MY FRIENDS.. MERE DOSTE... CHINGU...

ENTIRELY ME!!

Monday, September 9, 2013

Back To One! + PURIKURA!!!

Holla!

Dah lama gila rasanya mak jemah ni tak menjengah blog ni. 
Aiyoh... sibuk katanya... 
Sekarang ni 'sepatutnya' dah tak buat hapa2.. 
Jadi bolehlah nak berblog bagai.

Sebenarnya, mak jemah ni patutnya dah tamat belajar pada bulan Jun yang lepas. 
Final Projek pun dah siap, dah khatam dah pun. 
Cumanya mak jemah ada 'sangkut' dua subjek. Aih, malu nak cite. 
Adik2 kat luar tu jangan ikut mak jemah ya!

Jadi pagi Ahad yang lepas, aku pergi mendaftar untuk Tahun 4. 
Kerlas you all. Bukan senang ye nak masuk tahun 4. 
Ahaks... 

Alhamdulillah, semua subjek yang terkantoi itu, berdasarkan silibus baru, 
aku boleh ambil utuk sem ini. 
Kalau ikut silibus baru, kena tunggu lagi satu sem. 
Rezeki.

Selesai segalanya, malamnya itu, APALAGI. BERJIMBA la... hahahha... 

Bukti Perjimbaan!
Menatang ni namanya PURIKURA. 
 
Ni kali pertama mak jemah guna benda ni. 
Lihat kulitku, cantikkan. 
Adush. dah macam nak promote barang pulak. hahah.

Bagi sesipa yang tak tahu, PURIKURA ni merupakan 
sejenis mesin mengambil gambar dan kemudiannya
 boleh edit dan corakkan gambar menjadi 
MARVELOSS gitu. 
 
Kalau tak paham juga, dey, Ince Google ada.

PURIKURA ni terdapat di semua cawangan JUSCO AEON di Malaysia.
 Cari je kat bahagian mini arked tu, wajib ada. 
 
Sebenarnya, tujuan aku dan sahabat ke Aeon bukanlah utk berjimba semata- mata.. 
Ada matlamat dan tujuan. 
 
Itu, ... lain kali na ceq cerita.

Sekian...
x.o.x.o
Pwincess9
WAJIB LIKE :D

Wednesday, September 5, 2012

SURPRISE!! SELAMAT HARI JADI TEMAN!! **ASEAN ISKANDAR**

maaf aku curi dari Muka Buku itu...:P
SELAMAT HARI LAHIR TEMAN! YANG KE ......... *rahsia* MAAF TIADA HADIAH BISA AKU KIRIMKAN PADA KAMU. DAH DUA TAHUN BERKENALAN, PERNAH SEBILIK. TAPI AKU BARU PERASAN GAMBAR KITA BERDUA TIADA... ESOK YA... KITA PAKAI LAWA- LAWA DAN TANGKAP GAMBAR BERSAMA. ^,^


MOGA KAU BAHAGIA SELALU DAN SEMOGA KAU BERJAYA DALAM APA YANG KAU LAKUKAN... DOA IKHLAS DARI AKU...


x.O.x.O

WAJIB LIKE :D

Tuesday, September 4, 2012

Mode Gumbira Tahap Dewa: Chocobie DAH Pandai Jail Break

Salaam...


Semalam... satu hari aku tak balik bilik. Aku terpaksa balik rumah.. Ada hal sikit... Entri lain aku cite. Jadi satu hari jugalah si Chocobie ni tak keluar. Makanan dia habis, air dia habis. Sian... jadi.. sampai je aku kat bilik. aku letak beg semua bagi dia makan bg air. terus habis. lapar sangat tu. Selalunya aku mmg buka penutup atas sangkar dia.. saja kalau aku nak main2 atau pun dia nak jenguk2 manja gitu.. heheh


Ha.. tu hidung di lah tu... Tapi tadi.. tanpa disangka Chocobie dengan jayanya melompat keluar... tak sempat nak snap.. xde kamera.. Alih2 je dah kat luar.. Sukalah tu..Satu hari tak keluar. Jadi apa lagi.. kena bedunglah dia...


CHOCOBIE KENA BEDUNG... heheh saja je bedung dia supaya dia tak lari2 sangat. Baru je tadi lepaskan kat lobi asrama... suka dia dapat jalan2 n kena belai... manja dengan budak2 yang lain... ehheeh... Okies... Sayang Chocobie...

Sekian...

p/s: Sangkarnya sempit.. sian... tapi xde duit nak beli yang besar.. heheh

x.o.x.o
WAJIB LIKE :D

Thursday, August 30, 2012

Mode Buss-y: Ber MOK YONG kita...

Salaam...

Ai ghoyak...
Hile... Gak.......
Ble Brito Nok........
Tombo Gak.......
La......

Salam pembuka bicara... Aceh... Hari ini merupaka hari pertama kelas mak yong SELEPAS bulan Ramadhan. Apa lagi... kena lenjan dengan Mama cukup2... Pergh.. Patoh pinggang.. Minggu depan dah exam. Terbaik!!

Sebagai mana yang mungkin aku pernah bagi tahu dulu, ASWARA mewajibkan pelajarnya untuk mengambil subjek wajib persembahan tradisional bagi setiap tahun. Dulu dah ada WAYANG KULIT, kemudian dah masuk BANGSAWAN. Jadi untuk tahun 3 aku disini... MAK YONG.

Baru belajar menarai mengadap rebab. Langkah dah boleh hafal. Cuma nak ikut Q lagu tu je yang agak kureng.. hehehe *kita bukan budak tari awak... badan tak selentik mana... tapi kayu tu tidak la.. hehehe*

Ni antara serba sedikit gerak Mengadap Rebab. Ni tarian wajib asas bagi Mak Yong. Ni kira buka panggung la lebih kurang. Tapi ni aku amik Utube... bukan kami rakam ke hapa ke. Haraplah nanti semua berjalan lancar.
p/s: Satu hari kat Muka Buku semua pasal Mak Yong.. apa cer?
Sekian
x.o.x.o
WAJIB LIKE :D

Wednesday, August 29, 2012

Mode Istiqomah: REZEKI?!

Salam...

"Orang kata rezeki tu datang bergolek. 
Asalkan kita ini sendiri jangan dengki mendengki, 
jangan sering tak puas hati dan yang paling utama syukur."



Ada sebab kenapa aku buka topik ni. Semacam biasa, aku di asrama membuat perniagaan percetakan berkomputer. Bahasa senangnya printing. Namun ada satu rasa yang kuat menyatakan, ada satu makhluk tuhan ni bagai tak puas hati dengan kerjaya aku ni. Makhluk tuhan ini juga berniat untuk membuat sebuah lagi perniagaan sebegini. Niatnya itu bukan main2. Memang nampak dengan jelas bersungguh- sungguh.

Sejujurnya aku takut. Ini sahajalah periuk nasi aku. Sumber kewangan aku utnuk hidup sepanjang semester. Kalau betul dia buat begitu, memang periuk nasi aku penuh pasir dari beras. Entahlah...

Moga dalam bulan baik ni, dia sendiri istiqomah dulu niat dia tu. Dan aku redha. Rezeki tuhan ada kat mana mana.


Sekian

x.o.x.o
WAJIB LIKE :D