Cerpen ini merupakan cerpan saya yang telah diterbitkan dalam Majalah Remaja keluaran 1 Disember 2010. Saya menerbitkannya disini adalah unutk berkongsi dengan sahabat handai yang tidak berkesempatan membacanya. Diharap agar tiada siapa yang menerbitkan cerpen ini dimana-mana tanpa pengetahuan saya.
*****
Pada saat saya menulis ni, saya berada di Harvard Hospital. Mama dan papa ada berbincang dengan para doktor untuk pembedahan jantung baru. Namun agak susah untuk mencari penderma sedangkan keadaan saya bertambah teruk sejak akhir- akhir ni. Namun alhamdulillah, hari ni saya bertambah sihat. Jadi bolehlah saya menulis surat ni. Saya sebenarnya berharap sangat yang awak tak kan dapat membaca surat ini kerana sekiranya surat ni dah sampai di tangan awak... maknanya saya dah tak de lagi, juga bermaksud saya sudah pergi. Jauh dari sini.
Mya, walau sejauh mana saya pergi saya akan tetap menyayangi awak dan mendoakan awak. Kirimkan salam saya pada Jue, Rita dan Danish k. Persahabatan saya, awak dan mereka semua merupakan antara memori terakhir yang terindah yang akan saya kenang sampai akhir masa saya nanti. Saya berharap sangat yang kamu semua tak akan melupakan saya, walaupun saya dah tiada nanti… ye. Cakapkan juga pada mereka yang saya say sowwy. Wassalam.
Salam sayang,
Adam Shah
p/s: HACKS= HANYA AKU CINTA KAU SEORANG...
Menitis air mata Mya melihat slip keputusan SPMnya. Dia berjaya mendapatkan apa yang diidamkan. 10 A1. Jue, Rita dan Danish juga. Namun apa yang dikesalkan Mya ialah, itu juga merupakan impian Adam. Siapa sangka, Adam meminatinya sejak lama dulu. Terkilan masing- masing bila mengetahui Adam menyembunyikan penyakitnya dari semua. Tak disangka jua pengirim misteri itu rupa- rupanya Adam. Masin juga mulut Jue.
“Dah lah tu Mya, jangan nangis lagi. Kita balik dulu ya. Petang sikit kita pergi melawat kubur Adam.” Pujuk Jue menenangkan kawan baiknya.
Hanya anggukan kecil menjadi balasan. Petang itu akan dikongsikan berita gembira dengan Adam. Arwah dikebumikan di Malaysia atas kehendak orang tuanya walaupun dia meninggal di Boston. Walaupun dia sudah tiada namum memori persahabatan mereka akan kekal buat selamanya. Itu bukan sahaja kejayaan mereka, namun kejayaan Adam juga.
Mungkin memang benar atau sekadar kebetulan, rasa berangin gula- gula HACKS memang menyamankan dan mengasyikkan. Sesuai benar dengan kata HANYA AKU CINTA KAU SEORANG.
TAMAT
Sekian
p/s: Dah tamat dah.... Nntkan cerpen yang lain pula. Bubye...
x.o.x.o
WAJIB LIKE :D
No comments:
Post a Comment