Salaam...
Mari kita membuat kerja suka- suka... Sambil- sambil membuang masa tu, apa kata korang layan menatang ni. Okies?
30 Things in 30 Days Challenge
Day 1 — Your favorite song
Day 2 — Your favorite movie
Day 3 – Your idea of the perfect first date.
Day 4 – Your favorite photograph of your best friend.
Day 5 – What makes you different from everyone else?
Day 6 – A song to match your mood.
Day 7 – A photo of an animal you’d love to keep as a pet.
Day 8 – Your dream wedding.
Day 9 – A photo of the item you last purchased.
Day 10 – A photo of your favorite place to eat.
Day 11 – A picture of your favorite memory
Day 12 – Your current relationship, if single discuss how single life is.
Day 13 – A picture of your favorite band or artist
Day 14 – A TV show you’re currently addicted to.
Day 15 – Something you don’t leave the house without.
Day 16 – Short term goals for this month and why
Day 17 – How you hope your future will be like.
Day 18 – 5 things that irritate ME about opposite/same sex
Day 19 – A picture of something you want to do before you die
Day 20 – The meaning behind your blog name.
Day 21 – A photo of something that makes you happy.
Day 22 – A letter to someone who has hurt you recently.
Day 23 – 15 facts about you.
Day 24 – A photo of something that means a lot to you.
Day 25 – Who are you?
Day 26 – A photo of somewhere you want to go.
Day 27 – What kind of person attracts you?
Day 28 – In this past month, what have you learned?
Day 29 – Something you could never get tired of doing.
Day 30 – A photograph of yourself today + three good things that have happened in the past 30 days
Aktiviti ini hanyalah untuk merehatkan minda dan sebagai satu alat untuk menghargai diri dan kehidupan sendiri... (wah wah... mentang2 student penulisan... ayat...)
Benda ni bukanlah original dari aku pun. Aku "KIDNAP" dari Cik Epal. Siapa itu Cik Epal? Ko tak tau? Maknanya kau bukanlah blog hoppers termegah.. muahahah (ceit.. aku pun bukan kenal sangat pun dia ni.) Untuk sama- sama mengenali die.. Sila Klik Sini! Okies... Tima Kacih ye Cik Epal.
Hehehe.. tak sabar ni nak mulakan cabaran...
Bubye...
love...
x.o.x.oWAJIB LIKE :D
Monday, February 7, 2011
HIPNOPTIK INSOMANIAK!! .... apakah itu?
A Little Sumthin' from
Pwincess9 Juhary
Salaam...
Buat sekelian kalinya, tajuk aku macam hebat... ditekankan penggunaan MACAM!
Aku masih lagi berasa tak berapa sihat ketika ini. Jadi mungkin aku tak nak mencoret carut panjang sangat... (do'uh)... Petang tadi aku keluar dengan para sahabatan iaitu Maria dan Min ke Segi 4 Masa (Times Square) untuk mencari gaun. heee... Bukan aku ye yang nak bergaun semendek... Maria. untuk recital dia..
Hah? Apa itu recital? Hehehe...Maria ni pelajar vokal.. penyanyi... Recital tu... carik senddirik dalam kamus2 anda.. heee Dah ketemu dengan dress die.. Cantik.. lawa tau.. Harga RM***.. Weee.. tak perlu la aku nak bagitahu berapa.. bukan aku yang beli pown...
CANTIK TAK?
Bukan ini yang dibelinya.. Aku je yang berangan nak pakai dress macam ni... *dush dushum* penumbuk sedas dua. Aku membeli sepasang subang... KAWAII sangat.. bentuk bunga... warana hijau... seringgit je.. MURAH!!
Berangan (again) nak pakai yang begini... hahha... lawa kan??? KAN?
Lepas tu kami mula mencari port untuk makan. Mula- mula ingat nan makan McSaver @ McValue Lunch kat McD.. malangnya dah terlambat. Tak sempat. Macam nak makan KFC tapi... erkkk.. jadi kami melangkah ke sebuah restoren(?) yang menyajikan macam2 jenis makan.. Leo's... Oriental ada, Western ada. jadi perut dah mula nak melagukan Dondang Sayang dah ni.. jadi kami pun masuklah sebab macam sedap pulak dia punya pakej.
Aku dan Maria memilih SET 5.. iaitu Nasi Cendawan, Ice Lemon Tea dan Puding Mangga. Min pulak order SET 4, Nasi Lemak Rendang Ayam (air dan dessert sama). Aku pulak gi bantai menambah Garlic Bread dan Min yang kesejukan itu amik satu Hot Choc.
Servis agak lambat. Makanan biasa2. Tapi tang Puding Mangga tu best gile! Garlic Bread tu pula rasa tah hapa- hapa. Kompom lepas ni aku beli puding die je. muahahahha
Dah kekenyangan. Masing- masing malas nak gerak. Tapi gerak lah jugak. Merayau tanpa tujuan. Sekali aku terjumpa sebuah beg di kedai beg. (wajib lah.. tak kan kedai basikal kot)
Lebih kurang macam ni la design die. Lawa gile. Warna Biru. Corak kotak2. Aku tanya mamat cina tu. Dia kata harga RM45, tapi untuk aku dia bagi RM35 je. wahhhh.. murah lah kunun2 tu.. hahah.. Seb baik aku tak de duit. kalau tak memang dah lama aku sauk. Tapi aku akan mitak lagi kurang la. RM25 ke.. hahahaha.. Ada jugak aku jumpa beg yang lebih kurang sama kat Masjid Jamik. RM40.. Hamek kau... hahah kat TS tu lagi murah kali- kali ganda.
Pada saat itu.. (ceh... ayat macam nak buat karangan SPM) aku dah mula rasa pening- pening. Penangan tak tido. (RUJUK SINI) Jadi aku pun slow je jalan. Sememangnya kami ni masing- masing agak penat. Jadi kami mengambil keputusan untuk balik. TAPI.. sebelum tu...
| Untuk aku |
| Untuk Maria |
jeng jeng jeng
CUMELLLLLLL... (banyakkan L dia.)
Hehehehe... Kemudia melangkah keluar dan balik...(?) Tak... mari singgah pegi Mari- Mari. nak cari ceongsam. Dekat TS agak sangat mahal. Tapi yang ada pun besar. Jadi akhirnya dia beli 2 sepetot kiut untuk anak2 sedara die.. hahaha..
Pastu baru balik.
Hik hik....
itu je lah...
Bubye!!
love,
x.o.x.o
WAJIB LIKE :D
Sunday, February 6, 2011
SINDROMISTIK VAMPIRISM!
A Little Sumthin' from
Pwincess9 Juhary
Salaam...
Sah mengarut tajuk kali ini... sebenarnya nak menyatakan yang aku TIDAK boleh tidur.. itu ja... dari malam tadi sampai sekarang..(dah kate xbuleh tidur memang sah2 lah malam kan??)
Jadi apakah yang aku buat?
Apa lagi... menonton cerita2 Bollywood yang baru di TiubU... amacam?
yang mula- mula...
DABANGG
![]() |
Cerita ini keluar masa raya tahun lepas.. (yelah kot tahun ni mana nak rayanye lagi kannnn). Merupakan filem yang mendapat pungutan hasil yang paling tinggi pada tahun 2010 dan menjadi filem terhebat @ terbaik kat India pada tahun itu. (Sumber WIKIPEDIA)
Apa ye maksud DABANGG tu?? Kalau DABANG sahaja (tanpa +G dibelakang nye) akan membawa maksud kedai kopi @ coffee house dalam bahasa Korea. Tapi yang ni melebih lak G die.. Hindi pulak tu.. Maksudnya ialah Fearless (English)..Bahasa Melayu nya pulak.. pandai-pandai cari!!
(sekali lagi...Sumber WIKIPEDIA)
Cerita yang agak berbeza dari yang biasa. Tak la terlampau masala sangat namun masih tak dapat lari dari tipikal cliche Bollywood items.. cintan citun, hero macho n kuat dan family.. Kira cara dia buat filem ni agak old-school.. Tu pasal lah kot orang nak tengok sangat.. Macam back to basic gaya ceritanya. Tak macam kebanyakan filem baru Hindi yang lebih tayang body.. (baik hero n heroin yang x terkenal tuh)
SINOPSIS RINGKAS
Mengisahkan Chulbul Pandey (Salman Khan) seorang polis yang membanteras penjenayah dengan cara yang berbeza hingga mencetuskan kemarahan pihak jahat.
(sikit- sikit sudah..)
Aku bagi 4.5/5 ****"
yang keduanya....
BAND BAAJA BAARAAT
Cerita ni pula keluar Disember 2010. Laju je dah masuk TiubU itu. Tapi tak pe.. yang untungnya makhluk- makhluk Tuhan yang macam aku ni. Dapatlah tengok free je. Cerita yang agak bagus walaupun tak dapat masuk top 10 best movie 2010.
(berkali-kali lagi...Sumber WIKIPEDIA)
Satu konsep berani gila nak mati dari Produksi Yajraj. Sebab aku cakap cenggitu? Pengarah yang baru 1st time.. (sebelum ni dia pembantu je), pelakon lelaki yang zero pengalaman berlakon (Ranveer Singh) dan cerita yang luar dari kebiasaan.
Namun... I think it all paid off... Tema yang agak lari dari tipikal Bollywood masala. Best jugak cerita ni. Dapat lihat satu lagi sisi Anushka Sharma yang lain dari RDBNJ.. apa tu? len kali aku cerita. Hero dan heroin dia menampakkan satu chemistry yang sangat serasi.. Kompem tak meletup tabung Uji kalau digabungkan 'kimia-kimia' ini.
SINOPSIS RINGKAS
Mengisahkan partner Bittoo (Ranveer Singh) dan Shruti (Anushka Sharma) menubuhkan perniagaan wedding planner. Mencapai kejayaan yang berganda sebelum kecundang dalam perasaan. Love and business doesn't work together. Betul ke?
(again... sikit- sikit sudah..)
Aku bagi 3.5/5 ***"
Okeh... sesi mengulas dah selesai... sambung menonton yang lain...
bubyeee..
love
x.o.x.o
UPDATED!! PLZ READ!! (pt 2)
A Little Sumthin' from
Pwincess9 Juhary
RAVING WABBITS!! arghhhhh
>> 4 Februari, 2011
Hari yang terasa agak down. Tiba- tiba teman sekuliah dan seMUKABUKU mencadangkan aku tengok video ni..
AKU GELAK GILA- GILA... Hari yang malap tu rasa lebih bercahaya. Terima kepada Sri Suriya Prakash yang bagi tau aku pasal video ni. Suke...
Kami ialah peminat BUNNIES sedunia... heart u so strong!!!
>> 5 Februari 2011
Hari DEMAM dan PEMLAS SEDONIA!!!... tido sepanjang hari dan bangun ntah jam berapa..
sekian...
love..
x.o.x.o
WAJIB LIKE :D
UPDATED!! PLZ READ!! (pt 1)
A Little Sumthin' from
Pwincess9 Juhary
Salaam...
Lama sudah aku tak menulis di sini. Mungkin aku terlampau penat. Terlampau tertekan? Pelik! Aku pernah terjanji untuk menulis paling kurang pun sekali sehari. Tup tup, nak tulis seminggu sekalu pun agak susah.. jadi.. hari ni nak meng'update' perihal yang berlaku yang aku rasa nak kongsi ngan semua. hee... Sapelah sangat yang baca blog aku ni.
>> 3 Februari, 2011
![]() |
Semalam di Dataran Merdeka |
Aku keluar seorang diri. Macam biasa lah gamaknya. Aku memang suka keluar sorang (cover..) Dah tu budak- budak bilik semuanya menghilangkan diri tah kemana. Aku membeli belah di Sogo (stok makanan sebulan?). Kemudian aku mula melangkahkan kaki ke Dataran Merdeka. Itu jelah tempat lepak yang paling dekat bagi manusia yang tidak mempunyai kenderaan sendiri macam aku. Nak naik tren pun nak pegi mana? Dah malam.
Aku suka datang sini. Bukan buat apa pun. Hanya melihat gegat manusia. Baik tua mahupun muda. Semua ada. Aku melepakkan diri kat sebelah seorang brader jual mainan. Ada satu benda yang selalu menarik perhatian aku bila aku lepak kat sini. Setakat ni aku cuma jumpa benda tu kat sini je.
LASTIK BERLAMPU
Lastik yang berlampu dan boleh terbang tinggi kat udara (kalau pandai main la). Cantik sangat pemandangan malam kat Dataran ni sebab benda tu. Aku tengok bukan budak- budak je yang teruja main benda ni. Bapak budak pun main. Aku terasa macan nak beli tapi harga dia RM 5. Agak mahal bagi aku. Lain kali la kot.
Selain daripada tu, ada orang jual belon, bola berlampu. Cantik jugak. Boleh lantun balik bola tu. Bab makan ni tak cite la. Ada je orang jual cikedis dengan air tin.
Bagi aku tempat ni memang best. Bangunan Sultan Abduk Samad pun cantik je dilimpahi cahaya lampu sorot. Warna ungu lagi.
Apa aku buat kat sini? Saje... tengok ragam manusia. Aku sunyi sebenarnya. Macam lost seketika. Kenapa tah...
Joe... be strong plz,
Let go!!
Kata seorang teman. (aku edit laa) Till than aku nak melepak kat Dataran ni lagi. Tengok Lastik Berlampu itu.
Subscribe to:
Posts (Atom)

