MY FRIENDS.. MERE DOSTE... CHINGU...

ENTIRELY ME!!

Monday, May 30, 2011

Post- Sunday Tit-Bits: The Best Day

salaaam...


Maaf... patutnya ditulis semalam... atau sebelum 3jam yang lepas... tapi kesusahdapatan talian internet di asrama menidakmungkinkan aku untuk menulis diruang Ahad. Tak pe... tulis juga.. Ada cerita yang ingin disampaikan..

Aku kembali semula ke asrama ini selepas menghantar hampir kesemua barangan aku ke rumah. Masih belum sempat kemas kerana akak yang juga menyewa bilik itu tidak keluar lagi.. Tak sabar rasanya untuk mengemas bilik sendiri. Pagi Isnin ini aku akan berdepan dengan exam terakhir aku untuk sem 2 ini. Exam Lakonan. Cuak rasanya aku.. ini rasanya membuat sesuatu yang diluar kebiasaan norma diri.. Saja... aku memang suka mencabar diri..

Aku bergerak ke asrama hampir tengah hari. Aku membeli ais- krim dari penjual ais- krim bermotor. Sudah lama aku tak makan ais-krim sebegitu. RM1 sahaja... nikmat... Kemudian aku bergerak ke KTM dengan teksi. malas menunggu bas. Aku mahu cepat, denga harapan dapat berjumpa dia. Tapi sayang.. aku terlambat.. Jam 1.30, dia mungkin sudah berlepas. Berat hatiku untuk pulang tanpa berjumpa dia.. tak pe... dia bukan milik aku.

Pulang ke asrama, selepas membeli barangan untuk BbB aku. Lebur lagi perbelanjaan aku.. Tak pe... ada rezeki aku nanti. Aku pulang berehat, mengemas bilik selepas dua sahabatku pulang ke rumah. Ummi dan Yin. Selamat tinggal teman.. Jumpa lagi sem depan. Berehat lagi... sebelum mandi dan bergerak ke PeTA Tari.

Jam menghampiri 8.30, ET penuh dengan keluarga pelajar PeTA Tari. Aku cuma duduk ditangga, sahabat lain semua di kerusi.. Natijah aku datang lewat... tak mengapa.. Tiba- tiba DIA ada disitu.. ditangga... tak sia- sia aku datang menonton... Jam 11 baru habis persembahan.. tapi aku sangat terhibur.. aku menanti pelajar ijazah nanti... DIA juga membuat persembahan... menolong tahun 3... Aku gembira...

Selepas habis aku dan rakan2 mengucapkan tahniah pada pelajar yang telah berjaya menghadapi PeTA. Persembahan mereka sangat enjoy... sambil2 itu mata aku mencari dia... tiba2... N***A kata... itu dia... aku menoleh dan hampir pengsan bile melihat dia... Gile... itu je yang boleh kata... hehehe 

Aku kemudian bergerak ke tebing... makan... ada dia juga... hampir gile aku untuk tidak memandang DIA... tak pelah... dalam diam sahaja...

Sekian

Bubye...

x.o.x.o

p/s: Kata N***A, aku tak suka lelaki handsome, aku terpikat pada lelaki yag ada aura... Iyeke???

WAJIB LIKE :D

No comments: