MY FRIENDS.. MERE DOSTE... CHINGU...

ENTIRELY ME!!

Wednesday, September 14, 2011

Mode GILA: Kisah Banyak Kerja Sengaja Tambah Lagi!

salaam..

Ehsan Uncle Google

Mak cik ni mmg dah bertambah kerjanya... Tapi sengaja nak buat lagi kerja gila... Hahaha... Ni kira nak topup post yang tak terbuat masa MC dulu lah ye... hehehhe. Ni kisah nak mencabar diri sendiri... Bagi otak sentiasa gerak, tak le layuu je.

CABARAN: POST SEBANYAK MUNGKIN ENTRI UNTUK 14 SEPT! (minima 5)

Tak gile? hahahhaha

BOLEHKAH?

Syarat2.. *sendiri buat pun ada syarat kah? Sukahatilaa*
  1. Mesti lebih dari 5, tak kisah banyak mana. *Setakat mampu le*
  2. Mesti agak panjang *kalau satu dua baris ayat je baik tak yah bai*
  3. Sebelum jam 12 tgh mlm.


Sekian

x.o.x.o
WAJIB LIKE :D

Mode Kembali: Kembali Menc*r*t!?

salaam...


Ya tuhan... lamanya aku tak mencarut mencoret sesuatu kat ruangan blog ni. Hampir bersawang rupanya.. Bukan apa kesibukan hidup aku sebagai pelajar ditambah pula dengan aku dijangkiti penyakit berdarab pula dengan ketiadaan sumber internet menyukarkan aku untuk menaip sebarang cerita di sini. 

*Ceihh ayat skeema ini minah*

Minggu lepas aku kurang sihat. Demam berpanjangan, on off. Mgg tak boleh nak buat apa. Sampai aku lari balik, balik rumah dan tidur dua hari straight. Bila ke klinik doktor kata aku dijangkiti kuman di tonsil. Agak teruk juga sampai suhu badan aku langsung tak stabil. Naik turun. Batuk dan selsema memang disertakan sekali. Bonusnya, migrain.

Alhamdulillah, rasanya keadaan badan aku dah kembali okey. Cume kena berjaga2 sikit la... Kena pantang serba serbi.. *aku tak buat pun... camne nak sihat?* 

Tugasan semakin meningkat, tekanan mula sampai ke pundak. Nak tak nak kena teruskan.. aku tak mahu terkandas LAGI. Gila weei... org lain dah kemana kang , aku yang merangkak lagi. Aku tengok senior yang nak ambil PETA banyak dah botak.. hehehehhe tahun depan nnt aku pun akan jadi macam tu.. perghh.. Gilaa

Sekian...

x.o.x.o
WAJIB LIKE :D

Wednesday, September 7, 2011

MODE Menyampah : : 6 Aku Paling Tak Suka...

Salaam...


Malam ni bukan malm yang emo atau apa, aku cuma nak cakap tulis pasal benda ni. Aku ni mmg jarang naik angin dan jarang marah. Tapi tu tak bermakna yang kau boleh selamba cipan je boleh pijak aku... Aku bukan nak emo ke apa, tapi aku ni mmg jenis jaga hati org sikit. Kang kalau dimakinya dari aku mmg kecik ati nnt. Jadi kat sini aku nak senaraikan benda2 yang aku paling tak suke.

  1. Pinjam barang orang tak bagi tahu pastu tak pulang balik @ rosak >> Ni aku paling hangin. Dah lah aku ni mmg jenis tak pinjam barang org sgt, sbb aku takut jadi apa2 kat brg tu. Same goes the other way round laa... kau nak pinjam/ amik bagi tahu aku dulu la... ni tak. Kalau masa tu aku tgh tidur ke hapa ke dan kau kena guna gak kalau tak kau mati then baru bagi tahu tak pe gak. Ni tak, aku mencanak2 cari baru nak bagi tahu. Kadang2 tu ada juga manusia yang buat bodoh/ buat lupa. Hujung sem tengah kemas2 barang baru nak bagi kat aku. Yang paling best, org lain yang jumpa kat bilik lain bagi tahu aku. (Selalu gula jadi kat aku)
  2. Menumpang kat tempat org pastu buat2 tak reti >> Ni lagi aku hangin, menumpang tempat org pastu selamba badak je kau nak buat apa kat situ ek. Dahnya aku pulak yang blah sbb kalau aku stay kang ada yang kena maki ngan aku. Agak2 la weh.. tu mmg sah2 tempat aku, kau ada tempat sendiri tak nak, nak juga merempat tempat org. Fine.. tapi pandai2/ sedar sendiri, tu bukan tempat kau.. Malas nak cakap lebih, kang ada yang terasa.
  3. Kau cakap kat org pandai, bagi peraturan/ arahan/ nasihat semua, tapi kau pun SAMA >> Marah org buat tu salah, buat ni salah. Letak arahan/ peraturan sana sini. Okeh.. untuk kebaikkan semualah kononnya. Tapi kau pun tak buat apa yang kau aturkan, apa kes.. kau ingat kau sapa nak suh kitorg buat semua tu. Kalau tak buat kang marah2/ maki2 semua. Tapi kalau kau tak leh pula org nak maki kau balik.
  4. Kacau aku time aku tgh xde mood/ consentrate tengah buat kerja >> Dah nampak aku mcm tu, lagi kau mau tanya soalan bodoh2/ ajak berbual ke? Silap2 hari bulan, tangan aku melekat kat pipi kau, kasut tu dalam mulut kau. Paham2 la ek.
  5. Tak tahu tapi buat2 tahu [bodoh sombong namanya tu] >> Ni lagi best, tang ni bile org bagi penerangan kau tak dengar, berlagak macam kau tahu semua. Dah tu bile kita kata salah kau kata betul. Dah tu bile betul2 kau mmg salah mulalah malu pastu kata tak de org nak bagi tahu. Yang mendengar rasa nak cincang je kau. Tapi nnt kau malu sendiri gak kan? (Tu yang aku suka tu)
  6. Lambat pick-up gile2 tahap alagapas >> Ni aku kurang hangin lah kot. Yelah tak semua org cepat tangkap apa yang org lain nak/ maksudkan. Tapi kalau dah melampau sgt, benda yang paling basic pun aku tak tahu, mmg kena bahanlah weh... 
Ni antara benda2 yang aku tak suka... Aku bukan nak kata kau ni perfect @ baik sgt ke apa. Tapi aku pastikan yang aku tak buat2 benda2 yang aku tulis ni. Maaflah andai sesiapa yang baca ni, ada yang terasa *bajet ada yang nak bace je kau carut ye...* Aku tak tujukan pada sesiapa. Ni merangkumi keseluruhan. Jadi andai kata aku termengamuk ke hapa ke.. Pasal benda2 ni la.. Okies

Sekian

x.o.x.o

WAJIB LIKE :D

XTIVITI KALA RAYA : : HARI 4 (RAYA KE-2)

Salaam...


31 Ogos, 2011 (RABU)

Dah masuk raya kedua. Masa ni rumah macam dah kurang orang. Keluarga lain dah ada yang pulang ke rumah masing2. Tapi rutin macam biasa juga, bangun pagi, kemas rumah, masak. All the typical girls stuff. Hehehe Rasanya hari raya kedua ni dah tak berapa feel sgt. Biasa2 je. Tapi tang makan kau jangan cite la.. Macam2 lauk ada. hahaha.. Malas nak tulis. Kang tak pasal2 aku terliur kat sini. Hehehe...

Cuma sepanjang hari tu aku mcm sorg je kat rumah. Aku tak ikut beraya ngan org lain. Aku tidur je. Kalau org dtg pun aku serve mana patut pastu blah.. malu laaa.. Bukan aku kenal pon... heheheh.. Baik punya perangai kan makcik ni. So to say hari yang agak kurang produktif lah yee..

Sekian

x.o.x.o


WAJIB LIKE :D

XTIVITI KALA RAYA : : HARI 3 (RAYA DAH NIII)

salaam...


30 Ogos, 2011 (SELASA)

Dah RAYA dah ni... Bangun pagi, kemas rumah, halau budak2 bawak umur pergi mandi, siapkan diorang, halau dak laki2 semua gi semayang raya. Yang gurls, pagi lagi dok masak, panaskan lauk, kemas2 bagai baru mandi n get ready.

Lepas semua dah balik dari semayang raya, baru breakfast, dah makan kemas2 lagi... Kemudian.. apalaga... bermaaf- maafanlah.. heheh Gumbira tau kalau kau beraya ngan family yang besar2.. Beratur panjang punye untuk bersalaman semua. Dah tu kena ikut kategori masing2.. yang muda yang tua yang anak sulung yang mana bongsu. Gila kann... hahah Nak2 time lepas salam masing2 hulur tangan lagi mintak duit raya. Hehe aku dapat weh..

Dah dapat semua tu, baru aku bagi surprise.. aku pun kasi duit raya tahun ni... hahaah. Beratur balik budak2 tu... alhamdulillah, lepas janji dan hajat aku nak bagi duit raya tahun ni. Kemudian beraya kat rumah yang dekat2. Tak banyak pun, 2 buah rumah je sebab lepas tu tetamu dah mula sampai rumah kami lak. Dah mula sibuk, sinsing lengan segala, bawak air bagai. Tengah hari dah reda sikit, aku terus flat.. Hailooh.. penat gua. Petang sikit baru aku bangun. Bukan aku sorang je yang dara2 lain pun. Penat bai layan tamu gamaknya.

Petang aku melawat mak kat hospital. Aku dah ceritakan yang dia masuk hospital. Dengar kata sakit leukimia. Aku pun kurang pasti. Tapi dia gumbira dapat jumpa anak2nya, cucunya walaupun sekejap. Aku pun dikatanya cantik, dah anak dara katany. Hai.. nak dicarikkannya aku laki. Tersipu- sipu malu juga aku kala itu. Senyum2 jelah.. huhuhu Sampai malam jugaklah kami beraya ngan dia. Malam... dibelanjanya McD oleh Cik Nor... Gumbira... 

Sekian

x.o.x.o

p/s: Untuk kali pertamanya di Hari Raya Pertama aku memakai baju kurung dari pagi sampai petang. Kalau dulu aku pakai sekejap je. Tengah hari tukar seluar dah.. Huhuh.. Dah menghapiri jadi anak dara berjaya ke?

WAJIB LIKE :D