Cerpen ini merupakan cerpan saya yang telah diterbitkan dalam Majalah Remaja keluaran 1 Disember 2010. Saya menerbitkannya disini adalah unutk berkongsi dengan sahabat handai yang tidak berkesempatan membacanya. Diharap agar tiada siapa yang menerbitkan cerpen ini dimana-mana tanpa pengetahuan saya.
*****
‘SATU, dua, tiga, empat, lima, enam, tujuh, lapan, sembilan, sepuluh. Hari ni pun sepuluh biji gak. Sape yang rajin sangat bagi gula- gula ni kat aku. Macam- macam perisa lak tu. Aku pun tak tau yang HACKS nih ade banyak perasa. Gila rajin… sapelah yang bermurah hati sangat tahap dewa yang sanggup beli menatang nih untuk aku. Haishh… pelik…’
“Beb, aku dapat lagi benda ni.” Mya mengunjukkan gula- gula HACKS di genggaman tangannya kepada Jue.
“Ni dah tiga minggu berturut- turut, hari- hari pulak tu. Tak masuk Sabtu ngan Ahad je. Kau takde clue lagi ke siapa yang bagi benda alah ni kat kau?”
Mya hanya mendengus mendengar soalan Jue. “Kalau aku tau, takdenya aku nak menggagau nak tahu.”
“Ko tak perasan ke sape-sape yang bagi? Selalu ko perasan benda ni bawah meja ko lepas rehat kan. Ni mesti dia bagi masa kita pergi rehat... kan.” Jue membuat andaiannya sendiri.
“Ntah... Tak perasan pulak aku. Macam yang ko cakaplah. Dia mesti letak waktu kita pergi break. Masa bila pulak aku nak perasan.”
“Rajinnya dia... kalau nak ikutkan dah banyak dia belanja buat beli gula- gula ni untuk kau. Sepuluh biji sehari, lima hari seminggu. Kalau ikut harga standard kat kedai seposen dua bijik so...” Jue mengira dalam kepala. “Adalah dalam tujuh lapan ringgit.”
Mya hanya menganggukkan kepala mengiakan saja kata Jue. Belum sempat dia membuka mulut, Jue bertanya lagi.
“Ko agak budak kelas kita ke yang bagi? Tak pun budak kelas lain? Yelah dia bagi pun waktu break. Nak nya dia masuk kelas kita masa tu.”
“Ntah... Gile ah... aku rasa kan, siapa yang bagi aku menatang nih mesti anak tauke kedai runcit. Tak pun… anak tuan punya kilang HACKS ni.” Mya berlucuan. Terburai gelak tawa mereka.
“Kau ni dah putus fius la Mya. Gila... Tang tauke kedai runcit tuh aku percaya mmungkin ada kat sekolah kita, tapi tang kilang Hacks tuh... ada ke budaknya nak sekolah kat sekolah kita?” Masih ada sisa tawa dihujung bicara Jue itu.
“Logik what…” Sengih Mya.
“Eh Mya,” Jue membuka kata. “Aku pernah dengar... yang gula- gula HACKS ni ada maksud yang tersendiri. Lebih- lebih lagi kalau somebody bagi kat somebody else.”
“Maksud?”
“Ha’ah… Dia kata kan... yang aku dengar la, bukan aku reka tau. Dia kata, maksudnya...” Jue sengaja memanjang kata.
“Kau ni saja je nak bagi aku suspen kan. Cakap je lah cepat.” Sergah Mya.
“HANYA AKU CINTA KAU SEORANG.”
Tiba- tiba keadaan menjadi sepi. Bak kata orang- orang tua, sunyi setagal. Dalam masa kurang dari 10 saat, dua sahabat ini ketawa bagai tak ingat dunia.
“Gila ah kau ni, Jue. Bagus tol. Mana kau kidnap ni?”
“Ntah. Aku baca dari Remaja kot. Aku pun tak ingat dah.” Jelasnya dengan tawa yang masih bersisa.
“Aku rasa mesti penulis artikel tu dah putus fius ni. Gilos.”
*****
Sekian
p/s: Sambung esok laa
x.o.x.o
No comments:
Post a Comment