MY FRIENDS.. MERE DOSTE... CHINGU...

ENTIRELY ME!!

Thursday, April 12, 2012

Muhasabah Diri : : Cuti dan Tragedi?

Salaam,

Semalam merupakan hari cuti khas tambahan bagi rakyat Malaysia. Tiada dalam kalender pun. Cuti sempena pertabalan Sultan terbaru Malaysia. Seperti yang kita semua sedia maklum Agong akan bertukar setiap 5 tahun sekali. Kalau tak silap aku :) Daulat Tuanku.

Satu perkara yang menggembirakan bagi pelajar seperti aku. Cuti di tengah2 waktu kelas. Heaven sgt! Semalam aku bergerak pulang ke BTS. Berjumpa dengan Angah. Aku perlu meminjam kameranya untuk satu hal. Kemudian membeli belah barang2 keperluan sebelum aku kembali ke Asrama ASWARA semula. Ah.. tak sempat pun menjengah rumahku itu. Terlampau sibuk dengan kerja. Jarang2 aku pulang.

Namun disebalik cuti gembira ini, satu hal yang menjadi tragedi. Kisah gempa bumi yang melanda semalam. Bagi yang merasakan gegaran, pasti perasan takut dan cuak serta cemas terbayang di balik hati. Alhamdulillah, semuanya selamat.

Harapnya, tia lagi bencana teruk yang bakal menimpa, lebih2 lagi Acheh. Belum pulih pun sepenuhnya dari tragedi lalu, janganlah dijatuhkan semula. Amin.

p.s: dalam gembira, jgn lupa yang berduka.

Sekian.

x.o.x.o
WAJIB LIKE :D

Wednesday, April 11, 2012

Mode Enjoy-y : : Pementasan Dekam: De Facto

Salaam...


Naskah pementasan ini merupakan hasil olah dari saya dengan menggunakan karya asal oleh Dudok. Pementasan ini dibawakan oleh Darah Anak Seni Production yang rata2nya pelajar ASWARA. Bertempat di Stor Teater, Dewan Bahasa dan Pustaka, pementasan ini menjanjikan suatu kelainan pada penonton. Akan mula di pentaskan pada 13 April hingga 15 April 2012, anda boleh mendapatkan tiket dengan harga RM 5 sahaja (tempahan dan walk- in).

Pengarahnya, Shahmizan Idris, merupakan seorang pelajar cemelang dalam Fakulti Teater. Kebolehannya mengarahkan sebuah pementasan tidak dapat dinafikan lagi apabila beliau telah beberapa kali dipanggil untuk mengarahkan beberapa buah teater di IPT sekitar Malaysia. Beliau juga telah terpilih menjadi Pembantu Pengarah bagi pementasan Bangsawan Seri Teri Buana yang bakal dipentaskan akhir bulan Mei, 2012.

Para pelakon yang bakal menyajikan anda dengan penglaman baru dalam pementasan ini juga merupakan pelajar- pelajar dari Fakulti Teater, ASWARA. Berpengalaman dalam berbagai pementasan dari Teater Moden hingga Teater Kanak2, para pelakon ini sangat berdedikasi untuk menjayakan pementasan ini.

Dekam: De Facto, kisah sebuah keluarga yang mencari bahagia, walau ada yang teraniya. Saksikanlah!

p.s: Bagi kengkawan blog yang duduk di area KL, sudi- sudikanlah datang memberi sokongan pada kami. Harapnya anda semua akan terhibur.

Sekian.

x.o.x.o

WAJIB LIKE :D

Tuesday, April 10, 2012

Mode Rezeki : : Borong BUKU!

Salaam...

Pelajar IPT seMalaysia telah diHADIAHkan dengan baucar buku bernilai RM200. Banyak tu. Bukan main- main. Namun ada sesetengah tempat mendapat baucar itu agak lambat. ASWARA tak terkecuali. Tarikh tama tempoh asal ialah pada 31 Mac, 2012 yang lalu. Kami pelajar ASWARA dapat dua minggu sebelum tarikh tersebut. Apalagi, hujung minggu berbondong- bondong ke kedai buku di sekitar Kuala Lumpur.

Bagi pelajar Akademi Kesenian seperti kami, buku- buku agak mahal. lebih- lebih lagi kalau yang bukan keluaran Malaysia. RM 200 tu lepas satu @ dua buku je. Tapi okeylah dari tak de. Aku? Hehehe.. masih berbaki RM 50 lagi.. nak tengok koleksi pembelian aku?

Antar penulis kegemaran aku untuk fiksi Inggeris.

Ini tak guna baucar tu. Ni guna Baucar RM 5 MPH
 Kalau kita pergi berbondong ke MPH, pembelia dgn BAUCER berjumlah RM 100 akan dapat lagi BAUCAR RM 5. Kebetulan aku habiskan tepat2 RM 100 kat situ, jadi dapat lagi Baucar terus guna. Ada lagi yang aku beli kat MPH yg xdigambarkan. Antaranya:
  • Terjemahan Al- Quran
  • Buku Ulangkaji Muet
  • Buku Sudoku

DUNIA ADALAH SEBUAH APARTMEN
Karya Sasterawan Negara k9
Merangkap Dekan Fakulti aku.

PERANG dan SESUDAH SUBUH
Pun Karya dari Sasterawan Negara yang sama.
Nanti nak minta t/ tangan.. :)

SEKETUL HATI SEORANG PEMIMPIN
Karya Shahnon Ahmad
Juga salah seorang Sasterawan Negara.
Ini diborong dari Kedai Buku DBP. Aku habiskan RM 50. Semua yang aku kaut ini ialah kumpulan cerpen dari SN terkenal Malaysia. Aku juga ada membeli Tunas Cipta. Oh, karya seorang teman ada dalam tu. Bangga. Tahniah ya Muhd. Noraizie!

Jadi...
MASIH ADA LAGI RM 50!
Nasib baik tempoh pengunaan BAUCAR telah dilanjutkan hingga akhir bulan April. Mungkin masih sempat untuk aku gunakan semasa pesta buku nanti. Heheh..

Oh.. sebut mengenai pesta buku, banyak aku lihat kedai buku membuat penjualan penghabisan stok sebulan sebelum pesta buku. Kenapa ya? Harga yang ditawarkan SANGAT rendah. Serendah RM 1. Jadi... ada duah buah hasil bondongan buku yang dibeli tunai...

NAKED W/OUT HAT
Harga sebenar aku tak berapa pasti.
Bargain : RM 5!

THE RIDDLES OF THE EPSILON
Harga asal: RM 66.90
Bargain: RM 5!
Kedua- dua buku ni aku beli di suatu pesta buku kedai POPULAR di IPC. Ingatkan buku yang biasa sahaja isinya hingga di turunkan begitu rendah harganya. (Lihat EPSILON) Tapi sekali baca, pergh.. tak lepas pegang. Sangat- sangat bagus. menyesal tak borong lagi banyak buku yang begitu. Hanya RM 5 sahaja. Malangnya pestu buku tu dah tamat. Tiada peluang.

Pesta Buku Antarabangsa 2012 bakal berlangsung pada penghujung bulan April hingga awal Mei 2012 di PWTC. Harapnya tak terlalu sesak.. (nota: kena pergi time sekolah :p ) 

nota: buku yang aku beli tahun lepas, baru khatam dua bulan yang lalu! Terlalu sibuk!

Sekian

x.o.x.o

WAJIB LIKE :D

Mode Gumbira Tahap Dewa : : TERLERAI ILHAM

Salaam,

Sepanjang semester 4 ini aku banyak diminta untuk menghasilkan beberapa buah naskah. Kecil- kecilan, lebih banyak kepada drama pentas. Ah... sesat barangkali. Pengkhususan layar, namun luahan ilham lebih termaktub pada drama pentas dan cerpen. Terus, sem ini sem aku memerah otak mengorek semula idea untuk direalitikan. 

Antara dua naskah tulisan ku yang teleh selesai dipentaskan ialah TIMELESS dan SALAHKAH GADIS? Keduanya di pentaskan di ASWARA, lebih menarik lagi di pentas environment. Unik. Malang sekali aku tiada kamera untuk menyimpan kenangan itu.

Sebuah lagi naskah olahan ku bakal dipentaskan di Stor DBP. Sebuah tempat bermulanya penggiat teater untuk menjulang naikkan nama. Aku bangga kerana dipilih untuk mengolah semula karya tersebut. Usai selesai segalanya akan ku beritakan di sini.

Sekian

x.o.x.o

WAJIB LIKE :D

ALIVE...

Salaam...

Dah terlalu lama aku biarkan blog aku ni tak disisi dengan entri baru. Dari tahun lepas. Maaf, semuanya atas faktor MALAS dan kekangan MASA. Aku makin merindui ruang tempat aku meluahkan segala rasa dan pemikiran aku. Akhirnya pada waktu ini aku mengambil keputusan untuk kembali AKTIF. Biar apa yang berlaku akan aku isi sekurang2nya satu entri sehari. Harapnyalah...

Mengambil INSPIRASI dari BIG BANG- ALIVE

Sekian

x.o.x.o


_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.meWAJIB LIKE :D