MY FRIENDS.. MERE DOSTE... CHINGU...

ENTIRELY ME!!

Saturday, September 24, 2011

H.A.C.K.S (Hanya Aku Cinta Kau Seorang) [3]

Salaam....

Cerpen ini merupakan cerpan saya yang telah diterbitkan dalam Majalah Remaja keluaran 1 Disember 2010. Saya menerbitkannya disini adalah unutk berkongsi dengan sahabat handai yang tidak berkesempatan membacanya. Diharap agar tiada siapa yang menerbitkan cerpen ini dimana-mana tanpa pengetahuan saya.

*****

“Ada tak?”
            Mya menggelengkan kepala. “Takde lah, Jue. Hari ni dah masuk hari ketiga dah.”
            “Hey, selalu marah- marah. Ni baru tiga hari orang tu tak bagi HACKS, kau dah rindu ke?” Giat Jue.
            “Ah... putus fius la kau. Bukannya apa. Nak dekat 4 bulan, hari- hari aku dapat. Macam- macam perisa dia bagi kat aku. Alih- alih, dia stop cam tu je.” Mya bersuara kesal. “Habis stok kot.” Mya menggumam sendiri.
            “Apa yang habis?”
            “Stok HACKS dia lah.” Jelas Mya. “Tak pun, kilang dia bankrupt.”
            “Sah kau ni dah putus fius. Shengal...”
            Buat kesekian kalinya pecah tawa mereka. Ada yang tersenyum, ade juga yang geleng kepala melihat telatah dua sahabat ini. Sembang- sembang kosong mereka sering diselangi tawa bagi mengisi masa sebelum sampai ke sekolah atau takkala pulang ke rumah.

            “Mya... aku tak tahu lah kalau kau perasan ke tak... tapi kan, Adam pun dah tak datang selama 3 hari kan?”
            “Ha’ah, Danish kata dia MC. Demam kot. Apasal?”
            “Aku syaklah, yang jadi pengirim misteri yang selalu hantar HACKS tu… Adam lah.”
            Mya terdiam. Langkahnya terhenti tiba- tiba dan lantas memegang tangan Jue untuk menghentikannya jua.
            “Nape?” Jue buat muka pelik.
            “Ape kau cakap tadi. Ulang balik.”
            “Aku cakap… aku rasa Adam yang bagi HACKS tu kat kau.”
            “Apsal pulak? Motif kau cakap camtu?”
            “Cuba kau fikir...” Jue membuka langkah sambil menarik Mya bergerak semula. “Dia tak datang sekolah tiga hari. Kau pulak tak dapat gula- gula tu pun dah tiga hari juga. So...”
            “So what...”
            “Mya... the calculation is there. So... you can do the math.”
            “Takde maknanya dia nak buat camtu.” Balas Mya selepas beberapa ketika. Otaknya berkali- kali menolak kemungkinan itu. ‘Apahal lak Adam nak bagi kat aku senyap- senyap. Bagi je lah depan- depan.’ Itulah juga yang dikatakan pada Jue.
            “Kau ingat tak yang aku pernah bagi tau kau yang HACKS ni ada maksud kalau somebody bagi kat somebody else?” Tanya Jue, namun sebelum sempat Mya menjawab, “Macam mana kalau maksud dia memang cam tu. Tentulah Adam malu nak bagi kat kau depan- depan. Betul tak?”
            “Maksud kau?...” Mya menggantung kata. “Ah... tak mungkin lah.”
Namun dalam pada itu otak Mya ligat menghitung fakta. ‘Betulkah Adam yang bagi.’

            “Mya...Mya... MYA... kau melamun pe?” jerkah Jue mengejutkan Mya dari alam perdebatannya. Pelik juga melihatkan Mya terdiam seribu bahasa. “Kau okey tak ni?”
            “Okey je... takde benda lah.” Mya menamatkan bicara.

            Mya masih terbaring di atas katilnya, terkebil- kebil memandang shiling mengira cicak. Sedari tadi dia di situ sejak balik dari sekolah takkala matahari menegak di atas kepala sehinggalah matahari mula bertukar warna. Hari itu sudah 2 minggu dia tidak menerima sebarang gula- gula HACKS. Hari itu jugalah genap 2 minggu Adam tidak menghadirkan diri ke sekolah. Terbayang di kepalanya perbualannya dan Jue dulu. Adakah mungkin Adam merupakan pengirim misteri itu yang selalu mengirimkan gula- gula itu? Adakah mungkin juga, Adam menghantarkan maksud yang tersembunyi bak kata Jue? Argh... serabut sungguh Mya ni. 
­­­­­­­­­­­­­­­
            “Aku tak sangka yang Adam tu dah pindah sekolah. Dia tak de story kat kita pun.”
Hari itu genap 2 bulan Adam menghilangkan diri. Tup- tup dapat berita yang dia dah pindah sekolah. Itu pun baru diberitahu oleh pengetua semasa perhimpunan rasmi sekolah siang tadi. Yelah, Ketua Pelajar dah berhenti sekolah mestilah kena cari pengganti. Study group di rumah Jue petang itu tak menjadi dek membincangkan hal Adam itu.
            “Adam takde story kat kau ke, Danish?” Soal Rita.
            “Takde. Aku ada gak pergi rumah dia, tapi satu family hilang. Yang tinggal Bibik je.”
            “Kau tak tanya kat Bibik dia tu? Mana diorang pergi?” Mya pula bertanya.
            “Ada, dia cakap camni..” Danish berdehem. “Tuan bawa keluarga ke seberang. Semua sekali mengikut. Tuan Adam juga. Yang tinggal Bibik aja. Disuruh sama tuan untuk jagain rumah.” Macam tu ah..”
            Pecah jua tawa mereka mendengarkan dialek Indon yang dibuat Danish.
            “Agak-agak papa Adam nak bawa dia gi belajar kat luar negara tak?” secara tiba- tiba Jue memberikan pandangan.
            Secara tiba- tiba senyap seketika semuanya. Masing-masing menggaru kepala memikirkan kemungkinan itu.
            “Mungkin jugak, tapi...” Danish memecah kesunyian. “Nape tak tunggu sampai habis SPM. Lagi 3 bulan je lagi...kan.” 
*****

Sekian

p/s: Sambung esok laa

x.o.x.o
WAJIB LIKE :D

No comments: