MY FRIENDS.. MERE DOSTE... CHINGU...

ENTIRELY ME!!

Sunday, September 25, 2011

H.A.C.K.S (Hanya Aku Cinta Kau Seorang) [5]

Salaam....

Cerpen ini merupakan cerpan saya yang telah diterbitkan dalam Majalah Remaja keluaran 1 Disember 2010. Saya menerbitkannya disini adalah unutk berkongsi dengan sahabat handai yang tidak berkesempatan membacanya. Diharap agar tiada siapa yang menerbitkan cerpen ini dimana-mana tanpa pengetahuan saya.

*****  
            “Hello...”
            “Jue...” Kedengaran suara Mya dihujung talian disulami tangisan kecil.
            “Mya... Mya ke tu..? Nape ni?” Panik Jue mendengar tangisan Mya.
            “Jue...Adam... Adam dah takde, Jue... Adam dah takde...”
            “WHAT...”

Kehadapan temanku Mya Maesya,
          Hai Mya. Awak apa khabar? Saya harap sangat- sangat yang awak sihat selalu. Saya tahu awak mesti marahkan saya sebab saya menghilangkan diri... kan. Saya bukan sengaja, saya ada sebab tersendiri. Sowwy...
          Mya, saya nak buat pengakuan ni. Saya harap awak tak marah. Sebenarnya, saya yang selama ini bagi awak gula- gula HACKS tu. Mesti awak dah dapat tangkapkan. Yelah, lepas saya tak datang sekolah awak dah tak dapat lagi gula- gula tu.
        Maafkan saya. Saya bukan sengaja dan saya takde niat untuk mempermainkan awak. Saya sebenarnya dah lama menyukai awak. Sejak dari saya mula masuk sekolah ni lagi sewaktu di tingkatan 3, tapi saya takut nak mendekati awak. Bila saya tahu yang kita akan jadi classmate tahun lepas, sewaktu di tingkatan 4, saya sangat- sangat gembira. Gembira sangat- sangat sampai jantung saya sakit. Ya, saya sakit jantung. Masa tu saya terlampau exited sampai jantung saya terhenti sekejap. Masa tu baru saya tahu yang saya menghidap penyakit jantung tahap kritikal. Saya tak boleh terlampau sedih, terlampau marah atau terlampau gembira, sebab semua tu boleh menyebabkan jantung saya berhenti. Penat tau jadi orang yang macam tak berperasaan.
          Mya, mama dan papa saya suruh saya berehat di rumah je selepas mengetahui tentang penyakit saya ini. Tapi saya tak mahu… Baru kali itu saya dapat peluang satu kelas dengan awak. Sekurang- kurangnya saya nak berkawan dengan awak. Saya nak meninggalkan kenangan manis pada awak sekiranya saya pergi dulu nanti. Maafkan saya sekiranya awak terasa. Saya sukakan awak. Tapi saya tak mahu memberikan apa- apa harapan pada awak kerana sayu tahu hayat saya tak lama lagi.
          Pada saat saya menulis ni, saya berada di ...

*****

Sekian

p/s: Di mana?... Heheheh.. Sambung esok laa. Tunggu tau.. ada 1 episod lagi.. heheheh

x.o.x.o 
WAJIB LIKE :D

No comments: