Kalau tengok entri yang INI *cuba tekan yang INI tu* Aku bercerita mengenai kegembiraan aku. Semua tu rezeki. Alhamdulillah. Tapi sebelum kegembiraan tu, ada SAKIT JIWA yang aku tempuhi. Begini ceritanya...
Selepas mendapat panggilan dari angah utk ke Open House tu, aku dah bersiap awal dan bertolak awal dari ASWARA, dengan harapan dapatlah aku pulang ke rumah sebentar, menjenguk apa yang dah jadi. Aku berjalan, hujan bagai nak turun. Namun alhamdulillah titis hujan tidak banyak yang menjejak tanah sehinggalah aku sampai ke stesen KTM. Aku sengaja memilih KTM kerana lagi murah berbanding LRT *4 posen murahnya* Biarlah lambat sedikit, aku dah keluar awal.
Nak dijadikan cerita, tunggu punya tunggu, tren ke Seremban dibatalkan. Tren seterusnya, baru nak memulakan perjalanan dari Rawang. Aku setia menunggu, sampai tertidur. Nasib baik tak meleleh air liur basi. Hishh... Tapi lama sangat, nak mengamuk aku. Hujan lebat, mencurah2. Kalau tak hujan, aku jalan je pergi LRT. Kalau aku nak LRT mungkin dah sampai dah...
Saat je aku dah sampai di lif untuk naik semula ke atas *amik kputusn utk naik LRT w/pun hujan*, tren sampai. Berlari aku merebut tempat. Aku masuk. Sempit. Biasalah. Sampai di stesen KL, lagilah pula... dan stesen yang seterusnya... Aku minta angah aku ambil di TBS.. Aku mmg sah2 tak boleh balik umah.. Hujan.. nak tunggu bus lagi.
Baju aku basah, kena hujan masa keluar dari tren. Antara sbb aku lari ke TBS. Lepak di tandasnya, bawah kipas. Keringkan rambut dan baju serta kemaskan diri. Selamat semuanya. Cuma terkadang tangan aku sakit tadi berebut tempat menahan badan.
Apa yang aku paling menyampah adalah apabila dah sampai stesen, yang kat luar tu tak reti2 nak bagi org yang kat dlm ni keluar dulu. Dah tu tak reti2 nak berganjak ke tengah. Semua berhimpit dekat kawasan pintu. Dekat dengan pintu kononnya.. Haishh.. berjerit juga aku tadi. Lemas bai... dah pakai lawo2 nak ke Open House.. macam gitu jadinya.
Nak dijadikan cerita juga, h/phone strap aku putus. Mmg nak kena beli baru laa ye.. RM 1 di Mydin. Nasib baik neck strap yang aku letak TnG n Kad pelajar aku letak awal2 dlm beg. Sbb selalunya aku pakai dalam tren. Tapi tah, aku tergerak pula nak simpan. kalau tak.. mungkin putus sekali semua tu n hilang...
Sekian
p/s: Maaf anadai agak panjang.. Ini entri lepas geram sebelum tidur.
x.o.x.o
No comments:
Post a Comment