MY FRIENDS.. MERE DOSTE... CHINGU...

ENTIRELY ME!!

Showing posts with label SWEET pre-RAYA. Show all posts
Showing posts with label SWEET pre-RAYA. Show all posts

Friday, August 26, 2011

SALAM AIDILFITRI BUAT SAHABAT

Assalamualaikum...
Detik Ramadan mula mengundurkan diri
Terbit sinar Syawal di celah mentari
Kesedihan bertimpa gembira
Menyambut kemenangan yang mulia
Untuk saudara seIslam sedunia

Buat teman dan sahabat
Maaf andai diri ini terkasar bahasa 
Tersilap kata, terlepas bicara
Bukan bermaksud menyindir cita
Hanya sekadar pelepas rasa

Biar yang lepas menjadi sejarah
Biar yang depan menjadi arah
Ampun diminta bersusun jari
Harap yang lalu tersimpul sepi
Tidakkan terungkai sampai mati

SALAM AIDILFITRI BUAT SEMUA TEMAN DAN 
SAHABAT YANG MENGENALI DIRI INI.

8.15 mlm
26  /8 / 2011
Asrama ASWARA
Kuala Lumpur

Sekian

x.o.x.oWAJIB LIKE :D

Before AIDILFITRI: Duit Raya! *EDISI>> Kopak Poket AKU (REDUX)*

salaam...

Comel tak sampul ni..
*Beli di SOGO*
Seperti yang dijanjikan sebelum ini, mmg sah aku akan memberikan duit raya pada saudara2 kecil di kampung. HEhehe... Rezeki aku tahun ni lebih baik dari tahun2 yang sebelumnya, jadi tak salah kalau aku nak memberi pada Hari Raya nnt. 

Masih di ASWARA
*isi sampul Duit Raya time*
Aku masih belum pulang lagi. Hujan... Jadi aku minta kakak aku untuk hantar aku balik malam kang. Okey la... Thanks Long. Jadi sambil menunggu aku isi sampul duit raya ni dulu. Hahahha

Dah siap Isi semuanya
*Cuba teka ada berapa? Hehhhe*
Sekian...

x.o.x.o

p/s: Dah lama tak webcam whoring. hahah Lepas gian ni..
WAJIB LIKE :D

Wednesday, August 24, 2011

Yeay... Dah nak Sambut Aidilfitri.... Eh! Merdeka juga laaa. *separa Serius*

salaam..


Hey... Hari Ini dah masuk 24 Ramadan, tinggal kurang seminggu je lagi untuk umat Islam Sedunia berpuasa *yang ikut time M'sia laa* Lepas tu dah beraya la kita... Gembira la tu.. Nak pakai baju raya segalaa.. Boleh makan rendang dan ketupat bagai, yang kecik dok nunggu duit raya.. hahahah

APA MAKNA RAYA BUAT KORANG?

Sebagai satu sambutan yg semua umat ISLAM raikan? @ sebagai hari kita boleh lepas geram dengan makan banyak2 *pastu sakit perut*? @ APA? Korang pernah terfikir tak? Aku macam pernah buat entri yang sama tahun lepas.. tapi tak pe.. Melayukan Mudah Lupa.. heheh

Raya ialah hari untuk kita meraikan diri sendiri selepas sebulan Berpuasa. Untuk menyedarkan kita, peritnya manusia yang tidak berkemampuan untuk makan waima sekali sehari pun. Kita kat Malaysia ni khususnya *dah tinggal kat Malaysia aku cakap pasal Malaysia laa* sangat beruntung.. 24 jam makanan tersedia kat mana2. Bazar Ramadan je dah berapa banyak kedai.. KAN?

Tapi, bagi aku kadang2 raya ni dah macam tak bererti sangat. Dah takde maksud. Macam sekadar kewajipan untuk menyambutnya selepas tamatnya sebulan berpuasa *cukup ke?* Maksud sebenar raya pada aku dah lama dilupakan Manusia. Mereka sibuk nak kejar baju raya paling mahal *Ribu2 katanya*, perabot baru, barangan kemas dan segala mcam kemewahan lagi hanya untuk kepuasan nafsu sendiri.. *dei.. bukan boleh bawa mati laa*


Sekarang masuk bab Hari Kemerdekaan lak.. Isy.. tahun ni sambutan berkembar ye.. huhuh... Ada cuti extra tak??

**Entri ini akan disambung lain kali.. Ngantuk sudahhh

Sekian..

x.o.x.o
WAJIB LIKE :D

Tuesday, August 23, 2011

Before AIDILFITRI: Duit Raya! *EDISI>> Kopak Poket AKU*

salaam...


Ya dengan ini diishtiharkan bahawa esok... masih Lagi PUASA... hahaha.. apa kome ingat aku nak bagi tahu mula raya ke apa? Tu tunggu tv bgtau la... gua bukan penyimpan mohor raja- raja besar ke hapa... 

dulu aku suka kumpul sampul
*sekarang pun...*

Hik Hik.. Ni aku nak nercerita mengenai DUIT RAYA... Dah nak dekat AIDILFITRI ni, budak- budak mmg dah berangan jumlah pendapatan yang mereka bakal dapat dengan meround sekampung *kalau beraya kat bandar, setaman le gamaknya*. Yang mak bapak pula pening- pening lalat nak sediakan DUIT RAYA untuk anak2nya dan para tetamu kecil yang bakal menjengah rumah dan berkata "Cik, kami datang nak raya".

Aku dah berusia 21 tahun, tahun ni *belum genap lagi ye... by law je... aku masih 18..hahha* Tapi mungkin kerana aku masih lagi memegang status PELAJAR jadi aku masih lagi menerima DUIT RAYA. Walaupun tak sebanyak KMK @ kambing makan kuaci itu *Q la... anak sedara aku* tapi masih ada la juga pendapatan di HARI RAYA itu...


Namun tahun ni ada sedikit kelainan... 

AKU... 

BUAT PERTAMA KALINYA... 

AKAN MEMBERIKAN DUIT RAYA PADA SEDARA2 KECIL...

AAHAAHHAHAHAHAHHA...

 Kisahnya, tahun lepas aku dah berjanji kalau BUKU aku keluar aku akan bg duit raya w/pun RM1. Jadi.. BUKU dah TERBIT... JANJI WAJIB diKOTAKAN.. iyee...

ingat lagi MY BABY!
Hehehe.. jadi yang kecik2 tu mmg akan dapat la duit raya dari aku.. hahah yang dah besau tak de.. heheheehhe

p/s: aku dah pening... yang baby, nak kena bagi ke.. hailoooo

Sekian

x.o.x.o

WAJIB LIKE :D

Saturday, September 4, 2010

TEMA RAYA TAHUN INI...

salam....

tahun ni aku menggunakan kaler coklat sebagai tema aku.. huuu.. baju raye aku dua2 (yg baru ngan yg recycle taun lepas nye..) kaler coklat... tu baru tema.. persoalanye lak.. ehhh.. mentang2 dak penulisan.. nk pakai persoalan lak.hhahaha.. maksud aku dienye xsesori kaler putih.. gelang, jam ngan shawl aku kaler putih.. kasut jek xde... dapat kasut kaler putih.. mmg raye aku.. hahahha,,, memandang kan mak cik kini brada di cc mengupdate blog.. nnt2lah mak cik ini menganto gambo baju raye...

till them..

love

me..

x.o.x.o
WAJIB LIKE :D

Friday, September 3, 2010

RAYA??? HMMM

31 Ogos dah lame lepas... hari ni dah masuk 3 Sept. tak lame lagi umat Islam sedunia akan menyambut satu perayaan yang sangat bermakna iaitu perayaan Idul Fitri.. atau nama lainnya Hari Raya..

Namun.. apa sebenarnya perayaan ni pada korang sume?? adakah sekadar penamat puasa dan bermulanya sesi melantak sampai pecah perut atau mulanya satu era yang baru atau haru untuk brgaya dgn baju raya yang mungkin cecah brpuluh2, brratus2 henggt yang korg akan pakai sekali sahaja...??

perayaan ini merupakan hari kemenangan umat Islam sedunia.. dengan berjayanya selama sebulan kita menahan diri dari lapar dan dahaga.. serta perkara yg lain.. tapi adakah menjelmanya Syawal semuanya akan kembali kpd asal???

aku bukan nk kate aku ni baik sgt... aku puasa x penuh.. (biasalah..pompuan..hahah alasan..) namun.. ape ertinya raya yang sebenar buat korang sume???

hm???

love..

me>>>

x.o.x.oWAJIB LIKE :D