MY FRIENDS.. MERE DOSTE... CHINGU...

ENTIRELY ME!!

Tuesday, May 31, 2011

Rainy (?) Tuesday: Going Home

salaam..

Hari Selasa selalu sangat post yang sedih2. Tu pasal nama dia Rainy Tuesday... hari ni officially last day kat asrama ASWARA sem ini.. Angah akan sampai lagu beberapa minit lagi... untuk membawa aku pergi.. Kiraanya pukul 11 tapi dia sibuk.. ada meeting...

Sekian...

x.o.x.o

p/s: masih terlalu mengantuk untuk mengarang...
WAJIB LIKE :D

Monday, May 30, 2011

After EXAM Story: Epilogue

salaam...


Hari ni berakhirlah secara rasminya exam praktikal aku. Aku dah bagi all out... rasanya okey kot... Dah lepas exam tu ada makan2... best... trimas kepada Datin Marlia Musa... Heheeh aku tak penah bgtau lagi kan yang dia itu lect aku.. hehehe. 

Datin Marlia ada tany aku tadi, aku mmg minat kelas acting ke? Aku iyekan aje.. aku tak tahu nak cakap apaa.... Sebenarnya.. mmg minat pun.. ta;i bukan tu je sebabnya aku amik kelas lakonan sebagai elaktif... Sebenarnya aku nak cabar diri aku... nak cabar kebolehan aku.. tapi kang kalau aku cakap macam tu dia kata pa lak nanti.. heheeh 

Lepas exam... kan au kata ada makan2.. huiiiih.. heaven kot... ada mihun sup w/ all the trimming, makaroni goreng, sandwich, popia gorang kuih muih... koktail.. best dooo.. koyang den niha... kalau tak kona malu.. den bungkuih bawak balik jo... heheheh

Sekiannn

x.o.x.o

p/s: Aku akan merindui kelas lakonan Datin Marlia...

WAJIB LIKE :D

Monday Un-Blues: Exam Mood (Nebress)

salaam...

Beberapa ketika nanti aku akan menghadapi exam terakhir aku untuk sem ini. Harap aku boleh lalui dengan jayanya. Entah.. berdebar rasanya... Skrip aku dah hafal sebaik mungkin... Lagu tengah aku nyanyikan sekarang ini. 

Doakan aku berjaya....

Sekian

p/s: sangat nebress lah bengonggggggg
WAJIB LIKE :D

Penangan:: RAIN - HIP SONG & LOVE SONG

salaam...

Lagu ni memang dah agak lama... last year rasanya, tapi aku baru jumpa last week... entah napa.. lagu ni sebenarnya agak biasa... Tapi aku memang tertarik... harini je aku dah ulang lagu ni hampir 6 kali.. budak sebilk yang tinggal dengan au ni dah naek pening dah dengar... Enjoy dudee


Handsome gile Rain dalam klip ni... ni yang tergila- gilakan sangat ni.. haduiii..


Ini lagi mengancam.. tang yang buka baju tu... huiiii.... Tengok dan drooling sendiri ye...

Bubye..

x.o.x.o

p/s: Sila like kalau anda meleleh ayaq liuq tengok video ni..


WAJIB LIKE :D

Post- Sunday Tit-Bits: The Best Day

salaaam...


Maaf... patutnya ditulis semalam... atau sebelum 3jam yang lepas... tapi kesusahdapatan talian internet di asrama menidakmungkinkan aku untuk menulis diruang Ahad. Tak pe... tulis juga.. Ada cerita yang ingin disampaikan..

Aku kembali semula ke asrama ini selepas menghantar hampir kesemua barangan aku ke rumah. Masih belum sempat kemas kerana akak yang juga menyewa bilik itu tidak keluar lagi.. Tak sabar rasanya untuk mengemas bilik sendiri. Pagi Isnin ini aku akan berdepan dengan exam terakhir aku untuk sem 2 ini. Exam Lakonan. Cuak rasanya aku.. ini rasanya membuat sesuatu yang diluar kebiasaan norma diri.. Saja... aku memang suka mencabar diri..

Aku bergerak ke asrama hampir tengah hari. Aku membeli ais- krim dari penjual ais- krim bermotor. Sudah lama aku tak makan ais-krim sebegitu. RM1 sahaja... nikmat... Kemudian aku bergerak ke KTM dengan teksi. malas menunggu bas. Aku mahu cepat, denga harapan dapat berjumpa dia. Tapi sayang.. aku terlambat.. Jam 1.30, dia mungkin sudah berlepas. Berat hatiku untuk pulang tanpa berjumpa dia.. tak pe... dia bukan milik aku.

Pulang ke asrama, selepas membeli barangan untuk BbB aku. Lebur lagi perbelanjaan aku.. Tak pe... ada rezeki aku nanti. Aku pulang berehat, mengemas bilik selepas dua sahabatku pulang ke rumah. Ummi dan Yin. Selamat tinggal teman.. Jumpa lagi sem depan. Berehat lagi... sebelum mandi dan bergerak ke PeTA Tari.

Jam menghampiri 8.30, ET penuh dengan keluarga pelajar PeTA Tari. Aku cuma duduk ditangga, sahabat lain semua di kerusi.. Natijah aku datang lewat... tak mengapa.. Tiba- tiba DIA ada disitu.. ditangga... tak sia- sia aku datang menonton... Jam 11 baru habis persembahan.. tapi aku sangat terhibur.. aku menanti pelajar ijazah nanti... DIA juga membuat persembahan... menolong tahun 3... Aku gembira...

Selepas habis aku dan rakan2 mengucapkan tahniah pada pelajar yang telah berjaya menghadapi PeTA. Persembahan mereka sangat enjoy... sambil2 itu mata aku mencari dia... tiba2... N***A kata... itu dia... aku menoleh dan hampir pengsan bile melihat dia... Gile... itu je yang boleh kata... hehehe 

Aku kemudian bergerak ke tebing... makan... ada dia juga... hampir gile aku untuk tidak memandang DIA... tak pelah... dalam diam sahaja...

Sekian

Bubye...

x.o.x.o

p/s: Kata N***A, aku tak suka lelaki handsome, aku terpikat pada lelaki yag ada aura... Iyeke???

WAJIB LIKE :D