MY FRIENDS.. MERE DOSTE... CHINGU...

ENTIRELY ME!!

Saturday, April 28, 2012

My Two Cents : : BERSIH? Benarkah? @ Tercalit Juga Lumpurnya?

Salaam...

Malam 28 April, 2012... malam yang hangat apatah lagi bagi penduduk Kuala Lumpur. Lebih2 lagi untuk manusia yang tinggal berdekatan dengan kawasan berdekatan tempat kejadian... Mana? Di sini...


Tenang je tempat ni... Selalunya kalau malam minggu ramailah yang dok jalan2 kat sini, bawa family.. Tapi malam minggu ni macam agak tercemar... Sebegini...


Mengikuat laporan para sahabat yang membuat liputan disana, seawal sebelas malam dah penuh... w/pun perhimpunan tu dikatakan mula jam 2 petang nnt. Kenapa ya? kenapa awal sgt nak dtg berkumpul? Nka berkhemah bagai? 

Maaflah kalau ada yang marah dengan pertanyaan aku ni. Namun terus terang, aku tak faham apa perlunya mereka semua ini berhimpun seawal ini sedang waktu yang ditetapkan ialah jam 2 petang. Bukannya mendatangkan apa faedah aku rasa. Kenapa... mereka ni rasa mereka nak suara mereka didengar? Dengan betapa ramai pemberita yang membuat laporan?

Tahu tak mereka ni yang ratanya pembuat liputan itu ialah pemberita luar negara yang rata- ratanya meramaikan apakah lagi musibah @ lebih tepat lagi rusuhan berdarah yang bakal berlaku esok? Suara yang korang nak laungkan sangat tu mungkin tak diendahkan langsung, sebab mereka mencari cerita sensasi yang lebih panas untuk memburukkan Malaysia.

Aku kagum dengan tampuk pemerintahan yang dahulu. Dengar ja nak buat perhimpunan aka rusuhan, terus tahan ISA. Kenapa? Korang kata tak adil? Adilkah pula bagi mereka yang secara tak sengaja menjadi mangsa? Mereka2 yang rugi? Mereka2 yang disusahkan?

Aku tak da kaitan dengan mana2 bahagian politik. Malah aku menghormati pendirian politik orang lain. Sebab itu pun yang diajar dalam Perlembagaan Malaysia... Mcm juga, beauty lies in the eyes of the beholder. Gitu la... namun aku sgt tak suka bila semua ni menyusahkan orang lain.

Aku tahu ada benar2 buat benda ni betul... Tapi jangan nafikan ada pihak yang ambil kesempatan dalam kesempitan... kata nak duduk. Duduk sahajalah... kotakan janji anda untuk DUDUK... ini sampai merebak ke jalan besar... menyusahkan kenderaan lain, menakutkan pejalan kaki TERUTAMANYA pelancong luar, Tak ke jahanam namanya tu. KOTAKAN JANJI ANDA... baru org tak kan PERTIKAIKAN apa2. Ini tidak... kadang2 tu.. ada yang dibeli @ dibayar utnuk baut benda2 ni..

Mengikut laporan lagi... ada dikenalpasti golongan2 mat pet n mat pot berkeliaran... Jagalah diri masing2... kalau betul2 nak buktikan sesuatu, buat dengan cara yang betul2... bahaya tau.. lebih2 lagi kalau yang terlibat tu pelajar.. Bukan sekarang dah hampir nak masuk exam ke? Kenapa perlunya ikut benda2 sebegini.

Memang.. ramai yang kata lebih baik disini dari di dangdut @ kelab2 malam. Kenapa tak sebegini untuk MAJLIS2 AMAL, MAJLIS KEBAJIKAN, MAJLIS2 CERAMAH MOTIVASI @ AGAMA... Bukankah lebih baik semua tu?

Maaflah... cuma aku sedih dengan anak2 muda yang kadang2 terikut- iktu je dan tak tahu apa sebenarnya yang berlaku... Yang betul2 tu... buatlah... sehabis usaha mungkin. Tapi yang sekadar mengendeng, menempek tak tentu pasal, Balik je la...

Sekian.

p.s: Aku bukan sempurna, malah tiada siapa yang sempurna. Namun aku tidak akan menambahkan lagi ketidaksempurnaan aku begini. -N.A-

x.o.x.o

WAJIB LIKE :D

Saturday, April 21, 2012

Mode Buss-y : : Eksperimentalis @ Realism?

Salam...


Huish... Semakin menghampiri exam, semakin menimbun tugasan. Salah sendiri.. heheheh. Namun bukan itu yang nak di bicarakan. Berdasarkan tajuk... apa yang tertancap diminda korang?

Aku sebenarnya sedang berbicara tentang hala tuju karya tulisan aku **echeeeh** Aku kini lebih banyak @ enjoy menulis menaip karya2 yang agak eksperimental. Bukannya apa. Aku rasa macam aku tak perlu nak define kan apa- apa yang buat dalam karya tu. Tapi realism pun best juga. Aku menguahkan rasa dengan cara yang beralas.

Hua... selalunya tugasan (see.. ada kaitan gak.. haha) aku akan buat karya realism. Itu yang diminta oleh pensyarah. Namun untuk karya luar tugasan (ni kes orang mintak skrip la ni) Aku selalu diminta utk menulis karya yang agak eksperimental. Hailo... dahlah aku ni dak layar... yang banyak hasil karyanya drama pentas... Hauk... tapi tak pe... meluaskan forte kata org. Mutli talented... *muntah darah cari baldi ya!*


p/s: Agak- agak layak tak satu hari nanti naskah2 aku dibukukan?

Sekian

x.o.x.o

WAJIB LIKE :D

Tuesday, April 17, 2012

Mode Kenangan : : Memori Malam Terakhir Pementasan Dekam: De Facto

Salam,



Ahad (15 April, 2012) yang lalu merupakan malam terakhir pementasan Teater Dekam: De Facto di Stor Teater DBP. Alhamdulillah, pementasa selama 3 hari itu mendapat sambutan yang memberangsangkan. Tiada kata lain yang dapat diberikan selain ucapan tahniah kepada para pelakon, tenaga produksi dan pengarah. Antara kenangan sebelum, semasa dan selepas pementasan terakhir...

Penjual Tiket


Antara yang hadir












Pn. Dayang

Tuan Hakim n Me

Pengarah n Me

Dian N Me

Tn. Awang n Me

Majlis Makan Malam bersama semua ahli produksi.
Sesungguhnya aku sangat berterima kasih kepada Pengarah, Shahmizan Idris sebab bagi kepercayaan pada aku untuk mengolah semula naskah asal. Aku sangat bangga dengan korang semua. Hoyeah..

p.s: next.. USM eh?

Sekian

x.o.x.o


WAJIB LIKE :D

Saturday, April 14, 2012

REVIEW: The Hunger Games

Salaam,

Filem ni dah agak lama keluar wayang, namun aku baru berkesempatan untuk menontonnya semalam. ya aku tahu, aku lambat!


Sedikit Sinopsis Ringkas:

The story takes place in a dystopian post-apocalyptic future in the nation of Panem, which consists of a wealthy capitol surrounded by 12 impoverished districts. As punishment for a past rebellion against the government, the Capitol initiated the Hunger Games—a televised annual event in which one boy and one girl from each of the 12 districts are selected in a lottery as "tributes" and are required to fight to the death in an arena until there is one remaining victor. When the protagonist Katniss Everdeen (Lawrence) hears her younger sister's name called as the female tribute for their district, she volunteers to take her place in order to save her from having to participate. Joined by her district's male tribute Peeta Mellark (Hutcherson), Katniss travels to the Capitol to train for the Hunger Games under the guidance of former victor Haymitch Abernathy (Harrelson), expressing resentment for both the Capitol and its populace for forcing her and her fellow tributes to fight to the death for their own amusement.

Review aku:

Cerita ni menarik, bagaimana sesusatu yang kecil boleh mengubah sesebuah organisasi. tu perkara penting yang aku dapat simpulakan dari keseluruh cerita. Mungkin bermula dengan agak perlahan, namun filem ini dapat menaikkan momentumnya. Kagum dengan set dan sino, aku tertanya- tanya, bila agaknya Malaysia mampu berbuat begini.

Keseluruhan aku bagi: 4/5

Sekian

x.o.x.o

p.s: menunggu THE AVENGERS.
WAJIB LIKE :D

Mode Enjoy-y : : Sebuah Cerita dan Running Man Malaysia

Salaam...

Semalam merupakan malam pertama bagi pementasan Dekam: De Facto. Sesungguhnya aku kagum denga sahabat aku yang berjaya mementaskan sebuah naskah olahan baru dalam masa yang singkat. Bangga aku menayangkan pada sahabat sekelas dahulu yang anda semua sahabat aku yang berbakat. Terima Kasih pada Paan dan Syazrin yang sudi datang pada pementasan itu.

Paan dan Syazrin
Selepas pementasa tersebut, aku dan para sahabatan aku ni keluar untuk menikmati keindahan malam. hahah Gigih.. pergi tengok wayang je. Lokasi paling hampir dengan Stor DBP ialah Times Square. Cerita pilihan: The Hunger Games. 
Parodi The Kebulur Games

Review akan aku berikan kemudian. Pengalaman yang indah bila 3 sahabat lama dari zaman sekolah berjumpa. Macam2 yang diceritakan.. aku, dia, kita, mereka... tak perlu disiarkan disini.

late dinner

Lepak di mekdi lebih dari sejam kerana kelewatan waktu tayangan. Kemudian masuk dan tonton. Ada kisah yang lucu berlaku semasa kami hendak pulang. Kami berjumpa dengan Running Man yang datang membuat penggambaran di Malaysia.

Dari apa yang aku faham mereka perlu mencari sesuatu di beberapa buah tempat. Antaranya...

Mesin ATM

Parking Lot: Kereta Honda
Akhirnya barang yang menjadi tugasan diorang dijumpai di dalam kereta ni. Best siot jumpa diorang ni. Meh aku bagi gambar Running Man kat korang.

AMACAM? SAMA TAK?
Muahahahhahaha ** gelak jahat dulu ** Sebenarnya, dalam perjalanan balik, tiket parking telah secara ajaibnya hilang dari dompet Syazrin. Memandangkan dendanya lebih RM 30, kami mengambil keputusan untuk berpatah semula ke tempat2 yang telah dijejaki untuk mencari tiket tersebut... hampir 30 minit naik turun Times Square tu. Dah ibarat masuk Running Man. Akhirnya tiket tu dijumpai di dalam kereta. Nasib baik... masing2 dah merancang nak amil tiket baru.. ahhaha Lagi gambar semasa kami ber"RUNNING MAN DI TIMES SQUARE"

Paan frust 1

Headstand paan

Mr Mong dan Haroro Malaysia

Wei... mana ni?

Selepas menjumpai item pencarian!

LIKE A BOSS!
Sekian

x.o.x.o

p/s; ya Syazrin aku hutang kau satu SEOUL GARDEN.. muahahah


WAJIB LIKE :D