MY FRIENDS.. MERE DOSTE... CHINGU...

ENTIRELY ME!!

Monday, December 12, 2011

Mode Sepi: Tuhan Tolong Dengarkan Aku.

salaam...

Dah nak masuk jam 4 pagi. Aku masih belum tidur. Hati masih berbalut sayu. Terus terang aku kata, hidup aku agak sunyi. Banyak kawan dikeliling aku tapi tak semua yang faham geledak jiwa aku. Aku dah penat sendiri. Aku tak ada siapa untuk berkongsi rasa. Lain rasanya kalau kita bercerita dengan seorang teman, dengan bercerita dengan seorang ITU. 

Aku sering mengimpikan hadirnya seorang ITU dalam hidup aku. Seorang ITU yang boleh terima aku seadanya dan boleh menjaga aku. Sesungguhnya aku penat bersendiri. Penat sangat. Aku tak minta lebih. Kenapa permintaan hati yang semudah ITU sukar untuk orang macam aku. Aku mungkin tak secantik, sekurus dan sehampir sempurna orang lain. Huh. Aku penat, bila aku tanya orang mereka kata..

CUBA KAU KURUS SIKIT TENTU ORANG NAK

Huh. Tak bolehkah kalau orang tu terima aku seadanya. Andainya aku kurus pun semata- mata ITU, kalau aku gemuk balik tentu kena tinggal aku ni. Perlu ke?

Mungkin ada yang kata aku ni desperate sangat. Paling kurang pun akan kata yang tunggu jela, ada jodoh ada. Aku dah tunggu lebih 20 tahun sayang, untuk seorang ITU. Satu masa yang panjang. Nak2 pula dunia zaman ni aku boleh kata dari sepuluh lelaki 8 darinya dah PATAH, lagi satu tunggu masa. Yang satu tu pula belum tentu sahih kejantanannya... jadi camne?

Salahkah untuk seorang aku untuk mencari seorang ITU. Aku dah cukup lama hidup berdikari dan berdiri atas kaki sendiri. Sampai aku rasa kaki aku dah tak larat nak tampung semua. Sampai satu masa nanti bila aku hampir terjatuh, aku harap sangat seorang ITU boleh sambut dan papah aku semula.

Yang senang dapat seorang ITU dengan kelebihan korang mungkin tak pernah rasa perasaan seorang aku yang menanti dan mengharap sesuatu yang tak pasti. Kadang aku pelik, ramai yang aku lihat bila dah dapat seorang ITU, korang boleh pula gaduh2 dan lepaskan dia. Pastu cari lain. Korang mmg tak de perasaan bersalah kan. Tak pernah merasa perasaan seorang aku.

Aku tahu bukan aku seorang je yang berasa begini. Ramai lagi yang macam aku ni kat luar sana. Mengharap sesuatu yang tk pasti. Tapi sampai bila? Sampai bil untuk kita menanti? Mungkin kita kena mencari. Perasaan kita, hanya kita yang sebenarnya rasa. Bukan orang lain.


P/S: bukan sekadar lagu, tapi doa untukku dan dia.

Sekian

x.o.x.o
WAJIB LIKE :D

Friday, December 9, 2011

Mode Gumbira Tahap Dewa : : My Belated 21 B-day!

salaam...
Pada 5 Disember yang lepas... aku telah menyambut tarikh kelahiran aku yg ke 21. muahahhaha... Tua dah. Walaupun aku hanya akan officially 21 hanya untuk 25 hari je... tapi okey wat... tak lama lagi dah unofficially 22 lak... hailooo..

Tahun ni mcam agak hambar, tiada teman untuk keluar dan celebrate... Tapi ramai yang wish. Terimas sgt2.. aku siap buat video lagi untuk ucapkan terima kasih.. hehehe Tapi... ucapan dari yang ditunggu tak kunjung tiba... hailooo/. sedih.... biarlah.. bukan rezeki aku... Lagi pun masa tu tgh sibuk dengan final...

Kad dari Nisha, Anith dan Eeka

Aiskrim dari Abg Adieyka.. muhahahaha
Gembira dapat semua ni. Yang paling tak leh blah yang aiskrim tu. 1 bekas besar wo... aku makan ramai2 dengan kawan2. Kang kalau aku simpan bawak balik asrama cair pula.. heeheh Napalah xde peti ais kat asrama.. boleh aku balun sorng... weeeeee

p/s: Sem 3 selesai dengan jayanya.. ehheeh sem 4? coming soon

Sekian...

x.o.x.o

WAJIB LIKE :D

Mode Gediks : : I'M BACK FROM THE DEAD!

salaam...
muka lega dah menghabiskan
sem 3 dengan jayanya!
Lama sangat aku tak mencarut coretkan sesuatu di lama blog ni... aduh... bersawang dah blog aku. Yelah... masa mencemburui aku. masa aku banyak terluang dengan tugasan yang menimbun. Jika ada masa lapang pun, mood dan keinginan untuk menulis hampir tiada kerana penat otak ini merangka idea. Apa pun, sekarang di penghujung sem 3, masa mungkin banyak akan aku gunakan untuk menulis skrip dan manuskrip lain yang terangka sudah ideanya di minda aku ni.

Banyak cerita yang ingin dikongsi, banyak rasa yang ingin diluah, cuma mungkin masa dan meduimnya tidak sesuai... nantilah... andai ada kesempatan dan niat di hati. akan aku kembali menulis. 

Sekian

x.o.x.o
WAJIB LIKE :D

Saturday, November 12, 2011

Mode Blur : : Keroncong Sebuah Organ Dalaman.

salaam...

sweet...
Pernah tak benda ni jadi kat korang? heheh... Dalam SMS punyalah rancak... tapi bila berdepan..perkataan yang keluar...Hmm.. Ahhh... Betul tak?

Okey... apa aku ngarut ni? Aku bukan nak cerita pasal ni.. Kalau berdasarkan tajuk.. aku nak cerita mengenai keroncong yang boleh bermain dalam sesuatu organ dalam... Organ dalaman yang man? Cuba teka... organ dalaman yang mana yang aka menghasilkan muzik pada masa- masa tertentu... heheh

PERUT
Yah... sesungguhnya organ dalaman aku yang satu ni dah buat keroncong dah.. Sekejap lagi mmg bertukar menjadi orkestra aku rasa... bencilah... Kafe tak buka... Aku langsung tiada sumber makanan... Camne?

Sekian...

motif: aku lapar... ada sesiapa nak belanja Mekdi

x.o.x.o
WAJIB LIKE :D

Tuesday, November 8, 2011

Mode Buss-y : : Pagi- pagi Dah Buka Blog???

salaam...

Lama sungguh aku tak berblogging. Kekangan masa dan komitmen lain memerlukan aku untuk meninggalkan seketika dunia blog. Tapi aku masih menjengah ke Dashboard aku. Melihat dan membaca blog lain. Cuma aku terlalu penat kadangnya untuk menaip. 

Dunia seorang pelajar memang tak lepas dengan pelbagai aktiviti dan tugasan. Semakin hampir dengan peperiksaan akhir, semakin menimbun pula tugsan *tipu... tu tugasan yang kau tak siap dulu.. kan?*

Sebenarnya aku masih belum tidur. Menyiapkan tugasan. Siap juga akhirnya. Alhamdulillah. Bolehlah aku berehat seketika sebentar lagi sebelum menyambung tugasan yang lain pula.

Ada banyak cerita yang ingin aku kongsikan bersama semua... banyak sangat perkara yang berlakau sepanjang aku menghiatuskan blog.

Sekian...

x.o.x.o

WAJIB LIKE :D