MY FRIENDS.. MERE DOSTE... CHINGU...

ENTIRELY ME!!

Wednesday, August 29, 2012

Mode Istiqomah: REZEKI?!

Salam...

"Orang kata rezeki tu datang bergolek. 
Asalkan kita ini sendiri jangan dengki mendengki, 
jangan sering tak puas hati dan yang paling utama syukur."



Ada sebab kenapa aku buka topik ni. Semacam biasa, aku di asrama membuat perniagaan percetakan berkomputer. Bahasa senangnya printing. Namun ada satu rasa yang kuat menyatakan, ada satu makhluk tuhan ni bagai tak puas hati dengan kerjaya aku ni. Makhluk tuhan ini juga berniat untuk membuat sebuah lagi perniagaan sebegini. Niatnya itu bukan main2. Memang nampak dengan jelas bersungguh- sungguh.

Sejujurnya aku takut. Ini sahajalah periuk nasi aku. Sumber kewangan aku utnuk hidup sepanjang semester. Kalau betul dia buat begitu, memang periuk nasi aku penuh pasir dari beras. Entahlah...

Moga dalam bulan baik ni, dia sendiri istiqomah dulu niat dia tu. Dan aku redha. Rezeki tuhan ada kat mana mana.


Sekian

x.o.x.o
WAJIB LIKE :D

Mode Gumbira Tahap Dewa: My Chocobie

salam...

Sekian lama aku tak mencarutcoret kat blog ni... hampir 4 bulan mungkin. sejujurnya aku malas... hehehe... Kali ini aku nak mula menulis semula... *harapaya* Entri pertama ialah mengenai suatu makhuk baru dalam hidup aku.


Nama Penuh: Chocolate Wabbit
Nama Timangan: Chocobie
Umur: 3 bulan ++

Sejujurnya ini merupakan Haiwan Belaan kedua aku. Sebelum ni mungkin ada yang dah tahu mengenai Jacob dan Reenesme *tekan link* Jadi ini yang kedua... Sengaja aku belu yang tiada bulu2 lebat gitu... mula2 kengkawan aku kata muka dia tak comel. Tapi pada aku muka dia unik. tu yang buat aku terpikat. Kawan aku yang jual. hehehe... Ada kisah disebalik Chocobie ni.

Aku datang berkunjung ke rumah kawan aku tu. Datang nak beraya dengan nak amik si Chocobie ni sekali. Dah datang beraya. Memang pakai baju kurung la. Si Chocobie ni pula di lepaskan sekitar kwasan rumah dia bersama arnab- arnab dia yang lain... *Ya dia ada jual arnab yang berbagai jenis. Hubungi dia* Akhirnya.. dengan baju kurung bagai, sinsing lengan angkat kain dan KEJAR.. hehehe...

Nah... beberapa snap shot selepas Chocobie mandi...

Hidung sapa ni??
Heheh Chocobie nak Jail Break

'Tak mo tangk'ap gambo.'
*geleng2 pala*

Cuci muka sebelum tidur.
Ya.. memang sangkar tu agak kecil bagi dia.. tu sangakar hamster teman serumah aku. Mahal sangakar dia. RM 50. nanti la kot... beli vitamin dia, tempat air dia, tempat makanan dia, dan shampoo dia ja dah buat aku gelak sorang2.. hehehe... nantilah ek beli sangkar dia. Nak pasangkan rantai, yang ada loceng tu. Tap rantai tu besar sgt. Bila pakaikan dia masuk kaki sekali.. hehe tunggu besau sikit ya...

Sekian...

x.o.x.o
WAJIB LIKE :D

Monday, August 6, 2012

ASSALAMUALAIKUM!

Salam semua...

Pergh.. lama sangat aku tak menulis dalam blog ni. Busy, dengan tugasan, exam, latihan industri. sekarang ni aku dah hampir 2 minggu memulakan kuliah bagi tahun 3 aku di ASWARA.

Pergh.. lagi setaun je ni.. nak Habis dah... Mungkin sambung mungkin tidak.. tengoklah rezeki macam mana..

Bubye
WAJIB LIKE :D

Saturday, April 28, 2012

My Two Cents : : BERSIH? Benarkah? @ Tercalit Juga Lumpurnya?

Salaam...

Malam 28 April, 2012... malam yang hangat apatah lagi bagi penduduk Kuala Lumpur. Lebih2 lagi untuk manusia yang tinggal berdekatan dengan kawasan berdekatan tempat kejadian... Mana? Di sini...


Tenang je tempat ni... Selalunya kalau malam minggu ramailah yang dok jalan2 kat sini, bawa family.. Tapi malam minggu ni macam agak tercemar... Sebegini...


Mengikuat laporan para sahabat yang membuat liputan disana, seawal sebelas malam dah penuh... w/pun perhimpunan tu dikatakan mula jam 2 petang nnt. Kenapa ya? kenapa awal sgt nak dtg berkumpul? Nka berkhemah bagai? 

Maaflah kalau ada yang marah dengan pertanyaan aku ni. Namun terus terang, aku tak faham apa perlunya mereka semua ini berhimpun seawal ini sedang waktu yang ditetapkan ialah jam 2 petang. Bukannya mendatangkan apa faedah aku rasa. Kenapa... mereka ni rasa mereka nak suara mereka didengar? Dengan betapa ramai pemberita yang membuat laporan?

Tahu tak mereka ni yang ratanya pembuat liputan itu ialah pemberita luar negara yang rata- ratanya meramaikan apakah lagi musibah @ lebih tepat lagi rusuhan berdarah yang bakal berlaku esok? Suara yang korang nak laungkan sangat tu mungkin tak diendahkan langsung, sebab mereka mencari cerita sensasi yang lebih panas untuk memburukkan Malaysia.

Aku kagum dengan tampuk pemerintahan yang dahulu. Dengar ja nak buat perhimpunan aka rusuhan, terus tahan ISA. Kenapa? Korang kata tak adil? Adilkah pula bagi mereka yang secara tak sengaja menjadi mangsa? Mereka2 yang rugi? Mereka2 yang disusahkan?

Aku tak da kaitan dengan mana2 bahagian politik. Malah aku menghormati pendirian politik orang lain. Sebab itu pun yang diajar dalam Perlembagaan Malaysia... Mcm juga, beauty lies in the eyes of the beholder. Gitu la... namun aku sgt tak suka bila semua ni menyusahkan orang lain.

Aku tahu ada benar2 buat benda ni betul... Tapi jangan nafikan ada pihak yang ambil kesempatan dalam kesempitan... kata nak duduk. Duduk sahajalah... kotakan janji anda untuk DUDUK... ini sampai merebak ke jalan besar... menyusahkan kenderaan lain, menakutkan pejalan kaki TERUTAMANYA pelancong luar, Tak ke jahanam namanya tu. KOTAKAN JANJI ANDA... baru org tak kan PERTIKAIKAN apa2. Ini tidak... kadang2 tu.. ada yang dibeli @ dibayar utnuk baut benda2 ni..

Mengikut laporan lagi... ada dikenalpasti golongan2 mat pet n mat pot berkeliaran... Jagalah diri masing2... kalau betul2 nak buktikan sesuatu, buat dengan cara yang betul2... bahaya tau.. lebih2 lagi kalau yang terlibat tu pelajar.. Bukan sekarang dah hampir nak masuk exam ke? Kenapa perlunya ikut benda2 sebegini.

Memang.. ramai yang kata lebih baik disini dari di dangdut @ kelab2 malam. Kenapa tak sebegini untuk MAJLIS2 AMAL, MAJLIS KEBAJIKAN, MAJLIS2 CERAMAH MOTIVASI @ AGAMA... Bukankah lebih baik semua tu?

Maaflah... cuma aku sedih dengan anak2 muda yang kadang2 terikut- iktu je dan tak tahu apa sebenarnya yang berlaku... Yang betul2 tu... buatlah... sehabis usaha mungkin. Tapi yang sekadar mengendeng, menempek tak tentu pasal, Balik je la...

Sekian.

p.s: Aku bukan sempurna, malah tiada siapa yang sempurna. Namun aku tidak akan menambahkan lagi ketidaksempurnaan aku begini. -N.A-

x.o.x.o

WAJIB LIKE :D

Saturday, April 21, 2012

Mode Buss-y : : Eksperimentalis @ Realism?

Salam...


Huish... Semakin menghampiri exam, semakin menimbun tugasan. Salah sendiri.. heheheh. Namun bukan itu yang nak di bicarakan. Berdasarkan tajuk... apa yang tertancap diminda korang?

Aku sebenarnya sedang berbicara tentang hala tuju karya tulisan aku **echeeeh** Aku kini lebih banyak @ enjoy menulis menaip karya2 yang agak eksperimental. Bukannya apa. Aku rasa macam aku tak perlu nak define kan apa- apa yang buat dalam karya tu. Tapi realism pun best juga. Aku menguahkan rasa dengan cara yang beralas.

Hua... selalunya tugasan (see.. ada kaitan gak.. haha) aku akan buat karya realism. Itu yang diminta oleh pensyarah. Namun untuk karya luar tugasan (ni kes orang mintak skrip la ni) Aku selalu diminta utk menulis karya yang agak eksperimental. Hailo... dahlah aku ni dak layar... yang banyak hasil karyanya drama pentas... Hauk... tapi tak pe... meluaskan forte kata org. Mutli talented... *muntah darah cari baldi ya!*


p/s: Agak- agak layak tak satu hari nanti naskah2 aku dibukukan?

Sekian

x.o.x.o

WAJIB LIKE :D