MY FRIENDS.. MERE DOSTE... CHINGU...

ENTIRELY ME!!

Monday, September 5, 2011

XTIVITI KALA RAYA : : HARI 1 (BERTOLAK...)

Salaam...


28 Ogos, 2011 (Ahad)

Tinggal beberapa hari sahaja lagi umat Islam sedunia akan menyambut Hari Kemenangan atau Aidilfitri. Tahun ini Malaysia sangat bertuah kerana Aidilfitri jatuh pada tarikh 30 Ogos, sehari sebelum Hari Merdeka. (tak payah kita nak berarak yeee)

Aku dan Qayyum (selepas ini akan dipanggil Q) bergerak pulang ke kampung arwah Abang Long, Md Lazim b Md Daimon di Air Hitam, Johor. Kami menaiki bas dari TBS BTS (Terminal Bersepadu Selatan, Bandar Tasek Selatan) itu. Jakun seketika.. kali pertama aku menggunakan TBS tu.. Canggih, macam KLIA.. Siyes tak tipu.

Bas kami jam 11:30 pagi. Tapi kami dah bergerak awal. Manalah tahu kalau jem ke.. Along yang hantar kami. Sebuah beg tarik dan beg lappy untuk aku, dan sebuah beg baju dan knapsack untuk Q. Oh.. sebeg kuih raya untuk orang2 kampung.

Bas tiba lebih awal. Jadi kami pun naik bas awal. Business class, 3 seat. Selesa... naik je bas... masing2 tertidur... heheheh... Tanpa sedar 2 setengah jam kemudian bas tu dah melencong nak masuk ke tol Air Hitam. Laju gila bas tu... nasib baik aku terbangun. Terus kejut Q dan turun kat tol tu.. (bas tu menghala ke Kluang)

Kami diambil oleh Popo, adik kedua bongsu Arwah Abg Long. Balik ke kampung.. Kampung Parit Kassan Jegol. Petang tu tak de buat apa sangat sebab penat... kat kampung ada Abah, bapa Arwah Abg Long, Ika (sebaya aku tu, dak Uitm), dan Ariff (sebaya Q) anak sedara Arwah. Mak Arwah dekat Hospital.. Sakit..

Petang tu, keluarga Kak Ti sampai, kakak Arwah. jadi penuh jugalah malam tu. Berbuka puasa awal beb... Johor buka awal dari KL.. Beza nak dekat 10 min tau.. hehehe Malam tu dak2 ni main mercun ngan bunga api. 

Sekian...

x.o.x.o
WAJIB LIKE :D

No comments: