanic itu.. Amacam... okies... 

Aku sungguh pelik bin ajaib tau... ada juga makhluk2 tuhan yang berperangai sedemikian rupa... nak buat camne kan... Tapi... apakah kelebihannya makhluk2 tuhan itu berbuat sebegitu? Adakah mereka akan mendapat hadiah? Mendapat duet? Kalau cenggitu aku juga ingin melakukan hal yang sebegitu... (mahap lah ye.. bab duet ni laju je kau kan?) Muahahahahahah.

Tapi... makhluk2 tuhan ni aku rasa sekadar suka2 melihat orang lain sakit jiwa... dan akan merasa sangat sengsara bila orang lain itu tak rasa apa2... Kya... Masochist sungguh nanti pasangan hidup makhluk2 tuhan ini...

Kyaaa....

Sekianlah coret carut aku malam ni...

P/S: Gambar kat atas tu betul2 menunjukkan betapa hati ku hancur sekarang ini... (wah la weiii... jiwang semendek pula malam ni.. tiiiiis)

Bubye..

Love...

x.o.x.o
WAJIB LIKE :D

Wednesday, June 17, 2009

IM ALIVE!!

HUA.. HUA..

IT HAS BEEN A WHILE SINCE MY LAST ENTRY.. YUP IM GONNA TELL IN A WHILE WHAT I HAVE BEEN DOING THE PAST FEW.. ERRR WEEKS..

IM IN THE MIDDLE OF MY FIRST SEM BREAK.. IT IS FOR 2 MONTH.. WELL I AM DOING SOMETIHING DURING THIS PERIOD.. HUHUHU..

I GOT MYSELF A JOB AT DUNKIN DONUT... UHUHUHU

WEIRD HUHU.. I HAS I HAVE BEEN WORK THERE FOR QUITE SOME TIME BEFORE I ENTER THE POLY.. SO I DONT HAVE ANY PROB WITH THAT,.. HIUHUH..

WELL.. NOT I THAT I CAN SAY THAT IM SO HAPPY TO WORK THERE, I MEAN.. IT IS GREAT.. GET TOGETHER WITH MY OLD FRIENDS.. BUT IT KIND A WEIRD.. HUHU THERE IS A LOT OF "THING' THAT HAPPEN THERE.. GOSH... DRAMAS TO BE MORE ACCURATE..

A LITTLE BIT OF THAT.. MIX WITH A LITTLE BIT OF THIS.. PLUS SOME ADDITIONAL SPECIAL STUFF... WALLA........ A MAJOR BLOCKBUSTER DRAMA IS MADE.. QUITE A MASTER PIECE HUHU...

NOW YOU NOW Y I LOVE MY LIFE.. ERMM.. MY JOB..HAHAHAHAHA

I GUESS THAT WILL BE ALL FOR NOW.. BYE

LOVE..

ME..

WORK+aiR hoRLICK

xoxoWAJIB LIKE :D

Wednesday, June 3, 2009

I CHANGE IT..

HYE ALL.. I HAVE CHANGE MY BLOG.. FROM BLUE TO GREEN... IT IS FOR SOME WIERD REASOM THOUGH... I LOVE BLUE.. I DONT KNOW Y.. IT HAS BEEN MY FAVE SINCE.. FOREVER.. BUT FOR SOME REASOM.. I STARTED TO LIKE GREEN.. FOR SOME FEW OBVIOUS REASON.. DESPITE THAT I LOVE BLUE.. IT HAS BEEN KNOW THAT MY PERSONALITY COLOUR IS GREEN.. THAT'S ONE.. AND THE MOST ULTIMATE IMPORTANT IS.. THE ONE THAT I LOVE MOST IS GREEN FREAK... NO KIDDING.. THEN I STARTED TO LIKE RED OR REDDISH PINK.. AS SOME SAY.. 'SOME THINGS JUST COME IN THREE' SO THATS IT... MY FAVE COLOUR FOR NOW IS...

BLUE

GREEN

and unbelieveably

REDDISH PINK!!!

GOSH.. AM I GOING NUTS??

p/s:that Q is not for answer>>>WAJIB LIKE :D