MY FRIENDS.. MERE DOSTE... CHINGU...

ENTIRELY ME!!

Saturday, September 24, 2011

H.A.C.K.S (Hanya Aku Cinta Kau Seorang) [3]

Salaam....

Cerpen ini merupakan cerpan saya yang telah diterbitkan dalam Majalah Remaja keluaran 1 Disember 2010. Saya menerbitkannya disini adalah unutk berkongsi dengan sahabat handai yang tidak berkesempatan membacanya. Diharap agar tiada siapa yang menerbitkan cerpen ini dimana-mana tanpa pengetahuan saya.

*****

“Ada tak?”
            Mya menggelengkan kepala. “Takde lah, Jue. Hari ni dah masuk hari ketiga dah.”
            “Hey, selalu marah- marah. Ni baru tiga hari orang tu tak bagi HACKS, kau dah rindu ke?” Giat Jue.
            “Ah... putus fius la kau. Bukannya apa. Nak dekat 4 bulan, hari- hari aku dapat. Macam- macam perisa dia bagi kat aku. Alih- alih, dia stop cam tu je.” Mya bersuara kesal. “Habis stok kot.” Mya menggumam sendiri.
            “Apa yang habis?”
            “Stok HACKS dia lah.” Jelas Mya. “Tak pun, kilang dia bankrupt.”
            “Sah kau ni dah putus fius. Shengal...”
            Buat kesekian kalinya pecah tawa mereka. Ada yang tersenyum, ade juga yang geleng kepala melihat telatah dua sahabat ini. Sembang- sembang kosong mereka sering diselangi tawa bagi mengisi masa sebelum sampai ke sekolah atau takkala pulang ke rumah.

            “Mya... aku tak tahu lah kalau kau perasan ke tak... tapi kan, Adam pun dah tak datang selama 3 hari kan?”
            “Ha’ah, Danish kata dia MC. Demam kot. Apasal?”
            “Aku syaklah, yang jadi pengirim misteri yang selalu hantar HACKS tu… Adam lah.”
            Mya terdiam. Langkahnya terhenti tiba- tiba dan lantas memegang tangan Jue untuk menghentikannya jua.
            “Nape?” Jue buat muka pelik.
            “Ape kau cakap tadi. Ulang balik.”
            “Aku cakap… aku rasa Adam yang bagi HACKS tu kat kau.”
            “Apsal pulak? Motif kau cakap camtu?”
            “Cuba kau fikir...” Jue membuka langkah sambil menarik Mya bergerak semula. “Dia tak datang sekolah tiga hari. Kau pulak tak dapat gula- gula tu pun dah tiga hari juga. So...”
            “So what...”
            “Mya... the calculation is there. So... you can do the math.”
            “Takde maknanya dia nak buat camtu.” Balas Mya selepas beberapa ketika. Otaknya berkali- kali menolak kemungkinan itu. ‘Apahal lak Adam nak bagi kat aku senyap- senyap. Bagi je lah depan- depan.’ Itulah juga yang dikatakan pada Jue.
            “Kau ingat tak yang aku pernah bagi tau kau yang HACKS ni ada maksud kalau somebody bagi kat somebody else?” Tanya Jue, namun sebelum sempat Mya menjawab, “Macam mana kalau maksud dia memang cam tu. Tentulah Adam malu nak bagi kat kau depan- depan. Betul tak?”
            “Maksud kau?...” Mya menggantung kata. “Ah... tak mungkin lah.”
Namun dalam pada itu otak Mya ligat menghitung fakta. ‘Betulkah Adam yang bagi.’

            “Mya...Mya... MYA... kau melamun pe?” jerkah Jue mengejutkan Mya dari alam perdebatannya. Pelik juga melihatkan Mya terdiam seribu bahasa. “Kau okey tak ni?”
            “Okey je... takde benda lah.” Mya menamatkan bicara.

            Mya masih terbaring di atas katilnya, terkebil- kebil memandang shiling mengira cicak. Sedari tadi dia di situ sejak balik dari sekolah takkala matahari menegak di atas kepala sehinggalah matahari mula bertukar warna. Hari itu sudah 2 minggu dia tidak menerima sebarang gula- gula HACKS. Hari itu jugalah genap 2 minggu Adam tidak menghadirkan diri ke sekolah. Terbayang di kepalanya perbualannya dan Jue dulu. Adakah mungkin Adam merupakan pengirim misteri itu yang selalu mengirimkan gula- gula itu? Adakah mungkin juga, Adam menghantarkan maksud yang tersembunyi bak kata Jue? Argh... serabut sungguh Mya ni. 
­­­­­­­­­­­­­­­
            “Aku tak sangka yang Adam tu dah pindah sekolah. Dia tak de story kat kita pun.”
Hari itu genap 2 bulan Adam menghilangkan diri. Tup- tup dapat berita yang dia dah pindah sekolah. Itu pun baru diberitahu oleh pengetua semasa perhimpunan rasmi sekolah siang tadi. Yelah, Ketua Pelajar dah berhenti sekolah mestilah kena cari pengganti. Study group di rumah Jue petang itu tak menjadi dek membincangkan hal Adam itu.
            “Adam takde story kat kau ke, Danish?” Soal Rita.
            “Takde. Aku ada gak pergi rumah dia, tapi satu family hilang. Yang tinggal Bibik je.”
            “Kau tak tanya kat Bibik dia tu? Mana diorang pergi?” Mya pula bertanya.
            “Ada, dia cakap camni..” Danish berdehem. “Tuan bawa keluarga ke seberang. Semua sekali mengikut. Tuan Adam juga. Yang tinggal Bibik aja. Disuruh sama tuan untuk jagain rumah.” Macam tu ah..”
            Pecah jua tawa mereka mendengarkan dialek Indon yang dibuat Danish.
            “Agak-agak papa Adam nak bawa dia gi belajar kat luar negara tak?” secara tiba- tiba Jue memberikan pandangan.
            Secara tiba- tiba senyap seketika semuanya. Masing-masing menggaru kepala memikirkan kemungkinan itu.
            “Mungkin jugak, tapi...” Danish memecah kesunyian. “Nape tak tunggu sampai habis SPM. Lagi 3 bulan je lagi...kan.” 
*****

Sekian

p/s: Sambung esok laa

x.o.x.o
WAJIB LIKE :D

Friday, September 23, 2011

Mode Buss-y : : Gila-Frust-Gila-Nervous-Tenang-Selesai

Salaam...

Adapun tajuk entri post kali ini agak monotone. Sebenarnya ia melambangkan perasaan aku sepanjang hari ini dari pagi hingga ke petang. Hari Khamis, memang hari yang memenatkan... Ditambahkan dengan dua hari yang penat membuat assg, sehingga internet pun tak terbuka. Senarai perkara yang aku buat hari Khamis ya...

  1. Kelas 9 pagi *hujan yang lebat, dengan air-cond dewan kuliah yang menggila, gila sejuk... woo*
  2. Interview dgn Kidszania *Gila la... kena berlakon, menyanyi... berbaloi juga kelas Pn Marlia tu*
  3. Training suara *adanya... exam penulisan lirik, aku nyanyi sendiri tau, dgn Ijie... Dah penyanyi aku lari...*
  4. Kelas 2 ptg *Masuk lagu ngan lirik.. muahahah aku berduet ngan En. Siso Kopratasa.. kau hada?*
  5. Kelas Bangsawan... *Gumbira bersilat, dah lama mak cik tak taekwondo ni.. silat pun jadi*
  6. Training sebelum exam jam 8...*Gilaaa*
  7. Exam Lirik *menggigil aku, dah la abg tu masuk lagu salah... sengal*
Begitula jadual perjalanannya... Baru bangun tidur ni.. ahhahaha on9 terus...

Sekian...

x.o.x.o

WAJIB LIKE :D

Thursday, September 22, 2011

H.A.C.K.S (Hanya Aku Cinta Kau Seorang) [2]

Salaam....

Cerpen ini merupakan cerpan saya yang telah diterbitkan dalam Majalah Remaja keluaran 1 Disember 2010. Saya menerbitkannya disini adalah unutk berkongsi dengan sahabat handai yang tidak berkesempatan membacanya. Diharap agar tiada siapa yang menerbitkan cerpen ini dimana-mana tanpa pengetahuan saya.

