MY FRIENDS.. MERE DOSTE... CHINGU...

ENTIRELY ME!!

Showing posts with label DWEAMZZ. Show all posts
Showing posts with label DWEAMZZ. Show all posts

Tuesday, April 10, 2012

Mode Gumbira Tahap Dewa : : TERLERAI ILHAM

Salaam,

Sepanjang semester 4 ini aku banyak diminta untuk menghasilkan beberapa buah naskah. Kecil- kecilan, lebih banyak kepada drama pentas. Ah... sesat barangkali. Pengkhususan layar, namun luahan ilham lebih termaktub pada drama pentas dan cerpen. Terus, sem ini sem aku memerah otak mengorek semula idea untuk direalitikan. 

Antara dua naskah tulisan ku yang teleh selesai dipentaskan ialah TIMELESS dan SALAHKAH GADIS? Keduanya di pentaskan di ASWARA, lebih menarik lagi di pentas environment. Unik. Malang sekali aku tiada kamera untuk menyimpan kenangan itu.

Sebuah lagi naskah olahan ku bakal dipentaskan di Stor DBP. Sebuah tempat bermulanya penggiat teater untuk menjulang naikkan nama. Aku bangga kerana dipilih untuk mengolah semula karya tersebut. Usai selesai segalanya akan ku beritakan di sini.

Sekian

x.o.x.o

WAJIB LIKE :D

Saturday, September 17, 2011

Mode Gumbira Tahap Dewa : : Saya Ada Seringgit Je...

salaam...


Ada seringgit je pun dah happy ke? Hait apa dah jadi bai.. Mana lagi duit kau? Heheheh.. Tapi siyes.. mmg duit aku *yang boleh dibelanjakan* ada tinggal RM 1 sahaja. Bukan langsung takde duit la.. tapi yang tu dalam tabung.. Taknak la korek tabung. Nak tunggu penuh nak, tabung tu kan belanja ke Korea nnt. *rujuk SINI*

Tapi apa yang au beli sampai habis duit kau... Dah tu kenapa kau happy? Hehehehe... Duit tu aku beli barang makanan tadi dengan kertas serta butang. Kenapa? Makanan tu aku nak makan lah... Yang kertas tu, aku kan buat perniagaan mencetak dan mengfotokopi kat ASWARA ni. *aku sorg je kau tahu... selalu dapat call "Kak nak print boleh?"* Rezeki tu... Sem ni je dah 3 rim kertas aku pakai. Yang aku beli ni rim yang ke 4... Alhamdulillah. Duit tu juga aku pakai buat duit raya dulu... *rujuk pulak SINI

Yang butang tu pula? heheh aku kan buat bisnes aksesori butang ni... Jadi ada pelanggan tempah suh jahit butang.. tu yang dok pi beli butang dengan benang tadi tu. Malangnya xde camera.. kalau tak boleh hangpa semua tengok hasil kerja tangan aku. Kot2 berkenan ka... heheheh Boleh tempah na...

Berlagak aegyo *comel*
Aegyo tak?
Dah tu kenapa aku happy? Entah... aku rasa gumbira pula walaupun duit aku tinggal Seringgit je... Mungkin sebab aku tak over bajet kot. Duit modal beli kertas pun aku rolling dari hasil. Yang lebih aku buat belanja.. Itu jelah pun duit aku nak pakai hari2. Tak mintak kat along @ angah. Okeylaaa tu kan?

Sekian...

p/s; dalam proses menjahit butang ke baju.. hahah sempat blog lagi nii
x.o.x.o

WAJIB LIKE :D

Friday, September 16, 2011

Mode pre-Zzzz : : Mata Dah Ngantuk Tapiiii.....

salaam...

Mata dah berat dah ni.. andai ada tersalah taip.. paham2 sendirila... kuyu je... memandang skrin.. dah tu.. napa tak tidur lagi ye??


Sekian

p/s; pendek gilaaaa

x.o.x.o
WAJIB LIKE :D

Friday, July 1, 2011

Holiday MODE:: Dah 1 Julai... Wahhh Cepatnya.

salaam...

Hari Jumaat... Penghulu segala hari.. 1 Julai... Apa signifikannya yang aku nak katakan kat sini... Hehehe Tak de benda sebenarnya.. Tak ada kaitan pun... Cuma aku rasa terkejut jugaklah... Dah 1 Julai.. macam terlampau cepat gila babas punya *pada aku* masa ni berlalu...

Dah 1 Julai hari ini... Maknanya dah sebulan aku bercuti... Tingal lagi kurang dari 3 minggu kot semester baru ASWARA akan bermula... Aku dah terima surat pemberitahuan pendaftaran.. 24 Julai mendaftar.. hari Ahad. Tak sabar rasanya untuk aku memulakan semula kuliah.. Bunyi macam pelik je.. Tapi itulah lumrah dan naluri pelajar.. Masa belajar sibuk nak cuti.. Dapat cuti dah tak sabar2 nak masuk kuliah balik... Kannnn??

Sepanjang aku bercuti ni.. segan untuk aku bagitahu.. tiada satu pun karya baru yang aku tulis... Entah kenapa.. setiap idea yang terbit dibenak aku ni bagaikan angin yang datang menyapa.. hilang kemudiannya... Macam mana ni.. Aku seorang penulis.. mana boleh hilang macamni..
YOU.... GET IT DONE DUDE!
Kenpa ek... Kira macam aku dah stuck ek? Ke aku malas? Aku lagi suka alasan perkataan malas tu dari stuck.. sebab.. kalau malas.. aku boleh usaha lebih supaya tak malas.. tapi kalau stuck, itu sama macam mengakui yang aku dah kena writer's block. Satu penyakit yang boleh terjadi @ berlaku pada penulis di seluruh dunia. Kalau dah stuck.. kena mula semula dari awal oo


Aku ada date line aku sendiri sebenarnya.. Sebelum cuti tamat aku patut siapkan 2nd book Zaki dan beberapa idea pending yang lain... Tapi kalau macam ni gayanya.. duk umah tak buat apa *apart from watching movies n dramas all the time// do'uh* camne nak selesaikan benda2 ni... hailohhhhh

Adakah aku perlukan ini?

yang cenggini?

atau yang cenggini?
p/s: aku lebih suka yang bawah tu.. ada org nak bagi tak?

Sekian

Bubye...

x.o.x.o
WAJIB LIKE :D

Tuesday, April 26, 2011

Aku Memang Men"CINTA"imu!

salaam....


Wuhooo.. Adakah ini pengakuan CINTA dari aku.... Shy- shy Cat sekejap *malu- malu kuceng le maknenya* Hehehe Baiklah, tanpa segan silu dan shy- shy cat lagi... aku kini mengumumkan.. pada saat ini.. tarikh ini aku sedang bercinta... *tamat tempoh akan ditetapkan kemudian..*

Eih... berCinta pun ada tamat tempoh ke? Musykil kah kamu??? Hehehe... Aku sedang enak dilamun cinta ini... Nak aku bagi tahu ke SIAPA??? heheheheh Cam segan pulak... alahhhh Shy- Shy Cat Again!

okies.... aku bgtahu ye... budak kelas aku ngan yang seangkatan dengan nya pasti mengnali cinta hari aku ini...

=

=

=

=

=

=

=

=

=

=

=

=

=

=

=

=

=

=

=

=

=

=

=

=

CINTA HATI KU IALAH

=

=

=

=

=

=

=

=

=

=

=

=

=


Heheheh.... inilah CINTA sejati aku... *sampai habis exam* see... Cinta aku ni ada tamat tempoh tau? sedang berusaha untuk menyiapakan Assg dan cuba mencari point untuk exam.. hailohhhhh


hahahaah Korang pikir sape????  Mr. K??? upsss... itu nama watak skrip aku leee.... hehehe MD??? Mc Donald???


Bubye...

x.o.x.o

p/s: Always LOVE him!WAJIB LIKE :D

Saturday, March 26, 2011

ENTRI 8: Telinga Pencari Halwa

salaam...

weee.... dah menghampiri CABARAN 10 ENTRI : Battle of Idea's...

Aku merupakan seorang manusia yang gemar mendengar muzik, sebagaimana remaja yang lainnya. Namun, aku ni jenis pelik sikit... hehehe.. aku tak tahu genre yang aku suka... tak tahu pun tajuk atau penyanyi lagu yang aku dengar kat radio tu... aku ni main dengar je... yang mana enak kedengar dan tak merosakkan gegendang telinga aku aku suka la... heee dalam playlist laptop aku dah nak dekat 2+++ dah lagu yang aku ada... hahaha.. banyak weh.. tu belum MV yang minat lagi... penuh lappy aku tu.. hailoohh... mana tak berat... Kyaaaaa

p/s: cabaran 10 sen sehari tu untuk beli external baru... nak yang 1 tera... besau naa...

Bubye...

love...

x.o.x.oWAJIB LIKE :D

Wednesday, March 23, 2011

Pelacur Tahap Maya... *separa luc''*

salaam...


tajuk kali ini agak kontoversi sikit... *pandang ke langit* tapi sengaja aku menulis tajuk sebegini... *hahahha public-siti murah gile2* Isu hari ini yang ingin aku bincangkan ialah mengenai pelacur... dan apa signifikannya dalam hidup aku...

*wooi*.. hahah jangan salah sangka.. bukannya aku yang menjadi pelacur... hahah.. xnak aku... dan tidak pula aku menghina profession itu...

FAKTA: Pelacuran merupakan kerjaya @ pekerjaan yang paling lama di dunia ini.

Aku mengangkat dunia pelacuran dalam karya yang sedang aku usahakan. Sebuah skrip yang asalnya untuk tugasan kuliah semata- mata telah ku garap dan selami sedalam yang mungkin untuk aku menghasilkan sebuah cerita yang baik. 

RAMA- RAMA DALAM LUMPUR

Tajuk karya aku itu... belum bermula proses penulisannya.. namun rangka awal sudah ku tulis dan cari isi2 penting yang bakal ku himpunkan menjadi naskah sebuah cerita. Di awal tadi ku nyatakan yang aku ingin bincangkan signifikasi PELACUR dalam hidup aku. Selain karya ku ini... ada satu lagi signiikasi yang dekat di hati...

CAM- WHORING...
*suka sangat ambil gambo sendiri.. hik hik*

nak dijadikan cerita.. aku bukannya ada kamera... dan aku ni jenis yang kalau dapat pegang kamera *orang punya* aku akan ambil gambar orang lain.. jadi.. gambar aku tadalah... Kesimpulan yang tak berapa nak simpulnya.. aku hambiklah gambar muka aku yang CUMELLL ini *rolling eyes* dengan menggunakan Web Cam aku... Hasilnya...


Amacam... ada kawaiii tak? Muhd Aizie kata aku cumell... hahaha sapa tu??? Kau tekan sini la... *TEKAN- TEKAN*.. okies Ijie.. aku dah pomote kau... pomote aku juga... *dasar murah-sale-100% punya pompuan*

Bubye...

love...

x.o.x.o

WAJIB LIKE :D

Monday, March 7, 2011

30 Things in 30 Days Challenge- Day 26, 27, 28 & 29

salaam...

Lamanya aku tak berbloging... Sowwy... Pemalas sikit sejak akhir2 ni.. Yelah.. dah mula cuti sem... Kebosanan yang melampau melanda... sampaikan nak menaip pun sangattt malas.. Jadi untuk kali pertama =nya kau mengabungkan 4 Cabaran sekaligus.. *dush dushh.. PEMALAS!*



Day 26 – A photo of somewhere you want to go.
&
Day 27 – What kind of person attracts you?
&
Day 28 – In this past month, what have you learned?
&
Day 29 – Something you could never get tired of doing.


Hari 26>>

Tempat yang ingin aku lawati... semetinya....


Manakah ini??

Muahahha.. mana lagi.. Korea lahh.. *han guk*

Ini merupakan negara pertama yang aku nak pergi.. dan tinggal.. *berangann* Tapi kalau boelh.. mmg aku nak keluar dari Malaysia pun.. nak juga rasa tinggal di luar... nak juga panggil orang dengan panggilan oppa @ ahjussi.. *banyak sangat k-drama yang melekat..* hik hik// anyway.. hopefully by the end of this year.. aku dah kumpul duet yang secukupnya untuk ke sana.. my own 21st B-day... hehehe

hari 27>>

Siapakah yang menarik minat aku..?? woo hoooo...

yang sebegini.. dan yang cengini.. dan yang gini gini..

hahaha... entah lah.. buat masa sekarangni ada beberapa muka di ASWARA ni yang menarik minat aku... SAPE??? xleh bgtau lah.. kang malu den ha... hahha *perh-santan punya munahh* Tapi kawan2 aku cakap aku ni tak pentingkan rupa sangat.. yang aku minat semuanya jenis yang ada karisma *bukan KARIMA KAPOOR YA* w/pun muka xsekacak mana.. *diorang kata r..*

Lagipun.. aku cuma nak cari lelaki yang boleh jaga aku... sbb aku dah lama sangat jaga diri ni sendiri... hahahha... *mood/// awang kayangan*

Hari 28>>

Banyak perkara yang aku dah pelajari dalam bulan yang baru lepas ni.. Persahabtan.. hidup... tak perlu aku ulang lagi rasanya.. sbb aku dah tulis luaha hati aku ni di entri yang lepas2... *carik sendiri kalau rajin*

Hari 29>>

hehehe... menulislah... satu2nya benda yang mungkin tak kan buat aku penat.. weee... *dah namanya pun budak penulisan...*

Sekian..

CABARAN HARI NI SELESAI DENGAN melampau-lampau JAYANYA!!

p/s: hey.. esok ialah cabaran yang terakhir... wah.. looking foward to it...

Bubye...

love,

x.o.x.o

WAJIB LIKE :D

Wednesday, February 23, 2011

ON TOP OF THE RAINBOW OF BLISS!!

salaam...

Mula-mula seklai aku nak ucapkan ALHAMDULILLAH... Ada banyak perkara yang berlaku dalam hidup aku baru- baru ini yang sangat- sangat membangkitkan kesyukuran aku... Kyaa... sangat statik bahasa aku kali ini.. Alhamdulillah... Gumbira ni weih...

Minggu lepas merupakan satu mingu yang sangat menggembirakan bagi aku. Moh sini aku cerita..

Aku dah menandatangani agreement ngan Newskaki.com. Jadi aku dah kira solid r jawatan aku kat Newskaki ni.. muahahahha... Kawan- kawan aku kata, aku buat kerja sia- sia sebab tak dapat payment pun aku kerja sini.. tak pelah.. Aku boleh exspose nama... Gembira rasanya bila kita tahu ada orang baca hasil tulisan kita.

Klik untuk besau

Klik juga untuk kasi besau
Ni antara hasil tulisan aku di Newskaki.com. Aku baru je mula.. aku menggunakan nama Juliet Juhary sebagai nama pena aku disini.. *jangan gelak* ada maksud nama tu.. hheheh... no yang kat sebelah kanan tu ialah jumlah pembaca yang membaca hasil karya aku.. Kalau korang nak baca juga.. sila KLIK SINI

Selain daripada itu... aku juga menerima panggilan dari Buku Prima. Sebelum ni aku ada hantar manuskrip buku kanak- kanak. Diorang berminat nak terbitkan buku aku tu... dirang mintak manuskrip yang selebih nya... Alhmdulillah... aku gembira sangat... Rezeki aku... Bersyukur gile2...

Dalam post yang terdahulu.. Aku pernah bercerita yang aku berguru dengan seorang penulis ini dalam proses aku belajar menulis sebuah novell.. Kyaaaa.. Dia ialah...

...................... drum-roll.............

DR. FAISAL TEHRANI

Kyaa.... tak kagum ke aku belajar ngan seorang penulis profilik negara... muahahahha *gelak evil jap*..
Baru dua kali jumpa dia dah macam rasanya masuk dalam kepala.. hik hik... Nape aku pilih dia jadi Tuk Guru aku??? Hey... Mentor aku ni.... Kyaaa... Last semester belajar kelas dia... (nota perasan: subjek saya dapat A ya... walaupun A-) sem ni xde kelas ngan die.. jadi nak jumpa die mintak tunjuk ajar pun agak susah... *mak cik kelas penuhh.. nk poei paso pun xsempat*...

Novel yang aku nk cuba tulis ni macam triller skit... bunuh orang... tapi bile orang tanya aku ank buat cite apa aku kata aku nak tulis cite vampire... semua pakat kata..
"ala- ala Twilight ni!!"

Hallo... terkatupnya pemikiran korang ni... Vampire tu ada versi Twilight je ke? (Tapi aku memang kipas susah mati Twilight ponn) *mood berangan*sebagai seorang vampire sejati (macam aku-xtido malam) korang harus tahu asal usul kedatanga vampire ni.. jadi itu yang aku cuba buat dalam buku aku nanti.. Aku niat... dalam sem ni jugak paling kurang dah siap separuh buku... Tak nak aim lebih sangat... kang tak jadi.. naya...

PORPHYRIA

Tajuk cerita aku nanti... best tak??

Bubye...

Love

x.o.x.oWAJIB LIKE :D

30 Things in 30 Days Challenge- Day 15, 16 & 17

salaam...

sejak akhir- akhir ini aku semakin sibuk dan tiada masa untuk ber'online'... jadi disini buat julung- julung kalinya aku mengabungkan 3 Cabaran sekaligus. (den maleh sebenonya...)

Day 15 – Something you don’t leave the house without.
&
Day 16 – Short term goals for this month and why.
&
Day 17 – How you hope your future will be like. 

Kita mulakan ngan cabaran Hari ke-15~

Ada tiga benda penting yang aku xkan keluar kalau xde benda2 ni.. iaitu

telepon kesayangakuu...

HANDPHONE

beg duet ku.. (last 2 years punye b-day pwesent!!)
WALLET

bukan kunci aku.. heheheheh
KUNCI

benda- benda aku selalu sebut ulang2 kali, supaya aku tak lupa.. dah macam mantra aku pula setiap kali aku nk kuar rumah pergi kelas atau jenjalan.. hehehe..

Hari ke -16~

Bulan ni dah hampir sampai kepenghujungnye pun. Xda goal apa sangat, melainkan untuk menyiapkan semua assignment dan tugasan sampingan yang perlu.. Oh yea... harus tidur dengan teratur.. Plizzz

need sleepp.... ZzzZzzzZZZZzzzz

Hari ke -17~

Jam sekarang tepat menunjukakn 12:13 pagi (waktu aku mengarut nih!!)

Jadi untuk Cabaran yang 17 ni, aku buat jelah sekali.. dah alang2 kan?

Impian untuk masa depan... Tipulah kalau aku tak penah pikiaq pasai masa depan (ceh.. cakap utara sat..) tapi kadang2 apa yang kita nak dan bayangkan tu taj mungkin kita akan dapat... masa depan manalah boleh diramal.. hang ingat hang ahlil nujum pak belalang ka? 

Tapi kalau boleh aku nak masa depan yang cenggini... *mood berangan*

aku minat gile sport car...
*nak nissan skyline*
nak tinggal umah besauu...
nak blue wedding.. heheh

semua ni impian aku yang mongkin agak sukar untuk mejadi kenyataan... hahha..

CABARAN Kelamarin, Semalan & HARI NI SELESAI DENGAN JAYANYA!!
Till then....

Bubye..

love..

x.o.x.o
WAJIB LIKE :D