MY FRIENDS.. MERE DOSTE... CHINGU...

ENTIRELY ME!!

Sunday, September 25, 2011

H.A.C.K.S (Hanya Aku Cinta Kau Seorang) [4]

Salaam....

Cerpen ini merupakan cerpan saya yang telah diterbitkan dalam Majalah Remaja keluaran 1 Disember 2010. Saya menerbitkannya disini adalah unutk berkongsi dengan sahabat handai yang tidak berkesempatan membacanya. Diharap agar tiada siapa yang menerbitkan cerpen ini dimana-mana tanpa pengetahuan saya.

*****       
         Tiga bulan sudah berlalu. SPM hampir menjelang tiba. Bak kata Mat Salleh, just around the corner. Pelajar kelas Sains Tulen 1 kelas 5 Bestari sudah berusaha bersungguh-sungguh mengulangkaji pelajaran dengan bantuan para guru. Begitu juga dengan Mya, Jue, Rita dan Danish. Kehilangan Adam secara tiba- tiba itu agak memberikan kesan pada mereka, namun segala kenangan disimpan rapi demi menumpukan perhatian bagi melengkapkan diri bagi menghadapi peperiksaan yang paling penting takkala itu. Pun begitu prinsip yang selalu ditegaskan oleh Adam iaitu ‘study smart n right’ menjadi ikutan bagi mereka.

            “Yeay... merdeka...”
            Hari itu merupakan hari terakhir peperiksaan SPM bagi pelajar jurusan Sains Tulen. Ada lagi beberapa hari bagi subjek- subjek yang lain, namum itu hal pelajar jurusan lain. Bagi pelajar kelas Sains Tulen, hari- hari yang sungguh menyeksakan itu sudah berlalu. Memanglah belum dapat result lagi, tapi ada lagi tiga bulan sebelum keputusan dikeluarkan. Jadi apalah salahnya pada pemikiran mereka untuk bersukaria sebelum kecut perut semula untuk mengambil result SPM nanti.

               “Mya, ada surat untuk kamu.” Belum sempat Mya menukar baju sekolahnya, Ibu memaklumkan perihal sepucuk surat itu.
            ‘Siapa ya nak bagi aku surat. Nampak tebal. Setem nampaknya macam dari Boston. Pelik.’ Mya melihat isi kandungan sampul itu. ‘Gula- gula HACKS! Adam ke?’ Detik hati Mya. Bersama gula- gula itu disertakan sepucuk surat buat Mya. Tekaannya tepat, memang surat itu dari Adam. Namun riak mukanya berubah selepas beberapa ketika dan kemudianya dia menangis tersedu-sedu. Tangannya mencapai cordless phone di meja sisi lantas di dailnya nombor Jue.
            “Hello...”
            “Jue...” Kedengaran suara Mya dihujung talian disulami tangisan kecil.
            “Mya... Mya ke tu..? Nape ni?” Panik Jue mendengar tangisan Mya.
            “Jue...Adam... Adam dah takde, Jue... Adam dah takde...”
            “WHAT...”

*****

Sekian

p/s: Sambung esok laa. Tunggu tau.. ada 2 episod lagi.. heheheh

x.o.x.o
WAJIB LIKE :D

No comments: