MY FRIENDS.. MERE DOSTE... CHINGU...

ENTIRELY ME!!

Friday, August 26, 2011

SALAM AIDILFITRI BUAT SAHABAT

Assalamualaikum...
Detik Ramadan mula mengundurkan diri
Terbit sinar Syawal di celah mentari
Kesedihan bertimpa gembira
Menyambut kemenangan yang mulia
Untuk saudara seIslam sedunia

Buat teman dan sahabat
Maaf andai diri ini terkasar bahasa 
Tersilap kata, terlepas bicara
Bukan bermaksud menyindir cita
Hanya sekadar pelepas rasa

Biar yang lepas menjadi sejarah
Biar yang depan menjadi arah
Ampun diminta bersusun jari
Harap yang lalu tersimpul sepi
Tidakkan terungkai sampai mati

SALAM AIDILFITRI BUAT SEMUA TEMAN DAN 
SAHABAT YANG MENGENALI DIRI INI.

8.15 mlm
26  /8 / 2011
Asrama ASWARA
Kuala Lumpur

Sekian

x.o.x.oWAJIB LIKE :D

Before AIDILFITRI: Duit Raya! *EDISI>> Kopak Poket AKU (REDUX)*

salaam...

Comel tak sampul ni..
*Beli di SOGO*
Seperti yang dijanjikan sebelum ini, mmg sah aku akan memberikan duit raya pada saudara2 kecil di kampung. HEhehe... Rezeki aku tahun ni lebih baik dari tahun2 yang sebelumnya, jadi tak salah kalau aku nak memberi pada Hari Raya nnt. 

Masih di ASWARA
*isi sampul Duit Raya time*
Aku masih belum pulang lagi. Hujan... Jadi aku minta kakak aku untuk hantar aku balik malam kang. Okey la... Thanks Long. Jadi sambil menunggu aku isi sampul duit raya ni dulu. Hahahha

Dah siap Isi semuanya
*Cuba teka ada berapa? Hehhhe*
Sekian...

x.o.x.o

p/s: Dah lama tak webcam whoring. hahah Lepas gian ni..
WAJIB LIKE :D

Mode Bermain : : Contest dari Maybank *Thanks to NUFFNANG*

salaam...


Maybank buat contest. Siyes tak tipu... Aku baru tahu hari ni.. Contest dia ala2 virtual game, kau kena main untuk kumpul mata. Tarikh tamat dia 30 hb ni.. hhuuhuu..


Gini la contestnya.. aku malas nak cerita panjang. Jadi aku kidnap je syarat2 dia dari Nuffnang.. Boleh?


Step 1:
Head on to http://www.facebook.com/Maybank?sk=app_260615203948626 and ‘LIKE’ their page to begin.


Next, hit the ‘Join now!’ button to start playing!
Step 2:
Submit your details for registration, and activate your account via SMS from Maybank, and you’re ready for the next step – creating your mini-me! :D
Daftar dulu
Done!
Step 3:After you have registered, you can start creating an avatar that represents you the most by clicking ‘Create My Avatar’. You can choose the gender of the avatar, the expression your avatar has, what hairstyle he/she has, and even dress them up however you like! Hit ‘Save’ after you’re satisfied with your avatar, and it’s on to the next step!

Cumell tak avatar aku?
Berkurung biru lagi...

Step 4:
Your avatar needs a home, so let’s find a nice place for mini-you to stay! You can choose from a variety of homes and once you’ve made your choice, you’ll have officially joined the neighbourhood. You can decorate your home too, to make it as comfortable as you want!

Aku pilih rumah kampung..
Baru ade feel nak beraya.

Step 5:
Now here’s when the game really begins! The aim is to earn as much Tiger Points as you can, and there are a few ways you can do that;- By buying virtual items- Participating in the mini games- Completing certain tasks whenever needed

Rumah baru Ava
(aku panggil avatar aku tu Ava)

Not only are there RM25,000 worth of prizes at stake, the 50 players with the most points accumulated in the game will be able to celebrate Hari Raya with the Suria.FM crew and celebrities!
We know we wouldn’t miss that opportunity, would you? :D
Finally, if the fun game and all the exciting prizes are not enough, here’s the thing that will make your participation in this game even more meaningful: Maybank has pledged to donate RM20,000 to charity this festive season, so RM2 will be donated for each and every player who is registered to the game. Quick, join now and get involved in this worthy cause because the game ends 30 August 2011. :) Make a difference, participate now!
Credit to NUFFNANG


Amacam. Alang2 aku belum balik ni, aku saja je masuk game ni. Bukan hajat nak menang sangat pun. Tapi bila dia kata..

"RM2 will be donated for each and every player who is registered to the game"

Aku rasa apa salahnya aku tolong dia derma. Bukan banyak mana pun. Jadi apa lagi, jom lah join contest ni cepat. Biar tak menang, asal boleh tolong orang. Okies


Sekian

x.o.x.o
WAJIB LIKE :D

Thursday, August 25, 2011

Mode Berangan : : Saya Suka Dia.. Tapi Dia tak TAHU.. Camne?

Salaam..


Hallamak, hati bunga2 la kali ini. Heheh.. Sebagai seorang insan yang normal dan biasa2 aje, aku pun tak lari dari SOAL HATI ni. Al maklumlah, MANUSIA. Enough said, aku meminati seseorang. Setakat memintai je. Tak mampu untuk aku meminta lebih.

Cumanya, aku meminati seorang senior. Ini tahun terakhir dia kat ASWARA. Lebih malang lagi, dia langsung tak kenal aku. Kami tak pernah bercakap pun. Entak kenapa aku minat kat dia. Hehehe. jadi aku harap aku boleh berkenalan dengan dia dan menjadi kawan dia. Ini je peluang aku. Nanti bila dia dah habis belajar, aku mungkin takkan jumpa dia lagi. Kan...

Ada ke yang nak bagi belon CINTA ni kat aku?
Sedih gak kadang2 bila tengok kawan2 kat sekeliling berteman mesra. Aku tak pernah kot melalui perasaan sebegitu. Sunyi rasanya hari- hari aku w/pun aku dikelilingi oleh ramai teman. No wonder la Erin cakap aku loner. 

Sekian

x.o.x.o

WAJIB LIKE :D

Mode K-POP : : I Remember [Bang Yoon Gook ft. Yoesob]

salaam...

Lagu kali ni menjadi kegilaan aku. Sebab lirik dia dan melodi dia sangat menyentuh kalbu. Hahaha.. Gila tak aku. Lagipun aku rasa mcm ada sedikit resemblance dengan lagu Love The Way You Lie. Gitulaaa.. Tak nak cerita panjang njoy video ni.


Ehsan Uncle Youtube
Sekian

x.o.x.o

WAJIB LIKE :D

Mode Berangan : : Nak ke Korea Bulan 12 Ini... BOLEH?

salaam...

Lagi 3 bulan lebih daa
Ehsan Abg Google

Tahun ni, Bulan Disember nanti akan genap umur aku 21 tahun.. *dah layak mengundi katanya.. nak ke aku?* Jadi aku berhajat masa cuti sem nanti aku nak buat pengembaraan solo. Tempat pilihan aku yang aku nak pergi ialah KOREA SELATAN

Peta Korea Selatan
Ehsan Abg Google lagi

Kenapa aku nak kesana? Saja.. mmg dah menjadi impian aku untuk pergi dan tinggal kat sana... *dah namanya pun Mode Berangan*. Mungkin impian aku agak besar. Tapi kata orang.. kalau nak bermimpi.. mimpi yang besar2.. biar impian menggapai bulan, kalau tersasar pun, masih dapat bintangnya.. okey? jadi demi membesarkan angan2 aku ni.. Aku selalula jenguk INI...

TEKAN untuk tumbesaran berganda
Ni rate yang aku tengok pagi ni, semalam lain harganya... heheh aku rasa macam nak postpone tahun yang lagi satu lak.. supaya aku boleh simpan duit lebih dan dapat tiket lagi murah.. Apa kata korang? Kalau ikut yang hari ni punya rate RM 2840 tiket pergi balik. Tu baru tambang, aku nak makan lagi, tempat tinggal lagi... Roomate aku sorang ni ada ckp, book tiket setahun awal pun boleh.. lagi murah dapat... Jadi camne?

Cam ne ni? Nak pergi ke tak nak tahun ni?
Ehsan Abg Google juga
Trimas ya..

Aku pula yang ragu- ragu dengan impian aku sekarang ni. HEehhe.. Kita hanya boleh merancang masa yang kita tak nampak, namun TUHAN yang kan tentukan jadi ke tidak rancangan kita itu. Aku tetap dengan impian aku ini. Jadi adalah semangat untuk aku betul2 menyimpan duit dan menabung. Walaupun tabungan aku tak banyak, tapi kalau tak mula mana nak dapatnya, iya tak?

Soalan Cepu Platinum : : 
Agak2 berapa banyak lagi yang aku perlukan? Cepat, aku nak bajet duit tabung ni.

Sekian

x.o.x.o


WAJIB LIKE :D

Mode Gumbira Tahap Dewa : : 25/8 Tak De Kelass....

salaam...

Ehsan Abg Google

Selalu aku dok bising Kata Hari Khamis full.. Yelah kelas dari pagi membawa ke petang. Tapi Hari ni *masa artikel ini ditulis* Tak de kelas wo... Fakulti batalkan kuliah.. Sibuk nak berCUTI raya gamaknya merekaa.. hahaha. Gumbira.. tu yang boleh TAK TIDUR malam ni.. hehehe

Okies.. Ni perancangan untuk esok...

  1. Basuh Baju *kene kidnap sabun NISHA*
  2. Kemas beg *lepas kelas JUMAAT terus chow*
  3. Jumpa Lect En. Azman *untuk pandangan dia*
  4. .... *ni je kot*
Sekian

x.o.x.o

p/s: selalu guna gambo kuceng... napa? kang diSENYUMnya gambar hanjeng.. pelik pulaaa


WAJIB LIKE :D

Wednesday, August 24, 2011

Mode:: Syukur... *Doa Murah Rezeki...*

salaam...


Alhamdulillah... Sejak akhir- akhir ni rezeki aku murah. Adalah duit raya untuk sedara2 kecil *heheheheh* KLIK SINI. Tak delah aku nak mintak duit belanja sangat kat Angah @ Along aku. Cume masih pening kepala dengan duit yuran... ASWARA ada menawarkan pinjaman untuk yang layak. Dan Alhamdulillah aku tergolong diantara yang layak. Cuma masih ragu2 untuk amik atau tidak pinjaman itu. Tarikh tutupnya selepas RAYA. Masih banyak masa untuk aku berfikir sama ada aku perlu @ tak pinjaman itu.

Pasal duit belanja mungkin tak jadi masalah sangat... Yuran je yang aku risaukan.. Cukup ke duit aku nak tanggung semuanya? Kalau aku amik pinjaman tu.. aku mampu nak bayar ke? Itu yang aku risaukan. Aku berharap TUHAN akan sentiasa memurahkan aku dengan rezekinya. Amin.


Sekian

x.o.x.o

WAJIB LIKE :D

Yeay... Dah nak Sambut Aidilfitri.... Eh! Merdeka juga laaa. *separa Serius*

salaam..


Hey... Hari Ini dah masuk 24 Ramadan, tinggal kurang seminggu je lagi untuk umat Islam Sedunia berpuasa *yang ikut time M'sia laa* Lepas tu dah beraya la kita... Gembira la tu.. Nak pakai baju raya segalaa.. Boleh makan rendang dan ketupat bagai, yang kecik dok nunggu duit raya.. hahahah

APA MAKNA RAYA BUAT KORANG?