*****

“Ibu, petang ni Mya nak pergi rumah Jue. Ada study group.” Laung Mya dari atas.
            “Iyalah, tapi makan dulu tau. Ibu dah siap masak ni.”
            Masakan Ibu pada hari itu sangat menyelerakan. Ikan merah masak sweet sour, ketam masak sup telur, sayur campur goreng dan agar- agar batik sebagai pencuci mulut.
            “Ibu... kalau hari- hari ibu masak macam ni kan best.” Manja suaranya membodek ibunya.
            “Jangan nak mengada kamu. Hari ni bolehlah ibu masak macam ni pasal ibu cuti. Kamu pun tahu kan.”
            Mya hanya tersengih lebar. Ya, dia tahu apa yang dimintanya agak mustahil. Melainkan kalau ibunya berhenti kerja dan jadi suri rumah sepenuh masa. Namun itu tak mungkin. Selepas kematian ayahnya 15 tahun yang lepas hanya ibulah yang menanggung keluarga mereka. Profession ibunya sebagai seorang pakar sakit puan di Hospital Pakar Ampang memang sangat sibuk. Sentiasa on-call. Silap- silap haribulan, waktu cuti pun akan dipanggil bertugas kiranya ada kecemasan.

            “MYA MAESYA... Apa aje lah yang kamu anggankan tuh. Dah, kamu tu jangan nak berangan lagi. Ibu dah habis dah ni. Dah habis basuh pinggan dah pun. Haish, apa nak jadilah anak dara ibu yang sorang ni. Kemas meja tu.” Bebel Ibu sambil berlalu ke ruangan tamu. Mya hanya tersipu malu kerana anggannya itu disedari Ibu. Laju dia mengangkat pinggan ke sinki dan mula mengemas.

            “Assalammualaikum, Mya, Jue”
            “Waalaikummussalam.” Balas Mya dan Jue serentak.
            “Maaflah, aku terlambat.”
            “Takpe lah, Adam. Kami tahu kamu baru balik dari solat Jumaat kan.” Jue membuka kata.
            Belum sempat Adam melabuhkan punggung di kerusi rehat, Jue bertanya, “Eh, mana Danish?”
            “Ha’ah la. Mana Danish? Bukan ke dia penumpang setia scooter kau?” Mya berlucuan.
            “Danish tak dapat datang hari ni. Mama dia keluar shopping jadi dia kena jaga Daniel. Lagipun ayah dia kan outstation minggu ni.”
            “Alah, bawak aje lah adik dia tu. Boleh main ngan Daniel.” Terdengaran suara dari dalam rumah.
            “Eh, awak dah sampai Rita? Tak nampak pun tadi.” Tanya Adam kehairanan.
            “Saya dah lama dah sampai. Pergi toilet tadi. Awak kata tadi Danish kena jaga Daniel ya. Nape tak suruh dia bawa je adik dia tu.” Ulang Rita.
            “Tak payah. Kamu tu Rita kalau jumpa budak- budak suka sangat. Kang study group tak jadi asyik melayan si Daniel aje.” Sampuk Jue.
            Rita hanya tersengih kecil. “Alah… macamlah ko tak kenal aku, kan”?
            “Ha’ah. Tau lah kamu tu memang mesra alam sangat kalau ngan budak- budak kecik.  Dah lah tu, kita mulakan tanpa Danish. Hari ni kita buat revision Add. Math.” Tegas Mya membuka bukunya. Sengih kecil terbit dari bibir masing- masing mengakuri arahan Mya.

          Sememangnya mereka ini merupakan antara pelajar yang terbaik di sekolah SMK Bandar Tasek Utara. 5 sahabat ini mula menubuhkan study group pada awal tahun lepas, selepas mereka ditempatkan sekelas dalam jurusan Sains Tulen. Keserasian peribadi mereka dan keterbukaan minda masing- masing yang sememangnya open minded telah membuatkan mereka ini kekal berkawan selama dua tahun. Mereka ini juga lebih dikenali dengan gelaran ‘Five Bestarianz’, kerana nama kelas mereka ialah 5 Bestari.
*****

Sekian

p/s: Sambung esok laa

x.o.x.o
WAJIB LIKE :D

Wednesday, September 21, 2011

H.A.C.K.S (Hanya Aku Cinta Kau Seorang) [1]

Salaam....

Cerpen ini merupakan cerpan saya yang telah diterbitkan dalam Majalah Remaja keluaran 1 Disember 2010. Saya menerbitkannya disini adalah unutk berkongsi dengan sahabat handai yang tidak berkesempatan membacanya. Diharap agar tiada siapa yang menerbitkan cerpen ini dimana-mana tanpa pengetahuan saya.

*****
‘SATU, dua, tiga, empat, lima, enam, tujuh, lapan, sembilan, sepuluh. Hari ni pun sepuluh biji gak. Sape yang rajin sangat bagi gula- gula ni kat aku. Macam- macam perisa lak tu. Aku pun tak tau yang HACKS nih ade banyak perasa. Gila rajin… sapelah yang bermurah hati sangat tahap dewa yang sanggup beli menatang nih untuk aku. Haishh… pelik…’

            “Beb, aku dapat lagi benda ni.” Mya mengunjukkan gula- gula HACKS di genggaman tangannya kepada Jue.
            “Ni dah tiga minggu berturut- turut, hari- hari pulak tu. Tak masuk Sabtu ngan Ahad je. Kau takde clue lagi ke siapa yang bagi benda alah ni kat kau?”
            Mya hanya mendengus mendengar soalan Jue. “Kalau aku tau, takdenya aku nak menggagau nak tahu.”
            “Ko tak perasan ke sape-sape yang bagi? Selalu ko perasan benda ni bawah meja ko lepas rehat kan. Ni mesti dia bagi masa kita pergi rehat... kan.” Jue membuat andaiannya sendiri.
            “Ntah... Tak perasan pulak aku. Macam yang ko cakaplah. Dia mesti letak waktu kita pergi break. Masa bila pulak aku nak perasan.”
            “Rajinnya dia... kalau nak ikutkan dah banyak dia belanja buat beli gula- gula ni untuk kau. Sepuluh biji sehari, lima hari seminggu. Kalau ikut harga standard kat kedai seposen dua bijik so...” Jue mengira dalam kepala. “Adalah dalam tujuh lapan ringgit.”
            Mya hanya menganggukkan kepala mengiakan saja kata Jue. Belum sempat dia membuka mulut, Jue bertanya lagi.
            “Ko agak budak kelas kita ke yang bagi? Tak pun budak kelas lain? Yelah dia bagi pun waktu break. Nak nya dia masuk kelas kita masa tu.”
            “Ntah... Gile ah... aku rasa kan, siapa yang bagi aku menatang nih mesti anak tauke kedai runcit. Tak pun… anak tuan punya kilang HACKS ni.” Mya berlucuan. Terburai gelak tawa mereka.
            “Kau ni dah putus fius la Mya. Gila... Tang tauke kedai runcit tuh aku percaya mmungkin ada kat sekolah kita, tapi tang kilang Hacks tuh... ada ke budaknya nak sekolah kat sekolah kita?” Masih ada sisa tawa dihujung bicara Jue itu.
            “Logik what…” Sengih Mya.
            “Eh Mya,” Jue membuka kata. “Aku pernah dengar... yang gula- gula HACKS ni ada maksud yang tersendiri. Lebih- lebih lagi kalau somebody bagi kat somebody else.”
            “Maksud?”
            “Ha’ah… Dia kata kan... yang aku dengar la, bukan aku reka tau. Dia kata, maksudnya...” Jue sengaja memanjang kata.
            “Kau ni saja je nak bagi aku suspen kan. Cakap je lah cepat.” Sergah Mya.
            “HANYA AKU CINTA KAU SEORANG.”          
            Tiba- tiba keadaan menjadi sepi. Bak kata orang- orang tua, sunyi setagal. Dalam masa kurang dari 10 saat, dua sahabat ini ketawa bagai tak ingat dunia.
            “Gila ah kau ni, Jue. Bagus tol. Mana kau kidnap ni?”
            “Ntah. Aku baca dari Remaja kot. Aku pun tak ingat dah.” Jelasnya dengan tawa yang masih bersisa.
            “Aku rasa mesti penulis artikel tu dah putus fius ni. Gilos.”
*****

Sekian

p/s: Sambung esok laa

x.o.x.o
WAJIB LIKE :D

Mode Buss-y: Masih Kekal Bernyawa...

salaam..

rehat sebentar


Ini quick entri. Heheh.. Masih bertimbun dengan tugasan. Namun sempat berblog. Agar tak bersawang. Jiwa kosong, otak tepu, hati sakit. Namun akal masih tetap berpusing... 

Oh.. ada permintaan dari seseorang.. tunggu jap ye dik..

Sekian

p/s; Entri sepatutnya terbit 3 jam yang lalu, namun ada masalah internet...

x.o.x.o
WAJIB LIKE :D