MY FRIENDS.. MERE DOSTE... CHINGU...

ENTIRELY ME!!

Thursday, December 22, 2011

Post-Updated: Maybank Flashmob 2011 [MALAYSIAN OPEN]

salaam..

sebelum kita mula cerita... meh korang layan gambar banyak2...











TARIKH: 15/12/2011
LOKASI: Menara Maybank

Apakah ni...? Tetiba je penuh Umat manusia duk nari2... muhahahhahaha


Dah puas enjoy gambar- gambar tu! 

Ini merupakan FLASHMOB... 
Tak tau apa tu FLASHMOB... *nari ramai2.* 
Kalau tak paham lagi kau gi cari kamus laaa...

FLASHMOB tu sempena MAYBANK MALAYSIAN OPEN. 
Satu pertandingan badminton yang akan berlangsung pada bulan Januari 2011. 
Disponsor oleh Maybank...

Jadi benda ni sebagai promosi pada semua orang. 
Tak cukup dengan gambar.. Aku letak juga video ni ha...


Untuk pengetahuan korang... kebanyakan yang terlibat dengan FLASHMOB ni budak ASWARA... 
tu yang aku ralit sangat carik ni.. lagi pun aku kan media.. 
jadi gunalah kelebihan tu untuk dapatkan segalanya ni.. heheh.. kau ingat senang.. 
ni semua EHSAN dari MAYBANK ok...

p/s: Dah aku tak de kamera... huuuu..

Sekian

x.o.x.o
WAJIB LIKE :D

Reviving Thursday: Hah? AZAM TAHUN BARU? APAKAH?

Salaam…

Bunny 1: Apa AZAM baru kau Bro?
Bunny 2: Entah.. Tidur dulu laa.. Tahun depan BARU pikir.
Bunny 1: Aku ikut kau ja Bro..

22 Dec. 11… tarikh hari ni. Lagi beberapa lama je dunia akan melangkah ke tahun 2012. Dan aku, aku menamatkan keriangan menjadi 21 dalam masa yang itu gak.. Hailooo... tahun depan itu dah unofficially 22.

Tahun depan... Apa yang kita nak kejarkan? Setiap permulaan tahun pasti ramai yang sibuk dengan AZAM BARU. Tapi AZAM yang LAMA tu dah sempurnakah semuanya? Terus terang aku cakap... aku tak pernah pasang AZAM ke apa ke.. Sekadar angan2 yang aku akan pastikan 50% darinya akan jadi kenyataan.

Napa 50% je? Bak kata orng... jangan nak expect lebih2.. kang kalau tak dapat merana kau. Lagipun kalau dah angan2nya nak kawin dengan ARTIS KOREA.. mmg tidak le... muahhahahah.. nak pula dia kawin ngan kau ye?

Cuma cita-cita yag menjadi panduan dalam hidup au ni sekarang. Tahun depan dah buka sem baru. Tahun 2 Sem 2. Kemudian setahun lagi aku akan menghabiskan pengajian aku di ASWARA tu. Mana aku melangkah lagi ya?

Terus terang aku cakap... aku tak mungkin akan sambung peringkat ijazah dalam bidang penulisan. Bukan tak minat. Tapi minat aku banyak dan meluas. Aku pernah cakap ngan kakak aku yang aku nak amik F&B... terkujat juga la dia... Dia kata dia akan agak ralat la jga kalau aku sambung dalam bidang yang tiada kaitan ngan apa yang amik sekarang.. dia mention jga pasal duit.. Mana aku nak bayar.

Aku cakap aku akan usahakan jga. Cuma mmg perit juga la tukar coursing tu. Kalau aku sambung kat ASWARA pun mmg aku tak akan amik penulisan... Kemungkinan besar aku amik Teater atau Filem.. dua tu je pilihan yang aku rasa dekat dengan meinat aku yang lainnya dan aku rasa mungkin boleh buat.

Haru.... ada pula kau nak amik natang tu kan... Entah.... baik amik F&B... heheh

Sekian

x.o.x.o



_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.meWAJIB LIKE :D

Monday, December 12, 2011

Mode Sepi: Tuhan Tolong Dengarkan Aku.

salaam...

Dah nak masuk jam 4 pagi. Aku masih belum tidur. Hati masih berbalut sayu. Terus terang aku kata, hidup aku agak sunyi. Banyak kawan dikeliling aku tapi tak semua yang faham geledak jiwa aku. Aku dah penat sendiri. Aku tak ada siapa untuk berkongsi rasa. Lain rasanya kalau kita bercerita dengan seorang teman, dengan bercerita dengan seorang ITU. 

Aku sering mengimpikan hadirnya seorang ITU dalam hidup aku. Seorang ITU yang boleh terima aku seadanya dan boleh menjaga aku. Sesungguhnya aku penat bersendiri. Penat sangat. Aku tak minta lebih. Kenapa permintaan hati yang semudah ITU sukar untuk orang macam aku. Aku mungkin tak secantik, sekurus dan sehampir sempurna orang lain. Huh. Aku penat, bila aku tanya orang mereka kata..

CUBA KAU KURUS SIKIT TENTU ORANG NAK

Huh. Tak bolehkah kalau orang tu terima aku seadanya. Andainya aku kurus pun semata- mata ITU, kalau aku gemuk balik tentu kena tinggal aku ni. Perlu ke?

Mungkin ada yang kata aku ni desperate sangat. Paling kurang pun akan kata yang tunggu jela, ada jodoh ada. Aku dah tunggu lebih 20 tahun sayang, untuk seorang ITU. Satu masa yang panjang. Nak2 pula dunia zaman ni aku boleh kata dari sepuluh lelaki 8 darinya dah PATAH, lagi satu tunggu masa. Yang satu tu pula belum tentu sahih kejantanannya... jadi camne?

Salahkah untuk seorang aku untuk mencari seorang ITU. Aku dah cukup lama hidup berdikari dan berdiri atas kaki sendiri. Sampai aku rasa kaki aku dah tak larat nak tampung semua. Sampai satu masa nanti bila aku hampir terjatuh, aku harap sangat seorang ITU boleh sambut dan papah aku semula.

Yang senang dapat seorang ITU dengan kelebihan korang mungkin tak pernah rasa perasaan seorang aku yang menanti dan mengharap sesuatu yang tak pasti. Kadang aku pelik, ramai yang aku lihat bila dah dapat seorang ITU, korang boleh pula gaduh2 dan lepaskan dia. Pastu cari lain. Korang mmg tak de perasaan bersalah kan. Tak pernah merasa perasaan seorang aku.

Aku tahu bukan aku seorang je yang berasa begini. Ramai lagi yang macam aku ni kat luar sana. Mengharap sesuatu yang tk pasti. Tapi sampai bila? Sampai bil untuk kita menanti? Mungkin kita kena mencari. Perasaan kita, hanya kita yang sebenarnya rasa. Bukan orang lain.


P/S: bukan sekadar lagu, tapi doa untukku dan dia.

Sekian

x.o.x.o
WAJIB LIKE :D

Friday, December 9, 2011

Mode Gumbira Tahap Dewa : : My Belated 21 B-day!

salaam...
Pada 5 Disember yang lepas... aku telah menyambut tarikh kelahiran aku yg ke 21. muahahhaha... Tua dah. Walaupun aku hanya akan officially 21 hanya untuk 25 hari je... tapi okey wat... tak lama lagi dah unofficially 22 lak... hailooo..

Tahun ni mcam agak hambar, tiada teman untuk keluar dan celebrate... Tapi ramai yang wish. Terimas sgt2.. aku siap buat video lagi untuk ucapkan terima kasih.. hehehe Tapi... ucapan dari yang ditunggu tak kunjung tiba... hailooo/. sedih.... biarlah.. bukan rezeki aku... Lagi pun masa tu tgh sibuk dengan final...

Kad dari Nisha, Anith dan Eeka

Aiskrim dari Abg Adieyka.. muhahahaha
Gembira dapat semua ni. Yang paling tak leh blah yang aiskrim tu. 1 bekas besar wo... aku makan ramai2 dengan kawan2. Kang kalau aku simpan bawak balik asrama cair pula.. heeheh Napalah xde peti ais kat asrama.. boleh aku balun sorng... weeeeee

p/s: Sem 3 selesai dengan jayanya.. ehheeh sem 4? coming soon

Sekian...

x.o.x.o

WAJIB LIKE :D

Mode Gediks : : I'M BACK FROM THE DEAD!

salaam...
muka lega dah menghabiskan
sem 3 dengan jayanya!
Lama sangat aku tak mencarut coretkan sesuatu di lama blog ni... aduh... bersawang dah blog aku. Yelah... masa mencemburui aku. masa aku banyak terluang dengan tugasan yang menimbun. Jika ada masa lapang pun, mood dan keinginan untuk menulis hampir tiada kerana penat otak ini merangka idea. Apa pun, sekarang di penghujung sem 3, masa mungkin banyak akan aku gunakan untuk menulis skrip dan manuskrip lain yang terangka sudah ideanya di minda aku ni.

Banyak cerita yang ingin dikongsi, banyak rasa yang ingin diluah, cuma mungkin masa dan meduimnya tidak sesuai... nantilah... andai ada kesempatan dan niat di hati. akan aku kembali menulis. 

Sekian

x.o.x.o
WAJIB LIKE :D

Saturday, November 12, 2011

Mode Blur : : Keroncong Sebuah Organ Dalaman.

salaam...

sweet...
Pernah tak benda ni jadi kat korang? heheh... Dalam SMS punyalah rancak... tapi bila berdepan..perkataan yang keluar...Hmm.. Ahhh... Betul tak?

Okey... apa aku ngarut ni? Aku bukan nak cerita pasal ni.. Kalau berdasarkan tajuk.. aku nak cerita mengenai keroncong yang boleh bermain dalam sesuatu organ dalam... Organ dalaman yang man? Cuba teka... organ dalaman yang mana yang aka menghasilkan muzik pada masa- masa tertentu... heheh

PERUT
Yah... sesungguhnya organ dalaman aku yang satu ni dah buat keroncong dah.. Sekejap lagi mmg bertukar menjadi orkestra aku rasa... bencilah... Kafe tak buka... Aku langsung tiada sumber makanan... Camne?

Sekian...

motif: aku lapar... ada sesiapa nak belanja Mekdi

x.o.x.o
WAJIB LIKE :D

Tuesday, November 8, 2011

Mode Buss-y : : Pagi- pagi Dah Buka Blog???

salaam...

Lama sungguh aku tak berblogging. Kekangan masa dan komitmen lain memerlukan aku untuk meninggalkan seketika dunia blog. Tapi aku masih menjengah ke Dashboard aku. Melihat dan membaca blog lain. Cuma aku terlalu penat kadangnya untuk menaip. 

Dunia seorang pelajar memang tak lepas dengan pelbagai aktiviti dan tugasan. Semakin hampir dengan peperiksaan akhir, semakin menimbun pula tugsan *tipu... tu tugasan yang kau tak siap dulu.. kan?*

Sebenarnya aku masih belum tidur. Menyiapkan tugasan. Siap juga akhirnya. Alhamdulillah. Bolehlah aku berehat seketika sebentar lagi sebelum menyambung tugasan yang lain pula.

