MY FRIENDS.. MERE DOSTE... CHINGU...

ENTIRELY ME!!

Tuesday, September 27, 2011

Mode Serius : : Menanti Pelangi.

Salaam...


Menanti pelangi. Menanti kemunculan pelangi yang berwarna- warni itu. Kebelakangan ini hari- hariku mendung. Kadang membawa ke hujan lebat, walau dimulakan dengan gerimis. Aku masih menanti pelangi, pelangi yang berwarna- warni. Aku masih lagi percaya, kerana mereka kata pelangi muncul selepas hujan lebat. Benarkah?

Namun aku masih lagi menanti pelangi itu. Bagi menceriakan mendung hati ku. Kadang hari ku penuh dengan warna suram, kelam, kelabu. Aku sendiri letih, penat mataku memandang warna sebegitu. Namun apakan daya, kerana hujan yang membawa warna. Jadi aku masih menunggu berhentinya hujan, munculnya pelangi.

Sekian...

p/s: Andai benar tiadanya pelangi, aku ku warnakan hari ku sendiri. Namun mungkin yang terlihat hanyalah merah, semerah darah!

x.o.x.o
WAJIB LIKE :D

Mode Buss-y : : Masih Berbloging Lagi???

Salaam...

Tanpa perlu mukadimah panjang, mari lihat senarai tugasan yang perlu aku siapkan sebelum Jumaat ni!


  1. Pembentangan Teori Stilistik *ISNIN... tapi rasanya tangguh ke minggu depan kot... lect ada PETA heheh*
  2. Treatment Cereka TV POLARIS, 65- 90 scene *RABU* pada masa artikel ini ditulis baru siap 13 scene.
  3. PSA...*RABU* mana ni? Kata tiga.. ni satu pun belum! CEPAT!
  4. ZAKI... sebelum tamat bulan 9! *Jumaat la kot*
Sekian

p/s: Entri ini sepatutnya terbit semalam... namun kerana kekangan internet, terbit hari ini...

x.o.x.o
WAJIB LIKE :D

H.A.C.K.S (Hanya Aku Cinta Kau Seorang) [6]

Salaam....

Cerpen ini merupakan cerpan saya yang telah diterbitkan dalam Majalah Remaja keluaran 1 Disember 2010. Saya menerbitkannya disini adalah unutk berkongsi dengan sahabat handai yang tidak berkesempatan membacanya. Diharap agar tiada siapa yang menerbitkan cerpen ini dimana-mana tanpa pengetahuan saya.

*****  


          Pada saat saya menulis ni, saya berada di Harvard Hospital. Mama dan papa ada berbincang dengan para doktor untuk pembedahan jantung baru. Namun agak susah untuk mencari penderma sedangkan keadaan saya bertambah teruk sejak akhir- akhir ni. Namun alhamdulillah, hari ni saya bertambah sihat. Jadi bolehlah saya menulis surat ni. Saya sebenarnya berharap sangat yang awak tak kan dapat membaca surat ini kerana sekiranya surat ni dah sampai di tangan awak... maknanya saya dah tak de lagi, juga bermaksud saya sudah pergi. Jauh dari sini.
          Mya, walau sejauh mana saya pergi saya akan tetap menyayangi awak dan mendoakan awak. Kirimkan salam saya pada Jue, Rita dan Danish k. Persahabatan saya, awak dan mereka semua merupakan antara memori terakhir yang terindah yang akan saya kenang sampai akhir masa saya nanti. Saya berharap sangat yang kamu semua tak akan melupakan saya, walaupun saya dah tiada nanti… ye. Cakapkan juga pada mereka yang saya say sowwy. Wassalam.

Salam sayang,
Adam Shah
p/s: HACKS= HANYA AKU CINTA KAU SEORANG...

            Menitis air mata Mya melihat slip keputusan SPMnya. Dia berjaya mendapatkan apa yang diidamkan. 10 A1. Jue, Rita dan Danish juga. Namun apa yang dikesalkan Mya ialah, itu juga merupakan impian Adam. Siapa sangka, Adam meminatinya sejak lama dulu. Terkilan masing- masing bila mengetahui Adam menyembunyikan penyakitnya dari semua. Tak disangka jua pengirim misteri itu rupa- rupanya Adam. Masin juga mulut Jue.

            “Dah lah tu Mya, jangan nangis lagi. Kita balik dulu ya. Petang sikit kita pergi melawat kubur Adam.” Pujuk Jue menenangkan kawan baiknya.
            Hanya anggukan kecil menjadi balasan. Petang itu akan dikongsikan berita gembira dengan Adam. Arwah dikebumikan di Malaysia atas kehendak orang tuanya walaupun dia meninggal di Boston. Walaupun dia sudah tiada namum memori persahabatan mereka akan kekal buat selamanya. Itu bukan sahaja kejayaan mereka, namun kejayaan Adam juga.

            Mungkin memang benar atau sekadar kebetulan, rasa berangin gula- gula HACKS memang menyamankan dan mengasyikkan. Sesuai benar dengan kata HANYA AKU CINTA KAU SEORANG.

TAMAT
Sekian

p/s: Dah tamat dah.... Nntkan cerpen yang lain pula. Bubye...


x.o.x.o 
WAJIB LIKE :D

Sunday, September 25, 2011

H.A.C.K.S (Hanya Aku Cinta Kau Seorang) [5]

Salaam....

Cerpen ini merupakan cerpan saya yang telah diterbitkan dalam Majalah Remaja keluaran 1 Disember 2010. Saya menerbitkannya disini adalah unutk berkongsi dengan sahabat handai yang tidak berkesempatan membacanya. Diharap agar tiada siapa yang menerbitkan cerpen ini dimana-mana tanpa pengetahuan saya.

*****  
            “Hello...”
            “Jue...” Kedengaran suara Mya dihujung talian disulami tangisan kecil.
            “Mya... Mya ke tu..? Nape ni?” Panik Jue mendengar tangisan Mya.
            “Jue...Adam... Adam dah takde, Jue... Adam dah takde...”
            “WHAT...”

Kehadapan temanku Mya Maesya,
          Hai Mya. Awak apa khabar? Saya harap sangat- sangat yang awak sihat selalu. Saya tahu awak mesti marahkan saya sebab saya menghilangkan diri... kan. Saya bukan sengaja, saya ada sebab tersendiri. Sowwy...
          Mya, saya nak buat pengakuan ni. Saya harap awak tak marah. Sebenarnya, saya yang selama ini bagi awak gula- gula HACKS tu. Mesti awak dah dapat tangkapkan. Yelah, lepas saya tak datang sekolah awak dah tak dapat lagi gula- gula tu.
        Maafkan saya. Saya bukan sengaja dan saya takde niat untuk mempermainkan awak. Saya sebenarnya dah lama menyukai awak. Sejak dari saya mula masuk sekolah ni lagi sewaktu di tingkatan 3, tapi saya takut nak mendekati awak. Bila saya tahu yang kita akan jadi classmate tahun lepas, sewaktu di tingkatan 4, saya sangat- sangat gembira. Gembira sangat- sangat sampai jantung saya sakit. Ya, saya sakit jantung. Masa tu saya terlampau exited sampai jantung saya terhenti sekejap. Masa tu baru saya tahu yang saya menghidap penyakit jantung tahap kritikal. Saya tak boleh terlampau sedih, terlampau marah atau terlampau gembira, sebab semua tu boleh menyebabkan jantung saya berhenti. Penat tau jadi orang yang macam tak berperasaan.
          Mya, mama dan papa saya suruh saya berehat di rumah je selepas mengetahui tentang penyakit saya ini. Tapi saya tak mahu… Baru kali itu saya dapat peluang satu kelas dengan awak. Sekurang- kurangnya saya nak berkawan dengan awak. Saya nak meninggalkan kenangan manis pada awak sekiranya saya pergi dulu nanti. Maafkan saya sekiranya awak terasa. Saya sukakan awak. Tapi saya tak mahu memberikan apa- apa harapan pada awak kerana sayu tahu hayat saya tak lama lagi.
          Pada saat saya menulis ni, saya berada di ...

*****

Sekian

p/s: Di mana?... Heheheh.. Sambung esok laa. Tunggu tau.. ada 1 episod lagi.. heheheh

x.o.x.o 
WAJIB LIKE :D

H.A.C.K.S (Hanya Aku Cinta Kau Seorang) [4]

Salaam....

Cerpen ini merupakan cerpan saya yang telah diterbitkan dalam Majalah Remaja keluaran 1 Disember 2010. Saya menerbitkannya disini adalah unutk berkongsi dengan sahabat handai yang tidak berkesempatan membacanya. Diharap agar tiada siapa yang menerbitkan cerpen ini dimana-mana tanpa pengetahuan saya.

*****       
         Tiga bulan sudah berlalu. SPM hampir menjelang tiba. Bak kata Mat Salleh, just around the corner. Pelajar kelas Sains Tulen 1 kelas 5 Bestari sudah berusaha bersungguh-sungguh mengulangkaji pelajaran dengan bantuan para guru. Begitu juga dengan Mya, Jue, Rita dan Danish. Kehilangan Adam secara tiba- tiba itu agak memberikan kesan pada mereka, namun segala kenangan disimpan rapi demi menumpukan perhatian bagi melengkapkan diri bagi menghadapi peperiksaan yang paling penting takkala itu. Pun begitu prinsip yang selalu ditegaskan oleh Adam iaitu ‘study smart n right’ menjadi ikutan bagi mereka.

            “Yeay... merdeka...”
            Hari itu merupakan hari terakhir peperiksaan SPM bagi pelajar jurusan Sains Tulen. Ada lagi beberapa hari bagi subjek- subjek yang lain, namum itu hal pelajar jurusan lain. Bagi pelajar kelas Sains Tulen, hari- hari yang sungguh menyeksakan itu sudah berlalu. Memanglah belum dapat result lagi, tapi ada lagi tiga bulan sebelum keputusan dikeluarkan. Jadi apalah salahnya pada pemikiran mereka untuk bersukaria sebelum kecut perut semula untuk mengambil result SPM nanti.

               “Mya, ada surat untuk kamu.” Belum sempat Mya menukar baju sekolahnya, Ibu memaklumkan perihal sepucuk surat itu.
            ‘Siapa ya nak bagi aku surat. Nampak tebal. Setem nampaknya macam dari Boston. Pelik.’ Mya melihat isi kandungan sampul itu. ‘Gula- gula HACKS! Adam ke?’ Detik hati Mya. Bersama gula- gula itu disertakan sepucuk surat buat Mya. Tekaannya tepat, memang surat itu dari Adam. Namun riak mukanya berubah selepas beberapa ketika dan kemudianya dia menangis tersedu-sedu. Tangannya mencapai cordless phone di meja sisi lantas di dailnya nombor Jue.
            “Hello...”
            “Jue...” Kedengaran suara Mya dihujung talian disulami tangisan kecil.
            “Mya... Mya ke tu..? Nape ni?” Panik Jue mendengar tangisan Mya.
            “Jue...Adam... Adam dah takde, Jue... Adam dah takde...”
            “WHAT...”

*****

Sekian

p/s: Sambung esok laa. Tunggu tau.. ada 2 episod lagi.. heheheh

x.o.x.o
WAJIB LIKE :D