Salaam....
Cerpen ini merupakan cerpan saya yang telah diterbitkan dalam Majalah Remaja keluaran 1 Disember 2010. Saya menerbitkannya disini adalah unutk berkongsi dengan sahabat handai yang tidak berkesempatan membacanya. Diharap agar tiada siapa yang menerbitkan cerpen ini dimana-mana tanpa pengetahuan saya.
*****
“Ibu, petang ni Mya nak pergi rumah Jue. Ada study group.” Laung Mya dari atas.
“Iyalah, tapi makan dulu tau. Ibu dah siap masak ni.”
Masakan Ibu pada hari itu sangat menyelerakan. Ikan merah masak sweet sour, ketam masak sup telur, sayur campur goreng dan agar- agar batik sebagai pencuci mulut.
“Ibu... kalau hari- hari ibu masak macam ni kan best.” Manja suaranya membodek ibunya.
“Jangan nak mengada kamu. Hari ni bolehlah ibu masak macam ni pasal ibu cuti. Kamu pun tahu kan.”
Mya hanya tersengih lebar. Ya, dia tahu apa yang dimintanya agak mustahil. Melainkan kalau ibunya berhenti kerja dan jadi suri rumah sepenuh masa. Namun itu tak mungkin. Selepas kematian ayahnya 15 tahun yang lepas hanya ibulah yang menanggung keluarga mereka. Profession ibunya sebagai seorang pakar sakit puan di Hospital Pakar Ampang memang sangat sibuk. Sentiasa on-call. Silap- silap haribulan, waktu cuti pun akan dipanggil bertugas kiranya ada kecemasan.
“MYA MAESYA... Apa aje lah yang kamu anggankan tuh. Dah, kamu tu jangan nak berangan lagi. Ibu dah habis dah ni. Dah habis basuh pinggan dah pun. Haish, apa nak jadilah anak dara ibu yang sorang ni. Kemas meja tu.” Bebel Ibu sambil berlalu ke ruangan tamu. Mya hanya tersipu malu kerana anggannya itu disedari Ibu. Laju dia mengangkat pinggan ke sinki dan mula mengemas.
“Assalammualaikum, Mya, Jue”
“Waalaikummussalam.” Balas Mya dan Jue serentak.
“Maaflah, aku terlambat.”
“Takpe lah, Adam. Kami tahu kamu baru balik dari solat Jumaat kan.” Jue membuka kata.
Belum sempat Adam melabuhkan punggung di kerusi rehat, Jue bertanya, “Eh, mana Danish?”
“Ha’ah la. Mana Danish? Bukan ke dia penumpang setia scooter kau?” Mya berlucuan.
“Danish tak dapat datang hari ni. Mama dia keluar shopping jadi dia kena jaga Daniel. Lagipun ayah dia kan outstation minggu ni.”
“Alah, bawak aje lah adik dia tu. Boleh main ngan Daniel.” Terdengaran suara dari dalam rumah.
“Eh, awak dah sampai Rita? Tak nampak pun tadi.” Tanya Adam kehairanan.
“Saya dah lama dah sampai. Pergi toilet tadi. Awak kata tadi Danish kena jaga Daniel ya. Nape tak suruh dia bawa je adik dia tu.” Ulang Rita.
“Tak payah. Kamu tu Rita kalau jumpa budak- budak suka sangat. Kang study group tak jadi asyik melayan si Daniel aje.” Sampuk Jue.
Rita hanya tersengih kecil. “Alah… macamlah ko tak kenal aku, kan”?
“Ha’ah. Tau lah kamu tu memang mesra alam sangat kalau ngan budak- budak kecik. Dah lah tu, kita mulakan tanpa Danish. Hari ni kita buat revision Add. Math.” Tegas Mya membuka bukunya. Sengih kecil terbit dari bibir masing- masing mengakuri arahan Mya.
Sememangnya mereka ini merupakan antara pelajar yang terbaik di sekolah SMK Bandar Tasek Utara. 5 sahabat ini mula menubuhkan study group pada awal tahun lepas, selepas mereka ditempatkan sekelas dalam jurusan Sains Tulen. Keserasian peribadi mereka dan keterbukaan minda masing- masing yang sememangnya open minded telah membuatkan mereka ini kekal berkawan selama dua tahun. Mereka ini juga lebih dikenali dengan gelaran ‘Five Bestarianz’, kerana nama kelas mereka ialah 5 Bestari.
*****
Sekian
p/s: Sambung esok laa
x.o.x.o
No comments:
Post a Comment