Ada banyak cerita yang ingin aku kongsikan bersama semua... banyak sangat perkara yang berlakau sepanjang aku menghiatuskan blog.

Sekian...

x.o.x.o

WAJIB LIKE :D

Monday, October 24, 2011

Mode Rezeki : : Pengikut dan KERTAS!

salaam...


Hari dah nak menjengah subuh, aku ni masih menghadap blog. Bukan apa, aku ada kerja tadi. Rezeki... Sebenarnya ada dua benda yang nak aku ceritakan dalam MODE REZEKI kali ni. Pertama, pengikut aku @ followers blog aku dah bertambah... Heheh..

banayk bebenau blog aku ye...
Terima kasih kerana sudi menjengah dan follow blog saya.. Lagi satu yang saya nak katakan ialah perihal KERTAS. mungkin ada yang dah pernah baca, aku ni buat bisnes percetakan di asrama ASWARA ni. Alhamdulillah, duit tulah yang jadi duit poket aku sehari- hari.. Skang ni dah nak dekat 10 rim kertas aku dah cetak... esok nak kena beli lagi ni.. dah habis.. [padahal baru beli last week]. REZEKI...

Sekian...

p/s: Ya Allah, diharapkan kau murahkan lagi rezeki ku. AMIN

x.o.x.o

WAJIB LIKE :D

Mode Berangan : : Renakmen Cinta Siber...

salaam...

Tak berapa lama yang lalu.. *ayat skemaa* aku join Segmen Abg Ben: Cinta Siber OH... Hujung- hujung tu aku ada kata yang aku pun ada pengalaman pasal Cinta Siber ni. Jadi, kunun2 ana mau kongsilah sama semua. Buat pengajaran... [kot??]


Dulu, zaman FB tak wujud lagi, [alaaah.. time2 Myspace dulu tu..] Aku pun duk sibuk join chatting2 bagai ni. Yang pemes tu haa.. MIRC {skang wujud lagi ka?} Selalu aku masuk kampung chatlah... [dah itu je yang femes kot]

Dari situ banyaklah juga aku berkenalan dengan org, mostly lelaki. Selalu aku guna nama PWINCESS9 ni. Hehehe, kalau ada yang ter'chatting' ngan nama ini dulu, aku lah kot. Banyak yang mintak gambarlah, mntk no. lah.. Ajak jumpa. Masa tu aku form 2 kot. Banyak yang layan blue... Ada yang aku layan, tapi kalau dah tahap melampau tu aku blah je lah.. Gila.. mmg gila. Pernah kot ada budak tu nak jumpa aku kat Mid Valley. Dah alang2 aku kat sana, konon2 nak jumpalah.. Sekali habuk pun tarak... hehehe dia terkejut kot tengok aku yang sebegini besar punya badan. Padan muka kau.. heheh

Pengajaran: Janganlah percaya bulat2 dengan apa yang disajikan kepada kita secara maya ni. Ntah betul ntah tidak.. iyee?

Sekian...

x.o.x.o
WAJIB LIKE :D

Sunday, October 23, 2011

SEGMEN ABG BEN : : CINTA SIBER OH...


Salaam...

Hujung minggu yang aku bangun awal... heheheheh. Jadi serikan hari minggu ini dengan join segmen Abg Ben kita yang sorang nih. Mu KLIK SINI deh...

Tajuk Segmen Abg Ben hari ni ialah CINTA SIBER... heheheheh Apa yang aku gelakkan? Ade cite ke? Abg Ben minta pendapat, mengenai hal ini. Sebenarnya, tak dinafikan ada je pasangan yang kenal melalui internet dan hidup bersama bahagia. Tapi pada aku, peratusan nak kena tipu tu, lagi banyak dari yang real punya kot. Apa... aku ni pesimis sgt ke pasal CINTA SIBER ni? 

Entahlah, pada aku ada beberapa faktor yang kita perlu tahu, sebelum kita nak bercintan cintun secara MAYA ni.. antaranya...

  1. Orang tu real ke TIDAK? >> Ntah betul atau tak org tu, kita bukanya tahu, yang pompuan nyamar laki ke, yang laki nyamar pompuan ke? PONDAN ke...
  2. Gambar yang dia bagi tak semestinya GAMBAR DIA>> Dah banyak kes.. rasanya sesama blooger ni pun tahu gak benda2 ada berlaku, gambar org lain di ambilnya buat gambar sendiri. Payahlaaa
  3. Kalau mintak no, laju je bagi tapi minta SKYPE.. haram tak kasii>> Ni pun ada, mintak no phone laju je bagi, sms je call ke, tapi kalau mintak SKYPE, nak on9 sambil engok2 muka.. mmg TIDAK.. yelah.. kang pecah rahsia.
Banyak lagi sebenarnya.. tapi yang lain tu fikir sendirilah.. semua dah besar kan... Aku dulu pun pernah kot terjebak ngan CINTA SIBER ni.. tapi.. tu save untuk next entri ek..

Sekian...

x.o.x.o
WAJIB LIKE :D

MODE Menyampah : : FACEBOOK Ada Problem Kah???

salaam...

Padan muko keno tembak
Ehsan Uncle Google

Dah beberapa hari mak cik dapat lihat ada masalah dekat FB nih... Mak cik tanya kat dak2 lain.. ada yang kata ada masalah gak.. ada yang kata xde masalah pun. Payahlaah.. mak cik ni nak komen tak boleh. Nak bukak page x boleh. Bengang juga... BUKAN sehari dua... Ni dah masuk 4 hari kot.

MR. MARK... apo kono e dongan ekau punyo MukoBuku nih? Apo? Ekau tak bayar gaji pekejo ko? Sampai ado problem diorang tak nak betulkan??

Sekian

p/s: Baru aku tahu dari Google.. ramai yang tak suke FB 

x.o.x.o
WAJIB LIKE :D

Wednesday, October 19, 2011

SEGMEN ABG BEN : : SAYA, BLOG dan PEMBACA


Salaam..

Dalam sibuk aku nak jawab mid term pukul 2 nanti.. sempat juga aku berSegmen bagai ye.. heheheh.. Saja.. menyemak post Abg Ben jap gi.... Jadi segmen ni pasal apa ek? Saya, Blog dan Pembaca. Moh join sekali... Klik SINI *cepat tau.. sampai jam 5 je*

Abg Ben tanya.. apa yang aku paham tentang ayat kat atas tu.. *yo, yoooo je tanya aku ek* Apa yang aku paham? SAYA tu SAYAlah.. tuan MILIK ini blog. Tang BLOG tu... merujuk pada BLOG ini. BLOG yang duk banyak mencarutcoretkan kisah hiudp aku. Tang last tu... ehhehe 80 org followers aku yang setia jadi PEMBACA aku... *ada juga org nak baca kannn?*

Kenapa aku kata 80 org followers tu? Bagi org lain angka tu mungkin tak banyak.. yelah... org lain duk beratuih, beribu, beriban followers dia.. Aku? seratuih pun tak jejak.. Tapi paling kurang pun ada gak yang baca... ada juga yang ikut... Di kesempatan ini saya, Nazliza Amelia Juhary @ Jowani Juhary mengucapkan terima kasih kepada semua yang sudi membaca dan menjadi follower saya.

ni gambar desktop aku..
inspirasi dari blog aku gak..
hehehe
Sekian

x.o.x.o

WAJIB LIKE :D

Mode pre-Zzzz : : Tak Puas Hati Ngan AKU?

salaam...

Sebelum melabuhkan tirai mata ni aku nak berkongsi. Apa? ada yang tak puas hati ngan aku ke? Heheheh.. Tajuk cuak je... Sebenarnya begini...

tekan untuk tumbersaran berganda
Saja ej aku menjengah ke laman stats blog2 aku... tiba2 ternampak benda ni.. Hai... muka tak puas hati pun boleh cari kat blog aku ye... musykil juga aku ni. Dah tu cuak cuak pun ada. Ade ke aku tulis @ post gambo muka tak puas hati kat blog aku ni? Hehehe.. den lupo lah yo.. kalau ado...

Sekian...

x.o.x.o

WAJIB LIKE :D

Monday, October 17, 2011

My Sad Love Story {2}

Salaam....


Cerpen ini merupakan cerpan saya yang telah diterbitkan dalam Newskaki.com. Saya menerbitkannya disini adalah unutk berkongsi dengan sahabat handai yang tidak berkesempatan membacanya. Diharap agar tiada siapa yang menerbitkan cerpen ini dimana-mana tanpa pengetahuan saya.

*****

“Jullianna… Jullianna… JULLIANNA”

          “Huh.. What?”

          “Are you okay? You look pale and you didn’t answer me.”

          “I’m sorry. I was merely wool gathering. I’m okay.” I didn’t realize that I have been standing there gazing over some boy that I don’t even know. Fortunately I wasn’t alone or I might be drooling over him too. I tried to concentrate on the rest of the tour but somehow I can’t help myself thinking about that guy. Luckily, the classes haven’t started yet. After my tour around the school and some info about my classes and stuffs from Yokino, I started to walk home. You might be wondering why I didn’t ask my driver to pick me up or something. Well, I want to be independence for once, so I decide to take the train.

          I was standing there minding my own business, listening to my iPod while waiting for the train when I realize someone was standing so close to me. I looked up and I saw him again. His face was merely inches from me and was saying something.

          “What were you saying?” I removed my headphone to listen to him. He chuckles at me before continuing.

          “I was just saying “Hi”. You were the new girl, right?”

          “Yeah, I’m Jullianna.” I’m holding my hand out to shake his and he took it. My heart almost stop beating but not until I go his name. 

to be cont'
*****
Sekian...

p/s: Maaf andai cerpen ini macam mengarut sikit. heheh masa ni baru mula nak menulis. :)

x.o.x.o
WAJIB LIKE :D

Sunday, October 16, 2011

Mode Rezeki : : Alhamdulillah... Ada Juga Yang Sudi...

salaam...

Kesyukuran yang tidak terhingga dengan rezeki yang diberikan. Walaupun tidak seberapa, namun cukuplah... nanti cuba lagi. Mesti pelik dengan apa yang aku bebelkan, kan? Setelah saban hari tidak menjengah dan meninggalkan post di laman ini, tetiba mak cik ni mengarut apa tah... Kan?

Sebenarnya aku nak bercerita tentang ini.

Ini projek rezeki aku. Pernah aku war- warkan dahulu.. Namun oleh kerana ketiadaan kamera aku tak boleh nak menghidangkan gambar... Sebenarnya hari Jumaat dan Sabtu yang baru berlalu ini telah diadakan Pesta Konvo di ASWARA. Sempena merayakan Graduan yang berKonvo. Jadi aku telah berniaga di tapak yang disediakan.


Lolipop

Add caption


Adalah rezeki aku disitu... baiklah.. Jumpa lagi kemudian post ek...

Sekian

x.o.x.o
WAJIB LIKE :D

Tuesday, October 11, 2011

My Sad Love Story {1}

Salaam....

Cerpen ini merupakan cerpan saya yang telah diterbitkan dalam Newskaki.com. Saya menerbitkannya disini adalah unutk berkongsi dengan sahabat handai yang tidak berkesempatan membacanya. Diharap agar tiada siapa yang menerbitkan cerpen ini dimana-mana tanpa pengetahuan saya.

***** 
Everything in my life seems to be so perfect. Well, it seems to be from the outside but somehow if you take a good look from my point of view, it was not so perfect after all. My name is Jullianna Jeffreyys and this is my story.


            It was said that I was born with gold spoon to feed me and everything was the very best for me. But somehow, I feel empty. They said my mom died giving birth to me and I hardly saw my dad. Oh yeah… I forgot one tiny little thing. My dad is Jeffreyys Siddon, the owner and the CEO of the Siddon’s Group, the largest electrical group in the world. So you probably get to know how pampered I was, the fact that I’m being the only heir. But this story is not entirely about me. It’s about my love, which I called it as My Sad Love Story.

            I didn’t really have any real friends at all. They mostly befriends with me because of my status, my wealth and most importantly because their parent said so. My life was so boring with this entire stuck-up, pampered, spoiled brat. Until one day I was accepted to a Millelewa International Tennis School for my talent in tennis. I applied secretly to this school without the knowledge of my dad. Well, he was not around much that it seems like he does not care.

            I got transferred into that school last summer. It was kind of isolated with lots of talented tennis player all around the world so I thought I want be myself, be Jullianna, without the Jeffreyys. Everybody was so friendly and the most important thing was they accept me as who I am. One my first day in school, I was shown around the area of the school by a Japanese girl name Yokino Mihaya. Then, something caught my eyes, or better yet, somebody. Yokino was showing me the girls’ tennis court and the boys’ tennis court when I saw him. The most beautiful creature I have ever seen. His athletic body build move swiftly around the court as he handed back his opponent ball. Suddenly, I started to breathe hard… and fast.

          “Jullianna… Jullianna… JULLIANNA”

          “Huh.. What?”

          “Are you okay? You look pale and you didn’t answer me.” 
 to be cont'
*****
Sekian...

p/s: Maaf andai cerpen ini macam mengarut sikit. heheh masa ni baru mula nak menulis. :)

x.o.x.o


WAJIB LIKE :D

Mode Buss-y : : New CERPEN!.... Omputih laa....

salaam...

Masih dalam mode buss-y. Tugasan yang tak putus2 memeriahkan hidup aku. Tapi kadang kala ada masa yang aku nak rehat dan lepak-ing juga. Tapi kalau aku buat macam tu mmg tergendalalah semuanya. 


Kali ni nak mengutarakan cerita pendek berbahasa Inggeris pula. Saja... Cerpen ni pun pernah disiarkan di laman sesawang Newskaki.com. Jadi kalau ada yang letak kat blog sendiri nati @ cuba cantum tampal, korang bukan curik dari aku. Curik dari web tu.. heeeee... Aiyook

hehehe..

Sekian..

x.o.x.o
WAJIB LIKE :D

Monday, October 10, 2011

Mode Buss-y : : Coffee in The Morning.

salaam..

Hye ya... Wah.. awal sungguh mak cik sorg ni bangun ya. Muahahaa.. aku ni sebenarnya belum tidur lagi. Sibuk dengan tugasan... Meh aku senaraikan assg aku pada semua ya...

  1. TEORI TEKS [KRITIKAN FILEM] TAK BERGERAK
  2. TREATMENT TULIP UNGU [EP. 1] 15%
  3. PENGAJIAN MALAYSIA- ESSEI SIAP
  4. SKRIP POLARIS [1-30] 75%
  5. DRAMA PENTAS PSIKO WATAK TAK BERGERAK
  6. DRAMA SEBABAK- IDEA BARU SEPARA
  7. TUGASAN LIRIK - KRITIKAN LAGU ENTAH HILANG MANA
Tengok tu... dari tujuh baru siap satu. Ada lagi enam nok... Kyaaa... Ni.. duk sebok berbloging ya sambil minum kopi... Ceh... *lepas tensen katanyaaa*

Sebenarnya aku bukan minum kopi pun. Milo je.. Lagipun aku jarang minum kopi. Migrain sikit. Dahtu.. wat po duk sebut kopi pagi2 ni.. hehehe Ada laa... tengok video bawah ni ek...

sori.. tak boleh nak letak video dia..
cer klik kat link bawah ni ek...

Seyes terbaik corak yang dia buat utk cappucino. Dulu masa aku kerja kat Dunkin Donut, aku ada juga buat corak2 macam tu. tapi yang senang2 je la... Enjoy do'uh. Lebih2 lagi kalau customer tu senyum dan gembira tengok air cappucino dia cantik.. 

Sekian...

p/s: sambung assg.. hehehe

x.o.x.o.

WAJIB LIKE :D

Sunday, October 9, 2011

Mode Blur : : Erk... Aku Mmg BLUR?

salaam...

Hari Ahad yang tak berapa nak produktif... Aku malas nak buat apa2... Ni.. nak post blog pun pikir 15 kali.. Macam xde point pulak nak tulis..

Entah..

Sekian

p/s: aku gi mandi jap.. cari idea... kang tulis lagi ye.. heheh

x.o.x.o
WAJIB LIKE :D

Friday, October 7, 2011

Mode Enjoy-y : : The Secret Life of Nora...

salaam...

Hari Selasa [4 Oct 2011] yang lepas, aku dan segerombolan pelajar ASWARA telah di jemput ke Istana Budaya untuk menonton teater The Secret Life of Nora. Heheh.. Gumbira tau... Kali pertama aku ke IB. Jadi agak jakun dan cuak sedikit sebab ke IB ni org kata kena pakai sopan dan bertutup. Yelah.. ISTANA Budaya gamaknya. Jadi aku memakai sepersalinan kemeja dan slack hitam yang dipadankan dengan shawl pink (ehsan roomie) dan sepit pink (buat sendiri).

with Aina..
From her FB juga..

Heheh... Tak caya lagi mak cik ni pergi IB, heheh tu buku pink tu... siap dapat tandatangan the cast lagi *hansamunyee ROGER..* tak caya... tengok bawah de...

the ticket
NI RM 350 punya tau
Duk sekali ngan Agong

The Secret Life of Nora
Pink Sgt Buku Program dia

Hua... aku beratur tau nak hamik t/tgn diorg.
Siap salam ngan Tiara lagi..
Tapi depan Roger aku terdiam sejuta kata
Heheheh

Hhehehe.. Aznil je yang takde..
Diorg kata dia sakit mata.
Merah2 mata dia... Dah sihat ke Pak Nil?
Sekejap lagi aku bagi review eh.. hehehe

Sekian

p/s: ada kisah disebalik buku pink tu.. hehehe

x.o.x.o


WAJIB LIKE :D

Mode Buss-y : : Sawang Semula Blog NI?

salaam...


Sekian lama aku tak mecarutkan mencoretkan sebarang isi dalam blog ini. Ada beberapa kekangan yang menghalang. Aku semakin sibuk dengan tugasan. Ini pun sekadar menjengah sebentar bagi penghuni blog yang mmbaca blog ini. *bajet cam ramai je yang baca blog kau nyah.* heheh

Sekian

x.o.x.o
WAJIB LIKE :D

Wednesday, September 28, 2011

Mode Gumbira Tahap Dewa : : Terima KASIH... heheh TERIMA?

salaam...

Hari ni terkejut melihat follower bertambah. Hehehe.. ini semua jasa baik Abg Ben dengan Mr Buck. Ni semua gara- gara aku join segmen yang mereka buat. Hehe.. saja meluangkan masa. Tup Tup folower aku bertambah. Gumbira. 
tekan utnuk tumbesaran sempurna.

Aku join bukannya nak tambah follower atau nak naikkan trafik semata ya.. Saje je... Melepas tensen dengan assg yang melambak. Tadi baru lepas satu assg. Lepas Update ni menghala ke assg lain pula.. Okeh..

Sekian

p/s: SAPA Abg Ben dan Mr Buck? Tu... poie lah ekau klik dokek namo dio yang berwarno polik tu ha... (terkenan longat nogorhi dari kelas tadi.. eheh)

x.o.x.o
WAJIB LIKE :D

Tuesday, September 27, 2011

SEGEMEN ABG BEN : : Jom Kenali Blog Saya!



Salaam...


Heheh.. sekadar mengada nak join SEGMEN ABG BEN ni. Lama dah dia tak buat SEGMEN ek. Dah alang2 tak de keje tu *woi assg kau melambak bila nak buat?* Kita join ini. Hehehe... Simple je... Kau letak gambo atah tu... Mu letak tajuk ngupe atah tu. Mu link ko dio.*bahasa negari mana lak ni?* Dah tu... mu cita pasal blog mu nih. Haha.. Hancus sungguh bahasa aku.

Okeh, pasal blog aku ni... Aku nak kata lama berblog tak lah juga. Baru 2 tahun kot. Mula2 saja2 buat. Ingat lagi zaman mula2 dulu semua entri aku dalam BAHASA INGERIS. Bukan nak bajet mat salleh ke hape. Masa tu blog ni lebih kepada luahan perasaan sikit *sekarang pon* Jadi org yang membacanya nnt mungkin malas nak baca sebab blog aku tu berbunyik London.

Sekarang ni aku dah mula menulis dalam BAHASA MELAYU pula... Memandangkan aku ni pelajar FAKULTI PENULISAN di ASWARA, mgg sah2 lah aku kena berbahasa Melayu gitu. *aiseh... my ENGLISH is rusty since I got here.* Hehehe INI entri mula2 aku...*Mu tekan kat INI tu*

Sebenarnya aku ada 3 blog yang aku giat jalankan *itu satu ayatkan?* Ketiga2 blog ni aku guna dan xtifkan w/pun yang mendominasi masa aku ialah blog ini.

  1. **MY WORLD IN MY LIFE** - blog utama aku untuk berkongsi segala rasa dan idea
  2. A BIT's of EVERYTHING - blog yang berkaitan dengan KOREAN WAVE...
  3. THE OTHER SIDE OF ME AND MY LIFE - cerita/ kisah benar yang berlaku kepada diri aku *mistik sikit yang ni*
Okeh?... dah boleh join ke ni Abg Ben?

Sekian

x.o.x.o
WAJIB LIKE :D

Mode Gumbira Tahap Dewa : : Makan PREEE

Salaam...

Quickie post... sepanjang hari ini... makan pree hendaknya.. hehehehe Bubye

Sekian

p/s: sgt cepatyee

x.o.x.oWAJIB LIKE :D

Mode Serius : : Menanti Pelangi.

Salaam...


Menanti pelangi. Menanti kemunculan pelangi yang berwarna- warni itu. Kebelakangan ini hari- hariku mendung. Kadang membawa ke hujan lebat, walau dimulakan dengan gerimis. Aku masih menanti pelangi, pelangi yang berwarna- warni. Aku masih lagi percaya, kerana mereka kata pelangi muncul selepas hujan lebat. Benarkah?

Namun aku masih lagi menanti pelangi itu. Bagi menceriakan mendung hati ku. Kadang hari ku penuh dengan warna suram, kelam, kelabu. Aku sendiri letih, penat mataku memandang warna sebegitu. Namun apakan daya, kerana hujan yang membawa warna. Jadi aku masih menunggu berhentinya hujan, munculnya pelangi.

Sekian...

p/s: Andai benar tiadanya pelangi, aku ku warnakan hari ku sendiri. Namun mungkin yang terlihat hanyalah merah, semerah darah!

x.o.x.o
WAJIB LIKE :D

Mode Buss-y : : Masih Berbloging Lagi???

Salaam...

Tanpa perlu mukadimah panjang, mari lihat senarai tugasan yang perlu aku siapkan sebelum Jumaat ni!


  1. Pembentangan Teori Stilistik *ISNIN... tapi rasanya tangguh ke minggu depan kot... lect ada PETA heheh*
  2. Treatment Cereka TV POLARIS, 65- 90 scene *RABU* pada masa artikel ini ditulis baru siap 13 scene.
  3. PSA...*RABU* mana ni? Kata tiga.. ni satu pun belum! CEPAT!
  4. ZAKI... sebelum tamat bulan 9! *Jumaat la kot*
Sekian

p/s: Entri ini sepatutnya terbit semalam... namun kerana kekangan internet, terbit hari ini...

x.o.x.o
WAJIB LIKE :D

H.A.C.K.S (Hanya Aku Cinta Kau Seorang) [6]

Salaam....

Cerpen ini merupakan cerpan saya yang telah diterbitkan dalam Majalah Remaja keluaran 1 Disember 2010. Saya menerbitkannya disini adalah unutk berkongsi dengan sahabat handai yang tidak berkesempatan membacanya. Diharap agar tiada siapa yang menerbitkan cerpen ini dimana-mana tanpa pengetahuan saya.

*****  


          Pada saat saya menulis ni, saya berada di Harvard Hospital. Mama dan papa ada berbincang dengan para doktor untuk pembedahan jantung baru. Namun agak susah untuk mencari penderma sedangkan keadaan saya bertambah teruk sejak akhir- akhir ni. Namun alhamdulillah, hari ni saya bertambah sihat. Jadi bolehlah saya menulis surat ni. Saya sebenarnya berharap sangat yang awak tak kan dapat membaca surat ini kerana sekiranya surat ni dah sampai di tangan awak... maknanya saya dah tak de lagi, juga bermaksud saya sudah pergi. Jauh dari sini.
          Mya, walau sejauh mana saya pergi saya akan tetap menyayangi awak dan mendoakan awak. Kirimkan salam saya pada Jue, Rita dan Danish k. Persahabatan saya, awak dan mereka semua merupakan antara memori terakhir yang terindah yang akan saya kenang sampai akhir masa saya nanti. Saya berharap sangat yang kamu semua tak akan melupakan saya, walaupun saya dah tiada nanti… ye. Cakapkan juga pada mereka yang saya say sowwy. Wassalam.

Salam sayang,
Adam Shah
p/s: HACKS= HANYA AKU CINTA KAU SEORANG...

            Menitis air mata Mya melihat slip keputusan SPMnya. Dia berjaya mendapatkan apa yang diidamkan. 10 A1. Jue, Rita dan Danish juga. Namun apa yang dikesalkan Mya ialah, itu juga merupakan impian Adam. Siapa sangka, Adam meminatinya sejak lama dulu. Terkilan masing- masing bila mengetahui Adam menyembunyikan penyakitnya dari semua. Tak disangka jua pengirim misteri itu rupa- rupanya Adam. Masin juga mulut Jue.

            “Dah lah tu Mya, jangan nangis lagi. Kita balik dulu ya. Petang sikit kita pergi melawat kubur Adam.” Pujuk Jue menenangkan kawan baiknya.
            Hanya anggukan kecil menjadi balasan. Petang itu akan dikongsikan berita gembira dengan Adam. Arwah dikebumikan di Malaysia atas kehendak orang tuanya walaupun dia meninggal di Boston. Walaupun dia sudah tiada namum memori persahabatan mereka akan kekal buat selamanya. Itu bukan sahaja kejayaan mereka, namun kejayaan Adam juga.

            Mungkin memang benar atau sekadar kebetulan, rasa berangin gula- gula HACKS memang menyamankan dan mengasyikkan. Sesuai benar dengan kata HANYA AKU CINTA KAU SEORANG.

TAMAT
Sekian

p/s: Dah tamat dah.... Nntkan cerpen yang lain pula. Bubye...


x.o.x.o 
WAJIB LIKE :D

Sunday, September 25, 2011

H.A.C.K.S (Hanya Aku Cinta Kau Seorang) [5]

Salaam....

Cerpen ini merupakan cerpan saya yang telah diterbitkan dalam Majalah Remaja keluaran 1 Disember 2010. Saya menerbitkannya disini adalah unutk berkongsi dengan sahabat handai yang tidak berkesempatan membacanya. Diharap agar tiada siapa yang menerbitkan cerpen ini dimana-mana tanpa pengetahuan saya.

*****  
            “Hello...”
            “Jue...” Kedengaran suara Mya dihujung talian disulami tangisan kecil.
            “Mya... Mya ke tu..? Nape ni?” Panik Jue mendengar tangisan Mya.
            “Jue...Adam... Adam dah takde, Jue... Adam dah takde...”
            “WHAT...”

Kehadapan temanku Mya Maesya,
          Hai Mya. Awak apa khabar? Saya harap sangat- sangat yang awak sihat selalu. Saya tahu awak mesti marahkan saya sebab saya menghilangkan diri... kan. Saya bukan sengaja, saya ada sebab tersendiri. Sowwy...
          Mya, saya nak buat pengakuan ni. Saya harap awak tak marah. Sebenarnya, saya yang selama ini bagi awak gula- gula HACKS tu. Mesti awak dah dapat tangkapkan. Yelah, lepas saya tak datang sekolah awak dah tak dapat lagi gula- gula tu.
        Maafkan saya. Saya bukan sengaja dan saya takde niat untuk mempermainkan awak. Saya sebenarnya dah lama menyukai awak. Sejak dari saya mula masuk sekolah ni lagi sewaktu di tingkatan 3, tapi saya takut nak mendekati awak. Bila saya tahu yang kita akan jadi classmate tahun lepas, sewaktu di tingkatan 4, saya sangat- sangat gembira. Gembira sangat- sangat sampai jantung saya sakit. Ya, saya sakit jantung. Masa tu saya terlampau exited sampai jantung saya terhenti sekejap. Masa tu baru saya tahu yang saya menghidap penyakit jantung tahap kritikal. Saya tak boleh terlampau sedih, terlampau marah atau terlampau gembira, sebab semua tu boleh menyebabkan jantung saya berhenti. Penat tau jadi orang yang macam tak berperasaan.
          Mya, mama dan papa saya suruh saya berehat di rumah je selepas mengetahui tentang penyakit saya ini. Tapi saya tak mahu… Baru kali itu saya dapat peluang satu kelas dengan awak. Sekurang- kurangnya saya nak berkawan dengan awak. Saya nak meninggalkan kenangan manis pada awak sekiranya saya pergi dulu nanti. Maafkan saya sekiranya awak terasa. Saya sukakan awak. Tapi saya tak mahu memberikan apa- apa harapan pada awak kerana sayu tahu hayat saya tak lama lagi.
          Pada saat saya menulis ni, saya berada di ...

*****

Sekian

p/s: Di mana?... Heheheh.. Sambung esok laa. Tunggu tau.. ada 1 episod lagi.. heheheh

x.o.x.o 
WAJIB LIKE :D

H.A.C.K.S (Hanya Aku Cinta Kau Seorang) [4]

Salaam....

Cerpen ini merupakan cerpan saya yang telah diterbitkan dalam Majalah Remaja keluaran 1 Disember 2010. Saya menerbitkannya disini adalah unutk berkongsi dengan sahabat handai yang tidak berkesempatan membacanya. Diharap agar tiada siapa yang menerbitkan cerpen ini dimana-mana tanpa pengetahuan saya.

*****       
         Tiga bulan sudah berlalu. SPM hampir menjelang tiba. Bak kata Mat Salleh, just around the corner. Pelajar kelas Sains Tulen 1 kelas 5 Bestari sudah berusaha bersungguh-sungguh mengulangkaji pelajaran dengan bantuan para guru. Begitu juga dengan Mya, Jue, Rita dan Danish. Kehilangan Adam secara tiba- tiba itu agak memberikan kesan pada mereka, namun segala kenangan disimpan rapi demi menumpukan perhatian bagi melengkapkan diri bagi menghadapi peperiksaan yang paling penting takkala itu. Pun begitu prinsip yang selalu ditegaskan oleh Adam iaitu ‘study smart n right’ menjadi ikutan bagi mereka.

            “Yeay... merdeka...”
            Hari itu merupakan hari terakhir peperiksaan SPM bagi pelajar jurusan Sains Tulen. Ada lagi beberapa hari bagi subjek- subjek yang lain, namum itu hal pelajar jurusan lain. Bagi pelajar kelas Sains Tulen, hari- hari yang sungguh menyeksakan itu sudah berlalu. Memanglah belum dapat result lagi, tapi ada lagi tiga bulan sebelum keputusan dikeluarkan. Jadi apalah salahnya pada pemikiran mereka untuk bersukaria sebelum kecut perut semula untuk mengambil result SPM nanti.

               “Mya, ada surat untuk kamu.” Belum sempat Mya menukar baju sekolahnya, Ibu memaklumkan perihal sepucuk surat itu.
            ‘Siapa ya nak bagi aku surat. Nampak tebal. Setem nampaknya macam dari Boston. Pelik.’ Mya melihat isi kandungan sampul itu. ‘Gula- gula HACKS! Adam ke?’ Detik hati Mya. Bersama gula- gula itu disertakan sepucuk surat buat Mya. Tekaannya tepat, memang surat itu dari Adam. Namun riak mukanya berubah selepas beberapa ketika dan kemudianya dia menangis tersedu-sedu. Tangannya mencapai cordless phone di meja sisi lantas di dailnya nombor Jue.
            “Hello...”
            “Jue...” Kedengaran suara Mya dihujung talian disulami tangisan kecil.
            “Mya... Mya ke tu..? Nape ni?” Panik Jue mendengar tangisan Mya.
            “Jue...Adam... Adam dah takde, Jue... Adam dah takde...”
            “WHAT...”

*****

Sekian

p/s: Sambung esok laa. Tunggu tau.. ada 2 episod lagi.. heheheh

x.o.x.o
WAJIB LIKE :D