MY FRIENDS.. MERE DOSTE... CHINGU...

ENTIRELY ME!!

Saturday, May 14, 2011

PENGARUH HALLYU: MALAYSIA HILANG INDENTITI SENDIRI

*sekadar renungan bersama

PENGARUH HALLYU: MALAYSIA HILANG INDENTITI SENDIRI
Oleh: Jowani binti Juhary


            Winter Sonata, Endless Love dan Lovers in Paris merupakan beberapa buah drama dari Korea Selatan yang mula- mula memasuki Malaysia sekitar tahun 2000. Bertitik tolak dari itu, Malaysia dilanda Gelombang Korea atau lebih tepat lagi Hallyu. Bagaimanakah sebuah istilah yang hanya dicipta secara tak sengaja ini boleh mengemparkan negara? Dan bagaimana mungkin istilah picisan ini boleh menggangu gugat identiti bangsa negara Malaysia?

            Pengaruh Hallyu semakin kuat di Malaysia. Istilah seperti K- drama dan K- pop sudah tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia. Remaja mula meniru gaya rambut dan cara pemakaian artis- artis dari sana. Tidak dinafikan wajah artis dari Korea yang kacak dan comel menjadi penyumbang utama penyebaran pengaruh Hallyu ini.

            Drama- drama Korea sering mendapat rating yang tinggi setiap kali ditayangkan di kaca televisyen. Bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia. Di Asia Tenggara, drama-drama ni mendapat undian paling tinggi sehinggakan seni lakonan ni merupakan antara salah satu pendapatan utama untuk negara Korea.

            Winter Sonata mendapat rating lebih tinggi berbanding drama Melayu yang disiarkan pada masa yang sama. Pada kali pertama drama tersebut disiarkan di Malaysia, Winter Sonata mendapat rating 7% lebih tinggi dari drama Melayu. Pada kali kedua pula, drama ini mendapat rating 10% lebih tinggi berbanding drama lain. Antara faktor yang menyumbang kepada hal ini ialah seperti berikut.

            Selain dari kekacakkan hero- hero jambu serta kecomelan heroin K- drama, kita tidak dapat lari dari hakikat yang drama Korea lebih asli dan segar jika dibandingkan dengan drama- drama Melayu. Kebanyakan penonton Malaysia sudah dapat mengagak jalan cerita drama- drama Melayu yang ditayangkan. Ini berbeza dengan K- drama yang rata- ratanya mempunyai plot asas yang sama tetapi berlainan konsep dan jalan cerita. K- drama mampu membawa penonton mengikuti dan menjiwai drama tersebut bagaikan penonton berada di dalam drma. Berlainan pula dengan drama Melayu yang kadang kala lebih futuristik berbanding realistik.

            K- drama juga menjadi fenomena apabila lagu- lagu yang dimainkan menjadi ikutan dan siulan peminat siri tersebut. Setiap drama mereka mempunyai rangkaian lagu latar yang dibuat khas untuk drama tersebut. Setiap lagu tersebut benar- benar sesuai dengan situasi atau mood drama. Apa yang lebih penting lagi, lagu- lagu latar tidak diulang siar dalam drama yang lain.
           
            Berbeza dengan drama Melayu yang sering mengulang siar lagu- lagu latar. Adakah Malaysia kekurangan komposer dan pencipta lagu untuk mencipta lagu bagi drama- drama Melayu? Apa yang lebih memalukan lagi, drama Melayu seringkali menggunakan lagu- lagu latar dari drama- drama Korea seperti intrumental Winter Sonata dan Autumn in My Heart.

            Ini membawa kepada pengaruh K- pop atau Pop Korea yang semakin menular di Malaysia. Bermula dari drama seperti Full House dan Boys Before Flower, penonton semakin menggenali artis seperti Rain dan SS501 yang menyanyikan lagu- lagu latar drama tersebut. Ini diikuti pula dengan drama You’re Beautiful yang mengetengahkan kumpulan anak muda A.N.Jell gabungan dari artis kumpulan C. N Blue dan F. T. Island serta pelakon/ penyanyi Jang Geun Seuk.

            Jarang sekali kita dengar anak muda pada zaman ini yang menyiulkan lagu Melayu. Baik di sekolah, di dalam tren dan semasa menunggu bas atau teksi, lagu- lagu Korea menjadi halwa telinga remaja masa kini. Sebagai contoh Erul, pelajar Akedemi Fantasia (AF) musim ke- 9 menjadi pelajar yang digemari hanya kerana beliau membawakan lagu Korea, I’ll Be Back pada persembahan pertamanya di AF. Kini imej, Korean Boy atau Budak Korea telah lekat dengan Erul.

            Berbalik pada persoalan yang utama, bagaimanakah hal sebegini mampu menggugat indentiti Malaysia? Jawapannya mudah, semakin ramai remaja berfesyen dan bergaya mengikut idol mereka. Ini boleh menyumbang kepada kemusnahan budaya. Hilang sudah remaja Melayu berpakaian tradisional seperti baju kurung dan baju melayu. Pada mereka, baju- baju sebegitu hanya layak di pakai pada Hari Raya dan juga semasa solat Jumaat.

            Pengaruh K- pop juga telah membuatkan segelintir ingin menghidupkan budaya tersebut dengan cara tersendiri. S*MASH merupakan kumpulan anak- anak muda Indonesia yang mula mengasimilasikan K- pop dalam lagu- lagu mereka. Tidak kurang juga di Malaysia. 2 buah kumpulan baru iaitu 24:7 dan Gula- Gula ditubuhkan dengan nama M- pop. Mereka dikatakan ingin “mencabar” kumpulan pop Korea 2 PM dan Wonder Girls.

            Tidak salah sekiranya kita ingin mengambil teladan dengan kejayaan artis Korea. Namun apa yang membimbangkan, kumpulan anak- anak muda ini terlampu taksub dan obses ingin meniru artis Korea. Lihat sahaja dari segi pemakaian mereka yang seksi dan mendedahkan aurat. Sekiranya hal ini tidak dibendung, akhlak dan pemikiran generasi seterusnya akan rosak.

            Malaysia terkenal di mata dunia kerana mempunyai budayanya yang tersendiri yang menjadi identiti negara ini. Namun, sekiranya anak- anak muda yang dikatakan bakal memimpin masa depan berkelakuan begini, tak dapat dibayangkan apa akan terjadi pada generasi seterusnya. Budaya Melayu yang menjadi identiti agung Malaysia akan terhakis dan akhirnya pupus ditelan masa.

***artikel ini hanya sebagai renungan dan tidak berniat untuk menyinggung mana- mana pihak.
***boleh dikongsi bersama tapi sila link semula pada blog ini.
WAJIB LIKE :D

Rambling Saturday Morning: Exam Mode!

salaam...

sejuk mandi pagi... brr

hari Sabtu... pagi yang hening dan tenang... Awal aku bangun? No... aku tak tidur lagi ni. Study? Dok eh... tengah tengok Movie... Trilogy X men aku tibai.. *dushum.. penumbuk dua kali* Exam aku Isnin minggu depan... 16 Mei... wah... gile tak??? Ape yng gile... gile pasai aku tak study hape2 atau gile pasai aku punye exam baru nak mula sedangkan orang lain dah nak habis @ dah habis exam?

Well... *ahaks* ASWARA ni lain sikit lah ye... hahahah LI pun sebulan je.. Kan... 

Sekian Rambling Saturday Morning kita... next week jumpa lagi..

Happy Hols guys...

p/s: kalau aku sebut Happy Holi cam ne?? Kyaaa

Bubye

x.o.x.o

WAJIB LIKE :D

Tuesday, May 10, 2011

FREE... Making Me Happy (Live from KENNY ROGERS Mid Valley)

salaam...

Mengikut kamus dwibahasa kat mana- mana pun (Cari yang Eng- BM ya!) FREE bermaksud percuma dalam bahasa Melayu (ada gak maksud lain, tapi abaikan itu) Ya... kali ini kita bercakap tentang perkataan percuma ya... PERCUMA!

PERCUMA... selalu membuatkan orang gembira, melompat kesukaan dan tak kurang juga yang jadi gila. Tapi ada juga yang kata barang percuma ini tak de yang bagus. BETUI KA??

Tak dinafikan.. mana ade barang yang betul2 FREE dalam dunia ni... Kalau ada... tak berkualiti tu... Jadi.. barang FREE @ PERCUMA ini kadang2 datang dengan suatu HARGA.... KAN?

HARI NI... hari gembira aku... Banyak benda yang aku dapat dengan PERCUMA. Meh aku senaraikan satu- satu.

  1. Tengok wayang : SOMETHING BORROWED (tak kuar wayang lagi ni!)
  2. Popcorn dan coke GSC (saiz kecil ja tapi)
  3. Quater meal KENNY ROGERs (RM 16.50 tau.. tapi ayaq kena beli laa)
Huii... Rezeki do... tapi macam yang au cakap tadi la... barang PERCUMA bukan datang PERCUMA... ada BAYARANnya... hehehe hang tak yah tau lah... 

*sila sediakan baldi untuk muntah darah dengan aksi gedik saya yang cuba buat anda cemburu*

menunggu makanan FREE...

bukti... *mata ke langit tangan ke bahu*

makang budakkkk
SEKIAN... *hahaha dah ade yang jeles kah??? KYAA*

BUBYE

x.o.x.o


WAJIB LIKE :D

Saturday, May 7, 2011

Fourth Encounter *Kemalasan Berganda*

Salam...

Dalam ENTRI lepas aku dah menceritakan yang aku Hiatus secara tak sengaja. Jadi dalam entri ini aku nak mengabungkan beberapa buah peristiwa yang berlaku sepanjang beberapa hari yang lalu ini. *secara ringkas dan padu ya..... bukan short- form*

Rabu <27 April>

Tergerak hati untuk menanyakan Abang Editor S mengenai buku aku... katanya dalam proses pencetakan. Agreement telah dihantar.

Khamis <28 April>

Tepat jam 10 pagi, satu sms diterima dari Abang Editor S

"buku dah terbit, ada di pesta buku"

Kegembiraan berganda, terus bangun dan bersiap..

hehehe *memang kena bersiap pun, nak keluar ngan Angah. kalau tak dpt sms tu, memang aku tak bangun weih*

Keluar dengan Angah ke The Mines. Membeli hard disk ngan bag laptop... *lebur duit mak nak.. RM2^^*
Meniau Angah ku makan di Secret Recipe dan Manicure di Nail Palour.. *cantek kuku mak nak*

Jumaat <29 April>

Tidur di rumah Angah malam sebelumnya. Jadi pagi Jumaat bergegas kembali ke ASWARA. Ada kelas pagi gitu.... *tak mcm kelas pon!!?*

Kondisi kuku dah tak cantek.... kerana menopup ink printer... Menceeeee

Sabtu <30 April>

Mood: Eksaited lebih... *sampai tidur tak bangun- bangun*.. Petang baru bangun, mandi dan bergerak ke PBAKL 11. Sempat lagi menelefon Syazrin Chu mengucapkan tahniah kerana dapat ke Jepun.. woo hooo.... Berjanji ke PBAKL 11 dengan dia juga esoknya nnt (Ahad)

Masuk ke Karangkraf Mall, melilau mencari buku saya... heheeh

buku saya...


Kembang kuncup ye aku... hahaha Banggas sebentar.... Berjalan melilau lagi mencari buku- buku yang mungkin berkenan... heheeh *popcorn dia sedap..* Melilau lagi... dan balik selepas menghabiskan sebahagian besar pitih ku untuk buku... *miskin sebentar*

Balik ke ASWARA menonton persembahan Bangsawan... Terbaik

Ahad <1 Mei>

Setelah berjanji, Syanrin menunggu aku di LRT Bandaraya, pagi menjengah ke tengah hari kami ke PBAKL 11 yang terletak di PWTC itu. habis lagi pitih mak nak... buku lagi... tak pe... berguna, pelaburan minda ye anak- anak. Kami menjelajah keseluruh pelosok pesta. Syazrin membeli buku aku.. Katanya dia bangga. *senyum sokmo nih* Tetiba, terjumpa kenalan sekolah dulu.. hahah dia menjaga gerai I Love Islam.  Aku membeli button kiut. hehehe.. Borak- borak sebentar sebelum kami masing- masing balik. 

Hehehe... Sekian...

p/s: aku demam dah... 3 hari.. hailooo

Bubye...

x.o.x.o

WAJIB LIKE :D

Hiatusisme!

Salaam...

Maaf dipinta buat Pengikut Setia blog hamba yang tak seberapa ni... Hamba telah mengabaikannya secara separuh tak sengaja akibat kesibukan, kepenatan dan kemalasan hamba ini. Hampir hamba tidak mengenali blog sendiri yang telah berhabuk, bersawang. Penuh labah- labah dan anai- anai yang melata. Maafkan hamba.

Cerita gembira, sedih dan segala. Banyak yang ingin hamba kongsikan bersama. Namun atas sebab dan alasan di atas, sukar untuk hamba menjenguk dan meninggalkan secebis taipan tulisan di blog ini.

Sekian... Akan hamba sambung kisah yang lampau seketika masa nanti andai tiada aral melintang...

Sekian...


WAJIB LIKE :D