MY FRIENDS.. MERE DOSTE... CHINGU...

ENTIRELY ME!!

Showing posts with label Cabaran Gilos. Show all posts
Showing posts with label Cabaran Gilos. Show all posts

Sunday, October 23, 2011

SEGMEN ABG BEN : : CINTA SIBER OH...


Salaam...

Hujung minggu yang aku bangun awal... heheheheh. Jadi serikan hari minggu ini dengan join segmen Abg Ben kita yang sorang nih. Mu KLIK SINI deh...

Tajuk Segmen Abg Ben hari ni ialah CINTA SIBER... heheheheh Apa yang aku gelakkan? Ade cite ke? Abg Ben minta pendapat, mengenai hal ini. Sebenarnya, tak dinafikan ada je pasangan yang kenal melalui internet dan hidup bersama bahagia. Tapi pada aku, peratusan nak kena tipu tu, lagi banyak dari yang real punya kot. Apa... aku ni pesimis sgt ke pasal CINTA SIBER ni? 

Entahlah, pada aku ada beberapa faktor yang kita perlu tahu, sebelum kita nak bercintan cintun secara MAYA ni.. antaranya...

  1. Orang tu real ke TIDAK? >> Ntah betul atau tak org tu, kita bukanya tahu, yang pompuan nyamar laki ke, yang laki nyamar pompuan ke? PONDAN ke...
  2. Gambar yang dia bagi tak semestinya GAMBAR DIA>> Dah banyak kes.. rasanya sesama blooger ni pun tahu gak benda2 ada berlaku, gambar org lain di ambilnya buat gambar sendiri. Payahlaaa
  3. Kalau mintak no, laju je bagi tapi minta SKYPE.. haram tak kasii>> Ni pun ada, mintak no phone laju je bagi, sms je call ke, tapi kalau mintak SKYPE, nak on9 sambil engok2 muka.. mmg TIDAK.. yelah.. kang pecah rahsia.
Banyak lagi sebenarnya.. tapi yang lain tu fikir sendirilah.. semua dah besar kan... Aku dulu pun pernah kot terjebak ngan CINTA SIBER ni.. tapi.. tu save untuk next entri ek..

Sekian...

x.o.x.o
WAJIB LIKE :D

Wednesday, October 19, 2011

SEGMEN ABG BEN : : SAYA, BLOG dan PEMBACA


Salaam..

Dalam sibuk aku nak jawab mid term pukul 2 nanti.. sempat juga aku berSegmen bagai ye.. heheheh.. Saja.. menyemak post Abg Ben jap gi.... Jadi segmen ni pasal apa ek? Saya, Blog dan Pembaca. Moh join sekali... Klik SINI *cepat tau.. sampai jam 5 je*

Abg Ben tanya.. apa yang aku paham tentang ayat kat atas tu.. *yo, yoooo je tanya aku ek* Apa yang aku paham? SAYA tu SAYAlah.. tuan MILIK ini blog. Tang BLOG tu... merujuk pada BLOG ini. BLOG yang duk banyak mencarutcoretkan kisah hiudp aku. Tang last tu... ehhehe 80 org followers aku yang setia jadi PEMBACA aku... *ada juga org nak baca kannn?*

Kenapa aku kata 80 org followers tu? Bagi org lain angka tu mungkin tak banyak.. yelah... org lain duk beratuih, beribu, beriban followers dia.. Aku? seratuih pun tak jejak.. Tapi paling kurang pun ada gak yang baca... ada juga yang ikut... Di kesempatan ini saya, Nazliza Amelia Juhary @ Jowani Juhary mengucapkan terima kasih kepada semua yang sudi membaca dan menjadi follower saya.

ni gambar desktop aku..
inspirasi dari blog aku gak..
hehehe
Sekian

x.o.x.o

WAJIB LIKE :D

Tuesday, September 27, 2011

SEGEMEN ABG BEN : : Jom Kenali Blog Saya!



Salaam...


Heheh.. sekadar mengada nak join SEGMEN ABG BEN ni. Lama dah dia tak buat SEGMEN ek. Dah alang2 tak de keje tu *woi assg kau melambak bila nak buat?* Kita join ini. Hehehe... Simple je... Kau letak gambo atah tu... Mu letak tajuk ngupe atah tu. Mu link ko dio.*bahasa negari mana lak ni?* Dah tu... mu cita pasal blog mu nih. Haha.. Hancus sungguh bahasa aku.

Okeh, pasal blog aku ni... Aku nak kata lama berblog tak lah juga. Baru 2 tahun kot. Mula2 saja2 buat. Ingat lagi zaman mula2 dulu semua entri aku dalam BAHASA INGERIS. Bukan nak bajet mat salleh ke hape. Masa tu blog ni lebih kepada luahan perasaan sikit *sekarang pon* Jadi org yang membacanya nnt mungkin malas nak baca sebab blog aku tu berbunyik London.

Sekarang ni aku dah mula menulis dalam BAHASA MELAYU pula... Memandangkan aku ni pelajar FAKULTI PENULISAN di ASWARA, mgg sah2 lah aku kena berbahasa Melayu gitu. *aiseh... my ENGLISH is rusty since I got here.* Hehehe INI entri mula2 aku...*Mu tekan kat INI tu*

Sebenarnya aku ada 3 blog yang aku giat jalankan *itu satu ayatkan?* Ketiga2 blog ni aku guna dan xtifkan w/pun yang mendominasi masa aku ialah blog ini.

  1. **MY WORLD IN MY LIFE** - blog utama aku untuk berkongsi segala rasa dan idea
  2. A BIT's of EVERYTHING - blog yang berkaitan dengan KOREAN WAVE...
  3. THE OTHER SIDE OF ME AND MY LIFE - cerita/ kisah benar yang berlaku kepada diri aku *mistik sikit yang ni*
Okeh?... dah boleh join ke ni Abg Ben?

Sekian

x.o.x.o
WAJIB LIKE :D

Thursday, September 15, 2011

Contest Pengenalan According to Buck


Salaam...

Wah.. aku nak masuk contest ni ke? hahahha.. Org lain dah join awal, aku last day ni baru nak join.. hahaha tak jadi yang pertama yang terakhir pun xpe..

Okeh.. Blog si Buck ni...


  1. Simple
  2. Monotone
  3. Relax
Mudik ke hulu perahu kayu
Tangan mendayun bertingkah jari
Last minit ini contest baru tahu
Saja mengada nak join sekali

Berangkat ke tokong bertamu sami
Menjual kopi berpeket gula
Mengharap nak yang Satu jauh sekali
Yang nombor tiga pun bolehlaa.. 

Bolehkaaann

p/s: Mode membodekkkk

Sekian

x.o.x.o
WAJIB LIKE :D

Cabaran GILA: Cabaran Terbengkalai!

salaam...


Alaaah.... Camne ni? Semalam, 14/9 hari yang sgt sibuk, bila ada kesempatan nak on9 pun tiada line internet... Macam mana ni? Hari ni [KHAMIS] mmg tak boleh nak wat apa laa.. sebb full day, 9-6... haa.. gila tak.. ngalah org keje gomen... hehehehhe

Agaknya kita buat kemudianlah yee...

Sekian

x.o.x.o

WAJIB LIKE :D

Wednesday, September 14, 2011

Cabaran GILA #2: BERUK, Aku Mcm Nak Bela Sekor La!

salaam...


Ingat lagi tak BERUK yang pernah aku ceritakan dahulu. Kadangnya kan, aku terasa macam nak bela sekor tau. Sebab kenapa aku tak bela BERUK ialah kerana kat ASWARA ni dah ada spesis yang ala2 BERUK. Sepatutnya ada kat mana2. Senang kalau2 nak suruh oanajt poko ke apa ke...

Tapi kebelakangan ni, makin kurang, kadang2 xde langsung spesis tersebut. Geram juga. Kala haus nak minum air kelapa aku mencari2 tau.. Susah gak tak de BERUK ni. Ramai yang tanya napa tak amik je BERUK satu? wooo.. bulan2 maintenance tinggi woi untuk sekor BERUK.

Dia makan minum, iktu kapasiti perut dia jugakla... Kalau aku amik yang gaban besar tu, lagi tinggi duitnya kang. Tak mampu la aku... Aku bulan2 pun kais yang mana dapat, ni pulak nak bela BERUK... Hailooohhh

the only beruk yang aku ada.

Sekian

x.o.x.o

WAJIB LIKE :D

Mode GILA: Kisah Banyak Kerja Sengaja Tambah Lagi!

salaam..

Ehsan Uncle Google

Mak cik ni mmg dah bertambah kerjanya... Tapi sengaja nak buat lagi kerja gila... Hahaha... Ni kira nak topup post yang tak terbuat masa MC dulu lah ye... hehehhe. Ni kisah nak mencabar diri sendiri... Bagi otak sentiasa gerak, tak le layuu je.

CABARAN: POST SEBANYAK MUNGKIN ENTRI UNTUK 14 SEPT! (minima 5)

Tak gile? hahahhaha

BOLEHKAH?

Syarat2.. *sendiri buat pun ada syarat kah? Sukahatilaa*
  1. Mesti lebih dari 5, tak kisah banyak mana. *Setakat mampu le*
  2. Mesti agak panjang *kalau satu dua baris ayat je baik tak yah bai*
  3. Sebelum jam 12 tgh mlm.


Sekian

x.o.x.o
WAJIB LIKE :D

Friday, July 1, 2011

GEGAR BLOG JULAI 2011

salaam


Okeh// dah semangat ni.. Abg Ben ni suh tulis ape2 je kan.. heheh jadi nak tulis apa ek... Blur sebentar...

Okies.. dapat dah...


Semalam *Khamis* aku dapat berita result Sem 2 aku dah keluar dekat Portal ASWARA.. Punyalah eksaited.. Memandangkan yang rumah aku ni tiada interenet ataupun beruk- band jadi dalam phone tu jugak kawan aku tawarkan diri nak check result aku.. heheh Keputusannya.. aku dapat 3 pointer lah jugak..

Alahamdullilah.. oleh sebab aku nak jgak tengok sendiri keputusan aku tu.. petangnya aku ke CC. Sekali ku bukak portal.. dia dah remove link tu.. Cuak dah ni.. mana lak hilang link tu..

Bengang seketika... sekali dapat berita yang result yang dia bagi pagi tadi tu cuma cubaan semata2/// diorang nak test je.. result yang betul dia akan bagi 5 Julai nanti.. hailooo... Aku punya lah eksaited dah dapat 3.. siap bgtau kaum kerabat lagi.. dan- dan test aje... Kim-kim sungguh mereka ini mempermainkan perasaan  n jiwa pelajar.. huuuuh

p/s: ada ke isi yang boleh jadi soklan.. hhahah

Sekian...

Bubye..

x.o.x.o

WAJIB LIKE :D

Wednesday, June 29, 2011

Holiday MODE:: Hang Pandai ka??? Cuba Jawab Tengok...

salam...



Okey... hangpa cuba jawab dulu..
aku dah cuba dah tadi.. 
hehehehe salah..... 
KYAAA..... 
Dah agak2 tahu jawapan dia... 
scroll ke bawah ye.... 
JANGAN MAIN TIPUUU...






































































p/s: aku kidnap dari SINI.. *tekan kalau mahu*

Bubye...

x.o.x.oWAJIB LIKE :D

Wednesday, April 6, 2011

Sengal Zone: Belum Tidurlah

salaam





sah sah le... hehehhe

Bubye...

x.o.x.o
WAJIB LIKE :D

Saturday, March 26, 2011

Kompilasi Cabaran 10 Entri: Battle of Idea's

salaam...

Muahahahaha... aku berjaya... hahaha.. Mr. Sengalman hebat tak saya.... hahahaha Penat otak den ni ha. Perah punya perah. Seb baik tak kontang... ada lagi rasanya untuk diperah lagi sepuluh malam ni.. *kau dah gile?*

Meh re-segarkan otak ngan entri yang lepas...

ENTRI 1: Mr. DUNKIN dan Half- 4 Leaved Clover
ENTRI 2: LIF, sebuah mistik mini
ENTRI 3: Pelangi Hidup Aku
ENTRI 4: DUIT? MONEY?
ENTRI 5: Makan Nasi Bujang...?
ENTRI 6: Cordon Blue??? Eh Salah... Bleu...
ENTRI 7: Soal Hati kau Tahu?
ENTRI 8: Telinga Pencari Halwa
ENTRI 9: Mimpi Sang Pencinta
ENTRI 10: Antologi Kami Anak Sastera

Ha.... amacam... huh... makanan dah sampai... nak mentekerdarah jap naaa.... *bukan nasi bujang yee*

Bubye...

love...

x.o.x.oWAJIB LIKE :D

ENTRI 10: Antologi Kami Anak Sastera

salaam..

Kyaa.. Tajuk post nak hebat.. hahahha... *dush deshum penumbuk dua das* Kali ini aku nak mengarut pasal kami... Kami??? Sapa??

KAMI
Ummi, aku dan Ijie

Hahaha... Gedik sungguh kami kan??? Mari aku kenalkan mereka...

Ummi...

Seorang gadis yang tegas. Berpangkat kakak dari aku *maknanye tualaaa hehehe* Selalu menjadi teman terbaik untuk kau. Tapi terlalu berahsia sikit minah ni... hahahha Dah tak yah nak lebih2, kang ko terpikat sama dia... *Tekan- Tekan Sini untuk Kenal*

Ijie...

Seorang teruna (?) yang gila- gila. Cool n hot kadang2 mamat ni... Pangkat adik jew... hehehe... Senang nak bawak borak- borak... Single lagi... Kau nak?? *Tekan- Tekan Sini untuk Ngorat Dia*

Thanks ye kerana korang menjadi sebahagian dari kenangan manis aku dalam hidup ni... Terima kasih sangat- sanagt... aku hargai persahabatan korang
Okies....

p/s: dah.. jangan nak kata aku tak pomote korang ye...

p/s/s: Ummi... trima sebab bagi pinjam lappy ni untuk buat Cabaran ni... Wuuu Hooo... Siap dowhhh

Bubye...

love....

x.o.x.oWAJIB LIKE :D

ENTRI 9: Mimpi Sang Pencinta

salaam...


Dia yang mencari
Sebuah alam seni
Bagai tiada taranya
Dia itu menanti
Sebuah mimpi yang tak pasti
Bagai mengejar bayang - bayang kelam
Yang semakin menghilang bila bulan mula malap

Ada dia dihujung mimpi
Melambai- lambai dari realiti
Dia tetap menoleh ke kiri
Selepas sesat dialam mimpi
Realiti menjadi hilang
Diganti seni mimpi
Igauan ngeri tiada bertepi
Namun dikaburi indah fantasi

N. A. Juhary
7.59 pm, K. Lumpur

Bubye....

love...

x.o.x.oWAJIB LIKE :D

ENTRI 8: Telinga Pencari Halwa

salaam...

weee.... dah menghampiri CABARAN 10 ENTRI : Battle of Idea's...

Aku merupakan seorang manusia yang gemar mendengar muzik, sebagaimana remaja yang lainnya. Namun, aku ni jenis pelik sikit... hehehe.. aku tak tahu genre yang aku suka... tak tahu pun tajuk atau penyanyi lagu yang aku dengar kat radio tu... aku ni main dengar je... yang mana enak kedengar dan tak merosakkan gegendang telinga aku aku suka la... heee dalam playlist laptop aku dah nak dekat 2+++ dah lagu yang aku ada... hahaha.. banyak weh.. tu belum MV yang minat lagi... penuh lappy aku tu.. hailoohh... mana tak berat... Kyaaaaa

p/s: cabaran 10 sen sehari tu untuk beli external baru... nak yang 1 tera... besau naa...

Bubye...

love...

x.o.x.oWAJIB LIKE :D

ENTRI 7: Soal Hati kau Tahu?

salaam...


Kali ini aku ingin berjiwa- jiwa sebentar. Berbicara mengenai soal hati. Cinta? Mungkin... tapi bukan pada sesiapa yang istimewa... Cuma pada teman, pada sahabat. Sayang aku pada mereka... tapi mereka?

Aku tahu aku bukan seorang teman yang baik. Bukan selalu aku ada untuk semua yang menjadi sahabatku. maafkan aku. Kadang kala ada hal yang membutuhkan aku lebih dari kau... maafkan aku... Entri ini aku dedikasikan buat kau... seorang sahabat yang telah lama menjadi sahabatku. seorang sahabat yang pernah akrab dengan ku... Namun oleh kerana perutusan waktu, simpulan persahabatan itu kian terlerai. Untukmu..

NOOR LIANA KUTIB

Yana...

Bukan aku tak mahu mendengar rintihanmu. Bukan aku ingin tidak mengendahkanmu. Maafkan aku. Aku tahu kau sekarang dihimpit masalah yang berat. Tak perlu aku urai disini apa yang ku tahu... Cukuplah kau tahu yang aku tahu...

Yana...

kau tahukan aku sayang pada kau... Lebih dari yang lain... Namun aku tahu, kadang kau tak rasa begitu. Mungkin kau rasakan yang aku bagai menjauhkan diri... Maafkan aku. Bukan aku tak mahu menolong mu... Bukan aku tak mahu mendengar rintihan mu.. Mungkin kau rasa aku dah memungkiri janji untuk sentiasa ada disampingmu... Ingatlah teman... aku memang ada di sini..

Yana...

Masanya kini untuk kau berfikir tanpa aku... Berfikir untuk diri kau sendiri dan berfikir untuk masa depanmu. Aku tak mungkin akan selalu ada untuk mu takkala kau memerlukan buah fikiran ku yang jauh lima batu pandangannya. Kau tahu kan... Maafkan aku Yana... Aku harap... kau boleh melakukan sedemikian... Kau fikir dulu apa yang terbaik buat kau, bukan sahaja buat masa kini... tapi juga untuk masa hadapan.

Yana...

Aku pernah berkata, kita ibarat cantuman puzzle... berbeza tapi saling melengkapi... Aku maksudkan juga semua itu... Ingat tau... 

Sekian...

Bubye...

love...

x.o.x.o
WAJIB LIKE :D

ENTRI 6: Cordon Blue??? Eh Salah... Bleu...

salaam...

Kyaaa..... inilah makanan paling mahal yang aku pernah makan yang aku beli sendiri dengan menggunakan duit sendiri... *huh... cuba ko bace senapas... mampu?* Mula-mula aku makan menda ni kat Secret Recipe. Angah belanja... hehehe... Pas tu dah aku rasa sedap aku beli sendirila... kyaaa... kaya kau nooo..

Sekali tu jelah.. aku makan bukak puasa... ngan air tembikan n indulgence... heheheh...



Wee... paling mahal pernah aku spend kot untuk makan.. *untuk diri sendiri yee* Jadi amacam... terliur tak??? Aku dah drooling dah ni... hailohhh... bilalah nak makan cenggini lagi..

Sekian...

Bubye...

love...

x.o.x.oWAJIB LIKE :D

ENTRI 5: Makan Nasi Bujang...?

salaam...

Hehehe... bab makan ni memang kegemaran aku... kui kuii... tengok body le dee... Tapi dalam banyak- banyak makanan... ada satu makanan ni yang sering menjadi makanan kegemaran bagi student macam aku... heheheh

NASI BUJANG

hahhh??? ade ke yang tak tahu apa tu nasi bujang. hahahah.. kompom yang tak tahu tu datangnya dari golongan kaya maya yang makan pizza dan spagetti je... weeee...

Nasi bujang ni merupakan makanan yang paling jimat dan mengenyangkan. Aku tak tahu lah kalau kat tempat korang, tapi kat area aku ni nasi bujang dia RM 1.50 je... Nasi putih, telur dadar, sup semangkuk n kalau nak ada sambal belacan sekali. Murahkan?? nak lagi jimat air kau minum je air kosong. Free je weh.. hahahhaha

Next aku kasi makanan paling mahal lak... kuiiiii

Sekian... *hahah.. sampai muntah la kau baca post aku...*

Bubye...

love...

x.o.x.oWAJIB LIKE :D

ENTRI 4: DUIT? MONEY?

salam...

Dalam penulisan aku... aku belum pernah lagi menulis mengenai duit rasany... *iye kew??? hahaha aku tak rajin untuk cari balik entri lepas... muahahahaha* Tapi kali ni aku tergerak pula nak menulis pasal hal ni...

Aku merupakan seorang pelajar. Sebagai seorang pelajar... manalah aku ada pendapatan yang tetap. Bagi kebanyakan pelajar di tempat lain, mereka mempunyai PTPTN, MARA tak pun yang terel JPA... tapi bagi kami pelajar Di SINI, tiada pinjaman atau biasiswa tetap yang boleh dipohon. hailohhh...

Kebetulan aku tinggal di asrama, dan kebetulan juga aku mempunyai sebuah printer. Laptop dan komprem ada. Jadi aku pun menjalankan bisnes printing. Sambutan... adalah sikit. Semua tu rezeki. Semua hasil tu aku gunakan untuk menamoung makan minum aku... Kadang- kadang tu aku sangat berkira... bukannya apa... bagi aku 10sen pun bermakna. 

Hari ini aku nak buat satu cabaran untuk aku sendiri.. Korang nak ikut pon buleh.. hehehehhe

SIMPAN 10 sen SEHARI...

Mesti ada yang gelakkan aku kan... Setakat 10 sen, celah gigi je... Mesti ada yang cakap cam tu punya... tapi kan... bagi aku, nak save 10 sen sehari tu pun cam susah je... boleh ingat ke? tak payah nak aim banyak la de... kang tak mampu. 10 sen tu pun okey apa... ini untuk simpanan terus. Takde korek2 tabung de... okies

Sekian....

p/s: Mr Sengalman dah siap dah... haduuuu.. aku baru entri 4.... kejo yop kejoo

Bubye...

love...

x.o.x.o

WAJIB LIKE :D

ENTRI 3: Pelangi Hidup Aku

salam....


Gambar diatas merupakan gabungan beberapa gambar yang aku rasa memberi kegembiraan pada hidup aku. Kadang- kadang, benda- benda yang kecil dan mungkin tidak bernilai tinggi boleh memberikan kita kenangan yang cukup berharga. Setiap gambar diatas ada sesuatu yang menyimpan rahsia aku didalamnya. Bukan sembarangan rahsia... Tapi sebuah rahsia antara aku dan semua, antara aku dan Pencipta. 

             *wahhhh.... lain macam dah ayat aku ni.. heheheh*

Ada 16 gambar semuanya... meh aku senaraikan satu per satu...

  1. Cuppycake yang lazat... *makan je minah besau ni*
  2. Haiwan kesayangan aku... *Hye Mow...*
  3. Muzik inspirasiku
  4. Teletubies me....
  5. Suka yang kiut miut itu *keychain*
  6. Sweet tooth... *gula- gula... haish.. makan lagiii*
  7. Anganan pertama *anime lover*
  8. Bila kanan tiada... gi kiri.... depan n belakang pun boleh
  9. Anime lagiii
  10. Rama- rama biru itu aku
  11. Happy kan diri dalam berduka
  12. Kasih ibu..
  13. Persahabatan aku dan mereka... *Fwen 4 Life*
  14. Aku ada bila kau berduka... harap kau jua...
  15. A.N.Jell *korean lovers... tau kan??? hehehe*
  16. Bintang kehidupan aku... *sampai sekang tak cukup lagi seribu bintang itu*
Sekian....

Bubye...

love...

x.o.x.o

WAJIB LIKE :D

ENTRI 2: LIF, sebuah mistik mini.

salam...

Aku merupakan seorang pelajar Diploma Tahun 1 dalam Penulisan di ASWARA... Namun, seperti yang dipraktikkan disini, penulis bukan hanya menulis. Aku boleh melakukan apa sahaja yang aku nak. Resume aku nanti tentu mengkagumkan *perasan*. 

Rakan- rakan ku disini juga begitu. Namun yang paling aktif sekali ialah membuat filem pendek. Satu hari rakan- rakan aku ni mengajak aku untuk mengarahkan sebuah filem pendek 2 min aku sendiri. Itulah kali pertama aku menjadi penulis skrip dan mengarah filem pendek aku sendiri. Pengalaman yang indah dengan bantuan kawan- kawan. Aku bukan pelajar Filem Video yang memang sudah diajar untuk mengarahkan sesebuah cerita. Aku hanya seorang penulis anak jagung. Namun dengan bantuan mereka aku berjaya akhirnya.


LIF

tajuk cerita pendekku...

Filem aku masih dalam proses editing... disini aku ingin menyampaikan ucapan terima kasih pada EEKA AZMI, AIN CHELSEA, ASEAN ISKANDAR, EDD LUIGI, MIYLO MEOW, ADEEQ, AZIM dan rakan- rakan lain yang turut membantu. *Sila tekan nama- nama diatas untuk kenal.. hehehe*


Sekian.... Jumpa lagi sampai muntah kang. hahahha

Bubye...

love...

x.o.x.o

WAJIB LIKE :D