MY FRIENDS.. MERE DOSTE... CHINGU...

ENTIRELY ME!!

Monday, May 16, 2011

Monday Un-Blues: Salam Hari Guru (Pensyarah? Guru juga)

salaam...


16 Mei... Hari Guru sedunia... Seluruh dunia masa ini menyambut hari ini... Hadiah diterima, ucapan kasih disampaikan... Terima Kasih...

Aku pernah memberikan hadiah buat guru- guru disekolah dulu. Aku berikan sajak. Sajak khas yang aku karang. Ya... sejak dulu lagi aku menulis. Bukan selepas masuk ASWARA sahaja.

Di sini... beberapa 'guru baru' menjadi pembimbing diri, penaik motivasi. Dua yang teristimewa. Walau tegas, nampak garang, terserlah kewibawaannya. Tapi sayang, seorang dari itu akan berpindah ke tempat lain. Mentor aku.

Dr. Hj. Faisal Tehrani- bangga dapat menjadi mentee anda, walaupun setahun sahaja. Tiada guru lain yang sama seperti anda. Terima Kasih.
(berpindah ke uni lain pada Jun 2011)

En. Wan- Pensyarah statement.... Diingati sampai bila- bila... mungkin akan lebih merujuk pada En Wan selepas Dr pergi. Maaf... susahkan En. Wan.

Sekian...


WAJIB LIKE :D

Sunday, May 15, 2011

Bisnes, Business, Busy-ness? :: KERTAS

salaam...


Aku seorang pelajar IPT yang tinggal di ASRAMA. Bukan kerana rumah aku jauh, tapi aku malas nak berulang alik. Ada kekosongan, disitulah aku. Aku ada sebuah printer, telah aku tambah external ink. Jadi aku buat bisnes percetakan. Aku untung... walaupun tak seberapa, tapi rezekinya ada. Alhamdullilah.

Semester ini, bermula Januari. Sehingga kini aku telah dua kali menukar ink dan telah mencetak lebih dari 2000 cetakan. Setiap cetakan aku cas 20 sen. Hitam putih sahaja. Berwarna, aku tak buat. Ink aku ink murah. Warna tak cantik.

Penghujung sem. Aku baru sahaja membeli se-rim kertas lagi. Sedangkan baru Selasa lepas aku sudah membelinya. Rezeki aku mungkin. Menghampiri exam. Assg dicetak. Skrip juga ada.

Alhamdulillah... rezeki.

Sekian

Bubye

x.o.x.o

WAJIB LIKE :D

Saturday, May 14, 2011

Proses Peleburan Ringgit Malaysia.

salaam...

Hari ini saya kaya sebentar.... beberapa jam kemudian saya miskin... sebentar juga... *dah kayanya sebentar dah tentulah pastu jatuh miskin.. ya tak* sah.. saya merapu. Hari ini saya melakukan peleburan wang ringgit... qwang ringgit hak milik saya. Berbelanja... tapi masih ingat donia *ada lagi lah baki untuk dua kali makan lagi...*

Gila? Ya... saya mungkin gila... tapi berbelanja kerana perlu. Bukan saja- saja. Berbelanja dipasar malam saja, bukan di butik- butik ternama. Wang yang dileburkan, bukanlah berjuta, beribu atau beratus jumlahnya. Hanyak sekadar puluhan sahaja. Malah tidak mencecah Ringgit Malaysia Not Hijau itu. *yang kertas bukan yang plastik*

Se-rim kertas A4, megi KOKA dan oat segera buat sarapan pagi di hari- hari exam. Berbelanja itu di Sogo. Menggunakan kad Sogo. Diskaun tersedia untul ahli kad. Sepasang selipar dan sehelai t-shirt, dibeli di pasar malam sahaja. Oh ya... santapan malam juga *mihun goreng dan bergedil*

Peleburan untuk masa depan... tak mengapa. Untuk kegunaan sendiri juga.

Sekian

Bubye

x.o.x.o


WAJIB LIKE :D

Short Note: Sebuah Nota Ikhlas

salaam...

berkaitan dengan ENTRI INI... penulis hanya melahirkan pandangannya terhadap apa yang dilihat dan apa yang menjadi realiti masa kini. diharapkan tidak ada yang terasa hati dan tersingging dengan artikel yang dikeluarkan.

Sekian..

Terima kasihWAJIB LIKE :D

PENGARUH HALLYU: MALAYSIA HILANG INDENTITI SENDIRI

*sekadar renungan bersama

PENGARUH HALLYU: MALAYSIA HILANG INDENTITI SENDIRI
Oleh: Jowani binti Juhary


            Winter Sonata, Endless Love dan Lovers in Paris merupakan beberapa buah drama dari Korea Selatan yang mula- mula memasuki Malaysia sekitar tahun 2000. Bertitik tolak dari itu, Malaysia dilanda Gelombang Korea atau lebih tepat lagi Hallyu. Bagaimanakah sebuah istilah yang hanya dicipta secara tak sengaja ini boleh mengemparkan negara? Dan bagaimana mungkin istilah picisan ini boleh menggangu gugat identiti bangsa negara Malaysia?

            Pengaruh Hallyu semakin kuat di Malaysia. Istilah seperti K- drama dan K- pop sudah tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia. Remaja mula meniru gaya rambut dan cara pemakaian artis- artis dari sana. Tidak dinafikan wajah artis dari Korea yang kacak dan comel menjadi penyumbang utama penyebaran pengaruh Hallyu ini.

            Drama- drama Korea sering mendapat rating yang tinggi setiap kali ditayangkan di kaca televisyen. Bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia. Di Asia Tenggara, drama-drama ni mendapat undian paling tinggi sehinggakan seni lakonan ni merupakan antara salah satu pendapatan utama untuk negara Korea.

            Winter Sonata mendapat rating lebih tinggi berbanding drama Melayu yang disiarkan pada masa yang sama. Pada kali pertama drama tersebut disiarkan di Malaysia, Winter Sonata mendapat rating 7% lebih tinggi dari drama Melayu. Pada kali kedua pula, drama ini mendapat rating 10% lebih tinggi berbanding drama lain. Antara faktor yang menyumbang kepada hal ini ialah seperti berikut.

            Selain dari kekacakkan hero- hero jambu serta kecomelan heroin K- drama, kita tidak dapat lari dari hakikat yang drama Korea lebih asli dan segar jika dibandingkan dengan drama- drama Melayu. Kebanyakan penonton Malaysia sudah dapat mengagak jalan cerita drama- drama Melayu yang ditayangkan. Ini berbeza dengan K- drama yang rata- ratanya mempunyai plot asas yang sama tetapi berlainan konsep dan jalan cerita. K- drama mampu membawa penonton mengikuti dan menjiwai drama tersebut bagaikan penonton berada di dalam drma. Berlainan pula dengan drama Melayu yang kadang kala lebih futuristik berbanding realistik.

            K- drama juga menjadi fenomena apabila lagu- lagu yang dimainkan menjadi ikutan dan siulan peminat siri tersebut. Setiap drama mereka mempunyai rangkaian lagu latar yang dibuat khas untuk drama tersebut. Setiap lagu tersebut benar- benar sesuai dengan situasi atau mood drama. Apa yang lebih penting lagi, lagu- lagu latar tidak diulang siar dalam drama yang lain.
           
            Berbeza dengan drama Melayu yang sering mengulang siar lagu- lagu latar. Adakah Malaysia kekurangan komposer dan pencipta lagu untuk mencipta lagu bagi drama- drama Melayu? Apa yang lebih memalukan lagi, drama Melayu seringkali menggunakan lagu- lagu latar dari drama- drama Korea seperti intrumental Winter Sonata dan Autumn in My Heart.

            Ini membawa kepada pengaruh K- pop atau Pop Korea yang semakin menular di Malaysia. Bermula dari drama seperti Full House dan Boys Before Flower, penonton semakin menggenali artis seperti Rain dan SS501 yang menyanyikan lagu- lagu latar drama tersebut. Ini diikuti pula dengan drama You’re Beautiful yang mengetengahkan kumpulan anak muda A.N.Jell gabungan dari artis kumpulan C. N Blue dan F. T. Island serta pelakon/ penyanyi Jang Geun Seuk.

            Jarang sekali kita dengar anak muda pada zaman ini yang menyiulkan lagu Melayu. Baik di sekolah, di dalam tren dan semasa menunggu bas atau teksi, lagu- lagu Korea menjadi halwa telinga remaja masa kini. Sebagai contoh Erul, pelajar Akedemi Fantasia (AF) musim ke- 9 menjadi pelajar yang digemari hanya kerana beliau membawakan lagu Korea, I’ll Be Back pada persembahan pertamanya di AF. Kini imej, Korean Boy atau Budak Korea telah lekat dengan Erul.

            Berbalik pada persoalan yang utama, bagaimanakah hal sebegini mampu menggugat indentiti Malaysia? Jawapannya mudah, semakin ramai remaja berfesyen dan bergaya mengikut idol mereka. Ini boleh menyumbang kepada kemusnahan budaya. Hilang sudah remaja Melayu berpakaian tradisional seperti baju kurung dan baju melayu. Pada mereka, baju- baju sebegitu hanya layak di pakai pada Hari Raya dan juga semasa solat Jumaat.

            Pengaruh K- pop juga telah membuatkan segelintir ingin menghidupkan budaya tersebut dengan cara tersendiri. S*MASH merupakan kumpulan anak- anak muda Indonesia yang mula mengasimilasikan K- pop dalam lagu- lagu mereka. Tidak kurang juga di Malaysia. 2 buah kumpulan baru iaitu 24:7 dan Gula- Gula ditubuhkan dengan nama M- pop. Mereka dikatakan ingin “mencabar” kumpulan pop Korea 2 PM dan Wonder Girls.

            Tidak salah sekiranya kita ingin mengambil teladan dengan kejayaan artis Korea. Namun apa yang membimbangkan, kumpulan anak- anak muda ini terlampu taksub dan obses ingin meniru artis Korea. Lihat sahaja dari segi pemakaian mereka yang seksi dan mendedahkan aurat. Sekiranya hal ini tidak dibendung, akhlak dan pemikiran generasi seterusnya akan rosak.

            Malaysia terkenal di mata dunia kerana mempunyai budayanya yang tersendiri yang menjadi identiti negara ini. Namun, sekiranya anak- anak muda yang dikatakan bakal memimpin masa depan berkelakuan begini, tak dapat dibayangkan apa akan terjadi pada generasi seterusnya. Budaya Melayu yang menjadi identiti agung Malaysia akan terhakis dan akhirnya pupus ditelan masa.

***artikel ini hanya sebagai renungan dan tidak berniat untuk menyinggung mana- mana pihak.
***boleh dikongsi bersama tapi sila link semula pada blog ini.
WAJIB LIKE :D