Sebagai satu sambutan yg semua umat ISLAM raikan? @ sebagai hari kita boleh lepas geram dengan makan banyak2 *pastu sakit perut*? @ APA? Korang pernah terfikir tak? Aku macam pernah buat entri yang sama tahun lepas.. tapi tak pe.. Melayukan Mudah Lupa.. heheh

Raya ialah hari untuk kita meraikan diri sendiri selepas sebulan Berpuasa. Untuk menyedarkan kita, peritnya manusia yang tidak berkemampuan untuk makan waima sekali sehari pun. Kita kat Malaysia ni khususnya *dah tinggal kat Malaysia aku cakap pasal Malaysia laa* sangat beruntung.. 24 jam makanan tersedia kat mana2. Bazar Ramadan je dah berapa banyak kedai.. KAN?

Tapi, bagi aku kadang2 raya ni dah macam tak bererti sangat. Dah takde maksud. Macam sekadar kewajipan untuk menyambutnya selepas tamatnya sebulan berpuasa *cukup ke?* Maksud sebenar raya pada aku dah lama dilupakan Manusia. Mereka sibuk nak kejar baju raya paling mahal *Ribu2 katanya*, perabot baru, barangan kemas dan segala mcam kemewahan lagi hanya untuk kepuasan nafsu sendiri.. *dei.. bukan boleh bawa mati laa*


Sekarang masuk bab Hari Kemerdekaan lak.. Isy.. tahun ni sambutan berkembar ye.. huhuh... Ada cuti extra tak??

**Entri ini akan disambung lain kali.. Ngantuk sudahhh

Sekian..

x.o.x.o
WAJIB LIKE :D

Wordless Wednesday #2: Kau rase? OREN??

salaam...


Nantikan...

Sekian..

x.o.x.oWAJIB LIKE :D

Mood Terkujat : : BIDAN TERJUN NAk.. hahaha Kau hadooo?

salaam..


Kyaaa... Hari ni aku jadi BIDAN TERJUN secara bungee jumping.. hahahah mendadak kau... Bidan Terjun? Aku? Bukannya ada kes budak nak terberanak kat ASWARA ni.. *yang aku tahu la...* Kisahnya cenggini...

23/8/2011 *Selasa*

Hari yang dimana ASWARA menganjurkan majlis berbuka puasa untuk anak-anak yatim dan para pelajarnya. Acara ni mmg setiap tahun pun dan selalunya akan diuruskan segalanya oleh PELAJAR JUNIOR @ PELAJAR TAHUN 1. Tahun lepas aku tak pergi pun sbb aku handle Majlis Raya... Jadi tahun ni nak jugak merasa makan pree ye.. hahah

*makan nasi minyak, ayam masak merah, dalca dan acar*
SEDAP

Seperti yang aku cakap tadi, kebanyakan Pelajar Tahun 1 terlibat, sama ada jadi MC ke.. buat persembahan ke.. *dak2 yang dari rumah anak2 yatim tadi pun ada buat persembahan Nasyid. 3 lagu* Jadi seorang sahabat ini.. Dia ni super senior...  Diploma kat sini dulu n terus sambung Degree.. hahah jadi Junior balik... Nama dia Aina.. Si Aina ni kena baca sajak... *dak penulisan.. mmg kena bersajak aje... tak kan nak menari pulak yee* Dia nervous... Duk sekali ngan kitorg ms buka puase.. pastu dia tunjuk sajak dia.. Aku dok baca..

BIDAN TERJUN BERMULA...

Disuruhnya aku duet dengan dia nanti.. hahahha Gilaa.... TIME2 tu praktis... Carik lagu bagai... hahah *well, ASWARIANS mmg terkenal dgn kehandalan kerja last minit* Dah tu dari duet, ditariknya sorang lagi.. Maria dak vokal.. hahah Jadilah gabungan Fakulti Muzik dan Penulisan... gilaa...

Aku baca tang ni...

Ku bisikkan rasa syukur pada diam malam
Dalam sujud sunyi temaram
Syukur  aku masih punya kesempatan
Syukur aku masih punya kelapangan
Untuk aku
Menguji imanku
Dalam Ramadhan yang menduga
Untuk aku
Menguji taqwaku
Dalam Ramadhan penuh barakah


Ni second verse... Sajak ni si Aina ni yang buat.. huhuh Best Student weh.. Dekan je memanjang.. Tapi aku tak boleh nak salin semua sekali.. ni bukan sajak aku.. lgpun aku takut ada org kidnap.. hehehe

Itulah.. kisah Bidan terjun ala2 bungee jumping itu.. hahahha

Sekian

x.o.x.o

WAJIB LIKE :D

Tuesday, August 23, 2011

Mode Gediks : : 홍 기 오빠, 사랑 해요! *Hong Ki Oppa, I Love You*

salaam...

Name: Lee Hong Ki
Who: Korean Singer (FT ISLAND)
D.o.B: March 2, 1990
Kyaa... Suka gila mamat ni... Sieyes... Dia antara lelaki yang aku rasa HANSAMU gila2.. Lead Singer untuk FT ISLAND, boleh berlakon dan sangat kiut. Dekat off-stage dia nampak sangat playfull, tapi on-stage serius gila dia ni.. meh aku bagi klip kau tengok ek.


Menyerlah ke"serius"annya kat sini. Antara penyanyi yang aku kagumi. Dekat Korea tu org banyak prefer K-pop. Band mamat ni sebenarnya bukan POP pun. Diorang ni rock band. Cuma dapat populariti lebih tak macam rock band yang lain macam Kei n Maya. Tapi still best. Sama level dengan CN Blue, tapi aku minat FT ISLAND lagi... mostly because of the songs.. n of'coz.. HONG KI OPPA... KYAAAAA

Hahhaha... Aku taksub ke? Tak kot.. cuma sebagai peminatnya yang berjuta tu.. Dia ni bukan setakat boleh menyanyi berlakon pun boleh *bukan aku dah cakap ke tadi.. ahhh gasakk*... Mungkin ramai yang tahu dia berlakun cerita You're Beautiful dengan Jang Geun Seuk, Park Shin Hye dan CN Blue punya lead singer, Young Hwa.. Dia ada berlakon drama siri yang baru tau.. Tajuk dia Muscle Girl. Jepang punya drama.. Aku baru tengok sikit.. Comel sangat dia ni dalam cite tu.. heheheh..

sila TEKAN link yang dihighlightkan itu untuk link cerita... 
boleh tengok puas- puas...
Okeh.. sambung drooling lagi...


ni mmg pakat gelak laa
*parody Jessica from SNSD*


satu scene dalam You' Beautiful dengn Park Shin Hye
*Jeremy dan Mi Nam*



dalam You're Beautiful jugak

panjang ke pendek better?
*rambutnyaa*

bukan dah ada ke.. hahah
*suka hatilaa*

after show..
Hijooo je

masa awal2 dulu..
hahha muka tak matang..
Dah puas drooling.. Slurppp.. sedut balik.. hahha kalau tak cukup lagi ulang tayang dari atas gambar2 ni.. hehehe

Sekian...

x.o.x.o

p/s: Trimas kepada Ain kerana kenalkan aku dengan FT ISLAND..hahah
WAJIB LIKE :D

Before AIDILFITRI: Duit Raya! *EDISI>> Kopak Poket AKU*

salaam...


Ya dengan ini diishtiharkan bahawa esok... masih Lagi PUASA... hahaha.. apa kome ingat aku nak bagi tahu mula raya ke apa? Tu tunggu tv bgtau la... gua bukan penyimpan mohor raja- raja besar ke hapa... 

dulu aku suka kumpul sampul
*sekarang pun...*

Hik Hik.. Ni aku nak nercerita mengenai DUIT RAYA... Dah nak dekat AIDILFITRI ni, budak- budak mmg dah berangan jumlah pendapatan yang mereka bakal dapat dengan meround sekampung *kalau beraya kat bandar, setaman le gamaknya*. Yang mak bapak pula pening- pening lalat nak sediakan DUIT RAYA untuk anak2nya dan para tetamu kecil yang bakal menjengah rumah dan berkata "Cik, kami datang nak raya".

Aku dah berusia 21 tahun, tahun ni *belum genap lagi ye... by law je... aku masih 18..hahha* Tapi mungkin kerana aku masih lagi memegang status PELAJAR jadi aku masih lagi menerima DUIT RAYA. Walaupun tak sebanyak KMK @ kambing makan kuaci itu *Q la... anak sedara aku* tapi masih ada la juga pendapatan di HARI RAYA itu...


Namun tahun ni ada sedikit kelainan... 

AKU... 

BUAT PERTAMA KALINYA... 

AKAN MEMBERIKAN DUIT RAYA PADA SEDARA2 KECIL...

AAHAAHHAHAHAHAHHA...

 Kisahnya, tahun lepas aku dah berjanji kalau BUKU aku keluar aku akan bg duit raya w/pun RM1. Jadi.. BUKU dah TERBIT... JANJI WAJIB diKOTAKAN.. iyee...

ingat lagi MY BABY!
Hehehe.. jadi yang kecik2 tu mmg akan dapat la duit raya dari aku.. hahah yang dah besau tak de.. heheheehhe

p/s: aku dah pening... yang baby, nak kena bagi ke.. hailoooo

Sekian

x.o.x.o

WAJIB LIKE :D

Sunday, August 21, 2011

Before AIDILFITRI: Big Bang... Bom Bom tebabooo!

salaam..


Kalau tengok tajuk mesti ada yang agak au nak cerita pasal kes mercun dan bunga api.. Dah nama pun bulan nak BERAYA, memang sah lah benda2 ni jadi itinerari wajib malam raya dan malam tujuh likur.. hahha *patutnya time tu org buat ibadah sengal.. bukan main mercun*

Tapi aku rasa korang pun dah bosan kot, kalau aku cerita tang main mercun ni semua. Setakat gambaq kat atas tu hang pa boleh paham2 sendirila ek.. heheh aku nak cerita pasal ni...

terimas to YOUTUBE

hahahha.. terbaik do'uh... ni baru betul M-pop (Malaysian Pop).. hahahah 24:7.. amacam.. boleh lawan ka? hahahahaha

p/s: sekadar penghilang boring

Sekian

x.o.x.o


WAJIB LIKE :D

Friday, August 19, 2011

Before AIDILFITRI: Dah Cukup Ke?

salaam...


Tinggal seminggu lagi untuk aku berada di ASWARA ni. Kemudian bercuti raya selama seminggu. Sesungguhnya aku tak nak bercuti. Bukan aku tak nak menyambut Hari Raya Aidilfitri itu. Gila la aku kalau aku cakap macam tu. Tapi aku tak nak balik kampung. Aku nak beraya di KL je...

Sadis ke? Bukan kampung aku pun masalahnya.. Aku jadi segan sendiri nak balik beraya kat situ... Aku malas nak cerita lebih2. Bagi yang mengetahui masalah aku ni, faham2 je la... 

Berbalik pada tajuk *jauh nyimpang mukadimah aku* korang rasa dah cukup ke? Dah cukup apa? Persiapan raya? Hehehe.. Dah berbeli-belah baju raya? Kuih raya? Buat sendiri ke beli je? Perhiasan raya? Dah lengkap langsir semua?


Aku bukan tanya itu lah.. *bukan ke aku yang tulis tadi..hehe* Sepanjang 2 minggu lebih berpuasa ni, cukup ke semua? Siyes aku ngaku aku tak cukup.. Mmg sah kena ganti... Korang??? 

P/S: hehehehehehe *double meaning*

Sekian

x.o.x.o
WAJIB LIKE :D

Tuesday, August 16, 2011

Before AIDILFITRI: Nak Makan Pizza.... BOLEH?

salaam...


Aku dah lama nak makan pizza kat PIJJA HAT tu... dah nak dekat 2 tahun kot aku tak merasa. Ada beberapa sebab kenapa aku tak beli walaupun selalu je aku lepaking kat MV tu.. bukan setakat PIJJA HAT itu. DOMINI pun ada...


  1. Pertama-tamanya, sebab PIJJA HAT tu agak mahal. Nak makan tu pikir 56kali
  2. AKu seorang je.. dak lain mcm tak prefer nak makan PIJJA HAT sebab alasan no 1
Tapi kai ni aku nak makan jga... hahahha Menggunakan ini....


Sekian...

p/s: OFF TO CLASS

xoxo

WAJIB LIKE :D

Back To School: (BEFORE RAYA #1) Havoc w/ Assg!

salaam..


Ya ampun... lamanya aku tak mencoret carut kat blog aku ni. Bersawang sangatlah... agak- agak ada labah- labah tak? Hehehe.. jangan sampai ada Black Widow berkeliaran kat blog kesayangan ni. *apa dah aku ngarut ni...*



Sebenarnya aku nak mencoret carut pasal assignment yang dah menimbun walaupun baru 3 minggu mula kuliah.. *BARU? hahahaha* Nak tengok tak senarai kelas @ subjek yang aku amik sem ni..

rajin2kan TEKAN untuk tumbesaran sempurna
Nampak tak berapa nak pack lah kan.. Kecuali hari Khamis tu.. mmg pagi membawa ke petang. Tapi subjek dia... Buat aku cuak semendek.. dahlah banyak senior kata kalau tak jaga2, pointer boleh turun mendadak tau. Bagi aku.. killer subjek tahun ni Teori Kritikan dan Apresiasi Teks dengan Bangsawan.

BANGSAWAN! (?)

Pelik tak budak penulisan belajar bangsawan... belajar berlakon ke? hahah.. Itu subjek wajib akedemi.. nak tak nak kena amik dan lulus. Tang teori mungkin aku boleh score. Tang amali tu yang aku tak condifen sangat... hailoh... kelas amali dia ada belajar step2 wajib seperti sembah dan sebagainya.. ada step lelaki dan wanita.. tang step wanita tu aku boleh buat je... Tapi tang lelaki tu pun kena belajar juga. Diorang kata mid- term exam kena buat lelaki dan wanita punya step.. Jadi nak tak nak aku kena buat juga.. tapi MALANGNYA.. step laki aku KUREENG sikit.. dah duduk tak leh nak bangun... payah wooo...

Aku harus.. bukan.. AKU WAJIB belajar step tersebut. hahaha... Meh aku senaraikan tugasan yang aku dah kena buat.. heheh

  1. Presentation UNIK untuk PENGAJIAN MALAYSIA, RABU ni hantar (80% siap)
  2. 3 Idea dan sinopsis untuk drama sebabak 
  3. Idea dan sinopsis untuk 13 drama bersiri
  4. Idea dan sinopsis untuk cereka tv
  5. Teori dan kritikan teks (cari media untuk dikutuk dikritik)
Banyak tulah... benda ni semua banyak berdasarkan pemikiran sendiri.. Maksud.. IDEA... mungkin ada yang kata.. alah setakat 5.. budak lain mungkin banyak lagi.. tapi kebanyakan yang BANYAK tu tugasan yang berasakan FAKTA semata- mata.. cari internet.. DAPAT.. tapi bagi kami budak2 seni ni.. tugasan MUNGKIN SEKADAR 5.. tapi seksanya nak buat... pergh...


P/s: Enjoy Fiction by B2ST jap..hahhah

Sekian...

x.o.x.o




WAJIB LIKE :D

Wednesday, August 10, 2011

Wordless Wenesday #1: Makan Best Weh ! (?)

salaam


p/s: Org lain buat W/W ni pakai gambar, Gua pakai video.. hahah senang.. gua tak nak cakap pe pe.. hahahha

Sekian

x.o.x.o

WAJIB LIKE :D

Tuesday, August 9, 2011

Back To School: Tiada Beruk, MUka Buku macam Siput ! (?)

salaam...

Ehsan Mak Cik Yahoo!

Dah nak masuk pukul 2. Kelas aku hari ni dgn penulis skrip terkenal, Pn. Siti Jasmina. Walaupu kelas ni 3 jam, tapi lect dia sempoi gila.. panggil Kak Jas je.. cam kawan2.. tapi kena respect jugaklah...

Anyway.. bukan itu yag aku nak cakap... hahha.. Nak cakap pasal Muku Buku yang lembab hari ni... ceit... tak leh bukan pun Muka Buku... cam ne ni? ada Prob ke? ataupun sbb aku tiada beruk dia slow motion tahap dewa punya.. hahahhaa...

Soklan : : Wajib ke kena ada BERUK kat Malaysia ni?

Sekian

x.o.x.o

WAJIB LIKE :D

Monday, August 8, 2011

Back To School: Tugasan, Assigment, Opdrag, Ukol, L'affection, 할당

salaam...




Semua yang aku tulis kat atas tu semuanya mempunyai maksud yang sama... Puas aku guna google translator cari makna yang sama... hahah... 

Bahasa Melayu : : Tugasan
English : : Assigment
Afrikan : : Opdrag
Czech : : Ukol
French : : L'affection
Korean : : 할당 (hal dang)

Baru seminggu aku rasanya minggu pengajian di ASWARA ini bermula... tapi tugasan dah melambak... Alhamdulillah kelas tak berapa nak pack sgt... kecuali hari Khamis... Pagi membawa ke petang. Hari lain paling awal pun pukul 11 pagi.. heheh bolehlah aku tidur lambat... nak- nak pulak  bilik aku di tingkat 3 ni boleh on9.. hahah cantekkkk

FAKTA HARI INI:

Kita boleh belajar bahasa dengan Google Translator. *aku baru tauu*

내 인생 사랑 해요. *maksud... Google sendiri.. hahaha*

Sekian,

x.o.x.o
WAJIB LIKE :D

Sunday, August 7, 2011

Back To School: (BEFORE RAMADAN #3) Keluar Saje- Saje..

salaam...

Mid Valley
Lokasi: Burger King
On9: Streamyx Free
Masa ni aku saje keluar... Aku pun lupa aku buat apa kat sana... Yang penting aku On9 je.. hahaha... Masa ni aku perasan banyak gila perubahan kat MV ni.. nampak sangat lama gila aku tak jejak kaki ke MV.

ni dulu kedai bunga..
dah tukar jadi kedai toys...
*angry birds*

dulu on9 sini...
tapi makan mahal wooo

cantiknyaaa...
must got it..
*dah dapat dah.. yang ala2 gitu.. hahah*

teringin nak makan...
belilah sebijik

Blueberry Cheese katanya...
*snap sebelum di-ngap*

muka tahan nafsu..
buat dinner katanya.. hahaha

singgah Dunkin Donut..
Tanpa sedar bawa sekali Krispy Kreme punya donut.. hahahah
 Uncle tu pelanggan tetap DD MV... tak tau nama dia.. tapi uncle ni selalu bawa belon panjang, buat macam2 bentuk dan bagi kat kanak2 yang masuk DD.. hahaha.. ada sekali dia buat bear.. cumell sgt.. aku punya tu.. tapi ada budak nak.. jadi aku bagi jelah.. nanges2 dah budak tu.. ahhaha geram je..

sebelum balik...
admire *berangan* bear yang cumell itu
kalau ada yang belikan kat aku..
kompom aku sayang2 gile kat dia.

memandangkan dah beli Krispy itu..
rutin Roti Boy terbatal dengan sendirnya..
ahahah

muka gumbira...
balik...
Sekian...

x.o.x.oWAJIB LIKE :D