MY FRIENDS.. MERE DOSTE... CHINGU...

ENTIRELY ME!!

Monday, August 1, 2011

Back To School: Ramadan Datang Lagi *Puasa JANGAN tak Puasa*

salaam...


ISNIN

1 Ogos 2011. 

1 Ramadan 1432. 

Jatuh pada hari yang sama. Hari INI. Tahun ni merupakan Tahun ke 2 aku akan berpuasa di Asrama ASWARA. Ya... akhirnya aku dapat juga tempat di Asrama ASWARA selepas beberapa kali aku berulang dari BTS. Alhamdulillah. 

 Aku dapat tingkat yang paling atas. Tingkat 3. Tak pelah.. nak buat macam mana. Rezeki aku. Kunci sudah dapat... tinggal aku nak pindah masuk je.. jadi malam ni aku masih lagi kembali ke rumah ku di Desa Tasek itu. 

Ramadan kali ini aku lalui macam Ramadan yang sebelumnya. Ke kuliah, balik dan berbuka. Aku kurang fikir hal juadah berbuka. Nasi bujang sudah cukup rasanya.. yelah.. mana nak berbelanja sangat. Aku bukanya berduit lebih untuk makan mewah. Bajet macam mana pun kadang2 sesat juga perbelanjaan aku. Hmmm...

Harapnya puasa kali ini kurang cabaran @ anasir luar yang mengganggu... dan harapnnya sebulan Ramadan ini dapat menambahkan rezeki dan berlat dalam hidup aku..Amin...

Sekian

Bubye..

x.o.x.o
WAJIB LIKE :D

No comments: