MY FRIENDS.. MERE DOSTE... CHINGU...

ENTIRELY ME!!

Monday, September 5, 2011

XTIVITI KALA RAYA : : HARI 2 (SEHARI SEBELUM RAYA)

Salaam...


29 Ogos, 2011 (ISNIN)

Sehari sebelum raya. Banyak benda kena buat woo.. Pagi- pagi dah bangun semuanya, kemas rumah, masak untuk munjong, masak dinner berbuka. Munjong tu apa? Munjong tu tradisi memberi berkat kepada rumah2 di sekitar kampung. Selalunya mmg rumah ni bagi hari last puasa. Saja... 

Menu munjong hari tu ialah ayam masak kicap (100 ketul dimasaknya), sayur lodeh, kuah kacang dan ketupat. Ketupat dan lontong direbus pagi tu. Dalam petang dah siap, sejukkan dan bungkus untuk munjong. Tak banyak pun yang di'munjong'kan lauknya. 10 buah rumah je.

Memandangkan kat kampung ramai yang ada, jadi kerjanya dibahagi- bahagikan... Aku jadi pengopek bawang berjaya... bawang putih pulak tu.. seksaaa wooo.. Selalunya tiap2 tahun aku balik aku yang isi kuih raya, tapi kali ni orang lain dah isi.. tak pe.. malam relax woo

Aku belajar masak sesuatu yang lain dari yang lain... Buat air long somthing2 ngan masak kupang tumis. Huauaua... gua ingat cara2nya.. walaupun sekali tengok okey... Ni aku kasi resepi..

Air Long Somthing2

mata kucing (rendam)
rumpai laut putih (rendam)
kembang semangkuk (rendam)
tah hape punyaa buah macam telur sebiji
gula kundur

Cara- cara:

Rendam segalanya dalam air biasa barang lima minit gitu. Masak mata kucing tu sekejap, pecahkan buah yang macam telur tu dan masukkan isinya sekali dengan kulitnya sekali. Kulit dia tu yang bagi air dia warna hitam. dah ala2 didih sikit masukkan yang lain2 tu... siap... Manisnya datang dari gula kundur tu.. heheh aku main ratah je gula tu.. sedapppp

Kupang Tumis Cili

Kupang
Segala cili yang kau nak letak (ditumbuk boleh blend pun boleh)
Bawang putih, merah (untuk tumis)
Gula garam secukup rasa tekak kau (dah kau yang makan kan?)

Cara- cara:

Tumiskan segala bawang tu dulu... naik bau, masukkan cili yang ditumbuk2 itu... masak dah, baru masukkan kupang. Gaul2kan sikit supaya rata rencahnya.. dah tutup kuali itu barang seketika supaya kupang masak sama rata. Last2 kena buh air sikit supaya tak kering sgt. Siap.

Buka puasa hari tu memang heaven gile. Macam2 lauk ade... Malamnya sibuk kemas mana yang patut. Gosok baju raya... Tak sabar nak beraya gamaknya...

Sekian 

x.o.x.o

WAJIB LIKE :D

No comments: